FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Saturday, March 20, 2010

:: masa kita ::

Salam semua

Erm.. 1st of all. Bismillah awal kalam… esok da start 1st xm for dis sem ( 2nd sem 2009/2010 ). Alhamdulillah, done satu kerja. Mean study materials tuk esok nye subj. manaahij mufassirin. 22nd march ade agy paper. ahkam muamalat. Huh! Baru nak start buat ulang kaji tuk muamalat. Xtau r sempat ke idak nih. ensyallah sempat kot. Bukan banyak pon. Yang jadi Nampak banyak, sebab kite sendiri yang tak nak bahagi2kan 24jam yang ALLAH berikan kt kita. kite semua same je. Xde yang kurang masa sehari dia. Xder jugak yang lebih tempoh jam dalam sehari dia. Doesn’t say yang aku nih bijak or hebat dalam mengatur masa. Tidak lain atau lebih, ingin aku sampaikan. Kita sendiri yang mengatur & merencanakan amanah masa yang telah diberikan.

Yang tidak masuk akal, bile ade yg kate xcukup masa. Adoooooi~ WTH r u talking about… maksudnye, tuhan tu tidak pandai lah ek? Xreti nak bagi masa kt makhluk2 nye?! Atau tuhan itu tidak membuat kajian terperinci dlm pembahagian waktu tuk hambanya.. huh~

Aku lebih suka, mengambil satu reality alam… masa mengawan bagi haiwan dikawasan beriklim meditrenean adalah pada sekitar akhir febuary( awal musim bunga) hingga mulanya musim panas - pertengahan Mei-. Itu bagi haiwan. Yang xde akal, yang ngak bisa berfikir. Manusia pulak, dalam takrifan mantik nye. Kite sebut sebagai (الحيوان الناطق), kehidupan yang boleh bercakap. Itu maksud haiwan. Jangan katekan haiwan itu hnya makna BINATANG semata2… biar kita buka kontek pengertian pada skop yang lebih besar. agar, penilaian & kapasiti pemikiran itu tidak menjadi terlalu domestic atau bersikap setempat. Mean bile jer ade sumthin yang rare dari kebiasaan, kita da mula nak melentik melenting. Wut for?! Aku juz mahu bukak ruang tuk aku dan kita2 nih ( berstatuskan MAHASISWA ) berfikir.

Jauh skali dari diri ini tuk menunjuk2kan kepandaian apatah lagi kehebatan. Apa yang ade sikit ini. Kite berkongsi bersama. Saling tampung menampung, saling tolong menolong. Xcukup yang ini, kita tambah yang ini. Terlebih yang itu, kita kongsi lebihan itu. Such a Simple deal aite??!! Say no to individualistic. Sekarang bukan lagi masa kau adalah kau. Aku hanya untuk aku. bila masa tuk ISU Palestine pandai lak nk ajak orang comes with u?! ape nih? ape jnis n bentuk dakwah yang cenggini?! Poor thing…

Kembali pada topic mase tadi tuh… binatang, mereka telah ada satu tetapan ( setting ) tuk mengawan, bunting & melahirkan generasi mereka. Dan mereka menggunakan setting tuh dengan baik. Tiada bertanggung, tiada menunda… sebab mereka tahu ( ilham dri tuhan ). Andai mereka tak guna tempoh yang diberikan. Maka mereka akan rugi. Xdapat kembangkan spesis atau generasi baru.

Rungutan demi rungutan pasal masa ni. Buatkan aku banyak berfikir dan renung. Apakah yang dipegang selama ini hanyalah ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Atau memang sudah lumrah & fitrah ( ye kee kite kategorikan as FITRAH* ) manusia tidak pernah merasakan cukup & puas?!

Persoalannya.

{والعصر ، إن الإنسان لفي خسر . إلا الذين آمنوا ، وعملوا الصالحات ، وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر}

Aku pulak lebih suke meletakkan potongan ayat nih { إلا الذين آمنوا ، وعملوا الصالحات }dengan hadith abu hurairah RA. Riwayat imam tirmizi berstatus hadith hasan

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعـنيه

Banyak je lagi kolerasi hadith or ayat. Tapi aku amik nih sebagai salah satu contoh dekat & senang. Perkara mudah, kita tinggalkan perkara yang kurang memberi manfaat or faedah tuk dijadikan as amal baik (الصالحات). Bahagi masa dengan baik. Buat perancangan, ader backup plan. Ader jadual fleksibel ( tuk diri sendiri, kawan2, masyarakat & agama ). Itu bukan perkara baik ke??!

Ini datang jer musim peperiksaan. Masing2 menyendiri. Dok dalam bilik berhibernasi. Bile sedar nota xde, slide xcukup. Baru terhegeh2 gagau kawan2. Mane keadilan kita??! hanya ingat or sedar keberadaan kawan bila der perkara2 emergency. Huh~ bukan amal soleh itu hanya dilihat pada kerajinan ( tak pernah miss ) g mesjid solat jemaah. Malah ade byk lagi perkara. ( asal la isu solat jemaah kan.?! hurmmmmmmmmmmmmmmm…)

Xpe2.. ini bukan serangan peribadi. Cumanye, aku jadi sakit telinga r, bile orang ramai bersungut sal xde masa, xcukup masa. Common la kawan ( walaupon de yg xnak ngaku aku kawan diorg, it’s ok ). Aku nak ajak kita sesame amik intipati ape itu masa. Apa itu amalan kearah menghormati masa. Pengurusan masa adalah satu daripada cabang ilmu ALLAH. Dimanakah kita andai kita gagal menguasai masa dengan baik??! Wallahua3lam..

Selamat menduduki peperiksaan awl ( 1st xm ). Kite ade banyak lagi program dan acara. Selagi pengurusan diri ( mind set ) bout mase nih tidak terurus, sampai bila pon. Kita akan terus menyalah ALLAH kerna xbagi masa yang baik tuk kita. wajarkah seorang yang hanya bersifat MUMKIN. Tuk mempertikaikan sifat & dzat yang sememangnya WAJIB.

*fitrah bagi aku adalah semua perkara yang baik & murni

No comments: