FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, March 22, 2010

:: minda atasi upaya ::



salam semua

bila datang acara tahunan ni. Mulalah orang akan memandang aku ( perasan sgt kan! ). Xya kate aku perasan, mmg habitat & tebiat rata2 budak Jordan ni secara semulajadinye gituh. So, aku nak cakap pe?? ( mmg aku sedang bersuaralah ni ).

Pukul rata pada semua acara & program. Itu aku. sekali pon program atau acara itu aku yang empunya diri ini sebagai AJK pelaksana. Aku tetap akan bersuara. Walaupon yg dikritik itu diri aku sendiri. Adakalanya, pekung didada perlu dibuka tuk lihat bagaimana luka didalamnya. Supaya kita boleh rawat, supaya kita boleh perbaiki apa yg kurang, perkemas apa yang lebih.

“…Mana usang diperbarui
Mana lapuk dikajangi
Mana elok dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjangan cantik manis
Mintak dikerat...”

Acara tahunan yang Hot ( yer ke hot?! Ahakx ) hot n sensasi sebab aku kot *perasan lagi*. Bertuah la organizer dpt org cam aku nih.yang MAMPU mempublicitykan acara cenggini. Publisti sehot gini! Ahakx!!!

Orang kate, yang lepas itu lepas lah. Yang baik nye lihat peluang & ruang akan datang. Ok. Aku trima. & aku tolak. Kalo xde yang lama, masakan boleh wujud yang baru hari ini ( akan datang juga ). Yang lepas itu sebagai petunjuk tuk aku melihat, n tahu siapa yang ada disekeliling aku. wiciz good for me. Thanx guys, coz bgi aku tahu siapa yang suka naw barking around*ops!!

Tahun ni. Karisma kembali. Bara2 hangat da terasa. Tapi xdelah sepanas mana. Mungkin factor masa menjadi punca. Xpe2. Selagi der perancangan & strategi. Ensyallah usaha & titik peluh akan terbayar dengan sendiri. Aku percaya itu.. itu akidah aku. ade hasil, kalo ade usaha. Ckit pon usaha, pasti ader hasil…


dlm kenangan...

Tema tahun nih, MINDA ATASI UPAYA. Walaupon ade beberapa pertikaian( aspek bahasa, subjek & predikat) kat tema seRINGKAS ini. aku xmo usik la… cumanye aku nk menolong kawan2 smua. Tuk faham ape yg dimaksudkan dengan tema 3 perkataan ni. MINDA.ATASI.UPAYA… soalan, kaw MAMPU!!! terpikir nak buat tema cenggini??!!! Well, inilah keputusan ijtihadiah tuk tema kali ini.*applause, clap3x*

Dia kata, SAYA DATANG KERANA UKHWAH. Tuh dulu… ape UKHWAH yang diKERANAkan dengan keDATANGan tu ku xpasti. criter kurang setahun lalu. Tapi xpe, factor geografi, iklim & setempat menjadi pendorong. Makanya, keralatan itu diterima. Lantas tuk memulihkan serba sedikit. Kita katakan, KAMI DATANG BAWA UKHWAH. Sinergi (KERANA+BAWA) terjayalah KARISMA09… yeah yeah yeah!!! Puas hati??! Atau masih xley trima ngan pemBAWAan itu?! Nak gak perpaksikan KERANA?! Ok.. wuteva~

Ape itu minda?! Minda adalah akal fikiran yang diluar bidang kawalan anggota badan. Kaki xley kawal minda. Minda yang kawal kaki( pergerakan ). Kaki yang suka terajang orang, kaki yang suka pada bola ( sepak ) & kaki yang xreti menjaga hak!! Kaki yang menyepak bola tampar. Ini bermakna minda dia cacat & rosak. Xtau nak mengawal & menentukan HAK pada sesuatu perkara.

Dalam tema ini, Minda lebih menjurus kepada makna RÉSÉPTIF. mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru, cadangan, pendapat & so wuteva). Ini pendapat optimis aku la kan.. xtau la pulak kalo masih ade yang mewarisi genetic katak dalam perigi. Puru bawah tempurung. Memikirkan air telaga cukup banyak, belum lihat sungai diluar melimpah ruah. Siap boleh jadi banjir lagi.

ATASI… terbitan ATAS mean, pada posisi yang tinggi.. ATASI pada kontek ini mbawa kepada mendahului, menguasai, dan menakluki. Dalam kontek karisma pulak, ia berbeza. ATASI merujuk kepada sanggup melawan/ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan). Kemenangan & kejayaan disini tidak termasuk dalam erti

“…menang sorak menyalak kampung tergadai…” bukan yer!!

Upaya pulak, usaha untuk mencapai sesuatu maksud. Aku kira jelaslah pendefinisian aku mengenai tema karisma2010. Jelas dari aspek bahasa. Sebab aku guna bahasa melayu. Yang boleh jadi xjelas sebab aku xguna bahasa persuratan( formal ). Wakakak. Such a poor thing la aku nih. bahasa formal lidah sendiri pon xtau!!! Setidak2nya, aku cuba *pujuk diri sendiri*

Kesimpulan nya. Ini adalah permulaan promosi KARISMA2010. Kite cerita soal makna n maksud tema sebelum mendalami apa pengisian yang ada dalam karisma2010 tahun ini. xpayah la nak create sumthing new. Konon2nya!!! Kalo setahun dua lepas nyer kelemahan masih tidak mampu diperbaiki. Nanti terlalu obsess ngan kelainan yang NAK SGT ditonjolkan. Makin bertambah mewah kelemahan terserlah… yang lemah lama2 tuh, kita baiki. Ensyallah..

Kelemahan yang aku maksudkan bukan semata2 dalam perencanaan program. Tapi kelemahan diri kita sendiri selaku orang yang akan menerima tetamu ( tuan rumah ) & bertandang ketempat orang( tetamu ). Bersikap terbuka, baik sangka, & positif. Erti hidup pada yang memberi…

Aku yang bertanggungjwab dlm menulis perkara ini, kite boleh diskusi lau ade yg tidak puas hati. Stakat mencarut2, maki2 xsenonoh. Perlu ke ada dalam menolong kawan2 kita yang bersusah payah tuk kita semua… mengkritik adalah tuk mencari yang terbaik…

sekian. Wallahua3lam..

No comments: