FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, November 01, 2009

:: xkesah ::

Salam semua

Post kali ini xde kena mengena ngan aku ( warning awal2 nih!!! ) ini sekadar post angan2 berani mati. Menggunakan kekdah andaian n feeling2 je ek. Aku menulis atas apa yang pernah aku lihat terjadi dikalangan teman2 sekeliling. Jadinya, aku mengambil pengalaman mereka itu untuk diterjemahkan kedalam bahasa aku sendiri. Hey!!! Suka aku lah kan! ni blog aku. hahaha. Bukan blog kaw pon! Pandai lak kaw nk berblog2 nih?! ahakz. Matilah emo!!!

Tidak dapat dinafikan, fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Ade jugak tuk dikesiankan. Well, ape2 jelah istilah yang datang, ia tetap soal hati & perasaan. Cinta adam dan hawa dari syurga hingga turun ke bumi tetap mekar sampai ke hari ini. Jika xder soal cinta itu, maka tiadalah kelahiran serta taburan umat manusia yang hidup tika ini. Ada yang da meninggal dunia pon. Patah tumbuh hilang berganti katanya!!! Itulah karma kehidupan. Kita datang, kita juga akan kembali menghadap sisi maha pencipta!!!

Dalam soal kecintaan ini, tak jadilah drama atau cerita. Kalau tak ader conflict di dalamnya. Ibarat filem blockbuster pecah panggung segala. Xde jalan cerita yang menarik. Climax nan kurang mengancam. Filem itu tetap akan dikecam & dicemuh. Begitulah jua soal cinta ini. Kita bercinta dengan manusia. Maka, banyaklah cemuhan2 yang akan ada dalam perjalanan cinta itu untuk diuji, sejauh mana jalinan perasaan hati itu mampu bertahan. Atau ia sekadar putus dipertengahan.

Dijadikan kisah dari dulu hingga kini. Sampai ke akhirat pon… kasih sayang adam & hawa itu sendiri. Di uji Allah taala dengan hasutan iblis laknatullah alaih. Cinta mana yang xlambung gelora?! Awal sejarah percintaan manusia pun dah jadi bukti. Nabi lagi tuh. Penyebar wasilah aqidah n syariah. Inikan kita yang bukan setaraf nabi. Kaw mampu naik stage menjawab??! Ahakz

Tak ada kepercayaan n kesungguhan

Selalu orang bertanya, apalah perasaan kita bila tahu orang yang kita sayang sangat nih ( konon2nye ) ada hubungan ngan orang lain. dalam erti kata lain scandal… ini cerita dalam lingkungan BELUM ade apa2 ikatan erk… soal da nikah atau berumah tangga tuh. Lain cerita. Aku cerita pasal yang xde apa2 ikatan yang sah nih. berapa ketul sangat yang dah bernikah secara sah & terhormat kan!!! so, bagi mereka itu. Semoga berbahagia hingga kesyurga. Ameen!!!

Persoalannya sekarang. Set2 yang baru nk mengenal erti apa itu kencing lurus, apa itu pubis segala. Da berangan lebih feeling2 laki bini. Haih!!! Giler r camnih… bile berlaku kejadian dia keluar dengan orang ini, dia bersama orang itu. Memasing menunjukkan emosi binatang. Mengamuk xtentu hala. Meroyan tak memasal!!! Sah2 xder akal. Sah2 la awk tuh seangkatan dengan ungka dihutan rimba belantara.

Salah ke kalo dia( pasangan kita yang tidak sah disisi syariat) nak keluar dengan sesapa pon. Dok hebat naw mengongkong itu xley ini xley. Kaw ke yang menetek kan dia. Kaw ke yang nyusukan dia??! As long xder ape2 antara dia ngan kita ni. Xder hak tuk kita meroyan xmemasal. Itu kebebasan dia tuk berkenalan mahupon keluar dengan sesama. Aku bukan nak menafikan perasaan cemburu tuh. Andai aku pon ader cemburu jugak. tapi biar berpada. Sebab kita tahu kenapa itu berlaku. Kerna antara dia dan kita ni TAK ADA apa2 ikatan yang sah. So, kaw nk kate ape??!

Sekiranya benarlah kita betul2 sayang akan dia. So, tak salah andai diberikan kepercayaan pada dia & diri kita sendiri. Barulah keluar seminit dua dengan orang lain ( boleh jadi rakan sekelas atau boleh jadi sepupu, atau anak buah atau sesapa sajalah). Kita da nk melenting abis. Kesannya??! Kawan yang xde kena mengena menjadi mangse. Buang mase nk melayan kerenah perasaan! Pujuk segala mende. Baik laki. Baik pompuan. Sama jer. KURANG KEPERCAYAAN dalam percintaan masing2. Itulah puncanya!!!

Cara membuktikan perasaan itu bukan dengan memecahkan pintu bilik. Humban kaca gelas, frame gambar or bakar semua koleksi peribadi ( pemberian dri yang tersayang ). Malah Ia datang dari bagaimana kita menangani amarah diri dikala mengetahui kebersamaan si dia ngan orang lain.

Jadilah golongan yang bijak mengawal emosi. Ada akal waras, ada hati menilai. Hokum alam xpernah zalim. Kerna pencipta ala mini adalah maha ADIL. DIA xpernah menghampakan makhlukNYA. Melainkan kita sendiri yang gagal & mengecewakan diri kite sendiri. Aku sering cakap. Luv is not how we show. But it’s all about feel. Sungguh kite sayangkan dia, dambakan soal hati ini pada yang maha mengetahui. Andai dia terbaik tuk kita, maka berdoalah dia tuk kita. itulah sebenar kesungguhan. Ada tempat dan mase khas kita meluahkan perasaan. Bkn dikhalayak teman2. Mereka tahu ape! Menganjeng adalah!! Mengajuk xyah kata. Sebab dia xde orang cinta mahupon dicintai oleh orang. Such a simple deal!!! Uhukx!

Pada DIAlah kita sampaikan hasrat hati. Panjangkan hajat pada yang maha mendengar. DIA tahu apa rahsia langit, ape jua yang berada dibumi. Sekian. Wallahua3lam..

No comments: