Surat terbuka untuk semua ahli PERMAI
Lanjutan n sekual dari program semi-MEGA PERMAI yang barusan sahaja berakhir tempuh hari…
Dengan ini, betapa rasa sukacita & terbuka… saya ingin meluahkan beberapa perkara untuk sama2 kita kongsi agar sebarang kata-kata, prasangka2 mahupun kekeliruan tidak terus dijadikan polemic . Akhirnya membinasakan masyarakat setempat kita-PERMAI
mula-mula kalinya. Tulisan ini bukanlah untuk mempertahankan diri atau menuding jari kepada mana-mana pihak… bagi saya, amatlah jujur jika saye menulis ia dengan terbuka. Agar saya sendiri tidak tertekan dik perkara2 sebegini. Sekurang2nya saya melepaskan ia dengan cara penulisan untuk semua..
program semi-MEGA yang saya maksudkan diawal tadi adalah PERMAI’s SPORT CARNIVAL atau lebih mudah kita sebut sebagai PROSPEC 2011… acara 2 hari yang diketuai oleh adik amirul hafiz & crew2 beliau.. yang disokong oleh JKK sukan PERMAI dan dinaungi sertai dibiayai oleh PERMAI
kenapa saye menulis ADIK?? Kerna beliau muda.. dan rata2 yang muda. Saye lebih selesa memanggil mereka dengan nama sedemikian rupa.. untuk makluman juga… bukan semata beliau sahaja yang ADIK. Tetapi kebanyakan AJK pelaksana PROSPEC juga adalah dari kalangan mereka yang berpangkat adik-adik ( junior )
sesuatu yang sangat tidak sama bila mengelolakan majlis dewan yang bersifat ilmiah mahu pon indoor dengan majlis atau acara yang bersifat outdoor, lagi2 ia melibatkan banyak vanue & lokasi…
cukup skadar itu untuk pengenalan ringkas mengenai PROSPEC 2011…
terus kepada apa yang ingin saya katakan kepada semua. Khususnya mereka2 tertentu mengenai apa yang mereka telah tulis dan sampai kan pada saya… ini bukan berniat nk aibkan sesiapa( saya pon xde nk mention mana2 pihak secara spesifix) kerna saya masih ada lagi sikap professionalism dalam diri…
jujur kata, sepanjang pengibatan saya dalam mana2 pon lah anjuran program mahupon acara majlis. Pasti ada yang seakan yang tidak berpuas hati… kononnya. Saya ni melebihi sudu dari kuah… buat kerja xder, tapi cakap n komen bukan main banyak… pengarah program tidak kemana atau apa. Saya yang terkinja2 lebih mengatasi segalanya..
baik.. terima kasih daun keladi… saya mmg akui. Saye mmg sebegitu apa yang anda kata n fikirkan. Saya mmg tidak boleh lari dari hal2 KELEBIHAN ini. Bagi saya, saye punyai kekurangan yang perlu saye tangani, dengan cara menggunakan KELEBIHAN ini..
mengapa saya lebih2?? Maka disini adalah jawapannya.. dan seblum menjawab. Ingin saya minta kepada yang membaca. Lapangkan dada & jiwa. Supaya apa yang ingin saya sampaikan tidak lari dari maksud asal…
dalam sebarang kenyataan saya. Jangan anggap ianya betul atau salah semata. Anda perlu kaji dan tahu asal usul pendidikan dan cara kehidupan saya.. dan itulah yang lebih adil n baik tuk kalian menilai siapa saya yang sedang berkata n menulis ini… bolehlah dikatakan, orang yang andai kenali dalam dunia penulisan, tidak sama dengan orang anda kenali dalam alam reality… dan reality pengenalan dan mengenali seseorang bukan sehari dua. Tetapi ianya memerlukan suatu tempoh yang lama.
