FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, February 24, 2010

:: tunggu mati ::

Salam semua

Bismillah pembuka bicara.. lama xbersiaran diruangan sendiri. Coz sibuk memanjang dengan tugasan. Tapi xpe, Alhamdulillah, ade gak sedikit masa nih. aku amik tuk update post kian bersawang. Tunggu masa jadi tempat tinggal binatang buas sahaja. Ahakx!!!

Dari minggu lepas ( sebelum itu pon lagi ). Pelbagai aturan acara majlis dalam setiap hujung minggu telah disusun. Daripada kedatangan & kunjungan hormat Senator Dato Dr mashitah Ibrahim. Kendian majlis bersama ust farid ravi, disusuli pula dengan program PERTAMA, majlis bersama ust mazlee malik. Sekarang nih ( walaupon dlm weekday ) pertandingan debat piala presiden PERMAI & akan dtg. Hujung minggu ni, sukan Selangor anjuran BKASJ - badan kebajikan anak Selangor, KL pon jugakz. SUKSES.

Adooooooi.. korang sendiri tengok laaa… betapa pax nye jadual rata2 student kita ( irbid ) nih… ini adalah khas untuk mereka2 yang memang berjiwa besar & punyai semangat tinggi dalam hidup bermasyarakat & social… jauh sekali pujian & kata2 ini aku nak tujukan buat mereka yang terus kearah ANTI SOSIAL. Dok umah, terperap dalam bilik. Melayan diri sendiri. Xtau ape yang dia buat. Idup atau ‘keras’ pon kita xtau status dia. Mungkin boleh jgak kita katakan diorang persis nabi, beruzlah. Mendambakan wahyu. Kendian baru nak keluar jumpa masyarakat. Itu wallahu3alam..

Gamaknya, selagi ‘wahyu’ yang didambakan tidak turun2. Maka ia akan merosakan diri, akidah & kepercayaan dia kot. MUNGKIN. Aku hnya buat satu andaian. Andai benar, benarlah. Andai tidak, tidaklah. Antara banyak2 hal atau keadaan yang kita boleh tahu wujudnya mereka ini ( set2 beruzlah ni ) bila ada berita kematian. Samada ahli family dia meninggal menemu ilahi. Atau dia sendiri yang mati berulat. Jiran tetangga terganggu dik bau busuk mayat diaaaaaaaaaa.. inilah antara perkara yang ramai xberapa nak Nampak n amik berat…

Kita yang tidak amikberat atau empunya diri yang sememang menunggu saat kedukann ( mati, sakit, pitam & sebagainya ). Baru nak menCAPUP/CAGLA. Ala2 tagih rayu simpati…

Tiada niat nak buat serangan peribadi, juz nak bagitau. Komuniti kita kian bertambah. AJK . AMT tertinggi persatuan pun manusia biasa, punya 2 tangan, 2 kaki. Bukan 6-8 tangan as dewa dewi khurafat sembahan manusia yang jahil ( akidah ). Kita as ahli persatuan, keluarlah… sama2 tolong gerakkan persatuan. Nih aku baru sentuh pasal ANTI social. Belum lagi mende lain…

Bukan ape, yang xtahan nye. Bila da terasa sedih, sakit, sempit, susah etc.. Baru nak keluar cari kawan.. terhegeh2 la orang lain yang selama ini tak pernah dianggap ada dalam senarai hidup bersama anda. Nak menolong itu ini. ADIL ke??! Mungkin boleh cakap

“…aku bukan mntx tlg dgn diorang pon, aku mntx tlg ngan dia jer…”

Ok.. faham.. ko mntx tlg ngan si A ( sbagai cth ), & si A yang ko harap mampu tlg ko tuh xley memenuhi hasrat. Tapi, dia ( si A ) tuh, akan sedaya upaya mencari jalan lain, tuk menolong ko. Sebab dia tahu, kita nih idup bersama. Saling perlu memerlukan.. dia xmampu nk bantu, dia usahakan tuk ko cari ape & sesiapa yang boleh bantu.

Jadi bermulalah kita guna istilah KEPENTINGAN HIDUP BERSAMA. Erti hidup pada yang memberi. ko nak nafikan usaha baik dia tuh??! Atau ko sendiri yang menafikan keberadaan ko dengan kita/kami semua nih??! sendiri mau ingat la beb…

K r… cukup sampai sini dulu..

Terlintas nak tulis pasal mende nih sebb ade perkara yang berlaku tadi.. wallahu3alam..

Saturday, February 20, 2010

:: nikmat disembunyi ::

salam semua

lately, banyak/ramai orang kata aku ni menyombong & makin eksen… well, xtau nak respon camne. Sebab, aku pun xberapa nak tahu, kenapa diorang cakap camtu… eksen naw ke aku nih??! ahakx… susah gak ek jadi publix figure nih *berangan nih*. ade je orang nak cakap. Huhuh. Xpe laa, xheran pon. Masing2 punyai hak tuk bersuara. Maka bersuaralah anda sebelum nikmat suara itu ditarik. Dan jangan lupa juga.

“… احسنوا اصواتكم بقراءت القران …”

vocal/teknik bersuara itu juga boleh dilakukan dengan bacaan quran ( itu pun kalo baca la kan!! ) kalo jnis yang xpegang or sentuh langsung tuh… paling2 pon, xkanlah dalam solat xde bacaan langsung. Melampau laa tuh.. huhuh.. jangan soal xder masa or xsempat tuk perkara2 camnih. Tuhan adil, bagi kita semua sekelian makhluk 24jam. Xde lebih xde kurang. So, ape lagi yang dikatakan tidak cukup??! Haihhhhhhhh..

itu satu perkara, perkara lain pulak… penat & bau berjalan sakan*katenyaaaaaa!!* masa choti aritu masih xilang. Penat bukan penat yang korang fahan secara harfi nye. Tapi, ni cara maknawi… penat la nak menjawab

“…cuti arituh g mane je??!...”

“…berapa lama berchoti/ kat sane…”

“…spent berapa…”

“…pergi ngan sape…”

“…naik ape…”

Respon aq,

“…xg ane2… xde orang nak sponsor pon. Xcam orang lain. siap berUK, german, Greece,morocco bagai. Kita ni, mana la der duit yang sebegitu banyak…”

“…aq choti 3 minggu, choti 1st sem break…”

“…xtau, jnis yang xkira, or berkira… asal nak or minat kt sumthin, kita spend. Xminat or xde ape menarik. Kita buat kerass jer…”

“…siapa pon yang g ngan aku ke mana2, ade halangan ke?...”

“…buraq…”

Kita nih wak, tak mampu nak bergambar ngan sultanahmet mosque. Xlayak nak dok dlm peluk kan tiger wood ( walaaaaau pon ). Xhebat nak berdiri diatas London brige. Apatah lagi berada diperkarangan masjid2 ternama dunia. Inilah nasib, anak yatim… yang tidak cukup kasih & sayang. Apatah lagi dri aspek moral, material & sebagainya… inspirasi aku buat masa ni adalah diri aku sendiri. Aku MESTI yakin & percaya dengan ape yang aku cuba kearah ini. Biarlah orang nak sembur, ludah ape pon.. kaki aku xkan pernah nak melangkah kebelakang.

Syukur Alhamdulillah ya RABB. Tuhan yang maha berkuasa. Mengetahui apa yang dilangit & bumi. Penyingkap rahsia keghaiban… aku dapat ‘jumpa’ mama. Arghhhhhhhhhh!! Thanx atas pesanan & nasihat. Betapa hebat kuasa ALLAH. Biarpon tidak lama peluang dibuka. Dapat tengok muka mama pun, aku jadi amat gembira… petunjuk & ilham itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk & rupa..

Sama jugak… pasal mende ghaib nih… ini kerja tuhan. Aku sekadar mahukan perkongsian. Yang baik itu semestinya dikongsi. Bukan duka derita itu diberi. Masyarakat melayu islam kita sekrang nih da terbalik. Bile peroleh satu2 reward ( ni3mat ). Mati2 nih, mendiamkan diri. Takut orang tahu. Bila orang da tahu. Dia risao orang akan tuntut or mengemis a part of ape yang di dapat dari TUHAN pemberi rahmat & nikmat.

Begitulah sebaliknya, once get suffer… menderita. Lara. Nestapa… heboh dicanang & dihebah2kan.. raih simpati umum. Bila orang tidak peduli or endahkan. Mulalah menuding jari. Menyalahkan orang itu, pihak ini. Pada diri sendiri pon tidak berlaku adil. Ini kan pula nk mengaplikasikan keadilan itu pada platform selain empunya diri. Suatu yang amat sukar & payah tuk diterjemahkan.

Sekian, wallahua3alam

Thursday, February 18, 2010

:: Amal islami ::

Bismillah…

Salam semua

Hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya buat 2 org adik aku. Nurfatini Atiqah Md Nadzri & Muhammad Faidhi Aqhari kerna menyertai & mengambil bahagian dalam acara Kemahiran Amal Islami di sekolah rendah agama integrasi seksyen 19 shah alam.

TINI, bakal bertanding tuk acara marhaban. Dan faidhi ( pedi ) lak akan bertanding tuk acara muhawwarah al arabiah.

Sedikit perkongsian tuk semua & khas nya tuk 2 orang adik aku nih. kedua2 acara nih pernah ku sertai. Baik dibangku sekolah rendah mahupon menengah. Dan smua yang aq sertai, tidak pulang ngan muka ketat apatah lagi pulang ngan tangan kosong. Alhamdulillah, tuhan maha adil & pemurah. Memberikan apa yang kita usaha. Itu yang kita dapat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Pertamanya, sejarah penyertaan aku dlm ujian kemahiran amal islami ini adalah seawal umur aq 7 tahun ( darjah satu ). Mase tu kat SAR annajahiyah sek 19. Ala2 sek pondok jer. nak compare ngan sek intergrasi seksyen 19. So, ats kepercayaan guru2( ustat2 & sazah2 ) & minat aku yang xley ngaku kalah. Aku pon setuju mengambil bahagian. Mase tuh acara muhawwarah ( perbualan dlm bhs arab ). Aku digandingankan ngan abg senior darjah 3. Nama dia zaid. Skrg kalo xsilap, skrg dia ade kt new Zealand. Wallahua3lam…

Berkat usaha keras pelatih ( ustzah zaleha yg train aq mase tu ). Duo kami Berjaya hingga ke peringat negeri… dan tidak selalu yang berada diatas itu akan trus menakluk puncak. Sekali sekala, atas izin & kehendakNYA, kita wajib akur & redha ats segala ketentuan yang sememangnye terbaik untuk kita telan walaupun ia pahit tuk diterima. Tanpa kesilapan teknikal. Kami hanya Berjaya meraih tempat ke-2. Dengan perbezaan markah & persembahan yang tidak jauh mana ( apa yang hakim pertandingan cakap ). Aku terima seadanya. Masa tu, ustat2 ustazah2 smua thumbUP kat kami 2 orang… dari situ, aku belajar, kalo nak jadi yang terbaik dihati manusia ( juri @ hakim ) kita kena tahu siapa yang mengadili kita.

Thanx ustat2 sazah2… atas dorongan muhawwarah tuh lah. Aku minat tuk belajar bahasa, selain bahasa melayu… mase tu pun aku memang sekolah cina. Petang sesi lain, pagi sesi lain.. hari2 aku dibahagikan & dibahagiakan dengan betapa manisnya kita menuntut ilmu yang maha bijaksana.

Sepintas lalu, tuk pertandingan marhaban pulak, aku memula sertai masa darjah 4, masa tu aku dalam firqah ( ala2 rumah sukan ). Firqah dalam bahasa melayunya adalah kumpulan – firqah khandak – legend tuuuuuuu… byk acara yang kitorang sapu. Aku sorang je da masuk 3-4 acara. Ahakx!!!sekali dengar or pandang… Bapak tamak & xmoh bagi chance kat orang lain….TAPI tidak tidak tidak!!! Smua kemasukan aku dalam acara2 ini adalah recommendation dri guru2 firqah aku.

“…nadzeem, kamo masuk nih, kamo masuk tu…” gileeeeer nak lawan cakap guru!!! Makanya, aku sami3na, wa atha3na…

Acara fav & MESTI masuk pernah miss masa sek rendah dulu. SOLAT MAGHRIB berjemaah. Muhawwarah. Syarahan & khat… xcaya, ley tgok kt rak buku aku. penuh ngan piala2 dari acara tersebut. Huhuhu. such a sweet memory & kenangan yang byk mendidik aku supaya jangan berkenalan dengan ape itu putus asa. Selagi ade masa. Selagi itu msih terbukanya harapan & impian…

Inspirasi aku tuk bawa pulang kemenangan adalah allahyarhamah MAMA. Abah & uncles aunties. Diorang asal tahu aku masuk pertandingan.. mula la nk bet & janji itu ini. Once u ( aku ) menang. Kami ( diorang ) belanja makan. xpon bawak kua jalan2. Hehe. Biasalah, zaman kanak2, kalo kita tidak disogok @ dirasuahkan dengan mende2 gitu. Tidak wujudlah semangat tuk terus kedepan. Alih2 xmenang. Kalah.. nangissssss. Ciwek…. ( Alhamdulillah, aku tidak sebegitu ghuper… kalah menang. Tetap dpt encouragement. Kurang2 pun, dari MAMA )

Sekadar cukup tuk kali ini. Nanti sambung lain… dalam persediaan menjawab. Beberapa soklan2 maut. Sebalik tibanya aku di tanah irbid ini. Adooooooi, bebudaknye. Suka cocok aku ngan soklan2 yang mengundang kemakanan hati orang2 yang mendengarnya. Tapi xpe. Aku akan jawab dengan ‘cermat’ supaya kehendak soalan ( jwapan ) sampai maksud yang dikehendaki. Wakakakakakaka..

Sekali lagi… TINI PEDI.. buat elok2. Banyak kan doa & selawat… tenang. Jngan gugup… buat yang terbaik tuk diri sendiri. Dan buktikan pada orang. Kita yang tak der MAK nih. masih boleh bersaing hebat dengan orang2 yang ada mak, tapi xreti nak hargai mak diorang. Dan buktikan juga. Anak2 yang punyai mak, tapi mak2 yang xmemberi sokongan kat anak2 mereka. Adalah satu kerugian besar… kerna mereka ( mak2 ) tidak menghargai bakat & kebolehan anak mereka

Wallahua3alam… wasalam…

Sunday, January 31, 2010

:: kesah rambut ::

Salam semua

Huh! Xboleh tidow la pulak tym2 orang nyenyak tidoq. Adooooi~ insomnia la aku ni… nak buat ape pon serba xkena. Guling ke kanan, golek ke kiri. Ade je yang tak keruan. Tak ingat tuhan kot. Banyak ingatkan makhluk dari pencipta. MUNGKIN. Ia boleh jadi. Ahakx. Tuh yang kekadang terbawak2 dalam tidoq ( kalo tidoq laa ) kalo tidak. Apa semua xdapat. Yang dapat letih badan, kepala penin. Huhuh

Nih, dok xtaw nak buat apa. Aku sesaja browse hairstyles. Hehe. Kot2 ada pesyen ghambut yang aq berkenan.. berkenan ja laaaa, nak buat & pekena kat kepala sendiri tuh soal lain. xsalah nak meminati pesyen dan gaya. Asal masih berada dalam ruang lingkup yang sesuai.



New hairstyle… once upon time dulu laa. Ni rambut aku tahun 2007. Buat masa malam merdeka. Kt Sg Wang, saloon kimarie… Tapi pic nih snap kt amman, selepas aku balik dri chooti yang panjang di Malaysia..

Aku hat dok cakap nih, camlah aku dok beriya sangat dlam ruang lingkup bagai. Kekadang ( selalu pon ) tersasaq. Ahakx… biasalah, mau mencoba sumthing yang baru. Orang xpenah buat, kita buat. Orang dok xpernah terpikiaq, kita pikiaq. Barulah namanya variasi. Xdalah BORIA ja.. rimaslah. Set2 sama ragam & gaya nih.. cam xda menda lain pulak dah… dunia nih luas, selagi ade peluang & kesempatan. Kita perguna sebaik mungkin. Heheh.



Style rambut emo pun orait gaks. Tapi itulaaaah.. syg r nak potong rambut skrg. Wuarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~

Apa orang maw kata, kita tolak tepi as panduan sampingan ja. Yang betul2 ada value, kita amik guna pakai. Yang hat dok nak semberono marah & emo mcm dia ja yang betul. Kita persetankan. Memang xsalah pon nak kata dia SETAN. Sebab nya, MARAH itu dari setan. Setan itu dari mana? Dari penciptaan unsuq api. Masih xjelas lagi?! So, nak marah2 nih, bukan cara aku. dan seb baik aku nih bukan jnis yang marah2. Dulu ya la kot, skarang. Hat da berusia nih. kena buang smua tuh. More to pemikiran yang relevan & rasional… darah da hilang panasnya, tinggal yang suam2 ja. Wakakaka.



kalo aq dapat simpan camnih. Adooooi! Best nye.. keep in darkbrown or black. Huhuh. Kalah rambut yassin & eddrie hashim, tunggu la sikit masa lagi. Hehe.

Balik pasai browse style rambut. 1st, aku memang suka tang stylo2 rambut panjang. Itu pasti!!! Pendek aq xberapa nak selesa. Aku xheran & peduli ngan ape orang nak kate. Aku selesa ngan cara aq. Itu da boleh & cukup tuk aku teruskan routine harian.


Nak wat highlight agy sekali r.. tuh pon kalo aq potong rambut. Hehe. Tiger stripe. Lightblonde ( 6-8 jalur ). Tapi masalahnye, kat cnie xde saloon yang bagus. MMG XDER PON. Nama je kedai gunting rambut, tapi konsep & tema… ala2 versi kedai runcit. Cuma spesialiti dia, gunting ghambut jer. siooooot r.. tuh sebab aku xpenah nak bagi orang cnie ( arab ) cut ma hair. Stakat wash & blow itu ade.. tuh pon kat amman. TONY & GUYz katenye. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ADO!!

Sekian. Wallahua3alam…