Salam semua
Bismillah pembuka bicara.. lama xbersiaran diruangan sendiri. Coz sibuk memanjang dengan tugasan. Tapi xpe, Alhamdulillah, ade gak sedikit masa nih. aku amik tuk update post kian bersawang. Tunggu masa jadi tempat tinggal binatang buas sahaja. Ahakx!!!
Dari minggu lepas ( sebelum itu pon lagi ). Pelbagai aturan acara majlis dalam setiap hujung minggu telah disusun. Daripada kedatangan & kunjungan hormat Senator Dato Dr mashitah Ibrahim. Kendian majlis bersama ust farid ravi, disusuli pula dengan program PERTAMA, majlis bersama ust mazlee malik. Sekarang nih ( walaupon dlm weekday ) pertandingan debat piala presiden PERMAI & akan dtg. Hujung minggu ni, sukan Selangor anjuran BKASJ - badan kebajikan anak Selangor, KL pon jugakz. SUKSES.
Adooooooi.. korang sendiri tengok laaa… betapa pax nye jadual rata2 student kita ( irbid ) nih… ini adalah khas untuk mereka2 yang memang berjiwa besar & punyai semangat tinggi dalam hidup bermasyarakat & social… jauh sekali pujian & kata2 ini aku nak tujukan buat mereka yang terus kearah ANTI SOSIAL. Dok umah, terperap dalam bilik. Melayan diri sendiri. Xtau ape yang dia buat. Idup atau ‘keras’ pon kita xtau status dia. Mungkin boleh jgak kita katakan diorang persis nabi, beruzlah. Mendambakan wahyu. Kendian baru nak keluar jumpa masyarakat. Itu wallahu3alam..
Gamaknya, selagi ‘wahyu’ yang didambakan tidak turun2. Maka ia akan merosakan diri, akidah & kepercayaan dia kot. MUNGKIN. Aku hnya buat satu andaian. Andai benar, benarlah. Andai tidak, tidaklah. Antara banyak2 hal atau keadaan yang kita boleh tahu wujudnya mereka ini ( set2 beruzlah ni ) bila ada berita kematian. Samada ahli family dia meninggal menemu ilahi. Atau dia sendiri yang mati berulat. Jiran tetangga terganggu dik bau busuk mayat diaaaaaaaaaa.. inilah antara perkara yang ramai xberapa nak Nampak n amik berat…
Kita yang tidak amikberat atau empunya diri yang sememang menunggu saat kedukann ( mati, sakit, pitam & sebagainya ). Baru nak menCAPUP/CAGLA. Ala2 tagih rayu simpati…
Tiada niat nak buat serangan peribadi, juz nak bagitau. Komuniti kita kian bertambah. AJK . AMT tertinggi persatuan pun manusia biasa, punya 2 tangan, 2 kaki. Bukan 6-8 tangan as dewa dewi khurafat sembahan manusia yang jahil ( akidah ). Kita as ahli persatuan, keluarlah… sama2 tolong gerakkan persatuan. Nih aku baru sentuh pasal ANTI social. Belum lagi mende lain…
Bukan ape, yang xtahan nye. Bila da terasa sedih, sakit, sempit, susah etc.. Baru nak keluar cari kawan.. terhegeh2 la orang lain yang selama ini tak pernah dianggap ada dalam senarai hidup bersama anda. Nak menolong itu ini. ADIL ke??! Mungkin boleh cakap
“…aku bukan mntx tlg dgn diorang pon, aku mntx tlg ngan dia jer…”
Ok.. faham.. ko mntx tlg ngan si A ( sbagai cth ), & si A yang ko harap mampu tlg ko tuh xley memenuhi hasrat. Tapi, dia ( si A ) tuh, akan sedaya upaya mencari jalan lain, tuk menolong ko. Sebab dia tahu, kita nih idup bersama. Saling perlu memerlukan.. dia xmampu nk bantu, dia usahakan tuk ko cari ape & sesiapa yang boleh bantu.
Jadi bermulalah kita guna istilah KEPENTINGAN HIDUP BERSAMA. Erti hidup pada yang memberi. ko nak nafikan usaha baik dia tuh??! Atau ko sendiri yang menafikan keberadaan ko dengan kita/kami semua nih??! sendiri mau ingat la beb…
K r… cukup sampai sini dulu..
Terlintas nak tulis pasal mende nih sebb ade perkara yang berlaku tadi.. wallahu3alam..
No comments:
Post a Comment