FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, June 01, 2009

:: korban masa cuti ::

Salam semua

Exam da habis. Aktiviti masih terbatas-xde kawan-. Depa dalam mood xm. Xstart pon lagi ade tuh… dak2 clinical 4th year last paper 8th jun. argh!!! Seminggu lagi aku nk tggu tuk menjalankan aktiviti kegilaan musim choti ini. Sebelum meneruskan, rase kesyukuran nan tidak terhingga dilafazkan dari lidah ini kerana kenyataan dlm perintah berkurung yang dikeluarkan tempoh hari telah pon ditarik balik. Alhamdulillah. Babi2 kita sekarang ini da kering selesema nya. Xde cair2 dah(hingus). Pandai amik medication erk. Sapa ajar ni??! Ahahah. Biarpun telah ditarikbalik semalam… bukan bermakna kita boleh dengan suka hatinya MEMONGGET situ, MENGGELENJET sini. Bala & nikmat itu dari TUHAN. Ingat tuh. Jangan suka naw!!!



5th june nih ada majlis perkahwinan sepupu aku kt QLANTAN(juuuuugekz!!). ma cousin is pompuan, suami dia orang Kelantan pasir mas. Nikah april arituh, nih sekarang majlis ala2 pemeriahan rentetan dari majlis nikah. Orang kita nih kan banyak mende perlu dijaga.

aik majlis nikah jer kew??!...”

sekali jew majlis nyer??...”

Demi memenuhih tuntutan suara2 kelaparan & gile glamer. Kita buatlah!! Kaw jangan xtau*matila kepoh!!!.. time musim kawin cengginih la sekor2 nk wat catwalk ngan pakaian masing2. Walaupon!!! Sekeluarga KOMBO SET kain sepapan berCORAK LANGSIR & sarung kusyen. seb xder RENDER2 jer. kalo ade, sah2lah one big happy curtain family in da house*ops!!! sanggup nih meredah highway, sampai ke TANGKAK cari kain…. Tuh satu hal… tak dapat lak kain lace nye… naik TANJUNG MALIM… semata nak memadankan kain TANGKAK dengan LACE tanjung malim. Huh!! Naik gile aku ngan family cengginih. Seb baik MAMA & ABAH xcamtuh. Kalo idak, bunuh diri aku!!



Diorang xtau gamaknya, orang pentingnyer nikah jer+makan2 semi eksklusif. Kire syukurlah orang buat jugekz!!! Siap berjemput sembah lagi.. ape lagi kaw xpuas hati??! Sebab kaw lak nk buat berpuluh2 kali. Anak siapa yang kawin??! Anak kaw kah??! Bila pulak kaw ade anak berorentasikan NORMAL?!! *pitam!!*… statement mempertahankan sepupu sendiri. Ahahaha. Haruslah aku menjelaskan hal sebenarnya… kalo idak, sampei ke lahad la ko bawak criter kan!!! tuh elok xyah diusung ke kuburan, malah AFDHALnya diHUMBANkan sjork…*kejam*

Pihak lelaki itu masih menuntut, masa xbanyak nak hebohkan korunk. Silalah faham. Dia ade cita2. Mengejar impian. Yang set2 tua da xley nak blaja(kepala otak benak). jangan lah piker SENAK PERUT makan sajian FREE je. Budak tuh perlukan konsentrasi dalam pelajaran. Anak kaw belajar masuk university tak??! Atai sekadar hanya di USM(univ SERENTI Malaysia), jalan HQ jalan hangtuah da tukar. Skarang anak kaw kt ner lak??! Kajang??! Atau KAMUNTING *matila ISA*

Aku pon xfaham ngan orang2 MELAYU kita nih… da budak tu serba salah. Nak ditelan mati homak, nak diluah mati apak. Nak dikomam an. Loyo tokak. Muntah pulak karang!!! Haih… akhirnya, kita layan jew la tuntutan orang da nyawa xlama itu kan.. kot2 nanti kempunan nasik minyak. Siapa bersalah??! AQAAAAAQ jugekz!!! Mati dalam keadaan KEMPUNAN & TERKILAN.. mata xley tutup, dok blinking nasik minyak ayam pecal dalca buah. Hauahaha. Siapa nak jawab dik nun!!! Mulalah nanti keluar cerita baru ala2 cerita kematian versi MASTIKA majalah tabloid terlaris Malaya. KATANYE!!!

Erm… habis takat tuh… nak dicheritakan mende lain sebenarnya. Ahakz!! Ikutkan hati gila aku nih. Memang nk balik sejurus habis xm… balik 2 minggu, sampei 14th jun. then balik snie balik buat umrah. Pastu tu balik semula setelah BERTANDING dalam AGM PERMAI 2009(pilihanraya). Siapa xmo g kenduri kawin tuh. Best woooo!!! Walaupon diQLANTAN. Tapi xpe. Aku redha jew. Da jodoh dia orang sana. Siapa kita nk argue suratan yang sudah sekian lama termaktub diLUHMAHFUZ… nak kena panah petir??! Matilaaaaa…

Yer tahun nih, aku berazam tuk masuk bertanding dalam pilihanraya PERMAI 2009. Aku sanggup berkorban masa balik & chooti aku. demi memenuhi tuntutan orang. Aku bukan skadar banyak kata(cakap) malah aku boleh & mampu BEKERJA. Xbalik aku coz, mahu jadi LAYAK DICALONKAN. Sekarang nih, aku memang KEMARUK perubahan!!! If u guys need sumchange. Freshy & lain dari yang lain dari sebelum ini. I need ur vote. Ade banyak reason, why aku perlu masuk dalam organisasi PERMAI. I need space to blow up sumthing out of da box. Aku mengimpikan dapat bekerja dengan BAHA. So, mengekalkan dia as presiden adalah suatu yang wajar & relevan…



Ade rekod adalah untuk dipecahkan, bukan dibiar kat takuk lama.. biar ade rekod orang yang kekal memimpin 2 musim berturut2. Kita dah ada DZUL pecah tradisi kepimpinan MPPM. Tahun Clinical+just = Presiden… Pandai bicara soal prubahan, tapi BACUL menggerakkan tangan(no act). Xde maknenya… kalo kita berani membuat perubahan dimalaysia(kempen2 pilihan raya dulu). Kenapa kat cnie xmahu mencuba rase perubahan. Transformasi membentuk demokrasi.

P/S:: mesti korunk pergi kan masa majlis ramah mesra perwakilan MPPM " antara berpesatuan & pelajaran"... so aku consider, as mahasiswa yang punyai keMATANGan & TANGGUNGjawab. kita boleh buat konklusi berkenaan majlis tuh... mereka sudah terangkan, mereka sudah rasai.. dan kita sendiri nampak hasilkan. for me, tahun pengajian bukan alasan untk tidak menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat(pimpinan). pelajaran juga bukan tiket untuk skip kemahiran bersosial...

Sekian dari aku… juz nk bagi tahu. Tahun ni, aku balik naik EMIRATES. Asal 1st choice aku. Kuwait & gulf udah ngak mau deh… ramai naw menggunakan perkhidmatan airlines ittiew. Xkuasa nk sama2 ngan orang lain… ada lagi satu tiket(airlines) for sumone special, kita bikin surprise tuk kamo nanti… pastikan tarikh yang telah disepakati itu(oleh dalang2 bekerjasama) benaren FREE & serta tiada any kekangan. Kalo idak. Tiket itu akan dipurchase tuk orang lain… sekor pon xdapat join me… igt dat!! :: thanx pada ticket’s sponsor :: fred sayang kamooo…

6 comments:

ahli permai said...

salam.

kalau tak silap aku,baha habis degree dia bln 1 thn depan kan?sekali ngn rokes.so,boleh ke kekalkan dia sebagai presiden permai?

fred said...

itulah masalah perlembagaan sedia ada...

kite melihat KARISMA & keWIBAWAan..
but, xpe laaa. kite tengok cam nanti..
siapa miliki both, dia yang berhak mengepalai kepimpinan...

xkisah bile habis pon, kita stil boleh buat peralihan kuasa... selagi khidmat dia dihargai @ diperlukan..

tak gituh??
huhuh

:: still waiting 4 further statement ::

ahli permai said...

"peralihan kuasa??"

bagi aku,peralihan kuasa ni agak kurang releven sikit lah.antara sebab:

1.leceh.kau tak rasa macam tu ke?sepatutnya pemilihan presiden permai setahun sekali,tp kalau buat peralihan kuasa,dah jadi 2 presiden utk setahun.nak buat peralihan kuasa ni pulak bukan mudah.aku sendiri tak nampak cara perlaksanaan peralihan kuasa ni yang kau maksudkan.baha turun presiden lepas tu baru buat pilihan raya kah?atau pilih siap-siap time pemilihan tahunan permai kah?atau baha sendiri pilih successor dia kah?bagi aku antara ketiga2 cara yang aku terpikir ni, semuanya agak kurang releven.kalau yg pertama tu,konfem sangat2 leceh.ye lah time tu bln 1.time orang nak jalan2,time byk program lain dianjurkan (cth:PERTAMA mungkin?)lagipun setiap pemimpin mesti ada cara dia tersendiri,apa matlamat yang nak dia capai sepanjang pemerintahannya.kalau tukar pulak time tu mesti presiden baru nak kena pikir pembaharuan yang nak dia buat,objektif yang nak dicapai.tak kan dia nak ikut sebijik yang macam baha buat?tak ke pelik?kalau ikut sebijik2 maksudnya itu kerja PENGURUS bukan PEMIMPIN.lain tu.kalau presiden baru nak ikut sebijik yang baha buat pun,aku rasa kalau macam tu baik dia jadi presiden awal2 sesi 0910 pastu baha jadi penasihat.kan senang.tak payah nak buat pemilihan baru yang menyusahkan. nak uruskan pemilihan pun bukannya senang.aku rasa dah tak perlu nak bincang lama2 cadangan kedua dan ketiga tu.memang dah tak releven sangat.cadangan kedua tu (pilih baha dan successor dia waktu pemilihan tahunan permai) dengar pun dah macam lawak.tak pernah dibuat orang;pilih dua presiden sekali gus,baha untuk 6 bulan pertama,lepas tu pilih sekali pengganti dia sampai habis sesi 0910.kalau dah pilih pengganti dia siap2 baik presiden baru tu jadi presiden terus sepanjang sesi 0910.kan mudah macam tu.bila presiden baru naik,dia mesti kena bentangkan plan dia untuk sepanjang sesi dia,nak kena bagi ucapan,nak kena perkenalkan barisan kepimpinan (kalau ada perubahan sebagai contoh).kan dah leceh.bila pulak nak buat semua tu?cadangan ke3 pun tak logik juga memandangkan permai sebagai persatuan yang mengamalkan demokrasi.tak kan baha nak pecah tradisi?pilih orang ikut suka hati?tak pikir hati ahli?akhirnya merosakkan permai yang disayangi.haa..takkan baha nak buat macam tu kot?

ahli permai (sambungan) said...

2.MPPM yang menaungi kita di jordan ni kan ada jadual tahunan dia.MPPM dah susun tarikh2 untuk setiap aktiviti lebih2 lagi yang melibatkan mantiqah,bkan dan aktiviti MPPM sendiri.MPPM dah tetapkan tarikh bila bkan akan buat rehlah,mantiqah akan buat hari keluarga.tarikh2 untuk aktiviti2 lain.aku rasa kau pun perasan yang bkan2 SELALUnya akan buat program serentak.semuanya sebab MPPM dah letak tarikh tersebut sebagai tarikh untuk bkan2 jalankan aktiviti.begitu jugak sesi pemilihan pucuk kepimpinan.MPPM dah letakkan tempoh tertentu untuk jalankan pemilihan dan yang sewaktu dengannya.tak kan disebabkan ahli permai nak baha jugak jadi presiden sampai bulan 1,semua tarikh2 ni kena pinda?MPPM nak kena letak tarikh untuk pemilihan baru lagi,lepas tu nak kena bagi tarikh untuk presiden baru buat pembentangan kat ahli2nya lagi.dah pulak tu,masa tu bln 1,PERTAMA selaku aktiviti tahunan MPPM nak letak mana?cuti bulan jan 2 minggu je.memang tak dinafikan PERTAMA tahun depan kemungkinan besar akan dibuat di mantiqah lain memandangkan PERTAMA tahun ni dijalankan di irbid,tapi kau tak rasa susah ke?MPPM nak kena pantau dua2 sekali.PERTAMA event besar,pemilihan pun besar jugak.sedangkan nak uruskan satu event besar pun dah susah,lagi nak urus 2 sekali gus.

3.aku belum sebut pasal MARUAH lagi,reaksi MANTIQAH LAIN lagi,MSD lagi,masalah2 besar lain yang mungkin timbul apabila 'peralihan kuasa' diadakan di tengah2 sesi 0910.semua tu pun nak kena consider jugak sebelum 'pemilihan kuasa' tu diadakan dan aku rasa aku tak nak lah sebut cons2 lain tu.

sebenarnya 1st impression aku bila kau tulis nak buat peralihan kuasa ialah peralihan kuasa macam mana yang farid nadzeem cadangkan ni? mungkin salah aku sebab tak dapat fikirkan mekanisme yang betul untuk 'peralihan kuasa' diadakan seperti yang farid nadzeem cadangkan.

jadi macam mana wahai farid nadzeem?

ahli permai (sambungan 2) said...

satu lagi perkara penting yang aku lupa nak letak sebelum ni.

berkenaan dengan keWIBAWAan dan KARISMA.

aku memang sangat bersetuju bila kau sebut pasal pemimpin kena ada ciri2 ni.cumanya dalam komuniti PERMAI yang juga merupakan komuniti melayu teramai di seluruh jordan ni,takkan tak ada seorang pun yang betul2 layak menggantikan baha.mungkin kau rasa bekerja dengan baha menyeronokkan.aku tak nafikan yang itu.tapi nak taknak kita kena terima hakikat bahawa bila sampai masanya,seorang pemimpin pasti akan turun daripada tampuk pemerintahannya dan akan digantikan.betul tak?aku rasa ada je calon2 yang layak menggantikan baha sebagai presiden permai.tapi aku taknak la point out siapa orangnya kat sini.so dah tak ada masalah kalau presiden permai bertukar.mungkin juga presiden permai lepas ni lebih baik daripada baha sendiri.siapa tahu?

fred said...

salam..thanx ahli permai...
rspon & saranan yang baik... thanx atas kesudian meletakan tinta kata disini*ayat xley blah! ahakz

well. itu la fungsinya kita berkerja sama melalui media(blog),aku menulis( pendapat aku) ade orang komen(beri pendapat dia). bukan meroyan xhengat dunia bile rase diri dihentam(penah ke aku hentam2 org??!)huhuhuh

bile de 2 perkara ini, maka akan wujudlah skop perbincangan... itulah yang sebenarnya.. diskusi bukan hny tertumpu dimeja bulat sajork. kat mane2 pon bleh jadi medan diskusi, selagi tidak diOVERshadowedKan oleh ortodoksi pemikiran...

ok2.. erm... aku suka 2 kate kunci yang telah dinyatakan diatas
1)tak pernah dibuat orang
2)pecah tradisi

as i said b4.. rekod yang sedia adem adalah untuk dipecahkan.. juz wanna say, WHY NOT!!! ini bukan hnya merespon pda komen ko diatas tuh. tapi pada kata kunci itu.. try sumthing new, out of box.. a bit risky.. & interesting-pd p'dapat aku.. dat' all..

skali lagik, statement aku yang mengatakan, aku nak teringin @ nak bekerja ngan baha itu.. adalah dari aku.. secara peribadi. coz dia antara presiden terbaik yg pernah aku duk(bwh pimpinan) bersama..

dan aku juga mengatakan SETAKAT INI, aku xnampak lagik siapa boleh meneruskan kesinambungan kepimpinan like BAHA... kita boleh melihat permata berserak depan mata. tapi adakah terlalu mudah untuk mengutip sebutir intan dikalangan permata2 tuh??! teliti, peka & berhati2. sudah tentu ia menjadi elemen utama, kearah matlamat TERBAIIIIIIIIIIKK.

erm... thanx btw..ensyallah kheir..
percanggahan pendapat bukan alasan tuk berketat2 muka @ maki hamun sesuka hati. ibarat xpernah nak ade pedoman hidup. betul x??

kita ahli PERMAI, ade akal, ade minda.. kita buka ruang2 tuk smua orang. thanx skali lagi kerna bagi saranan & pendapat...

wasalam~