FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, February 23, 2011

:: arkib semalam ::

Sekilas pandang KARISMA lepas

Orang kata, tiada yang lama maka apalah makna yang baharu kala ini. Semuanya bertitik tolak dari asas aspirasi yang menjadi sumber kekuatan & sumber kesungguhan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.

Episod penganjuran KARISMA kali ini telah pun menjangkau ke usia ke-4. Banyak kenangan, nostalgia dan pengalaman yang kita lalui. Nak-nak pula, saban tahun ada sahaja rencah perisa yang menghangatkan kemeriahan.

Setiap tahun jugalah pelbagai acara dan kategori yang ditambah tolakkan. Setakat kali ke-4 ini. Masih tidak ada lagi standard acara yang menjadi kemestian dalam KARISMA. Semuanya bergantung kepada lokasi penganjuran dan geografi tuan rumah.

Itu baru sahaja bicara soal standard acara. Belum lagi standard & cara kiraan mata. Pihak penganjur merupakan KUASA besar yang boleh sewenang-wenangnya menggunakan VETO membuat perhitungan sendiri tanpa ada sebarang hitam putih yang dipersetujui oleh pihak-pihak terlibat. Paling menghairankan, perhitungan yang digunakan pakai bukanlah standard sukan sea. Apatah lagi Olympic peringat dunia. Nak dikirakan, PARAlympic pun masih ada standard & piawaian yang tinggi dalam penganjuran sukan-sukan mereka.

Berikut merupakan sekilas pandang KARISMA pertama yang berlangsung di IRBID. Untuk makluman… KARISMA ini merupakan KARISMA rapuh( term & perkataan saya ). Boleh dikatakan, ia tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. tuan rumah yer kita sebagai IRBID. Tapi pengarah & jawatan kuasa induk bukan didalam kalangan ahli tuan rumah. Biarpun orang kata ia perkara telah berlaku. Jika tiada yang lama. Bagaimana kita hendak melakukan yang terbaik untuk akan dating.

Dalam kali pertama KARISMA dianjurkan. Pihak Penganjur telah menaruhkan kategori sukan & ilmiah sebagai bahan uji kaji mereka. Pada ketika itu. 2 rekod utama telah ditekankan oleh TYT Dato Duta Malaysia ke Amman. Penganjuran yang paling besar perbelanjaan & penganjuran program yang paling lama pernah diadakan. Pada ketika itu sahajalah!!! Dan sorakan mengenai rekod picisan itu dibuat oleh pihak-pihak kroni tertentu. Kononnya, meraikan betapa hebatnya rekod yang mereka telah lakukan. Kaduk naik junjung pun tidak sebegitu gayanya.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DI KARISMA PERTAMA 2008

KATEGORI

SISWA

SISWI

BERSAMA

>Bola sepak

>Carom

>Tarik tali

>Nasyid

>Bola jaring

Trek & balapan

>100m

>200m

>400m

>4x100m

>4x400m

>4x200m

>1500m

>Lompat tinggi

>Lompat jauh

>Bola tampar

>Badminton (format all England)

>Pingpong (format all England)

>Catur

>Khat

>Pidato BI & BA

>Khat & kaligrafi

>Hafazan quran

>Tilawah

>Kuiz

>Lukisan poster

>Deklamasi sajak

Dalam acara bersama. Kita ada 22 kategori,44 tempat pertama jadi rebutan - 28 pingat emas (sukan). 18 title JOHAN (acara ilmiah dan budaya)

Pada Acara untuk SISWA SAHAJA, 4 tempat pertama jadi taruhan - 3 pingat emas. 1 title JOHAN.

Manakala untuk acara SISWI SAHAJA, 1 emas untuk dituai

Kesimpulannya, KARISMA 2008 punyai 51 tempat pertama untuk disandang. 32 sukan. Selebih 19 adalah acara ilmiah & budaya

No comments: