Saturday, November 14, 2009

:: Tak iLmiah....katenye!!! ::

Salam semua

Bismillah… alhamdulillah. Masih ada lagi kesempatan tuk menulis n menukilkan sedikit entry. Esok der xm hadith. Bace2 buku pon need rest kan. so, aku amik masa yang ade nih, tuk merengang2kan otot kepala. Jalinkan kembali sesaraf yang mane xberapa ok, supaya next continuous study xterencat. Mudah2an la ek. Ahakz!! Merepek je aku ni… [Blurrr]

Aku ade 2-3 tajuk yang missed!!! Sebab msuk kelas lambat. Itulah!!! Orang start kelas 1 hari bulan. Awak blik 30hb. Mau idak kena cover tajuk yang awk missed!! Serve my right!!! Ahakx. Xper2, selagi ade kesungguhan dan keazaman, aku percaya n yakin. Aku boleh beri ape yang termampu. Jauh sekali aku nk menyerah kalah. Keadaan nih bukan apa pon, skadar xm2 kecil jer. xm (ujian ) dunia je. If sebelum ujian dunia pon aku gagal tuk hadapi, maka tidak mustahil aku juga akan gagal bile menghadapi!!! Nak tak nak, aku wajib tabah n sabar. Buat ape yang terbaik. Yeah!! Aku boleh.. aku anak malaysia. Malaysian boleh.. huhuhh patriotix sangat aku kan!!! =)

“… zeem, ko knpe ek?? Lain je aku tgok.. berubah semacam je…” -- aku berubah macam2 kang! Bising!!! (dlm hati)

“…nak mati da kot, nk gak aku bersedia tuh mati dlm keadaan husnu khatimah( penyudahan yg baik )…” Aku mencelah sebelum dia cakap lgi

“…isk.. xde la camtu. Xbmaksud pon. Ntah, ko da lain skrg…”

“…Ko nak aq camne? Ape yg lainnye kt aku ni? Ade tumbuh 600 kepak ke? Aq bkn malaikat nk b’kepak2 nih? aq berdahi hitam ke? Solat malam pon ade xde jer ( matilah!! Ibadat sunat nk heboh2!! )…”

“…Da mula dah ceramah dia!!!...”

“…e’eley!! Ceramah jadahnye, aku xder tauliah wak, xley men bagi ceramah sesuka hati… nnt kena tahan. Silap2 ISA…”

“…ah sudahlah ko, ade je mendenye…bile nk bgi introspeksi ni?!...”

“…kaw gile!! Aku n ink bgi introspeksi?! Sah2lah dri jauh org snipe aku… xpe lah, kat sini smuanya salafu solih. Ahli sunnah wal jamaah yang muktabar.. siapalah aku ni dkalangan diorg. Agy pon, baik kita sedar diri, dri org sedarkan diri kita… kan!!! …”

“…ape lak!!! Bagi jelaaa, bkn ape pon…”

“… nk aku bagi??! Ko der budget tuk bayau aku?! ader?? 20min tuk hundred dinar. Ader??!...”

“…kedekut ilmu… tu pun nk byr…”

“…da!! Lau xmampu, xya.. aku pon xde niat nk rosakkan fhmn salafu solih kat snie ( gelak!! )…”

“…mengarutlah!!!...”

“… yer, tau pon ko, aku m’garut kan!!! watpe la suh org suke ngarut2 ni bgi introispeksi, sah2lah. Rosak para mustami3in nanti. Xelok rosakan aqidah ahli ilm nih… lam ta kun thalithan fatahlik ( لم تكن ثالثا فتهلك )… kan da kluar hadith…. Da2 wallahua3lam…”

“… tgok, boleh jer bagi introspeksi, siap berdalil2…”

“…plzzzz!! Aku caka xnak, xnak laaa. Faham x!!!...” matila tegas!!!

“… k. k. xpaksa…”

“…tadi tny sal berubah xberubah. Then pasal introspeksi lak. Ko ni mana satu nk tny aku nih??...”

“…xde pe laaa. Saje je..mane2 pon bleh…”

“…ow ek??! Ok2.. wuteva…”

Then, dis conversation diteruskan pada mende yang not really ilmiah… bla bla bla…. Letey la aku nk igt semua pbualan aq ngan sorang hamba Allah nih.. aku bkn assyafie. Skali org ckp, boleh tersimpan dalam kepala… uhukx!!!

Xde laaaa… orang kate!! Konon2nye orang dalam PERMAI nih suka sembang2 mende xilmiah… dalam erti kata lainnya, byk cakap perkara2 lagho ( sia2 & si*l2 ), mean mende yang xde mendatangkan pekdah… katanye!!! ( ini cara mana aq mentafsirkan maksud “…byk cakap perkara2 bkn ilmiah…” lain orang lain pendapat. Para ilmuan pon ramai yang berselisih faham walaupon dengan satu nas pendek… so, why not kite meraikan… dat’s a simple deal rite??

Aku jua jnis yg meraikan. Tpi keraian aku pda jalan aku sendirilah. Ahakz!!! Ade beberapa perkara yang aku terpikir sejenak bout dat quote “…bcakap perkara yang tidak ilmiah…”. Kpada siapa ditujukan?! Ahli PERMAI katanya!! Ok.. fine.. sebelum mgulas lanjut. Ader beberapa perkara yg mmg aku sengaja nk bangkitkan…

[1]wah… hebatnya dia nih… semua ahli permai dia gauli. Mean, berapa mesra n eratnya dia dengan semua orang… bole tahu setiap ape yang ahli2 kite perbualankan. Which is satu perubahan dalam persatuan yang sngt2 positif. Kerna kita ada orang yang participate ngan setiap member of our society.

[2]kaki gossip* gak bdak nih ek, tau serba serbi nih… ilmiah xilmiah. Maklumlaaaa, semua liqa2 dia hadiri. So, bolehlah kitakan dia sebagai mujtahid/mujtahidah. Menyabitkan hokum pbualan itu ilmiah or non-ilmiah.

*istilah gossip tuh luas ek maknenya… jgn sempitkan minda kita as mahasiswa kelas pertama.

[3]aku xpandang dia nih laki ke pompuan ke, ape ke… katelah dia sbgai wanita yang mengeluarkan k’yataan diats tuh pun. Penah ker dia dok chill ngan dak2 laki?! N katekanlah dia ni laki lak, penah ker dia dok lepak2 ngan dak pompuan. Dalam sesembang or sebagainya.. Itukan IKHTILAT namanya!!! Xkesah sembang ape pon, 1st impression dak2 ISLAM kt cnie. TETAP IKHTILAT. Aku pon xfaham..

Dik, siapa kata ahli2 permai nih sembang mende xilmiah… kami sentiasa memasukan keilmiahan dlm perbualan harian. Cam aku, walaupon! Byk cakap. Cakap gakz mende2 ilmiah nih. sapa ngan aku ensyallah, xkan ade yg terlepas dri santapan rohani ( PERLUlah!!! Aku nk mention bagai kan!! ), nih sbagai contoh tuk senang difahami. kalo ko dok ngan aku pon, dri awal hingga akhir pon, aku akan membicarakan soal keilmiahan bersama anda. Sebab itu anda nak sangat kan!! maka, aku laksanakanlah… ok. Puas??!

Mane ade mende yang tak ilmiah!!! Semua yang dipersembangkan, itu adalah ilmiah. Yang membezakan, hny sikit atau banyaknya ilmu ketika penyampaian itu berlaku. Kita kate org tuh cakap mende xilmiah, sebb kita tau more than apa yang dia tahu. So, jatuh hokum pada dia. TAK ILMIAH. Xbolehlah camtuh.

“…Yang lapuk diperbaharui, yang usang dikajangi.

Yang batok digayungi. Yang telapak didulangi…”

Ok r… semoga sesamalah kita mentahsinkan diri… wallahua3lam..

Labels: , ,

Monday, November 09, 2009

:: si manja yang sepi ::

Salam semua

Lately nih memang aku quite xder mood. Hanya menggembirakan hari2 aku ngan cara aku. kelas pon banyak yang aku skip dik kerna ketidakprofessionalnya aku sendiri. Masuk kan emosi dalam urusan kerjaya ( sebagai seorang pelajar ). I do know I’ll ruin out ma bright future. But, who’d know ape aku rasa skarang. Mungkin salahnya dari aku juga. Dok gatal bukak balik khidmat pesanan ringkas ( sms ) lama2 kt hp kot. Hehehe. Nak buat camne, itulah pon ape yang terjadii nearly setahun nih. sunyinyelah hidup akuuuuuuuuu…

Kini, aku da semeriah dulu. Kalau ade ape jer. ader orang boleh aku kongsi bersama. Baik buruk aku dapat, manis pahit aku rasa. Tetap aku lunaskan perasaan tuh. Xpernah nak merasakan ada jurang bagi menerusnerangkan rasa hati, perasaan jiwa. Begitu jujurnya aku. kerna didikan aku selama 21thn. Itulah dia. Biar pahit tuk ditelan terima. tapi kita jujur ngan keadaan..

Tak puas hati cakap, xselesa suarakan. Jika disimpan dalam hati. Once it getting burst, merasalah kaw nanti. Bukan sahaja memakan diri. Mereka yang berada sekeliling turut merasai tempiasnya. So, adilkah kita andainya itu terjadi?? Menganiaya insan xde kena mengena dalam casting kita?! mane kebijaksanaan?! Mana kesaksamaan yang selama nih aku sendiri perjuangkan?!! ( bertanyaan aku pada diri aku sendiri )



Maaflah pada sesiapa yang berkenaan. Aku redha atas perkataan korunk. Aku terima apa sahaja keperihatinan u guys dalam memerhatikan siapa aku… sungguh detail penjagaan hati & mata korunk kat aku. itulah aku, mulut mungkin bisa menyembunyikan. Tapi bukan pada riak muka aku… xpandai sungguh aku merahsiakan perasaan hati pada bahasa muka. Siapa boleh ajar aku tuk mendalami ilmu topengan sejati??! Aku mahukan ia walaupon sekelumit. Aku mahu belajar cara penipuan perasaan!! Supaya orang lain tidak tahu. Supaya orang lain xperasan.

Setiap manusia itu punyai kelemahan, punyai juga punca kekuatan. Aku jugak punya keduanya. Lemah aku mungkin pada akal. Muda lagi kot tuk bezakan mana awlawiyat dlm rencana harian. Kuat aku??! ( xper laaaa, xyah la dok mention mende2 nih ) sendiri makan sendiri simpan. Tak semua orang boleh menerima apa yang kita tulis. Sedangkan, dia tahu kita sendiri merasakannya ( perasaan, pengalaman n etc ). Tak semena2. POYO, BUDGET, HEK ELEY n seangkatannya terpacul dari mulut masing2. Xper… ADE AKU KESAH! Demokrasi kan… xde hal la… kita pon masih ade ruang tuk diri sendiri. Ader ruang gakz tuk orang lain. hanya mengharapkan peluang sahaja… peluang untuk membuktikan, bahawa kita juga manusia seperti mereka.



Makin hari, makin hampir… seminit mendatang semakin kuat sebak aku. lelagi bile dengar bacaan surah Yaasin, asma ul husna & zikir2 munajat. Sama jugalah bila aku dengar lagu pelangi petang & my all ( Mariah carey ). Lihat.. betapa syubhah nyer kehidupan harian aku.. mempercampur adukkan hiburan dalam tentative harian aku. orang kata, nak zikir, zikirlah. Nak quran, quranlah. Buat per campur ngan unsur2 hiburan. Mariah carey segala. Kan tak molek cenggituh!!! Ok fine… itu orang kata. Tak semesti ia betul. Orang yang makan durian xsama ngan orang bau durian. Xyah citerlah pasal berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Coz perkara tuh xder langsung pada si pelontar pendapat or pandangan. Hanya berkata tanpa mengenalpasti ape ‘rase’ sebenarnya ia. Maka, tidak mengapa. Anda dimaafkan. Mungkin satu ketika nanti. Maksud ini akan anda fahami.


:: setelah pernah mama sambut aku, ditanah inilah aku hantar mama pulang ::

Baiklah, aku jelaskanlah, ape sebenarnya . agar xder salah faham or buruk sangka sesame kita. maknanya, empunya diri juga dengan rela hatinya mahu mengexplain ape keadaan diatas, cuba aku maksudkan. 1st of all, ini bukan satu cara atau cubaan tuk raih simpati. Coz ini blog aku. aku hanya mahu berkongsi. Itu jer. mintax lebih pon. Dan ape yang tulis ni pun, bukan semestinya betul ( pada kesesuaian ) cara hidup korunk. Sah2lah korunk lagi mewah, selesa & bersenang lenang dibumi tuhan ini berbanding wujudnya aku. kita sama manusia. Rezeki meNikmati kehidupan itu sedikit membezakan. Its ok. Langit pun, bkan selalunya cerah. J

Dah nak dekat setahun( lagi 9 hari ). Ulangtahun pemergian mama. Huarggggghhh!!, setahun rupanya hidup aku nih kosong. Yer!! Memang kosong pon. Teman bicara setia aku. sudah tiada didepan mata. apatah lagi tuk aku merasai baikmanja nya belaian seorang bergelar IBU. Yang aku haruz percaya demi menyedapkan hati sendiri. Aku katakan pada diri aku…

“… mama bukan xde. Cuma kita xnampak dia…”.

Mama ade je nih. dengar ape aku kata. Lihat ape aku buat. Mama ade dihati aku. yer!! Mama ade ngan aku. mama xpernah jauh.


:: pusara mama ::

Erm… paling aku terasa bila aku dengar asma ul husna. Kat mana2 jelah. Utube ke, mp3 player ke, ape ker. Mesti ingat mama. Sebab alunan asmaullah itulah menjadi fav lagu mama. Jangan sekali cuba tukar siaran ( kalo kat tv astro oasis terutamanya). Pasti mama bersuara. Ok fine, aku xtukar siaran. Itulah antara perkara aku mengalah ngan mama. Kenangan oh kenangan.

K la.. xley dah nk teruskan. Juz nak share je. Sekurang2nya aku cuba melepaskan sedikit perasaan disini. Terima kerna sudi membaca. Wallahua3lam…


Labels: , ,

Sunday, November 08, 2009

:: secRet comBination ::

Salam semua

Semalam atas jemputan kite telah menghadiri satu sambutan ulangtahun kelahiran seorang daripada teman2 kita kt sini. yeah!! 1st of all thanx coz sudi jempot kite ek… walaupon kite ni bkn lah penting sangat pon dlm senarai jemputan VVVVIP tuh. Ape2 pon ia tetap satu penghormatan yang haruz n wajar diterimakasihkan. Thanx MANJA.

Well, invitation ( via sms ) state kul 5 30 petang ( cnie da gelap wak!! ) nak masuk isya’ da pon tym2 gituh. Kite kua umah pas buat beberapa ibadah khas ( perlu laaa nak mention kan!! ).. atas musibah & ujian yang telah melanda sahabat kita. itulah dia yang termampu pun nk diberikan. Hnya doa mengiringi. Semoga ia diangkat & memberi kesejahteraan. Amen!

Mase kite kua umah… tengah tggu teksi azan isya’. Then how? Kebetulan lak teksi da berhenti dpan mata. walhal perjalanan ke lokasi adalah bih kurang 5min perjalanan( jalan kaki ). Kita tetap nk naik teksi. Ahaks!! Sbb time is running up. Jemputan kata kul bape. Majlis kul bape. Huhu. So kenalah rush ckit. hehe. Mohon dimaafkan atas kesulitan ek..

Bertemakan secret combination katenye… sound reasonable!! Konsep mengpairing2kan orang. Itulah yang cube dibawakan oleh penganjur majlis. Ahakz. Trus aq teringat zaman2 lepas. Aku n da geng kat cnie. Malam khas TEMAN TAPI MESRA. Arghhhh!! Betapa seronoknye malam tuh. Pemenang pon deserve to get dat title. Siapa lagi kalo bukan mereka yang amat akrab berbanding teman2 lain.. so sweet dat ni8. Itu kesah 2-3 tahun lepas wak. Skrang nih, kita sebut ia sebagai kenangan sahajork… tersemat dihati. Bila lagi kita mampu bersama seperti masa lepas teman2??! Wah! Cam puisi pengharapan lak kan!!

Kembali pada tema malam tadi. ia tidak berapa menjadi. Sebab kecelaruan disaat2 akhir. N ader gakz yang xsporting. Ahaha. Biasalah kan!!mende makan2 nih. semua nak!! Kerjasama or kesportingan tuk meraikannya??! ADO!! Memasing bawak perut jer. bukan tak diberi tahu.. gtau jer… mungkin kureng pendedahan bout party2 nih kot.

Yer laaa. Selalu g majlis tahlil doa selamat jer kan.. ikat2 gulung2 sarung kain pelekat. Tetap ade tempat dalam majlis tuh!!! Kaw pakai lah ape pon.. ade orang kesah. Sebab pe?? Sbb majlis doa selamat jer pon!!! Sempat pagoda, pagoda lah. Sempat singlet, singlet lah. Orang kite. ASAL BOLEH plus TANGKAP MUAT. Terima je laaa. Walaupon kan!!!

Tuh baru sal jemput datang party.. lom agy menyahut seruan azan. G mesjid asal dapat kejar takbiratul ula(تكبيرة الأولى) which is baguz sgt …xjadi masbuk.. I do agree. Totally agree wif dis kind of effort n determination… salafi sangat kaw kan!! berjemaah tanpa meninggalkan takbiratul ula. Tapi yang jubah bertaik lalat. Kupiah kepam bau bacin. Segala tuh ape citer lak?! Huh.. ntah laaa. Xtah nk komen camne. Kesimpulannya, xhairanlah andai jemputan manusia dia GAGAL, kerna menyahut seruan tuhan pon dia FAIL. Wallahua3lam..

Alaaaa.. xmintak banyak pon. Bkn nk suh kaw g zangtoi tempah tuxedo segala… juz keep it proper n kemas. Tuh je… bile kate selekeh, kate kita nih CAM BAGUZ. Ituh la dia.. xgune ckp ngan orang2 cenggini. So, pasnih. Xde masalah pon andai tiada nama dalam senarai jemputan! Ahakz. Baru lah kaw tahu. Siapa kenal kawan, sapa xreti nk hargai teman. Nih pesanan tuk aku gakz. Bukan semata2 nk ngata orang keh… peringatan tuk aku jugeks!

K r.. selamat.. sape yg xm tuh. All dabest. Aku pon xm gakz baca bukunya idak. Hahaha. Main farm ville jer. cukup mase harvest plants. Lambat ckit. nanti dia withered ( siot jer!! )

Nota kaki :-

[1] xde pic la.. kite pun numpang camera orang… gini lah orang xmampu bercamera kan!!sedey!!

[2]cam biasalah. Kalo dah namanya ahli2 pemilik lidah lahar betemu. Maka bergoncanglah pinta nurraka. Mana kaw nk lari pon xboleh. Diam or senyap. Tetap kaw kena!! Ahakz J

[3] nk letak pic boleh. Tapi bukan sebarangan. Coz ade org jenis yg tak suke expose. So, nak letak pic dak2 nih. kena atas keizinan. Pic aku solo xde. Smua bergandingan dengan kawan2.

[4]aku suka pisau pemotong kek smalam. Symbolic n unik sangat. Kaw mampu ade pisau gituh??!

