FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Friday, February 25, 2011

:: PROSPEK kutipan pingat!!! ::

Bismillah.. pembuka bicara awal sebelum memulakan kata… yeah!! Islamix.. cara kehidupan yang penuh dgn nilai2 keislaman. Berada dibumi jejakan para anbia’. Tak mampu jadi nabi ( ta diangkat pon ) praktikkan ajaran yang dibawa pun da kire cukup baik… kurang2, masih ade ‘keselamatan’ dari peri seksa api NURraka jahannam, walaaaaaaaaaaupon, ade sini sana yang agak n mmg JAHANNAM. Hahaha.

Rahmat & kasih syang tuhan itu besar kot… DIA maha memberi & maha mengetahui siapa yang DIA nak bagi… sekadar amalam & perbuatan fizikal penuh dalam nota rakib atid. Tapi niat dalam( kunci segala ibadah) lari or songsang. Xde makna gakx… hujung pangkal kurang banyak semua kembali pada ikhlas & ihsannya hati… itulah juzuk sebahagian dalam nilai ketaqwaan… oooooiuhhhh!!! Tetibe amik stage ust2 kelas taFUXquh nih.. adooi yai!!! Saya tidak mampu la nk rampas stage2 picisan nih… maka, kita serahkan je la stage2 nih. Kepada yang memang mendambakan… nak2 pulakk nanti kecik hati. Makan hati segala.. alih2… ust jadi syirik. Duk menduakan ALLAH. Cari pak2 dukun santau n jampi2 saya.. eiiiiyyyy takutttt!!!

Kurang dari sebulan… KARISMA IV bakal berlangsung. 10 acara sukan dipertandingkan. 38 pingat emas ditawarkan. Satu pingat emas tidak masuk dalam carta pungutan pingat-TARIK TALI. Kerna ia adalah acara terbuka untuk semua.pegawai, Kaki tangan & penuntut Malaysia dijordan. 9 acara untuk siswa : BOLA SEPAK, BOLA TAMPAR, SEPAK TAKRAW, TENPIN BOLING, TREK & BALAPAN, BADMINTON, PINGPONG, DART & CATUR. 8 acara juga untuk siswi BOLA JARING, BOLA TAMPAR, TENPIN BOLING, BADMINTON,PINGPONG, TREK & BALAPAN, DART & CATUR.

Acara yang paling banyak menawarkan pingat emas adalah TREK & BALAPAN… 16 kategori 8 lelaki, 8 wanita. 100m. 200m. 400m. 4x100m. 4x400m. 1500m. lompat jauh & lompat tinggi. Diikuti pula dengan acara tenpin boling 5 sepasukan. Yang menawarkan 8 pingat emas masing-masing 4 untuk Lelaki & 4 untukwanita… individu, duo, trio & kumpulan.

Selain itu, semua acara berbaki hanya menawarkan satu pingat emas untuk kategori masing-masing. lelaki dan wanita. Ping pong & badminton menggunakan format piala Thomas-Berpasukan… 3 perseorangan & 2 beregu… format ini diguna pakai sejak tahun kedua penganjuran KARISMA 2009. Kerna pada temasya sulung KARISMA 1 2008 –IRBID, format perlawanan badminton & pingpong adalah mengikut all England..

Maka dengan sedikit perincian mengenai acara-acara sukan yang bakal diadakan pada KARISMA IV tahun ini… saya ingin meletakkan sasaran atau prospek kutipan pingat emas yang boleh diraih oleh kontinjen IRBID ditempat sendiri… sebelum itu.. ingin saya ingatkan.. ini adalah prospek & sasaran saya mengikut pandangan peribadi & reality rekod yang ada dalam kertas. Jika anda tidak puas hati orang feeling-feeling lebih, itu persoalan jiwa & raga anda. Saya tiada kena mengena walaupon ia sekelumit mana.

Mengikut sejarah lepas. Kita ( IRBID ) pernah cemerlang ditempat sendiri. GEMILANG ditempat orang. Juga kecundang digelanggang lawan. Semua kita pernah lalui. Pahit manis segala jenis rasa. Gagal kita ditempat orang kerana tuhan mahu tunjukan yang kita bukan sentiasa berapa di atas, meski pon kita adalah yang terbaik. Dikalangan mereka yang baik-baik. Selain system yang digunakan menjadi factor yang mendorong kepada kejatuhan zaman kegemilangan 2 tahun. Namun tidaklah menjadi satu keaiban jika juara dijatuhkan bukan dengan cara yang bermaruah.

KARISMA I 2008. Kita menyapu 30 pingat emas dari 51 pingat emas yang ditawarkan.

KARISMA II 2009. Kita memenangi 5 pingat emas dari 8 pingat emas yang dipertaruhkan.

KARISMA III 2010. Kita masih mendominasi kutipan pingat emas. Mengutip 9 pingat emas dari 17 yang dipertandingkan. Walaupon melebihi separuh & lebih pingat emas… kita TETAP kecundang ditangan kontinjen lain…

Tahun ini, KARISMA IV menawarkan semata acara sukan… 37 pingat emas. Tanpa sebarang acara ilmiah. Mampukah kita terus mendominasi kutipan pingat?! Disini saya sertakan potensi & kemampuan untuk beberapa acara yang mungkin menjadi lubuk emas utama kontinjen IRBID.

TREK & BALAPAN : 10 pingat dari 16 kategori… TENPIN boling : 6 pingat dari 8 kategori… Bola Tampar LELAKI… Catur lelaki… Badminton Wanita… PingPong lelaki & wanita

Jumlah pingat emas yang disasarkan adalah 21.. mampu?? Ensyallah. Kita boleh capai dan mungkin lebih dari itu.. :-)

Sekian.. wallahua3lam!!!!

No comments: