Bismillah…
Salam semua
Hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya buat 2 org adik aku. Nurfatini Atiqah Md Nadzri & Muhammad Faidhi Aqhari kerna menyertai & mengambil bahagian dalam acara Kemahiran Amal Islami di sekolah rendah agama integrasi seksyen 19 shah alam.
TINI, bakal bertanding tuk acara marhaban. Dan faidhi ( pedi ) lak akan bertanding tuk acara muhawwarah al arabiah.
Sedikit perkongsian tuk semua & khas nya tuk 2 orang adik aku nih. kedua2 acara nih pernah ku sertai. Baik dibangku sekolah rendah mahupon menengah. Dan smua yang aq sertai, tidak pulang ngan muka ketat apatah lagi pulang ngan tangan kosong. Alhamdulillah, tuhan maha adil & pemurah. Memberikan apa yang kita usaha. Itu yang kita dapat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Pertamanya, sejarah penyertaan aku dlm ujian kemahiran amal islami ini adalah seawal umur aq 7 tahun ( darjah satu ). Mase tu kat SAR annajahiyah sek 19. Ala2 sek pondok jer. nak compare ngan sek intergrasi seksyen 19. So, ats kepercayaan guru2( ustat2 & sazah2 ) & minat aku yang xley ngaku kalah. Aku pon setuju mengambil bahagian. Mase tuh acara muhawwarah ( perbualan dlm bhs arab ). Aku digandingankan ngan abg senior darjah 3. Nama dia zaid. Skrg kalo xsilap, skrg dia ade kt new Zealand. Wallahua3lam…
Berkat usaha keras pelatih ( ustzah zaleha yg train aq mase tu ). Duo kami Berjaya hingga ke peringat negeri… dan tidak selalu yang berada diatas itu akan trus menakluk puncak. Sekali sekala, atas izin & kehendakNYA, kita wajib akur & redha ats segala ketentuan yang sememangnye terbaik untuk kita telan walaupun ia pahit tuk diterima. Tanpa kesilapan teknikal. Kami hanya Berjaya meraih tempat ke-2. Dengan perbezaan markah & persembahan yang tidak jauh mana ( apa yang hakim pertandingan cakap ). Aku terima seadanya. Masa tu, ustat2 ustazah2 smua thumbUP kat kami 2 orang… dari situ, aku belajar, kalo nak jadi yang terbaik dihati manusia ( juri @ hakim ) kita kena tahu siapa yang mengadili kita.
Thanx ustat2 sazah2… atas dorongan muhawwarah tuh lah. Aku minat tuk belajar bahasa, selain bahasa melayu… mase tu pun aku memang sekolah cina. Petang sesi lain, pagi sesi lain.. hari2 aku dibahagikan & dibahagiakan dengan betapa manisnya kita menuntut ilmu yang maha bijaksana.
Sepintas lalu, tuk pertandingan marhaban pulak, aku memula sertai masa darjah 4, masa tu aku dalam firqah ( ala2 rumah sukan ). Firqah dalam bahasa melayunya adalah kumpulan – firqah khandak – legend tuuuuuuu… byk acara yang kitorang sapu. Aku sorang je da masuk 3-4 acara. Ahakx!!!sekali dengar or pandang… Bapak tamak & xmoh bagi chance kat orang lain….TAPI tidak tidak tidak!!! Smua kemasukan aku dalam acara2 ini adalah recommendation dri guru2 firqah aku.
“…nadzeem, kamo masuk nih, kamo masuk tu…” gileeeeer nak lawan cakap guru!!! Makanya, aku sami3na, wa atha3na…
Acara fav & MESTI masuk pernah miss masa sek rendah dulu. SOLAT MAGHRIB berjemaah. Muhawwarah. Syarahan & khat… xcaya, ley tgok kt rak buku aku. penuh ngan piala2 dari acara tersebut. Huhuhu. such a sweet memory & kenangan yang byk mendidik aku supaya jangan berkenalan dengan ape itu putus asa. Selagi ade masa. Selagi itu msih terbukanya harapan & impian…
Inspirasi aku tuk bawa pulang kemenangan adalah allahyarhamah MAMA. Abah & uncles aunties. Diorang asal tahu aku masuk pertandingan.. mula la nk bet & janji itu ini. Once u ( aku ) menang. Kami ( diorang ) belanja makan. xpon bawak kua jalan2. Hehe. Biasalah, zaman kanak2, kalo kita tidak disogok @ dirasuahkan dengan mende2 gitu. Tidak wujudlah semangat tuk terus kedepan. Alih2 xmenang. Kalah.. nangissssss. Ciwek…. ( Alhamdulillah, aku tidak sebegitu ghuper… kalah menang. Tetap dpt encouragement. Kurang2 pun, dari MAMA )
Sekadar cukup tuk kali ini. Nanti sambung lain… dalam persediaan menjawab. Beberapa soklan2 maut. Sebalik tibanya aku di tanah irbid ini. Adooooooi, bebudaknye. Suka cocok aku ngan soklan2 yang mengundang kemakanan hati orang2 yang mendengarnya. Tapi xpe. Aku akan jawab dengan ‘cermat’ supaya kehendak soalan ( jwapan ) sampai maksud yang dikehendaki. Wakakakakakaka..
Sekali lagi… TINI PEDI.. buat elok2. Banyak kan doa & selawat… tenang. Jngan gugup… buat yang terbaik tuk diri sendiri. Dan buktikan pada orang. Kita yang tak der MAK nih. masih boleh bersaing hebat dengan orang2 yang ada mak, tapi xreti nak hargai mak diorang. Dan buktikan juga. Anak2 yang punyai mak, tapi mak2 yang xmemberi sokongan kat anak2 mereka. Adalah satu kerugian besar… kerna mereka ( mak2 ) tidak menghargai bakat & kebolehan anak mereka
Wallahua3alam… wasalam…
No comments:
Post a Comment