[5]showgirl ternama tak jadi wat show. Atas sebab2 adat n uruf. Makanya, kita nantikan show meletops dia masa party orang lain. itu pun kena ikut jadual showgirl jugeks, dia pon ade komitmen lagi gakz. Bukan semata nk hadap show tuk kaw je kan!! masa depan kena jaga…

Labels: , , ,

Thursday, November 05, 2009

:: rajinnya masa winter ::

Salam semua

Well epy weekend guys ( snie da weekend keh!! ) Negara islam la katekan!! Ari jum itu diberi keutamaan. Dats y holiday!!! Tgok negeri islam yg cuti ari jumaat. Kan maju tuh. Xperasan ke??! Huhuhu *matila aku *

Hurm… skarang da start sejuk. Wuarghhhh!! Serba serbi jadik malas weyh!!! Malas nk masuk dapur ( camla xwinter tuh rajin naw!! ) malas nk kua bilik. Malas nk g KELAS ( hi8li8 ) tapi ghajin g mesjid ( tetiba kan! ). Mau idak… semua berlumba2 nak dapat pahal 27 berjemaah katanya!! Walaaaaupon sebenarnya niat itu jauh dari sudut hati.* kasyaf sgtkan!! Sampai hati org pon aku taw. Ahakz ahakx ahak!!!

Hikmah winter nih itulah dia. Ramai yang ke msjid. Alhamdulillah… boleh lak bermusim2 kan… ape jenis mazhab la nih kan?! wahabi gamaknye*ops!! sensetip skrg ni! Kang ade lak yang melentik melenting kat snie. Kuasa aku nak melayan. Lain orang belajar FUNDUK ngan belaja PONDOK nih. ilmu ibarat langit ngan bumi. N guru2 yg mengajar pon bukan calang2. Apatah lagi curahan ilmu yang diberikan. Haruzlah bermartabatkan ilmu ahli sufi. Huhuhu. kaw mampu nak betah set2 nih?! merasalah pelbagai jnis kitab2 dari pelbagai tarekat kluar kang…

Jgn salahkan aku kalo korang xdapat nak jawab bile set2 bermakrifat lebih ini berbicara. Baik kaw diam je!!! Uhukx!!! Sebagai memetik satu kenyataan. Isu ini hendaklah diberhentikan dri trus diperdebatkan dimedia. Mengelakkan dri trus menjadi ketegangan dikalangan ahli2 yang kurang fahaman agama. Wah!!! Aku nih terlebih fahaman kah?! Ahakx! Mean orang awam lah kak nor oi… bukan ahli2 ilm. Blum ulama’ lagi. Baru daftar as ahli jer… xmasuk lagi AMT ( ahli majlis tertinggi )*ops!! pekup mulut!

Sentuh balik pasal kerajinan warga islam melayu kita dibumi irbid ke masjid tatkala musim sejuk ini. Aku takder niat nak membantah atau mengatakan apa2 yang –ve bout dat. Giler kaw!!! Menghalangi orang melakukan ibadat kehadrat tuhan yang esa. Panah petirlah jawabnye jika buat demikian rupa!!! Belum abis mangsa gempa padang ditemui smua. Inikan pulak ader mangse panahan petir. Ahahaha. Taubat aku!!

Ayat mengatakan. Maka berlumba2lah kamo mengejar kebaikan. So atas konsep n kehendak ayat al kareem inilah berdiri teguhnya keazaman pelajar2 kita disini ( irbid nih khasnya ) ke masjid!!! Bile?? Time hujan mencurah2 dri langit. Lihat!! Betapa bermujahadahnya mereka2 ini. Mengharungi hujan. Meredah kesejukan. Melenjani arus deras dijalan2 tanpa longkang dibumi gersang ini. Huh!! Bape byk nota pahala murakib kiri kanan nk berikan kat diorang nih??! smua perbuatan kemasjid tuh ma’jurat (مأجورات ). Itu belum lagi sampai dalam masjid… siapalah kita nk berkira hitung semua itu kan. skadar memberi gambaran. Betapa besarnya rahman & rahmatNYA kepada kita nih. itu pun xsedar lagi ni?! ( mengaku dulang paku serpih, ngata orang aku ade gakz yang lebih ) hahahaha

Biasalah.. inilah yang kita sebutkan sebagai trend or pattern sekrang ( winter ). Kaw tengok summer nanti. Berlumba2 ke arah lain pulak. Selain bershopping sakan. Berlumba2 juga kehulu hilir dengan menyewa kereta. LUXURY lah katenya!! ( pinjam quote sumbody ). Tak cukup ngan tuh. Sorang2 gaklah nak lawan siapa bayar sewa EXTRA!!! Kombo set. Lawyer ade, saman ade, ganti rugi pon ade. Hot n spicy katenya!!! Merasalah nanti summer 2010. Xcaya tengoklah. Ni bukan cakap2 kosong jer keh. Xtumbuh xmelata dik. Xsungguh xberhajat nk mengata.

Huh!! Jauh naw da nih. masuk summer segala. Sedangkan winter baru jer seminggu ( kire dri start hujan, boleh!!! ). Mengandaikan mase depan. Biar ade perancangan. Walaupon ketentuan itu xder ditangan. Kita merancang, DIA juga merancang. Tapi sebaik2 perancangan & ketentuan itu dari DIA juga. Bukan ape, aku nih jnis yang suka amik quote orang. Konsepnya, memotivasikan diri jugek ler. Xmoh jadi insan pasif mahupon lembik xbermaya. Quote nye camni sebenarnya “… kite merancangan dengan ape yang ade ditangan…”. Aku lak dengan ini nak menambah. Hasil yang sempurna adalah dari perancangan yang lengkap ( emosi, fizikal & meterial ). Huhuhuh. Sesuke hati aku je kan! menambah2 quote orang. Miehahaha

K r. sesaje jer nak menaip. Berlatih mengenal huruf dikeyboard nih. xde mende len pon. Asyik chat jer. xkan update natang alah sendiri punya ruang pon xboleh kan.. huhuh. Ade pulak tuh, mempersoalkan…

“…selama aku chat 10 tahun ( kan!! 10 tahun katenye! ) sama jer ngan banyak assignment yang satu nih…”

assignment ape. Aku xmoh mention kat cnie. Sah2 lah bapa orang jer yang buat mende tuh. Ahakz!!!

Wallahua3lam… aku nk study ckit sal wahabi nih. menambahkan pengetahuan katenya. Aku bukan sekolah pondok pon aku sekolah ala2 funduk jer. ahakz.

Da~

Labels: , , , ,

Sunday, November 01, 2009

:: xkesah ::

Salam semua

Post kali ini xde kena mengena ngan aku ( warning awal2 nih!!! ) ini sekadar post angan2 berani mati. Menggunakan kekdah andaian n feeling2 je ek. Aku menulis atas apa yang pernah aku lihat terjadi dikalangan teman2 sekeliling. Jadinya, aku mengambil pengalaman mereka itu untuk diterjemahkan kedalam bahasa aku sendiri. Hey!!! Suka aku lah kan! ni blog aku. hahaha. Bukan blog kaw pon! Pandai lak kaw nk berblog2 nih?! ahakz. Matilah emo!!!

Tidak dapat dinafikan, fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Ade jugak tuk dikesiankan. Well, ape2 jelah istilah yang datang, ia tetap soal hati & perasaan. Cinta adam dan hawa dari syurga hingga turun ke bumi tetap mekar sampai ke hari ini. Jika xder soal cinta itu, maka tiadalah kelahiran serta taburan umat manusia yang hidup tika ini. Ada yang da meninggal dunia pon. Patah tumbuh hilang berganti katanya!!! Itulah karma kehidupan. Kita datang, kita juga akan kembali menghadap sisi maha pencipta!!!

Dalam soal kecintaan ini, tak jadilah drama atau cerita. Kalau tak ader conflict di dalamnya. Ibarat filem blockbuster pecah panggung segala. Xde jalan cerita yang menarik. Climax nan kurang mengancam. Filem itu tetap akan dikecam & dicemuh. Begitulah jua soal cinta ini. Kita bercinta dengan manusia. Maka, banyaklah cemuhan2 yang akan ada dalam perjalanan cinta itu untuk diuji, sejauh mana jalinan perasaan hati itu mampu bertahan. Atau ia sekadar putus dipertengahan.

Dijadikan kisah dari dulu hingga kini. Sampai ke akhirat pon… kasih sayang adam & hawa itu sendiri. Di uji Allah taala dengan hasutan iblis laknatullah alaih. Cinta mana yang xlambung gelora?! Awal sejarah percintaan manusia pun dah jadi bukti. Nabi lagi tuh. Penyebar wasilah aqidah n syariah. Inikan kita yang bukan setaraf nabi. Kaw mampu naik stage menjawab??! Ahakz

Tak ada kepercayaan n kesungguhan

Selalu orang bertanya, apalah perasaan kita bila tahu orang yang kita sayang sangat nih ( konon2nye ) ada hubungan ngan orang lain. dalam erti kata lain scandal… ini cerita dalam lingkungan BELUM ade apa2 ikatan erk… soal da nikah atau berumah tangga tuh. Lain cerita. Aku cerita pasal yang xde apa2 ikatan yang sah nih. berapa ketul sangat yang dah bernikah secara sah & terhormat kan!!! so, bagi mereka itu. Semoga berbahagia hingga kesyurga. Ameen!!!

Persoalannya sekarang. Set2 yang baru nk mengenal erti apa itu kencing lurus, apa itu pubis segala. Da berangan lebih feeling2 laki bini. Haih!!! Giler r camnih… bile berlaku kejadian dia keluar dengan orang ini, dia bersama orang itu. Memasing menunjukkan emosi binatang. Mengamuk xtentu hala. Meroyan tak memasal!!! Sah2 xder akal. Sah2 la awk tuh seangkatan dengan ungka dihutan rimba belantara.

Salah ke kalo dia( pasangan kita yang tidak sah disisi syariat) nak keluar dengan sesapa pon. Dok hebat naw mengongkong itu xley ini xley. Kaw ke yang menetek kan dia. Kaw ke yang nyusukan dia??! As long xder ape2 antara dia ngan kita ni. Xder hak tuk kita meroyan xmemasal. Itu kebebasan dia tuk berkenalan mahupon keluar dengan sesama. Aku bukan nak menafikan perasaan cemburu tuh. Andai aku pon ader cemburu jugak. tapi biar berpada. Sebab kita tahu kenapa itu berlaku. Kerna antara dia dan kita ni TAK ADA apa2 ikatan yang sah. So, kaw nk kate ape??!

Sekiranya benarlah kita betul2 sayang akan dia. So, tak salah andai diberikan kepercayaan pada dia & diri kita sendiri. Barulah keluar seminit dua dengan orang lain ( boleh jadi rakan sekelas atau boleh jadi sepupu, atau anak buah atau sesapa sajalah). Kita da nk melenting abis. Kesannya??! Kawan yang xde kena mengena menjadi mangse. Buang mase nk melayan kerenah perasaan! Pujuk segala mende. Baik laki. Baik pompuan. Sama jer. KURANG KEPERCAYAAN dalam percintaan masing2. Itulah puncanya!!!

Cara membuktikan perasaan itu bukan dengan memecahkan pintu bilik. Humban kaca gelas, frame gambar or bakar semua koleksi peribadi ( pemberian dri yang tersayang ). Malah Ia datang dari bagaimana kita menangani amarah diri dikala mengetahui kebersamaan si dia ngan orang lain.

Jadilah golongan yang bijak mengawal emosi. Ada akal waras, ada hati menilai. Hokum alam xpernah zalim. Kerna pencipta ala mini adalah maha ADIL. DIA xpernah menghampakan makhlukNYA. Melainkan kita sendiri yang gagal & mengecewakan diri kite sendiri. Aku sering cakap. Luv is not how we show. But it’s all about feel. Sungguh kite sayangkan dia, dambakan soal hati ini pada yang maha mengetahui. Andai dia terbaik tuk kita, maka berdoalah dia tuk kita. itulah sebenar kesungguhan. Ada tempat dan mase khas kita meluahkan perasaan. Bkn dikhalayak teman2. Mereka tahu ape! Menganjeng adalah!! Mengajuk xyah kata. Sebab dia xde orang cinta mahupon dicintai oleh orang. Such a simple deal!!! Uhukx!

Pada DIAlah kita sampaikan hasrat hati. Panjangkan hajat pada yang maha mendengar. DIA tahu apa rahsia langit, ape jua yang berada dibumi. Sekian. Wallahua3lam..

Labels: , , ,

Saturday, October 31, 2009

:: ZuhuD laaaaah kan ::

Salam dan selamat pagi

Bismillah awal kalam… hehe. Baik pulak kan hari nih. selama nih ade pulak mukaddimah ala2 malaikat segala??! Huhu. Sekali sekala kan. xde salahnye menjadi baik. Xelok mane pon seseorang itu ( dipandangan manusia sahaja ) coz manusia je yang suke memperlekeh2kan orang nih. konon2 nyer dia jer yang meletop. Dia je yang howt, dia jer yang hebat. Walhal. Dia lupa gamaknya, kite tetap diciptakan dari unsur yang sama. Iaitulah tanah…

Ade pulak tuh, berangan xsudah, persis berasal dari keturunan malaikat penjaga arasy!!! Pijak semut pon xmati. Amalan ibadat harian maksum semaksum2nya!!! Amalan taraf para anbia la kekdahnya!!! Itulah dia kehidupan yer… nak kan kesempurnaan, tapi melampaui batas. Nak kan dipuji tinggi, tapi mengalahkan suratan mutlak ilahi. Dah tu nak buat camnoo??!! Manusia kan.. ape leh buat. Aku manusia gakz. Tapi masih ader banyak kekurangan. N msih menjalani rutin harian yang bersederhana. Ensyallah kheir.. amen!!!

Sebut pasal sederhana nih kan. aku teringat zaman sekolah rendah dulu. Hehehe. Walaupon paginya aku murtad (aliran sekolah ), tapi petangnya, aku kembali kejalan Allah taala. Xkan ku lupa siapa pencipta alam n seluruh manusia jagat ni. Kemana pon kita, yang satu itu sentiasa dihati. DIAlah dihati. Allah taala.

Maksudnye ginie. Aku kan mane lah sekolah melayu nih. sekolah2 kebangsaan nih xmain laaa. Ape klas kan!! SK2 nih… huh… bowink. Aku main sekolah yang SRJK sahajork!!! Dari tadika sampai derjah 6. Taska taski ABIM2 nih xde laa aku merasa. Coz dari kecik aku lagi, kuasa memilih adalah ditangan aku. allahyarhamah mama yang memberi aku buat pilihan sendiri. Mama xpenah kongkong aku. dia juz guide aku kalo ader persoalan or any keraguan. Dat’s all…

So, Usia muda aku bkn cam orang2 kebanyakan nih. balik2… mak ayah yang suh. Balik2 mak ayah yang tentukan. Arghhhhhh!!! Sian n bowink nyer… kalo ketentuan tu jnis yang xkena ngan kita camne??! Xke giler dibuatnya.. well, itu smua rencah hidup masing2. Kite rase yang ini. Diorang rase mende len pulak.. kalo semua sama, xbest jugak kan!!! mana2 lah… erti hidup pada yang memberi itu paling penting. Memberi maafat, memberi perhatian. Bukan hidup ananiah. Mahupon individualism. Nak dok sengsorang. Meh aku hantar iring sampai lahad. Then berkwan lah kaw ngan mungkar nangkir. Ahakz!!! Best fren forever ( BFF ). Itu pon kalo dapat jadi BFF. Eloknye dia balun??! Siapa maw jawab??! Ahahahaa

Berbalik pada kesederhanaan tadi tuh. Aku kt KAFA dulu blaja guna ade satu buku nih tau. Kulit buku tuh kaler kuning. Nama buku tuh ZAADUL MUTA’ALIM… tebal dia dalam 200muka lebih… tulisan jawi ala2 mesin taip. Corak tulisan dia cam kembang2 kena air ckit. hehehe. Kertas dia ala2 telah dioksida kan. maklum jer laaa kitab lama kan.. zaman dedulu mane la nk carik buku agama yang berkertaskan putih melepak n berwarna warni cam skrg nih… semuanya old school… barulah feeling ulama2 zaman tok gajah…

Era millennium nih, buku bukan main lagi bercorak, warna bagai nak rak… konsikuennye??! Makin bersepahlah sampah2 masyarakat. Kesan pengajian dri buku xde langsung!!! Kualiti YANG ADO!!! Bukan bermaksud aku nih baguz. Atau ape kan.. skdar melihat trend skrg nih. publisher beriya2 mengenakan sumthing baru tuk menarik minat anak2 muda kite menuntut ilmu.. sayangnye, impak xberapa nk menjadi. Mana silap nye erk??! Mungkin pengisian dalam buku tuh kot. Sibuk naw nk ceriakan buku. Tapi isinya kosong!!! Mungkin!!! Ini xsemestinya betul… pada anggapan aku..

Dulu2, mase sekolah rendah ( KAFA ) lagi dah di ajar ilmu tasawuf… sekrang nih ade lagi ke yer??! Mean tajuk tawasuf tuh hanya subj khas bukan diselitkan dalam mana2 subj len. Cthnya cam akhlak ke. Ape ke… then dalam buku zaadul tuh gakz, ader blaja pasal mantik ( fav subj ever ). Sekarang da xde da mende gituh. Nak blaja pon, tunggu la kaw amik STAM nnt. Tuh pun, dah xmampu dah.. tua2 baru nk belajar mantik segala. Patutnya, mende keagamaan, keakhiratan nih, muda2 lagi dipersembahkan dibenak fikiran. Bukan time otot2 otak da liat, baru nk diselitkan. Ahakz!! Memang tergeliatlah kan… tuh yang ade skarg nih . AYAH PIN laaa ( hilang ke langit terus!!! ), HJ KAHAR laaa ( tobat da pun ). Haih, macam2…

Mase belaja tasawuf tuh, adalah masuk tjuk sifat2 mahmudah… antaranya ZUHUD ( ni yang nk cerita nih ) hehehe. Nak sampai ke ZUHUD ni, banyak lak simpang2 nyer yer. Hehe. Biasalah. Aku kan!! pantang dapat keyboard.. sah2lah nk menaip. Miehahaha

Ust aku kate, zuhud ni mudah jer. amik yang perlu, tinggalkan ape yang xperlu… orang zuhud nih hati dia hanya tuk persediaan akhirat sahaja. Selain tuh. Memang dia xpandang… maksudnya, bukanlah orang nih tinggalkan dunia semuanya. Kalo dia tinggalkan dunia. Mean dia matilah ( MENINGGAL DUNIA ) tul x?!! ahakz..

Tapi yang kita nmpak sekrg nih lain… konon2nyet zuhud. Tapi selekeh!!! Geleman!!! Pengotor… zuhud ker gituh?! Orang tengok pon seriau… xyah g jauh… dekat ngan aku nih pon ade contoh… dok sibuk naw kejar akhirat. Diri sendiri xterurus. Huh!! Dari personality. Sampai lah ke bilik.. argh!!! Aku lak yang tension tengok… bukan xcakap. Da tego dah pon… face to face. ( how hikmahnye dakwah aku kan!! ) miehahahaa. Citer pasal kitab, hebat!!! Sebut sal nama2 ulama dia 1st angkat tangan. Serbai serbi tahu nih!! xker hebat namanya tuh. Datang ziarah bilik tengok!!! Mak dattttttttttttttttttttuuukk!! Bile Tanya, kenapa jadi camni ( biliknya ). Ngan Muka xbersalah jer menjawab. ZUHUD!! Abah kaw zuhud cam nih!!!

Trus aku Tanya dia.. kaw kenal kan ulama islam. Ibn taimiyah. Ibn hazim.??! Kenal kan?! penah kaw baca pasal zuhud pada pendapat diorg?! Ader ke zuhud dikalangan diorang camni gaya nyer??! So… pikiirlah sendiri erk.. aku nih xde terer mana dalam bab agama nih. skadar berkongsi ape yang ade jer. wallahua3lam…

Labels: ,

Friday, October 30, 2009

:: xkawen muda pon xpe ::

Salam semua

Arini ari jumaat… mase pertukaran jam musim sejuk. GMT +2… sejuk pun dah mula terasa. Hujan bai kat luaq tuh… da boleh start pasang heater(sobah). Tapi gas jer xder agy. Berat lak nk angkat natang alah tuh. Huh!!! Almaklum jer la, aku nih jnis xley angkat mende berat. buat mende berat boleh. Slack angkat2 nih, xboleh… dat’s y, kalo dedulu mase dok 4 org, 3 org. ( ade superman ) dia yg nolong aku angkat tong gas. Jazakallah.. hehehe.. skrg nih, orang len pulak.. thanx jua buat osmate baru yg sudi nolong aku angkat tong gas.

Angkat kampit beras boleh tahan lagi. Tong gas mmg aku kalah. Xtau lah nape. Rase2 nk tengok aku tersungkur xbangun2 pas angkat tong tuh. Suh la aku angkat. Hehehe. ( bertuah kalo aku angkat ) – ini adalah kesah angkat mengangkat k.. sile kire, ade berapa byk word angkat disini. Miehahahaha

Sekrang nih pon baru nk mula menghupdate post, sbb ade mase ckit kot. Kalo kat msia tuh, bile lak masenye aku hadap laptop??! Xde nyer… ade pon 2-3 min. then kua balik. G ane tu, xtau laa pulak! Ahakz. Lepak2 ngan ngan kengkwan r. xkan kua menyundal lak kan. aku bukan si tut. Tut. Tut. (bkn name sebenarnye). Ahahaha. Jgn marah ya… GAYGIH kan cari wit lebih!! Ahakz. Kidding!

Baru je berapa hari kat cnie, aku mula rase bowink. Xley dow dok irbid lelama. Nk kena KL gakz. Shah alam pon xley. MUST KL.. sebab aku ni anak KL kowt. Miehahaha ( bleh lak camtuh kan ). For sure la, anak2 bentong, wakaf che yeh, ulu tiram pon kna balik tempat masing, baru feeling gud!! Ahakz… w’pon those places xde ape sangat*ops!!! kaw gile ckp tempat tumpah darah org lain xde mende!! Hahaha

Tetibe nk masuk kan ade satu kesah nih. berlaku kat area umah aku ( shah alam ) mase kenduri kawen.. hehehe. Ini adalah penangan set radio buruk dikawasan perumahan modern. Ingatkan kat kampong je meriah ngan ratu2 DJ radio buruk ni. Bandar pon ader. Konsep memasing xmo kalah. Kampong ade, Bandar pon nak ade jugek la kekdahnya!!! Well, itulah dia bile kite namakan sebagai syndrome xmo kalah dikalangan pemilik mulut hangsuang. Miehahahaa

Kami, anak2 muda era lewat 80an. Cam biasalah… da ade mjlis ( jemputan ) skadar datang makan tunjuk2 muka, beborak kejup sambil makan, n tengok ghuper pengantin. Tuk makluman, pengantin lelaki adelah kawan kitorg ( tapi xsebaya ) juz kawan main kecik2 dulu. Yang penting dia bawah baya dari kitorg. Ahakz. Muda2 da ade jodoh kan. nak buat macam mane. Rezeki masing2… laki lak tuh. Untung pompuan tuh, dapat pucuk muda. Ahahaha ( cam lah pompuan tuh tua sangat ) umo dia pon aku xtau. Malas nk amik tau. Bukan ade kena mengena ngan akidah aku pon. Ahakz

Ok… back to da track… hehe… dok best2 sesembang kt meja makan. Datanglah seorang daripada DJ2 radio karat nih. tepuk bahu one of ma buddies, seraya berkata ( dengan lancang n kuatnye )

“…eh korang budak2 nih… bila lagi nak kawen??!... tengok si JONi ( bkn name sebenar) tu. kawen dah. Muda dari korang lagi…”

Wah kaw!!! Sesedaplah kan, orang dok makan syok2. Datang terus terjah ngan salam xde ( ley lak org ngah makan bagi salam kan!!! ahahah ). Kaw hengat hebat sangat ker!! Dok kawen muda2 nih. blaja pon xtinggi. Kerja terkontang kanting. Ghumah menumpang umah mak ayah. Itu kaw nk bangga kan. bukan anak kaw pon, bangga naw la anak jiran baik kaw kawen muda yer… mau xbangga, pasnih anak kaw pon akan kawin gakz. ( sebaya aku n da geng ) LELAKI yer. Take note!! LELAKI. Kawen masa muda.. pasal kerja, pendapatan, tempat tinggal, aku xmo usik or sentuh. Itu rezeki memasing lah kan. ade aku kesah!!! Yang aku kesahkan nyer sekarang nih. adalah…………………. Jeng .. jeng.. jeng.. jeng..

Dua-dua jiran baik yang anak LELAKI diorg kawin awl nih, ada satu persamaan. Kebtulan atau tidak, itu aku xtau. Setahu aku, kalo da nama pon jenis jiran sebelah menyebelah nih.. satu baris lak tuh. Semua mulut2 lahanatnye orang. Kalo satu cara or satu konsep hidup tuh. No wonder lah kan!! serba serbi serupa la konon2 nye, ape anak kaw ade, anak aku pon ade. Rumah kaw renovate 100k, umh aku pon renovate 100k or more. Hikmah berjiran tetangga la katekan!!!

Da dia tepuk2 tanya soklan maut bila kitorg ni nak kawin. Dengan pantas n slumber aku jugak la aku menjawab…

“… kitorang xkahwin lagi nih, sebab kitorg semua ( sambil tunjuk kat smua member2 aku yg terkena soklan maut tadi )ni… jenis yang tahu NAK JAGA NAMA BAIK KELUARGA. Bukan kawin nikah pakai tangkap muat… khemah pon ala2 cukup syarat…”

Sentap makcik tuh. Terus membebel2 ape ntah ( ngata aku mulut xder insurans ). Alah!! Cam la aku heran ada xde insuran nih. tuhan tuh lebih maha menjaga n maha melindungilah… xperlu pon insuran2 nih. ahakz!!! Mulalah dia kata budak2 zaman sekarang xreti nk hormat orang tua. Haaaaaaaaaaaaa!! Kaw sedar pon kan!! ORANG TUA katenye!!! So, da tua2 tuh xyah nk bermain api ngan anak muda!!!

Jangan piker orang tua je bijak n boleh bercakap sesuka hati. Aku pon boleh laaah. Belaja dari BIAH ( suasanan ) korunk jugakz. hahahaha . siapa lagi nak dpat jawapan terbaik dari aku. meh snie aku jawab. Bagilah soklan ape2 pon… jangan sesekali samakan member2 aku ngan anak2 korunk. Kitorg ade hala tuju n perancangan jauh mase depan kitorang…

Syukur Alhamdulillah lah anak2 korunk tuh da nikah.. walaupon KAWIN terlebih dahulu. Atleast diorg xtrus menconteng arang kat muka korunk ( mak2 ayah diorg ). Kulu kilir bawak anak betina orang. Siang malam pagi petang berkepit. Maka xheranlah seusia muda. Dah dapat KAWIN konsep BUDGET EKONOMI sahaja!!! Khemah makan pon 3 je. Alaahai!!. Tapi xpe. Bak kate orang. Ader dari xder… uhukx!!!

K r… cukuplah sampai cnie. Nnt ader citer lain ( memang ade pon ) aku letak lain erk..

Labels:

Tuesday, October 27, 2009

:: ma ashRUFF ::

Xde mende pon. Aku sesaje nak memeriahkan blog yang da kian bersawang nih. ahakz!!! Ade orang tuh nk tgok pic aku kt Jordan nih. so nih la dia 1st snap aku kala aku sampi Jordan. Xsempat aku kemas barang, aku da bagi snap tuk dia. Nah kaw!! Nak sangat kan!! ahakz. Aku nih bukanlah jnis pandai naw pose2 depan camera. Nih pon camera henset ( snap sendiri ). Lain la kalo kaw tuh supermodel ternama lagi disegani. Pose la kat mane, camne pon TETAP menarik kan! walaaaaaupon!! Model PLASTIQUE tahi hanjeng!!! *terlebih la pulak!! *



Xde pon niat dihati nk mengata sesapa ek. Kaw terima ataw idak kehangsuangan mulut puaka nih, aku xde peduli, aku xamik kesah… aku xmention mane2 nama pon. Andai terasa itu adalah anda. Baik pergi amik tanah bersih, 7 air mutlak. Bukak kitab fiqh syafie. Bab taharah. SAMAK. Huhuhu.

Belum ape2 da carutz… ahakz! Pantang tul kalo jari jemari dah bermain atas pepapan kunci nih. xboleh berhenti. Ahakz!!! Ok STOP!!!

Anak kecil ini adalah anak aku. terpulang maw percaya @ idak. Aku da jujur ngan keadaan. Xkesahlah xsama muka, xder rupe or wut. Bukan aku yang kandungkan dia 9bulan 13hari pon, sah2lah ade yang xsama. Sama part mane, tang mana. Hnya empnya diri sahaja tahu. Sumhow, tidak semua perkara butuh jawaban!!! Fikiran yang waras n matang juga amat diperlukan…



Atas rasional yang satu. Anak ini adalah sebahagian dripada idup aku. luv him so much. I’ll take care of him sampai aku g ane2 pon. Heheh. Kite tggu mase n ketika menentukan. Da lama ckit, baru kite reveal kesah disebalik anak kecil ini. I luv baby. I luv baby lelaki. Baby gurl suke jugekz laaa ( amik ati ). Tapi aku paling menyampah dengar budak menangis!!! Itu jam jugak aku nk humban budak tuh.


Labels:

:: mengePost jua ::

Salam semua

Da masuk minggu ke-2 aku kat bumi irbid nih. selesema xbaik2 lagi. Pening2 da beransur ok. Panaz badan da xde. Alhalmdulillah. Awal sampai dok gelak2 kan orang lain sakit. Alih2 baru sehari dua, da kena batang idung sendiri. PADAN MUKA aku!! ahakz. Well, itu smua ibarat roda jer.. adakala kita kat atas, ada masenye kite sakit juga. Bukanlah kita nih malaykat yang xpenah2 jatuh sakit or masuk wad. Wali2 allah pon penah gakz diuji dengan bala2 besar sebelum dititlekan as wali. Para anbia xyah cakap. Semuanya diuji dan diduga. Kaw mampu??!

Kelmarin lepas, aku da start xm. Mak ai!! Baru masuk kelas 2 kali. Da kena xm. Satu buku penuh + nota2 sampingan from Dr. huh! Masak aku… smua yang kt kertas tambahan tuh aku abis baca. Yang dalam buku, aku xsempat abizkan. Lantaran masalah kesehatan yang tidak berapa nk mengizinkan. Uhukx!!! Siyes dow, xley nk bace langsung… berpinar je mata aku… nk lelap xley, nk jaga xley. Ape ley buat. Guling2 ats tilas kiri kanan, sambil pegang buku ( nak sedapkan hati katenye!! )

Makanya. Ats usaha kawan2 n aku sendiri. Tahap kesehatan aku dam akin pulih. Walaaaaupon!! Demam windu kt msia tuh masih lagik ade. Siapa ley berpisah weyh ngan orang tersayang*ops!! ( ade pulak aku org tersayang??!!! ) xder laa, juz kidding. Nyesal n rugi jer kalo oran jadi org tersayang aku nih. baik dia amik si penyapu sampah tepi jalan dari amik aku. kan!!! makcik cleaner KLCC tuh lagi besar gaji diorang dari aku * tetibe!! * menyedari, bahawa.. zaman kini. Adalah zaman mata duitan bagi semua insane. Bak kate kebanyakan orang. No money ( MANI alsoooooo ) no talk.. mieahahahaha.

Well. Ape2 je laaa. Aku berazam kali ini ( sejak blik irbid ) untuk tidak berscandal lagi. Doa2kanlah erk… zaman n masenya tuk scandal sifar. Cukuplah dengan apa yang dah ada nih. aku bukan TERDESAK pon. Kejap2 orang tuh. Kejup2 orang nih. yang ada skarg nih aku layan as kawan je smua. Diorg pon anggap aku cam kawan gakz. Xpenah lebih pon!!!

p/s : TAK PERNAH LEBIH PON. Kite masih ade batas2 yang perlu dihargai n dijaga rapi. Bukan main redah. Alih2. Penuh tompok2 merah dileher. Then, kaw mampu nk jawab??! Bile orang Tanya…! Nyamuk kah??! Bile pulak musim2 skarang nih, ade nyamuk??! NYAH GEMOK adelah. Itu pon xsedar diri.*ops!!! terlepas cakap. Huahahaha

k ra. Peluh pon da kering. Aku nk mandi. Then study. Then tido. Esok kelas pagi.. rehat mesti mau cukup. Otak cerdas letak pada badan yang cergas!!! Wallahua3lam..

Labels: ,

Wednesday, September 30, 2009

:: syawal xsyawal ::

Salam semua

Bismillah… dengan nama Allah aku mulakan bicara. Setelah beberapa lama tidak menyentuh blog nih, agak berhabuk sudah… mungkin sawang pun da mula naik… maka, akan aku cuba bersihkan semua tu dengan post yg julung2 kalinya setelah hampir 3 minggu tidak memblog. Factor komitmen & kerja mengakibatkan xdpat nk hadap laptop menghupdate post. Idea mmg ade. Draft post byk.. tapi xberapa rajin nk letak kt post. Ntah laaaa… aku pon kekadang tuh jadi serabut ngan diri sendiri.


-- anak mama (dalam kenangan!!!) --