FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Saturday, May 02, 2009

:: siaran tak berapa nak langsung ::

Salam semua

Pagi tadi gelanggang karisma09 dengan rasminya telah dibuka. Simbolik melepaskan merpati persis persidangan Negara-negara berKECUALI ( NAM ). Berkecuali sangat kan! Ahakz. Komitmen & kerjasama antara atlit ( IRBID ) amat membanggakan. Kami datang bukan sekadar tetamu. Kami datang sebagai JUARA…Yeah!! Motto KITA yang TEPAT pada temasya kali ini. Kita juga datang sebagai contoh akhlak terbaik. Tiada dendam, tiada hasad dihati. Itu dia DUTA kecil IRBID di mu’tah.

Pencapaian atlit kita di pekan mu’tah amat membanggakan. Sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja. Kontinjen BIRU telah menyapu 4 dari 8 emas yang dipertaruhkan. Alhamdulillah. Acara yang sudah berada dalam tangan ( EMAS ) :-

Pingpong LELAKI PEREMPUAN

Badminton PEREMPUAN

Bola tampar LELAKI

- Tepati ramalan ASAL click link ini ( previous post )

Walaupun aku menghupdate post ini bukan dari mu’tah ( baru balik setengah jam lalu dari mu’tah ekceli ). Ader kekangan masa & urusan yang perlu dilunaskan di sini. wuarrrrrrrrgh! Sedey sangat xdapat ikut majlis perasmian penutup karisma09, mu’tah. Aku suka menggunakan nama penuh penganjuran kali ini ( karisma09, mu’tah ), kerana ia lambang kita HORMAT dan HARGAI penganjurannya. Adakah itu satu KESALAHAN atau yang dianggap sebagai ingin MENGANJENG-NGANJENG pelaksanaan KARISMA09 bertempat di mu’tah??!

" افلا تتفكرون "

Esok ( sabtu 2hb mei 2009 ) akan berlangsung acara FINAL bagi acara BOLA SEPAK, BOLA JARING & BOLA TAMPAR perempuan. Semua ini ada melibatkan ATLIT IRBID. Begitu jua BADMINTON LELAKI akan membuka gelanggang esok. Pencapaian & peningkatan skuad bola sepak sudah menunjukkan kearah pertukaran warna pingat 2 tahun lepas ( bahan kebanggaan cerita AGUNG bola sepak sepanjang zaman ). Ensyallah, kali ini adalah masanya, kita buat satu CERITA & catatan baru dalam pencapaian skuad bola sepak. Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana IRBID memang HEBAT.

Penuhlah nanti rumah presiden PERMAI kita kali ini. Penuh dengan PIALA-PIALA IRINGAN dari acara keJUARAan. Setakat ni jer da ader 4 piala iringan. Esok lagi 4. Siapa tahu. Main game ( dlm gelanggang ) NO MERCY… bak kate HILAL ( laksamana langit ). Kita main, main betul-betul. Kita tentang ( dalam game ) tentang betul-betul. Itu sunnah dalam pertandingan. Tiada siapa mahu akan kekalahan.

Sekian dari aku. Update kendian pulak akan menyusul. Penat gilos nih, baru balik dari mu’tah. Singgah amman ( CITY MALL ) makan kat TGi Friday. Yeah yeah.. tercapai jua hasrat aku nk makan kt TGi, sejak balik sini 21st feb 2009. Sama je mende nye makan kat outback steak house BANGSAR & jalan sultan ismain ( opposite plaza LOWYATT ). Yang bestnya is LAYAN… ahakz! Matila pas nih duit makan da abis dalam masa satu jam je ( makan ). Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Kata-kata semangat seperti …. Tidak jauh emas dari kita…. Tak dapat gangsa, EMAS pon jadilah. Masalahnya sekarang. 2-2 kita dapat. Da tuh CAMNO??! Ahakz. Kita datang sebagai juara. Sememangnya punyai nilai & semangat yang mahaBESAR ertinya dalam diri atlit kita tahun ini. Sedikit sebanyak, ia menjadi suntikan untuk kita memperbaiki PRESTASI & POTENSI diri.

Ingat!! Ada 4 lagi baki emas yang MESTI kita kaut bawa balik irbid. Xbanyak pon 4 tu. Ader usaha, ada keyakinan, ader semangat. Kita boleh realisasikan 8 emas tuk karisma09 mu’tah dengan mudah tanpa di ganggu gugat oleh kontinjen zon lain. Kalah kita, menang kita biar bermaruah. Bukan dik kerna DRAMA TELENOVELA AKASIA. Atau didahulukan dengan EMOSI.

No comments: