FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD
Showing posts with label luahanRASE. Show all posts
Showing posts with label luahanRASE. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

:: puak2 lebai ::

Salam semua

Setuju atau tidak. Kita boleh mengacah pisau ketengkuk orang tuk sebaris dengan kita. Kerna dlm diri dan jiwa mnusia itu berbeza-beza penilaian. Dalam dunia nih. Tiada yang salah-bagi pandangan aku kerna betul atau tidak ia kerna kegagalan menelaah sesuatu situasi itu. Bila kita kata gagal. Bermakna ada atas bawah yang tidak kena. Mungkin terlepas pandang atau ia terlalu besar untuk kita sendiri ambil sebagai isu yang mampo kita carry.

Siapa sahaja dimana sahaja. Semua orang hendak dirinya diangkat tinggi. Setinggi langit. Berada pada kedudukan yang utuh, seutuh arash tuhan. Tidak mahu sedikit pun jatuh atau ‘menjatuhkan’ diri pada kedudukan rendah bagi merasakan warna warni kehidupan walaupon hanya seketika. Bangga dan gembira dijulang melambung-lambung. SUM3AH katenye!! Haruzzz leeeeh d jaga. Walaaaaupooooon*

Dalam kehangatan minggu pilihan raya persatuan ini. Aku nak bawa rakan yang berpersatuan sekelian untuk menilai beberapa prestasi. Memandang beberapa potensi & berani membuat eksplorasi beberapa aspek yang sebenarnya, telah lama ada dalam persatuan. Tetapi semuanya, ibarat ditangan jinjing jatuh, berciciran pulak yang dikendong dik badan.

Suatu yang lumrah dalam struktur organisasi mana-mana pon. Board manager, atau pelaksana sesuatu gerak kerja. Mesti diambil dari orang-orang yang sendiri kita kenal, rapat & ‘taat’… sesiapa yang ade EK skit. KOMPem ditolak tepi. Atau yang lebih2 banyak cengkadak. Sah2, terus diPERSETANkan sampai kesudah… itu mmg habit semula jadi seorang pemimpin. Dia akan bersama orang2 yang boleh di eksploitasi… mana-mana pihak yang solid.. haramlah nak diterima pakai. Biarpon dia sendiri tahu, yang dia tolak itu merupakan asset berharga untuk dia.

Hal ini tidak jauh berbeza dengan pola politik di PERMAI ini. Penuh dan saratlah aktiviti program & acara tiap2 minggu. Ilmiah tak ilmiah nyer… ko-KO xko-KO nye ( kegiatan luar dri konsep liqa & talaqi )… program cukup bersepah.. ibarat ulat sampah….kalo dalam bahasa pasarnya. Cam ulat taik… tapi mane letaknya relevan nye kalo setiap yang dilaksanakan ini adalah dari corak dan pattern yang sama serta sepesyen jer laaa. Xde warna dan rencah langsung.

Bagi mereka(pendapat saya)… orang2 akademik hanya untuk orang akademik. Orang aji2, lebai2 nih hanya untuk puak lebai2 serban2 sahaja. Jika kita bukan pattern yang serupa dengan mereka. Jangan mimpi la kita ini akan ditarik tuk menyertai betapa manisnya gerak kerja bersama.

Boleh jadi bergerak sesame. Tetapi!!! Bila seorang demi seorang jadi ANJING… da tersepit. Baru la terhegeh2 nyalak, terlolong2… gagau sana, gagau sini cari orang bantu. Akhirnya, yang di BUTUHkan itu sendir merupakan dari set buangan n set ludahan mereka pada awal pelaksanaan sesuatu acara.

Wednesday, April 20, 2011

::Kenapa bowling dalam diri aku::

Salam semua

Kerap kali orang luar berkata.

Apalah sangat main boling tuh. Bukan keluar peluh pon. Xde stamina dan tenaga langsung. Main la bola ke, futsal ke ape ke… baru lah lelaki… eleh!! Stakat boling ape barang bro!!!

Well, xde barang ape2 pon boling nih…sbb aku bukan bermain atas penggunaan stamina atau tenaga, tapi aq bermain dlm bagaimana nak kawal minda n emosi… dalam keadaan yang tertutup (sudah tentu tenpin boling dalam kwasan tertutup kan) kawasan yang punyai limitasi kecil dan Radius yang tidak sebegituh luas. Ia sebenarnya merupakan factor penambahan tekanan terhadap emosi n mental…

Memandangkan aku punyai permasalahan dalam perkara ini. Maka, sukan yang cocok bagi aku adalah boling. Kerna aku xperlukan ruang yang terbuka untuk showoff didepan puluhan umat, malahan ratusan manusia yang aku ni sebenarnya raja gelanggang, sedangkan tiada apa pon yang boleh dipertontonkan.

Biarpon aq sebagai lelaki. Yang bermain sukan yang katanye tidak berapa nak kearah kelakian. Tetapi aku tidak malu dengan kebanggaan diri yang kononnye bias beraksi didepan khalayak yang pengakhirannya merupakan satu kekecewaan. Bukan sahaja empunya diri milik keegoan. Malah hadirin2 yang bersemangat waja melihat persembahan. Secara tidak langsung seolah-olah dipebodohkan dengan gaya lagak sang kucing yang memtertawakan ayam jantan ( kaki yang atas stoking, bawah tidak apa2 alas) sedangkang dia yang ‘kucing’ lupa sebenarnya dia adalah makhluk yang tidak perasan punyai 2 telor yang terjojol dibelakangnya. I

Itulah symbol pemain bola dalam kasus ini yang acapkali memperlekehkan sukan lain. Kerna hanya yang menceburi sukan lain itu bukan jantan, dengan mempamerkan kejantanan(telor) itu tadi. Maka, ia sebenarnya lelaki(kah?!!)

Kawan-kawan yang bersukan

Saya punyai alasan motivasi yang kuat kenapa sukan boling ini saya amik sebagai makan minum pagi petang saya. Pendorong yang dekat dengan kita semua. Saya berikan contohnya disini.( irbid, Jordan )

Sejarah sukan boling dijordan. Bermula pada musim sejuk 2008. Sekitar bulan februari. Idea mengadakan kejohanan boling ini digagaskan oleh saya sendiri dan dibantu oleh beberapa orang yang kebetulan juga meminati sukan ‘tidak berapa lelaki’ ini. Hanya dengan cetusan idea yang kurang dalam 3jam. Terus kami merangka satu tournament yang melibatkan semua pelajar Malaysia di IRBID. PERMAI lah kan!! Xkan persatuan2 lain kot. Mampu ke nak ajak dan jemput mereka bersama kita… sukan ini wajah kita. Bukan wajah depa.*sigh*

Ada sahaja idea untuk menjemput peserta luar irbid untuk bertanding. Tetapi kami tidak punyai kos tambahan untuk menampungg segala perbelanjaan mereka. Kerana setiap yang kami lakukan dalam boling 100% dari poket sendiri. Mula dari tambang bas hinggalah ke bayaran boling itu sendiri.. makan minum tidak perlu dikatalah. Almaklum sahajalah… temanya, sendiri mau hidup.. Jgn nk nyusahkan orang lain dan datangkan kesusahan pada orang…

Bermula dari kejohanan musim sejuk itu hinggalah beberapa siri kejohanan yang menyusul, kami lakukan diMUKHTAR MALL amman( adik2 baru mungkin tidak familiar tempat2 gini kot) yang dikenali dan sering jadi kunjungan adalah city & mecca mall jer kan. Tambahan pulak, zaman kini masing2 punyai belanjawan yang melebihi had yang mampoo.. tidak hairanlah. Mall2 kecik ini tidak dikenali. Huhuhu

Berbalik pada boling tadi.. format permainan kami sudah tentu 10 pin tab. ( sepuluh pin ). Kejohanan sulung kami main 6games. 6 sepasukan. Bermakna. Dalam pasukan itu punyai 2 regu trio dan 3 regu duo. Setiap acara duo. Trio & kumpulan peserta bermain sebanyak 2 games. Manakala untuk acara individu pula, hanya 10 peserta terbaik akan bermain dalam merebut title perseorangan. Main sebanyak 2 games juga…

Bermakna. Bagi mereka yang lepas hingga ke top 10. Mereka akan bermain sebanyak 8 games.

Format2 perlawanan setiap siri kejohanan adalah berbeza2. Dan mengikut bilangan peserta & penglibatan( komitmen). Dan semua kejohanan yang dibuat diamman punyai juara yang berbeza2.. dan bermula dari sini lah. Cerita kenapa saya hidup dengan boling akan dinukilkan~

1st tournament.. juara sulung kita yang semestinya saya segani.. saudara matnor. Pelajar pergigian tahun 4 skrg… kemenangan beliau menyapu semua pingat emas. Menyebabkan saya ‘berdendam’ hingga kini.kerna ketika itu, saya hanya mampu raih pingat gangsa sahaja…

Kenapa dia boleh dapat semua kemenangan sedangkan saya tidak boleh. Sedangkan kita ini semua sama jer.(manusia) itu yang saya letakkan dalam diri hingga ke hari ini. Jika dia boleh, kenapa tidak kita?!!! Itu persoalannya.

Bagi berlaku adil dengan emosi sendiri. Saya merangka kejohanan seterusnya. Kali ini, reputasi pemenang sulung sudah tidak berapa nak menyerlah, datang muka2 baru dalam senarai pemenang pingat. Saudara rahmat. & amirul amin.. sekali lagi saya, tidak dalam pingat EMAS dlm acara individu. Saye agak terkilan sedangkan ianya sesuatu yang sangat hampir bagi saya. Cuma saya sendiri yang tidak bijak gunakan kekuatan mental. Betapa ruginya saya ketika itu…

Selain acara individu, saya raih pingat emas. Alhamdulillah.. tapi itu bukan matlamat saya, kerna dalam acara berpasukan. Atau lebih dri kita seorang. Menang emas bagaimana pon. Itu bukan mutlak(dalam game) milik kita. Kerna factor kesungguhan teman2 sepasukan merupakan antara elemen pendorong kearah kejayaan. Tidak adil jika usaha mereka yang bersama kita itu kita nafikan…

Dan, ape yang janjikan pada rakan sepasukan saya seperti biasa,

“…jika korang team dengan aku, aku janji boleh bagi pingat kat korang sebagai balas jasa baik korang yang sudi bersama dengan aku,. Spent time n tenaga…”

Ini adalah kesan didikan yang dulu saya perolehi di sek rendah dulu ( sekolah cina, bukan kebangsaan). Moral nya : sebagai manusia kita Melihat dan menghargai setiap potensi diri yang ada…

Setelah tewas & gagal peroleh pingat emas pasa 2 kali kejohanan… saya tidak berputus asa.. saya yakin., usaha tangga kejayaan. Usaha punya usaha. Dalam next tournament. Saya Berjaya menempatkan diri dalam top bowlers. Bukan kedua atau ketiga. Tapi ranking teratas. Bermula dari musim panas 2009. kejohanan bersama BKASJ Selangor Jordan… badan kebajikan anak negeri Melaka. Majlis perpisahan kak rini & abg shah ( pegawai kedutaan) dan sebagainya. Saya terus dan masih berada di top list pemain boling irbid ( Jordan )

Begitulah sedikit sebanyak, kenapa saya hidup dengan boling. Semua nya bertitik tolak dari DENDAM yang saya tanamkan dalam diri… yang saya mahukan, sebelum saya pulang ke Malaysia. Saya mahu lakukan permainan revenge dengan pemenang sulung kejohanan boling pertama dalam PERMAI. Lawan saudara matnor… coz on dat time. Saye terpikir. Kenapa dia hebat sangat?!! Kenapa saya tidak boleh dapat satu pingat emas pon… apakan daya. Tuhan mahu saya berusaha dari bawah tuk rasa betapa manisnya kejayaan hari ini…

>setiap sukan ade seni & gaya nya… cubalah berlaku adil…

>belajar untuk menghargai orang yang bersukan ibarat menghargai betapa besarnya rahmat tuhan yang memberikan bakat kepadanya…

Sekian. Wallahua3lam

Saturday, March 26, 2011

:: bila salah faham ::

Salam semua

Sengaja mau merespon untuk suatu. All bout kesah seorang wanita & lelaki yang ‘berchenta’… n da reason kenapa aq xberapa nak suka perempuan dan susah tuk melekatkan perasaan dengan mereka. Serabut, rimas & menyusahkan…

Diciptakan wanita itu dari rusuk lelaki. Dekat dihati untuk dijaga. Berada disisi untuk bersama. Lembut sifatnya untuk mudah dilentur bentuk. Itu yang aku terima selaku hakikat penciptaan dari tulung rusuk lelaki ( aq ) jugak sebagai lelaki..

Situasi

>pasangan da berkahwin. Kali pertama tuk sii perempuan, kali kedua tuk lelaki kerna kematiaan yg pertama.

Sesingkat mana pon perkahwinan tuh. Lelaki tetap dikesani dgn yang pertama. Kerna itulah chenta dia yg sulung. N pertama. Even da ader yg kedua(seorang). Pokoknya, wanita itu yang KEDUA ber’kenaan’ dgn dia.

Tak ade reason atau statement yng sewajarnya keluar dari wanita KEDUA ituh, m’arahkan untuk melupakan yang PERTAMA. Kena la sedar diri. Awak itu bukan yang PERTAMA. Perasa chenta kelas kedua sahaja!!!

Kenapa aq katakan sebegituh?? Kerna… pompuan nih MMG KUAT CEMBURU, katenye!!! Tapi bagi aq, cemburu pompuan nih tidak berasas n bertempat. Kebanyaknnye, cemburu perkara picisan yang xder nilai pon untk contribute kepada kebaikan major dia sebagai wanita bagi mengejar status isteri junjungan mulia. Rasulullah… tidak jadi seperti mereka pon tidak mengapa. Tapi yang nk sampaikan, adalah isu kecemburuan wanitaan dalam skop fahaman Islamic.

Adilkah bagi seorang wanita, yang juga isteri mengeluarkan arahan yang berbaur tengkingan, kekerasan, kepenuhanemosian kepada si suami untuk melupakan segala apa yang berkaitan ngan yang pertamanya wanita disisi dia.

Perkara datang ( kenangan atau memori ) tanpa diundang, boleh jadi dalam lena, dalam mimpi. Mahu secara tetiba tersasul… dengan keadaan2 ini. Layakkah seorang perempuan yang berstatus kang yang KEDUA tuk mempertikaikan?! Sila r hormati chenta pertama suami. Dia bukan nak pon sasul2 kan chenta pertama dia didepan yang kedua. Cuma kadang2, bila DIA berikan jentikan hati. Si isteri tidak berhak nk bising2 atau feeling2 heart… tuhan bagikan dia chenta tuk terima awak yang kedua, itu pon da kira cukup baik…

Keberentakan rumah tangga berlaku, banyaknya disebabkan perkara ginilah. Kependekan akal n luasnya emosi wanita dalam menghadapi pelbagai situasi… hanya memperjuangkan

“…dia tak tahu nak jaga hati saya…”

Kakak. Sayang. Makcik. Awak.

Bukan tak tahu hanya hati. Kalian yang tidak faham apa itu chenta. Ia adalah dirasai bukan diberi. Pemberian hak chenta adalah pemilik segala perasaan n hati. DIA yang maha esa. Nak jaga hati camana?? Jika trus mengikut betapa lembut n rapuhnya hati sendiri. Hati apa yang dijaga?? Hati disiapa yang tidak dihormati??

Pernah selama ini, terus bertanya situasi sebenar? Pernah selama ini slom talk mohon penjelasan?? Alih2 ngann panahan NURRAKA, menyerang.. tak ke lagi hancur hati lelaki kala diperlakukan sebegitu. Nak claim lembut hati wanita perlu dijaga rapi. Menjadi lembut n rapuhnye hati lelakii secara automatiknya bila di serang secara mendudu!!!

Jangan meroyan la kalo ada yang ketiga pulak jadi suri dia tuk seterusnya. Hati lelaki keras, tidak n sukar diubah… boleh diubah atau diusik dengan ‘kelembutan’ gila hanya. Tapi hasilnya??! Sendiri mau hengat. Sampai kesudah lah makan hati berulam jantung…

“…dia xpernah nk sayang saya…”

Dia bukan tidak pernah sayang kalian, tapi dia xpernah rasa dihargai oleh kalian. Bagaimana nk rasakan kesayangan. Kalo xkena cara n gaya. Smuanya berpaksikan emosi. Atas tiket. “…kami ni wanita, perempuan. Lain ckit…” apa yang lain? Diciptakan dari chahaya? Air? Angin?? Ape?? Dari tanah juga. Diambil dari sebahagian lelaki jugak… kelembutan itu hanya peratusan kecil sahaja. Lebih nya mmg logic untuk dikatakan. Sepatutnya sedikit sebanyak seperti lelaki yang empunya ‘kekuatan’ n ‘kekerasan’

Aku berpendapat, nama pon dari pinjaman juzuk tubuh lelaki. Bukan satu alasan tuk dikatakan sebagai KAMI NI LAIN CKIT. Huh!! Xde rasional kukuh… maka aq tolak. Wanita yang kuat adalah wanita yang sedar dia yang dciptakan dari entity yang keras!!!

Maka dengan itu, akan adalah nanti statement2 susulan yang beralaskan emosi..

“…apa kurang nye saya. Apa lebih nya dia…” huh!!! Aku merespon pada perkara ini dengan logic mantik…

1st… dia sendiri yang Tanya, APA KURANG nya dia. Bermakna, dia sendiri yang mahukan kekurangkan diri diBANDINGkan dengan dia. So, bila direspon kan kembali kepada yang ditanya sepatutnya TAK perlu nak feeling2 terasa hati bagai. Kerana jawapannya psti trus berkisarkan pada soalan yang diberi… cth…

“,,,ape kurangnya saya…” ( soalan yang –ve..)

Respon : awak terlalu emosi n ikut perasaan…( jadi, jawapan nya pasti pada yang lebih –ve)

Kemudian,. Adilkah bila dapat respon yng sebegitu, kita nak hokum dia TAK PERNAH NK SAYANG??! Walhal soalan anda sendiri yang memakan diri dengan menanti jawapan yang membunuh jiwa n raga. Layaklah kalian terima respon yang sebegituh.

Seharusnya, kalian Tanya

“…ade lebih nya saya, kurangnya dia…” bukan “…ape kurang nya saya…” kot yer pon nk muhasabah diri dan2 tu. Mmg tidak tercapailah level kemuhasabahan kala n ketika itu… ini menunjukan, perempuan sendiri yang tak nk sayang diri sendiri. Sebelum dia nk sayang orang lain atau disayangi oleh orang lain.

“…dia masih chenta yang lama…”

Statement awal pon da tahu per jawapan seterusnya!!! Chenta lama la tetap jdi yang dikenangi. Bgi la yang baru n lawa cam mane pon. Yang lama tetap yang terbaik dan dihargai... kekesalan timbul bila ada isu ungkit2 n persoalan kelamaan chenta dia. Nak fikir suruh jaga hati kalian ja. Pernah la pulak kalian meletakan pada satu ruang tuk lelaki nk menjadikan ia satu peluang menghargai barunya chenta & keberadaan kalian disisinya setelah kehilangan yang lama itu??

Sekian dari aku. Wallahua3lam..

Aku meluahkan apa yang aku rasa tuk makluman beberapa orang yang terlibat...

Secara keseluruhan nya, dalam 10-20 tahun perancangan masa depan ini. Aku tiada perancangan ke alam rumah tangga...

elok la aku masih ‘begini’...

sendiri yang boleh berdiri tanpa suri...

sekadar datang tuk temani hati...

Semua orang boleh jadi...

Aku perlukan yang memahami siapa diriku ini...

Dari terus nk dibelai manja didakapi sepanjang hari...

Kekejaman n kekerasan aku terhadap wanita adalah kerna kalian yang pinta. Aku xkira kau tuh siapa. Jika anda layak terima ‘kekejaman’ maka itulah anda rasa... kejamlah anda terus paksa memaksa hati lelaki tuk menerima anda!!! (eeeeeeeeeiyyy!! Murah nya anda)

Tergedik2. Terkinja2. Alih2. Tak dapat rotan. Akar pon jadi. Huh!!!

salam

Wednesday, March 02, 2011

:: ANDA bertanya, AMM mjawab.. AMN merespon ::

Salam semua & selamat sejahtera

Tugasan mengambil stage orang secara tetibe ini adalah mmg kebiasan bagi saya yang tidak berapa nak hero. Orang hanya akan kata. Saya ni nak cari publicity murahan. ( CAPAP ) dalam bahasa mudahan. Anyway, xdela nak dikesahkan dengan kata-kata itu. Kerana life must go on… orang bebas berkata apa. Kerana ia adalah cabang kebebasan bersuara. Kerana kebanyakan percanggahan mengenai sesuatu perkara bukanlah soal USUL. Tapi lebih kepada furu3… xperlu kot saye jelas kan ape itu USUL. Ape itu FURU3. Sebab bukan bidang saya menjelaskan perbahasan mengenai 2 perkara terbabit…

Saya selalu mintak kt tuhan… supaya janganlah saya ni hidup dalam suasana kepujian, keagungan & ‘keselamatan’ sangat. Saya tidak mahu sebab saya, manusia lain yg punyai akidah islamiah. Tergugat iman mereka. Obsess dengan saya. Lantas terus menjadi syirik kecil. Bila kita sentiasa dipuji pulak, aka nada sifat besar diri dalam hati. Maka, itu akan jadi persoalan USUL lain pulak.. wallahu3alam… ya allah, janganlah engkau jadikan aq ini dari golongan hamba2MU yang sentiasa dilambung2 melangit. Kerna ku tahu segala pujian hanyalah untukMU.

Prinsip saya mudah ( dalam hal2 bersuara ) “...The critic is one who knows the price of everything and the value of nothing...

Saya pegang kata-kata supaya saya boleh KOREKSI diri… biar pon nk melakukan Koreksi tu perlukan masa. Ia adil buat saya. Saya pon xde ape yang nak diubahkan… diperbetulkan. Kerna saya sentiasa buat sesuatu yang baru, cubaan2 berani mati. So logika nya, tiada masa sangat untuk saya nk piker soal koreksi ni… yang ada dalam kepala n hati saya adalah sentiasa ‘invest’ sesuatu yang baru untuk diterokai.. itu sebab kenapa banyak sangat kesalahan demi kesalahan yang berlaku. Baik kesalahan itu dilihat memang dari kaca mata saya sendiri ( saye pon tahu apa dia HAQ apa dia BATIL ) mahupun kesalahan itu dinilai dari sudut pandangan umum ( sifat dan sikap kelaziman manusia. Mmg pakar dalam memberi nilai kepada manusia lain)

Ok la.. balik kepada niat asal post kali ini. Adalah untuk merespon kembali beberapa perkara. Ini adalah statement peribadi saya. Tiada dipengaruhi oleh sesiapa. Agak2 tidak boleh nk proceed dengan pembacaan yang bakal dilakukan. Anda dengan segala penuh kehormatannya. Dipersilakan keluar dari post dan blog ini… saya hanya menulis untuk yang sudi & mampu membacanya sahaja… keutamaan diberikan kepada mereka yang benar2 mahu KOREKSI diri :-)







Kawan-kawan..

Anda bertanya. AMM menjawab… itu baru AMM. Ni sekarang AMN pula merespon terhadap kedua2 perkara. Baik persoalan mahupun jawapan. AMM tuh ape mende weyh?? Saya pon tatau.. sebab saya jenis yang xbrapa nak hidup dalam persatuan2 yang cam nih. Kerna mereka pun xnak orang cam saya ini dalam persatuan mereka. (^_^)Y

Soalan pertama : isu JAULAH.

Haih!! Mula2 isu n Q da xbest n xmenarik… kot yang bertanya ni. Sah2 la kaki kuat langok dan meronggeng patjam!!! Jaulah jer la kekdahnya… xde mende lain ke nak Tanya. Kot yer pon banyak sangat duit nk dilaburkan kat Negara ‘membangun’ camni. Bukanlah tema jaulah tu jer… bkn sekadar kaki langok jer saya rasa. Ini mesti jenis yang mengamalkan sunnah para nabi & ulama’2 islam… jaulah la katakan… jauh permandangan, lua pengetahuan.. maka, tang ini, agak logic dan boleh diterima pakai… tapi!!! Mengikut observation saya stakat n sekadar yang ada kini… yang kuat2 jauhlah nih. Set2 yang sendat2. Ketat2. Berbanding dengan set2 selimut cadar langsir ninja bagai… maklumlaaa, kalo yang sendat2 ketat2 nih senang nk berJAULAH. Mudah bergerak. Yang labuh2… terbang2 nih… leceh sikit. Lebih senang dan selesa kot dengan kelas2 dalaman. More to konsep2 ketuhanan & kerohanian…

Q2 : keselamatan + salah siapa… pihak SISWI yg dinaungi oleh HeLLwi mereka, jawapan nya : TIDAK BOLEH MELETAKAN 100% kesalahan kepada puteri…

Jawapan AMN :

Halamak… tak boleh diletakan kesalahan 100%.. sound ‘gud’ sangat… yer la kan.. orang da kena, xsama ngan orang yang tak kena. Itu satu.!!! Yang kedua nya. Stakat yang dilaporkan, rata2 adalah dari kesalahan diri sendiri dan kemalangan yang berlaku itu adalah dari kalangan puteri juga. Ke masih xmo ngaku itu mmg 100% salah pihak puteri?

Keselamatan bersama. Yer saya!! Saya setuju… camne nak kata atau realitikan KESELAMATAN bersama itu… kami dari kalangan siswa hanya dapat sebarang berita atau laporan mengenai keselamatan SELEPAS sesuatu kejadian. Dimana ketika itu xda siswa ( Malaysia ) pun ditempat kejadian… bunyi seperti cam xlogik je kan?! Ala2 saya buat statement makan diri sendiri.

Ok baik, disini langkah pencheritaan tuk PUTERI lebih jelas dan tidak cepat meLENTIK-LENTING bagai…

Korang…

Masa korang disakat, diganggu gugat, atau di itu ini segala. Masa tuh ada lelaki x? atau dalam erti kata lainnya. MURAKIB bersama korang tak?? Ok. Jawapannya pasti tidak.

Respon korang balik.. mestiiiiiii la tak der. Xkan 24/7 ade lelaki nak jaga.. yer!!! Betul jawapan tuh benar. Xde salah…

Isu yang cuba saya nk bangkitkan, da nama pun ketika itu tiada lelaki. So secara MUTLAKnya kemalangan itu berlaku 100% keatas anda. Lelaki atau pihak siswa tidak terlibat atau termasuk pun dalam peratusan yang dikatakan BUKAN 100% diletak kan diatas bahu pihak2 tertentu… alasan MUTLAKnya :-

1,tiada murakib ketika itu(lelaki)

2,korg yang salah memilih n panggil murakib. Bila takde dan tidak dapat murakib ‘pilihan hati’ buat kerja ikut hati. Konon bawa diri. Kata,”…xpe. Xmo jadi murakib xpe.. boleh gerak sendiri...” Ok. Fine. Gerak la anda kemana pon mahu anda gerak. Kebebasan anda sebagai anak DARA SUNTI yang belum disuntik.

3, ada tak dalam kejadian2 yang dilaporkan, mengatakan ketika kejadian… bersamanya (wanita itu ) seorang lelaki? Kalo saya tersalah mengenai perkara ini. Adalah boleh rebut balik… saya terima. Kerna mmg salah saya. Tidak mengkaji laporan & tidak cakna dengan persekitaran

Puteri2 sekelian…

Kembali isu keselamatan bersama tadi. Sama juga dengan pihak lelaki… ade juga beberapa gangguan yang diterima. Kami juga boleh katakan. BUKAN SALAH pihak kami 100%. Kerana pihak sebelah sana TAKMO jadi suri pihak kami…*ops!! Statement apa saya da buat nih?!*

Nak tak nak. Cuba kita letak kan satu sikap MENYALAHKAN diri kita sendiri lebih dari salahnya orang… semuanya berbalik pada empunya diri. Diri yang makan durian. Tidak sama dengan yang hanya bau durian…

Sampai sekarang n detik tertulisnya post ini. Saya masih ingin menyalahkan diri saya. Kenapa say nak merespon balik ANDA BERTANYA AMM MENJAWAB. Kerana saya nak tahu apa buruknya pemikiran saya untuk dicantikan atau saye tidak buat keburukan itu lagi.



Q3 : murakib GARANG.

Adooooi!!! Nak lembut camne lagi.. korang tu da sedia lembut. Xkan nak bagi yang lembut gak. Lagik naik lemak la… nak2 mmg korang tuh da tersedia situ lemakk sini lemak… dia diKATAkan garang sebab korang yang cam TAHI. Atau suasana tarbiyah korang dari sejak azali. Tak pernah kena hamun, maki keji. Hina nista.. tahu2 jer, dapat murakib cam tuh je. Da labelkan diorang garang. Dia bukan garang dia adalah dia pada acuan dia. Guna istilah bengis pon salah gak. Sebab bengis tuh tu HAIWAN. Dia TEGAS & ada perkara yang kita Nampak as BINATANG nye dia. Tapii sebaliknya. Dia adalah manusia yang tahu nilai dalaman & perasaan makhluk yang bernama manusia

Nak yang lembut2. Nak yang jenis DAYUS. Teruskan. Xde masalah… kerna PILIHAN juga ditangan anda untuk memilih murakib DALAM KATALOG. Berkenan dGRAB. Xberkenan ditolak tepi. Alih2 nanti time urusan pindah randah. Yang tak dikenankan itulah yang banyak berjasa… huh~

Q4 : kemudahan sukan yang dituntut

Kita nih mmg xsalah pon nak demand itu ini… dalam masa yang sama. Mmg da ada pon apa yang diDEMANDkan tuh. Cuma empunya badan je yang FEELING2 ratu bagai…

Korang…nak selesa camne lagy? Nak tertutup camna lagi?? Mase korang main sukan or beriadah tu telanjang bogel ker?? Standard suasana sukan dan riadah la di mana pon. Slagi pandai bawak diri. Jaga nilai2 keSYARIATan semuanya. Pasti dijaga olehNYA…

Yer mungkin alasan SUARA dan KeEXCITEDan tuh jadi alasan utama. Bagi saya ( yang xde la pandai dalam bab2 agama nih ) tuh bukan alasannya. Itu Cuma dinding penghalang yang sengaja digunapakai untuk jadi perisai pertahankan diri…

Puteri2 sekelian…

Yang korang mase main tuh nk terpekik terlolong cam kena sampuk tu kenapa. Sapa yang xpandai jaga diri sekarang?? Xyah la nak kata ikut budaya arab.. wanita2 arab tidak cam wanita2 kita ( south east ) yang active & agresif… janganlah jadikan diri anda seperti mereka… orang kata “… apa nnti lak perspektif n pandangan orang arab kat pelajar2 puteri kita yang active2 nih…” nak dikesahkan pandangan orang kenapa?!! Xder point pon kat cnie.. diorg yang pandang pelik atau anggap –ve. Sebab suasana budaya tanah tumpah darah mereka mmg pasif sebegituh. Hanya tahu melawa ( even mcm hantu bertepong gomak ). Tggu masa jantan kaut buat pemuas nafsu…

Puteri2 sekelian…

Jiwa saya nih mmg agak ANTI wanita. Tapi saya ada kesan didikan seseorang yang bernama ibu ( sampai da meninggal pon mama saya ). Dia xpernah manjakan saya. Even adikberadik perempuan saya. Wanita2 kami (ahli keluarga besar) tidak pernah kenal erti manja bermanja. Semuanya penuh dengan ketegasan & kecekalan.. kuat hati jiwa & raga… katakanlah apa pun tidak pernah nk diletakan sebagai luka bernanah dihati…

Saya mmg agak kecewa dgn sikap puteri2 IRBID yang xboleh dicuit n tegor sikit. Masing2 nak feeling lebih…yer la kan!! Da nama pun background berbeza. Nak2 pulak anda smua didodoikan dalam kain labuhan tudung… kain lebaran jubah. Kami ini tidak… digulingkan atas batu batan kerikil jer. Tuh sebab kami tough & kuat. Tidak rapuh mahu lembik…

Ok la. Sampai disini sahaja.sekian~

Tuesday, March 01, 2011

:: sajak Tini ::

Salam & selamat sejahtera semua

Setelah seharian saye mengadap laptop dengan menghambakan diri pada HTML blog. Akhirnya. Saya boleh lagi ada kesempatan untuk meneruskan kehidupan normal saya. Main2 FB ( komen2 ) n tweet sana tweet cnie *eh!! Cam ade twitter lak kan!! *

Dik kerna kerja. Saya telah menangguhkan janji saya terhadap adik saya- memasukkan sajak n luahan hati seorang anak dara yang kecil lagi sudah tiada ibu…

Dia sibuk Tanya. “…da masukkan ker dalam blog?...” saya hnya menjawab. Abang ada kerja nih. Nnti abg letak dalam blog, abg bagi tahu tini yer…

Dan inilah ketikanya, saya kopipes kembali apa yang dia da hantar ke saya melalui FB.


“…ibu...
orang kata aku lahir dari perutmu,
bila aq lapar yang datang dekatku....ibu...
bila aq menangis yg tenangkanku........ibu...
bila aq bersendirian yg datang menemaniku adalah.....ibu
bila aq nk mandi yg memandikanku.......ibu
semuanya kerana ibu...
tanpa ibu aq tidak pernah wujud dalam duniawi ini...
syukur alhamdulillah engkau tidak membuangku..


ayah...
engkau ketua keluarga yang adil..
engkaulah yang mencari nafkah
untuk menyara ahli keluargamu....
engkau bersusah payah keluar rumah
awal pagi untuk kami semua...
engkau telah menjagaku dengan sebaik mungkin
walaupun engkau garang..tetapi aq ttp menyayangimu...
engkau telah cuba sedaya upaya untuk membahagiakan
ahli keluargamu..


ibu dan ayahku..
aq sangat terhutang budi terhadap dirimu
engkau tidak berasa jemu untuk memeliharaku
tika malam aq menangis
engkau telah mendidik dan memeliharaku dgn sebaik mungkin
jasamu x kan kulupakan di dunia mahupun di akhirat kelak
jikalau umoku panjang
ingin sekali aq mahu menjagamu
tika dihari tuamu,,sepertimana engakau mengakau sewaktu kecil
aq bangga kerna mempunyai ayh dan ibu seperti engkau
terima kasih ats pengorbanan dikau selama ini…”

Yerp. Sesungguhnya… apa yg dia tulis adalah jujur dari hati dia. Saya dapat rasa…

Tini. Ni abg da letak dalam blog… hehe :-).. maaf lambat. Abang der kerja2 lain…


Monday, February 21, 2011

:: surat terbuka tuk WARGA PERMAI ::

Surat terbuka untuk semua ahli PERMAI

Lanjutan n sekual dari program semi-MEGA PERMAI yang barusan sahaja berakhir tempuh hari…

Dengan ini, betapa rasa sukacita & terbuka… saya ingin meluahkan beberapa perkara untuk sama2 kita kongsi agar sebarang kata-kata, prasangka2 mahupun kekeliruan tidak terus dijadikan polemic . Akhirnya membinasakan masyarakat setempat kita-PERMAI

mula-mula kalinya. Tulisan ini bukanlah untuk mempertahankan diri atau menuding jari kepada mana-mana pihak… bagi saya, amatlah jujur jika saye menulis ia dengan terbuka. Agar saya sendiri tidak tertekan dik perkara2 sebegini. Sekurang2nya saya melepaskan ia dengan cara penulisan untuk semua..

program semi-MEGA yang saya maksudkan diawal tadi adalah PERMAI’s SPORT CARNIVAL atau lebih mudah kita sebut sebagai PROSPEC 2011… acara 2 hari yang diketuai oleh adik amirul hafiz & crew2 beliau.. yang disokong oleh JKK sukan PERMAI dan dinaungi sertai dibiayai oleh PERMAI

kenapa saye menulis ADIK?? Kerna beliau muda.. dan rata2 yang muda. Saye lebih selesa memanggil mereka dengan nama sedemikian rupa.. untuk makluman juga… bukan semata beliau sahaja yang ADIK. Tetapi kebanyakan AJK pelaksana PROSPEC juga adalah dari kalangan mereka yang berpangkat adik-adik ( junior )

sesuatu yang sangat tidak sama bila mengelolakan majlis dewan yang bersifat ilmiah mahu pon indoor dengan majlis atau acara yang bersifat outdoor, lagi2 ia melibatkan banyak vanue & lokasi…

cukup skadar itu untuk pengenalan ringkas mengenai PROSPEC 2011…

terus kepada apa yang ingin saya katakan kepada semua. Khususnya mereka2 tertentu mengenai apa yang mereka telah tulis dan sampai kan pada saya… ini bukan berniat nk aibkan sesiapa( saya pon xde nk mention mana2 pihak secara spesifix) kerna saya masih ada lagi sikap professionalism dalam diri…

jujur kata, sepanjang pengibatan saya dalam mana2 pon lah anjuran program mahupon acara majlis. Pasti ada yang seakan yang tidak berpuas hati… kononnya. Saya ni melebihi sudu dari kuah… buat kerja xder, tapi cakap n komen bukan main banyak… pengarah program tidak kemana atau apa. Saya yang terkinja2 lebih mengatasi segalanya..

baik.. terima kasih daun keladi… saya mmg akui. Saye mmg sebegitu apa yang anda kata n fikirkan. Saya mmg tidak boleh lari dari hal2 KELEBIHAN ini. Bagi saya, saye punyai kekurangan yang perlu saye tangani, dengan cara menggunakan KELEBIHAN ini..

mengapa saya lebih2?? Maka disini adalah jawapannya.. dan seblum menjawab. Ingin saya minta kepada yang membaca. Lapangkan dada & jiwa. Supaya apa yang ingin saya sampaikan tidak lari dari maksud asal…

dalam sebarang kenyataan saya. Jangan anggap ianya betul atau salah semata. Anda perlu kaji dan tahu asal usul pendidikan dan cara kehidupan saya.. dan itulah yang lebih adil n baik tuk kalian menilai siapa saya yang sedang berkata n menulis ini… bolehlah dikatakan, orang yang andai kenali dalam dunia penulisan, tidak sama dengan orang anda kenali dalam alam reality… dan reality pengenalan dan mengenali seseorang bukan sehari dua. Tetapi ianya memerlukan suatu tempoh yang lama.

Permulaan bicara. Ingin saya memetik kata2 ulama’ tersohor… kerana saya tahu. Pelajar2 kita dibumi anbia’ ini tidak boleh menerima sebarang kata2 jika tiada bahan sokongan bukti dari sumber2 yang mereka verify as TERPILIH biarpon kata2 itu RASIONAL & LOGIK.. maka, saya ikutlah standard kalian.. saye sertakanlah dengan petikan berikut

Ibnu Qayyim Al Jauziyah berkata :

“Tidak semua perkataan ditolak mentah-mentah karena kesalahan, tapi harus dibedakan terlebih dahulu antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya setiap yang bersalah atau keliru ditinggalkan begitu saja dan semua kebaikannya tidak dihiraukan, niscaya rosaklah bidang keilmuan dan hasil karyanya… (tidak ada seorang manusia pun [termasuk para ulama dll] yang terlepas dari kesalahan kecuali Rasulullah SAW) . Terimalah kebenaran walaupun yang mengatakannya adalah ORANG YANG DIBENCI. Dan tolaklah kebatilan walaupun yang mengatakannya adalah orang yang dicintai. (Madarij as Salikin, 3 :522)

Saya yakin dan percaya semuanya faham… maka xperlulah saya ulas lebih panjang mengenainya. Kerana bahasa2 yang dinukilkan oleh ibn qayyim adalah bahasa standard yang mudah difahami…

Dan sebagai tambahan, saya sering menjadikan ayat ini sebagai pendinding saya tatkala saya bekerja atau menerima apa2 tanggungjawab…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Ok.. kenapa 2 petikan ini saya sertakan? Kerana ia teras jawapan yang bakal saya berikan…

Adik2… serta kawan2 sekelian

Saya sudah lama berada dibumi Jordan ini.. banyak sudah program. Acara. Dan majlis yang saya ikuti… dan bukan sesuatu yang boleh dikira ngan jari ( tangan & kaki ) program mana yang saye AJK pelaksana. Indoor outdoor.. saye pernah rasai dan lalui.. siang malam pagi petang bertungkus lumus ingin pastikan yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum saye piker yang terbaik untuk orang lain…

Saya buat sebarang kerja. Saya xpernah pon nk piker yang terbaik untuk orang. Kerana saya tau. Orang xkan pernah nk tengok semua itu. So, cara saya nk jadikan sumthing ituu terbaik. Biarlah saya sendiri yang rasakan.. falsafahnya mudah, orang yang bau durian xsama dengan orang yang makan durian. Ia seperti chenta… ia bukan memberi. Tapi ia dirasa…

Bila saye rasa sudah cukup terbaik untuk sendiri. Maka orang akan rasa ia sesuatu yang baik.. ini falsafah saya…!!!

Adik2 & kawan2..

Yer benar!! Saya ini antara orang2 yang kuat menentang n mengkritik...lelagi PERMAI ( ini bukan dari saya.. tapi datangnya dari ramai orang, termasuk rakan satu batch sendiri) katenya. Saya ANTI –PERMAI. Tapi Alhamdulillah… statement yang dilemparkan kepada saya. Telah saye buktikan yang saya BUKAN ANTI-PERMAI, tapi saya membantu PERMAI…

Saya tak minta banyak… jika benar saya ini anti PERMAI. Sila kemukakan apa2 bukti yang menunjuk kan saye merencatkan perjalanan program bawah kelolaan PERMAI.. paling kurang pon, saya sendiri yang tidak menghadirkan diri ke mana2 program yang MMG TIDAK mengalu2kan kehadiran saya. Nak-nak lagi program yang berunsurkan KETUHANAN & BICARA AGAMA. Tapi saya tidak pernah menjentik mana2 pihak untuk meninggalkan program2 sebegitu…

Kenapa saya tidak ke majlis2 sebegitu.. kerna saya tidak mahu. Warga PERMAI sendiri. Menanggung KEMALUAN dengan keberadaan saya dalam majlis sebegitu. Sungguhpon niat saya mmg NAK SANGAT dalami ilmu agama. Tapi kerna saya sayangkan NAMA2. IMEJ2 serta airmuka warga PERMAI. Tidak mengapa. Saye cari ruang lain tuk terus pelajari sumber agama, iman, akidah & fiqh…

Orang akan kata, kalo da tau camtu. Kenapa tidak berubah… jawapannya, saya tidak pernah berubah. Dan saya tiada apa yang perlu diubahkan… inilah saya seadanya… sekurangnya, saya masih ada hati untuk memelihara standard warga PERMAI… sungguh pon saya diBUANG & terBUANG, tapi ia bukan alasan untuk membalas dendam (mengANTI-PERMAI)

Adik2 n kawan2

Gagal menolak hal personal ketepi

Terlalu banyak percanggahan dan perselisihan yang telah berlaku antara saya dan warga PERMAI. Kerana apa?! Kita gagal memahami jiwa & diri masing2… yang kita jangkakan, adalah manusia akan terus melambung dan menjulang kita setinggi awan segah langit tiada akan jatuh menyembah bumi… akhirnya, atas kegagalan inilah, krisis individu dan puak2 terus menjadi bahan penghalang membentuk kebersamaan… dan tidak keterlaluan jika saya katakan.. motto PERMAI kepimpinan kali ini

“…FIRDAUSI ASPIRASI PERMAI…”

Adalah sesuatu yang celaka… dan tidak membawa apa2 makna…

Syurga tertinggi yang kita mahukan, tapi banyak sungguh kekhilafan yang kita sendiri gagal tangani… saling boikot memboikot. Saling paling memaling. Saling ketat mengetat… jangan beranganlah jika begini sikap kita… ciom bau syurga pun kita tidak akan…

Dik kerana kekhilafan, ia dijadikan suatu alasan seterusnya halangan untuk buat yang terbaik. Dimasukan dalam gerak kerja. Dicampur adukan dalam cara berkerja. Maka, binasalah ia ( hasil kerja )

Bahan bukti dan fakta kes… yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Da tidak boleh bekerja dibawah saya atau bersama saya.. payahlah nak buat perangai.. abis smua whole program cacat… yang kenanya semua AJK induk pelaksana.. masa mula2 kita Tanya adakah punyai apa2 permasalahan untuk kerja bersama. Semuanya OK… tapi semasa bekerja.. hal2 peribadi dibawa masuk… rosak..~ saya terang2 tanya pada empunya badan… nak kan dia selesa bekerja. Dan saya direct cakap, xmo ade saya dalam biro berkenaan. Saya ada pengganti. Tapi mungking kerana dia nak JAGA HATI saya. Dia OK!! Alih2 KO…

Ade lagi 3-5 kes yang seakan serupa…

Dalam hal begitu, saya perlu Bersikap adil walaupon ade benci… adil untuk AJK yang lain.. xkanlah kerana dia seorang, saye mahu rosakkan orang yang tidak BERDOSA.. zalimlah saya jika saya lakukan sebegitu…

Banyak cakap. Kerja tiada

Banyak cakap ya!!! Kerja tiada. Itu suatu keraguan… banyak cakap saya adalah untuk memastikan semuanya ada kerja dan peranan masing2…

Contoh… KARISMA 2009, di mu’tah… nama saya antara yang hangat diperkatakan, kerana lantang menyuarakan pendapat dan pandangan… sepanjang kelantangan saya. Saya tidak pernah mencemuh ataupun memaki hamun secara peribadi mana-mana pihak. Seingat saya dan bukti yang saya simpan sehingga kini… saya membuat pandangan kenyataan yang kena pada kontek soalan & masalah yang berlaku dikalangan pihak tertentu… sayangnya. Bila kita lontarkan idea dan cadangan penyelesaian masalah. Dia pula yang terlebih ilmu takwil. Menakwilkan statement kita kepada sesuatu yang menghina… kefahaman kurang, lantas kita yang persalahkan…

Apa kerja yang saya tidak buat dalam sebarang penglibatan SUARA saya mengenai mana2 acara majlis??! Saya cakap sebab saya nak yang terbaik… supaya yang tidak terlibat tidak terlepas pandang. Bukan saya mahu suka-suka nak bersuara amik stage orang lain… sangat tidak bagus bila saya amalkan budaya kerja dalam masyarakat berpersatuan

“…itu bidang tugas dia, biar dia yang settlekan…”

Iman & akidah sebegitu tidak pernah saye imani… betul itu tugas dia. Tapi jika kita Nampak ada perkara yang perlu kita perkasakan… kita perlu ingatkan dia. Supaya dia sedar. Agar nanti. Dia tidak terus ditembak bulat2 sejurus selepas tamat progam mahupon acara. ATAUUUUU!!! Kita disini memang suka menanti salah orang dikemudian hari untuk memudahkan kerja TEMBAK menembak. LASER melaser.. atau lebih hebat lagi. HERO kata belakang~.. bagi saya. Ia bukanlah satu amalan budaya bermasyarakat yang sihat, jika ritual2 ini diamalkan~

Adik2. Dan kawan2 sekelian..

Peganglah prinsip “…Tanggungjawab membantu sesama kawan…” pasti personal kita tolak tepi. Banyak kata +dan banyak kerja = kerja lancar… banyak kata bermaksud. Banyak peringatan & percambahan idea untuk membantu, bukan membantut.. kita tidak boleh kurang kata tapi banyak kerja. Itu formula yang salah. Analogi mudah… Dalam setiap pergerakan solat ada zikir2 tertentu.. maka. untuk solat yang lengkap & sempurna. Kita memerlukan Zikir ( perkataan ) + pergerakan dlam solat ( kerja) = sempurna.. lain pulak jika sebaliknya…

Sekali lagi.. ingin saya nyatakan… jika anda menganggap saya OVERSHADOW JKK sukan PERMAI. PENGARAH PROSPEC atau mana2 acara… maka, jawapan diatas inilah antara standard jawapan saya…

Saya bayar yuran persatuan bukan semata nak bagi orang makan free. Tak hadir majlis. Tetapi bila masa mengutip santapan. Dia yang terkejar2 antara orang pertama sampai…

Saya bayar yuran persatuan, kerna saya mahu membantu persatuan saya… saya xpandang 6 JOD saya tu smata untuk melepas kewajipan MEMBAYAR. Tapi saye tahu 6JOD itu ada nilai lain perlu kita bayar bersama.

Terima kasih kerna anda semua telah menjayakan sedikit kehendak & tuntutan objektif PROSPEC 2011.

Saya agak terkilan, bila mereka2 yang kerap mempersoalkan nilai ukhwah & cara muamalah saya dengan orang lain. Katanya, saya ini tidak pandai nak bermuamalah, berukhwah dan bersosial. Tapi dimana anda tatkala hari kita boleh bersama2 kecapi manisnya ukhwah??! Anda hebat dilaman2 sosial menghentam orang itu ini. Tapi mana hebat anda dalam cabaran fizikal… mana kuatnya anda dalam mengeratkan silaturahmi sesame ahli kumpulan??? Sekurang2nya. Ada muka anda memberi sokongan. Sungguhpon anda memang jenis KAKI BANGKU. PASIF & LEMBIK…

Kalo kita faham makna hadis

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِه......

Maka kita akan faham apa itu kata2, apa itu gerak kerja ( tingkah laku )… Rasulullah SAW mendidik kita dalam hadis ini untuk mendekati serta mengubah amalan kemungkaran. Apa yang ingin saya sampaikan?? Cuba kita amik maksud hadis nih secara sebaliknya..

Jika kamu ingin melihat sesuatu kebaikan. Maka kamu lakukanlah dengan tangan kamu ( kudrat kamu ) jika dia mampu…. Hingga ke selemah cara yang kamu boleh.. iaitu niat… tapi adakah semua perkara boleh dengan niat semata??! Renungkanlah sejenak… untuk mencapai peringkat keRUKHSAHan niat itu, bukan sesuatu yang mudah… mungking dengan perbuatan tidak mampu. Xkan dengan lisan, perkataan, sorakan pon tidak terdaya??! Melainkan anda benar2 hilang keupayaan diri. Hilang kemampuan manusia normal…

Prinsip yang mudah, baik hasanat. Baik mungkarat.. bermula ngan tindak tanduk fizikal tuk mengekalkan ia, atau merubah akan ia… semua terletak ditangan kita…

Akhir kata… maaf kepada sesiapa yang merasakan saya ini banyak merosakkan aturcara majlis tempohari… banyak mendominasi itu ini… sesungguhnya, saya sudah bagi dan berikan yang terbaik apa yang saya ada. Jika ada yang kurang, ampun maaf dipinta…

Thanx kepada smua JKK. Sukan PERMAI. AJK PROSPEC. Kerna mengizinkan saya berkerja dengan anda walaupon mungkin dgn cara TERPAKSA anda menerima saya.. congratz to PRESIDEN PERMAI.. kerna Berjaya membentuk anak2 buah dalam menjayakan PROSPEC 2011..

Sekian, wallahua3lam…

Thursday, February 10, 2011

:: 名落孙山 ::

在我国宋朝的时候,有一个名叫孙山的才子,他为人不但幽默,而且很善于说笑话,所以附近的人就给他取了一个“滑稽才子”的绰号。

有一次,他和一个同乡的儿子一同到京城,去参加举人的考试。

放榜的时候,孙山的名字虽然被列在榜文的倒数第一名,但仍然是榜上有名,而那位和他一起去的那位同乡的儿子,却没有考上。

不久,孙山先回到家里,同乡便来问他儿子有没有考取。孙山既不好意思直说,又不便隐瞒,于是,就随口念出两句不成诗的诗句来:

“解元尽处是孙山,贤郎更在孙山外。”

解元,就是我国科举制度所规定的举人第一名。而孙山在诗里所谓的“解元”,乃是泛指一般考取的举人。他这首诗全部的意思是说:

“举人榜上的最后一名是我孙山,而令郎的名字却还在我孙山的后面。”

从此,人们便根据这个故事,把投考学校或参加各种考试,没有被录取,叫做“名落孙山”。

Saturday, September 25, 2010

:: aq risau sumthin ::

Salam semua

Sebulan kot xupdate blog.. since balik msia. aq trus xupdate. Jengok tu ade la. Baca balik previou posts. Yuhuuuuu, xda keja.. heheh

Post ni juz nk say sumthin from bottom of my heart..

>> aq xberapa nk happy raye is year. Raya yg paling suck n xbest pernah aq lalui.. for beberapa reason :-

a. Xde mama.. thn ke-2 without her… nak xnak, kena ada mama gakx.

b. Balik kg.. aq xsuke balik kg. serabut!!! Coz kena drive.. aq xsuke drive bkn ats kehendak aku..

c. Baju melayu xda!!! Sbb alasan yg pertama bkaitan..

d. Demam!! 4 hari! Demam panas. Cam sial jer.. xley g ane2. Walhal 3 hari aku kt KEDAH..

e. Kereta cam pundek. Meragam!!! 4 hari gak masuk bengkel. Timing belt putus la. Cable plug tercabut la ape la.. laaa haaa naaat!!!

>>xdapt beraya ngan umi aq… sian umi.. da berapa kali anta sms.. sampi aq nk balik ni.. xg2 umah umi.. aq try nk curi masa tu ke sana.. AKAN KU PERGI.. xmo kecewakan UMI n AYONG jua… hehe.. n dengarnya my umi da dapat cucu.. kire anak buah aku gak r.. hehe. Tggu ek umi, nadzeem akan jengok umi gak

>>xdpt beraya ngan my beloved mummy. Dia kat amman.. paling tersentuh bile dia beberapa kali sent me sms… fareed rindu jugak kt mummy… kite jmp oct nih ek.. every week fareed turun amman. Miss u~

>>aq rase aq nk buat test ujian sakit jiwa la… kritikal da aq nih… siyes!!! Sesape yg baca mende ni. Im not kidding. Kirenye, klo aq terbunuh org ke, cederakan org ke. Aq dag tau awal.. emosi aq xstabil.. smua gara2 orang xpunya kasih sayang yg cukup!! Yer! Aq xder kasih sayang… itu xperlu dipertikaikan lagi.. so DIAM!!!

>>skunk ngah tggu usaha baik kawan2 tuk NORMALkan aku. hahaha.. jodoh biarlah kawan2 yg BAIK HATI adjustkan. Lalala. Aq peratikan jer. tgok berapa lama dia boleh bertahan n menahan ngan aku.

>>aq sangap!!! Sangap macam2 mende… puasa da puasa da.. RAMADHAN je la.. yg len, xtau!! Ahakx.

Cukup skadar ini. sekian. Wallahua3alam