Permulaan bicara. Ingin saya memetik kata2 ulama’ tersohor… kerana saya tahu. Pelajar2 kita dibumi anbia’ ini tidak boleh menerima sebarang kata2 jika tiada bahan sokongan bukti dari sumber2 yang mereka verify as TERPILIH biarpon kata2 itu RASIONAL & LOGIK.. maka, saya ikutlah standard kalian.. saye sertakanlah dengan petikan berikut
Ibnu Qayyim Al Jauziyah berkata :
“Tidak semua perkataan ditolak mentah-mentah karena kesalahan, tapi harus dibedakan terlebih dahulu antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya setiap yang bersalah atau keliru ditinggalkan begitu saja dan semua kebaikannya tidak dihiraukan, niscaya rosaklah bidang keilmuan dan hasil karyanya… (tidak ada seorang manusia pun [termasuk para ulama dll] yang terlepas dari kesalahan kecuali Rasulullah SAW) . Terimalah kebenaran walaupun yang mengatakannya adalah ORANG YANG DIBENCI. Dan tolaklah kebatilan walaupun yang mengatakannya adalah orang yang dicintai. (Madarij as Salikin, 3 :522)
Saya yakin dan percaya semuanya faham… maka xperlulah saya ulas lebih panjang mengenainya. Kerana bahasa2 yang dinukilkan oleh ibn qayyim adalah bahasa standard yang mudah difahami…
Dan sebagai tambahan, saya sering menjadikan ayat ini sebagai pendinding saya tatkala saya bekerja atau menerima apa2 tanggungjawab…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Ok.. kenapa 2 petikan ini saya sertakan? Kerana ia teras jawapan yang bakal saya berikan…
Adik2… serta kawan2 sekelian
Saya sudah lama berada dibumi Jordan ini.. banyak sudah program. Acara. Dan majlis yang saya ikuti… dan bukan sesuatu yang boleh dikira ngan jari ( tangan & kaki ) program mana yang saye AJK pelaksana. Indoor outdoor.. saye pernah rasai dan lalui.. siang malam pagi petang bertungkus lumus ingin pastikan yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum saye piker yang terbaik untuk orang lain…
Saya buat sebarang kerja. Saya xpernah pon nk piker yang terbaik untuk orang. Kerana saya tau. Orang xkan pernah nk tengok semua itu. So, cara saya nk jadikan sumthing ituu terbaik. Biarlah saya sendiri yang rasakan.. falsafahnya mudah, orang yang bau durian xsama dengan orang yang makan durian. Ia seperti chenta… ia bukan memberi. Tapi ia dirasa…
Bila saye rasa sudah cukup terbaik untuk sendiri. Maka orang akan rasa ia sesuatu yang baik.. ini falsafah saya…!!!
Adik2 & kawan2..
Yer benar!! Saya ini antara orang2 yang kuat menentang n mengkritik...lelagi PERMAI ( ini bukan dari saya.. tapi datangnya dari ramai orang, termasuk rakan satu batch sendiri) katenya. Saya ANTI –PERMAI. Tapi Alhamdulillah… statement yang dilemparkan kepada saya. Telah saye buktikan yang saya BUKAN ANTI-PERMAI, tapi saya membantu PERMAI…
Saya tak minta banyak… jika benar saya ini anti PERMAI. Sila kemukakan apa2 bukti yang menunjuk kan saye merencatkan perjalanan program bawah kelolaan PERMAI.. paling kurang pon, saya sendiri yang tidak menghadirkan diri ke mana2 program yang MMG TIDAK mengalu2kan kehadiran saya. Nak-nak lagi program yang berunsurkan KETUHANAN & BICARA AGAMA. Tapi saya tidak pernah menjentik mana2 pihak untuk meninggalkan program2 sebegitu…
Kenapa saya tidak ke majlis2 sebegitu.. kerna saya tidak mahu. Warga PERMAI sendiri. Menanggung KEMALUAN dengan keberadaan saya dalam majlis sebegitu. Sungguhpon niat saya mmg NAK SANGAT dalami ilmu agama. Tapi kerna saya sayangkan NAMA2. IMEJ2 serta airmuka warga PERMAI. Tidak mengapa. Saye cari ruang lain tuk terus pelajari sumber agama, iman, akidah & fiqh…
Orang akan kata, kalo da tau camtu. Kenapa tidak berubah… jawapannya, saya tidak pernah berubah. Dan saya tiada apa yang perlu diubahkan… inilah saya seadanya… sekurangnya, saya masih ada hati untuk memelihara standard warga PERMAI… sungguh pon saya diBUANG & terBUANG, tapi ia bukan alasan untuk membalas dendam (mengANTI-PERMAI)
Adik2 n kawan2
Gagal menolak hal personal ketepi
Terlalu banyak percanggahan dan perselisihan yang telah berlaku antara saya dan warga PERMAI. Kerana apa?! Kita gagal memahami jiwa & diri masing2… yang kita jangkakan, adalah manusia akan terus melambung dan menjulang kita setinggi awan segah langit tiada akan jatuh menyembah bumi… akhirnya, atas kegagalan inilah, krisis individu dan puak2 terus menjadi bahan penghalang membentuk kebersamaan… dan tidak keterlaluan jika saya katakan.. motto PERMAI kepimpinan kali ini
“…FIRDAUSI ASPIRASI PERMAI…”
Adalah sesuatu yang celaka… dan tidak membawa apa2 makna…
Syurga tertinggi yang kita mahukan, tapi banyak sungguh kekhilafan yang kita sendiri gagal tangani… saling boikot memboikot. Saling paling memaling. Saling ketat mengetat… jangan beranganlah jika begini sikap kita… ciom bau syurga pun kita tidak akan…
Dik kerana kekhilafan, ia dijadikan suatu alasan seterusnya halangan untuk buat yang terbaik. Dimasukan dalam gerak kerja. Dicampur adukan dalam cara berkerja. Maka, binasalah ia ( hasil kerja )
Bahan bukti dan fakta kes… yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Da tidak boleh bekerja dibawah saya atau bersama saya.. payahlah nak buat perangai.. abis smua whole program cacat… yang kenanya semua AJK induk pelaksana.. masa mula2 kita Tanya adakah punyai apa2 permasalahan untuk kerja bersama. Semuanya OK… tapi semasa bekerja.. hal2 peribadi dibawa masuk… rosak..~ saya terang2 tanya pada empunya badan… nak kan dia selesa bekerja. Dan saya direct cakap, xmo ade saya dalam biro berkenaan. Saya ada pengganti. Tapi mungking kerana dia nak JAGA HATI saya. Dia OK!! Alih2 KO…
Ade lagi 3-5 kes yang seakan serupa…
Dalam hal begitu, saya perlu Bersikap adil walaupon ade benci… adil untuk AJK yang lain.. xkanlah kerana dia seorang, saye mahu rosakkan orang yang tidak BERDOSA.. zalimlah saya jika saya lakukan sebegitu…
Banyak cakap. Kerja tiada
Banyak cakap ya!!! Kerja tiada. Itu suatu keraguan… banyak cakap saya adalah untuk memastikan semuanya ada kerja dan peranan masing2…
Contoh… KARISMA 2009, di mu’tah… nama saya antara yang hangat diperkatakan, kerana lantang menyuarakan pendapat dan pandangan… sepanjang kelantangan saya. Saya tidak pernah mencemuh ataupun memaki hamun secara peribadi mana-mana pihak. Seingat saya dan bukti yang saya simpan sehingga kini… saya membuat pandangan kenyataan yang kena pada kontek soalan & masalah yang berlaku dikalangan pihak tertentu… sayangnya. Bila kita lontarkan idea dan cadangan penyelesaian masalah. Dia pula yang terlebih ilmu takwil. Menakwilkan statement kita kepada sesuatu yang menghina… kefahaman kurang, lantas kita yang persalahkan…
Apa kerja yang saya tidak buat dalam sebarang penglibatan SUARA saya mengenai mana2 acara majlis??! Saya cakap sebab saya nak yang terbaik… supaya yang tidak terlibat tidak terlepas pandang. Bukan saya mahu suka-suka nak bersuara amik stage orang lain… sangat tidak bagus bila saya amalkan budaya kerja dalam masyarakat berpersatuan
“…itu bidang tugas dia, biar dia yang settlekan…”
Iman & akidah sebegitu tidak pernah saye imani… betul itu tugas dia. Tapi jika kita Nampak ada perkara yang perlu kita perkasakan… kita perlu ingatkan dia. Supaya dia sedar. Agar nanti. Dia tidak terus ditembak bulat2 sejurus selepas tamat progam mahupon acara. ATAUUUUU!!! Kita disini memang suka menanti salah orang dikemudian hari untuk memudahkan kerja TEMBAK menembak. LASER melaser.. atau lebih hebat lagi. HERO kata belakang~.. bagi saya. Ia bukanlah satu amalan budaya bermasyarakat yang sihat, jika ritual2 ini diamalkan~
Adik2. Dan kawan2 sekelian..
Peganglah prinsip “…Tanggungjawab membantu sesama kawan…” pasti personal kita tolak tepi. Banyak kata +dan banyak kerja = kerja lancar… banyak kata bermaksud. Banyak peringatan & percambahan idea untuk membantu, bukan membantut.. kita tidak boleh kurang kata tapi banyak kerja. Itu formula yang salah. Analogi mudah… Dalam setiap pergerakan solat ada zikir2 tertentu.. maka. untuk solat yang lengkap & sempurna. Kita memerlukan Zikir ( perkataan ) + pergerakan dlam solat ( kerja) = sempurna.. lain pulak jika sebaliknya…
Sekali lagi.. ingin saya nyatakan… jika anda menganggap saya OVERSHADOW JKK sukan PERMAI. PENGARAH PROSPEC atau mana2 acara… maka, jawapan diatas inilah antara standard jawapan saya…
Saya bayar yuran persatuan bukan semata nak bagi orang makan free. Tak hadir majlis. Tetapi bila masa mengutip santapan. Dia yang terkejar2 antara orang pertama sampai…
Saya bayar yuran persatuan, kerna saya mahu membantu persatuan saya… saya xpandang 6 JOD saya tu smata untuk melepas kewajipan MEMBAYAR. Tapi saye tahu 6JOD itu ada nilai lain perlu kita bayar bersama.
Terima kasih kerna anda semua telah menjayakan sedikit kehendak & tuntutan objektif PROSPEC 2011.
Saya agak terkilan, bila mereka2 yang kerap mempersoalkan nilai ukhwah & cara muamalah saya dengan orang lain. Katanya, saya ini tidak pandai nak bermuamalah, berukhwah dan bersosial. Tapi dimana anda tatkala hari kita boleh bersama2 kecapi manisnya ukhwah??! Anda hebat dilaman2 sosial menghentam orang itu ini. Tapi mana hebat anda dalam cabaran fizikal… mana kuatnya anda dalam mengeratkan silaturahmi sesame ahli kumpulan??? Sekurang2nya. Ada muka anda memberi sokongan. Sungguhpon anda memang jenis KAKI BANGKU. PASIF & LEMBIK…
Kalo kita faham makna hadis
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِه......
Maka kita akan faham apa itu kata2, apa itu gerak kerja ( tingkah laku )… Rasulullah SAW mendidik kita dalam hadis ini untuk mendekati serta mengubah amalan kemungkaran. Apa yang ingin saya sampaikan?? Cuba kita amik maksud hadis nih secara sebaliknya..
Jika kamu ingin melihat sesuatu kebaikan. Maka kamu lakukanlah dengan tangan kamu ( kudrat kamu ) jika dia mampu…. Hingga ke selemah cara yang kamu boleh.. iaitu niat… tapi adakah semua perkara boleh dengan niat semata??! Renungkanlah sejenak… untuk mencapai peringkat keRUKHSAHan niat itu, bukan sesuatu yang mudah… mungking dengan perbuatan tidak mampu. Xkan dengan lisan, perkataan, sorakan pon tidak terdaya??! Melainkan anda benar2 hilang keupayaan diri. Hilang kemampuan manusia normal…
Prinsip yang mudah, baik hasanat. Baik mungkarat.. bermula ngan tindak tanduk fizikal tuk mengekalkan ia, atau merubah akan ia… semua terletak ditangan kita…
Akhir kata… maaf kepada sesiapa yang merasakan saya ini banyak merosakkan aturcara majlis tempohari… banyak mendominasi itu ini… sesungguhnya, saya sudah bagi dan berikan yang terbaik apa yang saya ada. Jika ada yang kurang, ampun maaf dipinta…
Thanx kepada smua JKK. Sukan PERMAI. AJK PROSPEC. Kerna mengizinkan saya berkerja dengan anda walaupon mungkin dgn cara TERPAKSA anda menerima saya.. congratz to PRESIDEN PERMAI.. kerna Berjaya membentuk anak2 buah dalam menjayakan PROSPEC 2011..
Sekian, wallahua3lam…