Salam semua
Kita selalu dengar pepatah melayu ni.. (orang melayu jew suka berpepatah2 ni), bangse lain least!!! Kerna ape?! Factor sejarah kita antara yang memainkan betapa kuatnya masyarakat melayu kita suka berkias2 atau dalam bahasa lain nyer bersarkastik sesame berbicara. Pepatah yang yg dimaksudkan adalah sperti ni
“… nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak…” then how??!
Lama tak lama la aku menyimpan perkara nih. sejujurnya tuk diberitahu, aku jadi cam xsenang. Tak tenteram(ayat xleh blah!!)… so, istikharah punya istikharah… solatnya, doanya, perbuatan, ijtihadnya… spaya aku bole dapatkan yang terbaik. Terus aku membuat post ni. Alhamdulillah, aku punyai kekuatan tuk menulis apa yg bakal aku kongsikan… ALLAH taala sentiasa dekat & tidak pernah jauh dengan hambaNYA. Selagi kita masih tahu siapa kita, selagi itu kita akan sentiasa bersandaran dengan pencipta alam semesta. Memohon petunjuk…
Manusia ada hati, manusia juga ada perasaan. Lantas, jiwa2 nih jugalah yang perlu dipertahankan. Tidak untuk dilukakan, apatah lagi untuk dikecewakan. Lihat. betapa berharganya jiwa manusia nih sehingga dijaga sebegitu rupa… Menuju kearah kesempurnaan, itu perkara wajib setiap insan. Walaupun kita tahu, makhluk TIDAK akan mencapai status SEMPURNA. Tapi kita kena sedar & realistic bahawa usaha kearahnya masih ada. No doubt!!!
Aku ade satu dua perkara nak diceritakan. Tak tahulah camne & ape pendapat korunk kan. lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Diwajarnya, kita juga perlu menghormati pendapat & pandangan al aakhirin.. meraikan pendapat2 itu, sama juga kita mengamalkan konsep penerimaan ilmu dikalangan ulama’ besar islam. Sperti asy syafie, almalik, alhambali & selainya. Ilmu yang dimaksudkan adalah dari segi kefahaman(fiqh). Bab aqidah lain pulak kesahnya, itu aku xmoh sentuh. Aku bukanlah siapa sangat pon dalam soal camnih. Hat ckit2 tuk sekadar tahu tuh, orait laaa.
Teknik penyampaian ilmu/kefahaman pon ade teknik & caranya. Dengan ahli ilmu camne, dengan orang awam camne… ibarat mendidik anak seusia 7 tahun yang baru diajar, diajak bersolat. Dengan anak yang sudah capai usianya 10 thn, yang xreti @ xmahu bersolat… landasan terbentang dlm tarbiyah islamiah sangatlah rasional & relevan. So, pikir2 la sendiri…
Tidak juga bermaksud nak mengatakan aku nih hebat. Jauh sekali laaa kan!! hebat kejadah celah mane nyer. Ahakz!!! Biase2 sudeh. Walaupon kadang2 tuh aku boleh bertindak secara luar biasa. Ahahaha. Ade aku kesah!!! Xde perilaku yang luar biasa, maksudnya aku bukanlah FRED yg dikenali as risk taker. Aku sanggup mencoba sumthing, asal ia bisa mengajar aku tentang erti kehidupan. Seluar biasa mana pon mende tuh. Aku harus tahu, ia ada BATAS dan tidak boleh melampau2…
Ok, straight to da point, dulu masa penganjuran KARISMA kali pertama kat cnie(IRBID). Aku pernah cakap satu isu nih kat seseorang, then dia respon acuh xacuh jer. walhal aku cube menyampaikan sumthing yang kita WAJIB take as note. Tuk persediaan supaya. Ia tidak menjadi kucar kacir & terbantut. Orang kata, life must go on. Perbualan ringkas aku dengan orang itu cam nih
Aku : kan kita ni beriya2 lah dengan acara itu acara ini. Gah la, meriah lah.. ader satu persediaan & persiapan yang ajk pelaksana langsung xpernah nak amik peduli. Sedangkan ia sangat penting, dan menyediakan payung before hujan.
Dia : hah! Ape dia?! Lain macam je bunyinya.. cuba ko bagitahu. Mungkin boleh kita usulkan kat AJK pelaksana ke camne… tengok la nanti..
Aku : sorry la kalo pendapat nih terlalu jauh tuk difikirkan… but I’ve to say dis. Bcoz, aku pernah berada dlm kejadian cengginih. Kita sbuk ceria bersuka ria. Janji ALLAH kita lupa.
Camne erk dlm dok sukan2 nih… maki sana, hamun sni. Xpuas hati situh, xpuas hati sinun. Alih2 nanti terjadi satu peristiwa yang berkaitan dengan KEMATIAN divanue perlawanan. Well, aku akui… memang ader pon skuad ‘palang merah’ tuh. Ape sangat yang diorang leh buat kalo jauh der orang ‘pergi jauh’ gitu??! Masih nak sapu2 iodine?! Minyak Gamat langkawi mari segala?!
Dia : hish ko nih. merepek je… xde la sampai camtuh.. kita bukannya main gusti2 WWF, sparring capoeira. Stakat sepak2 bola. Tampar2 bola & baling2 bola je pon. Xderla sampai mati. Dah2, xyah mengarut. Sampi kesitu lak perginya..
Aku : hurm… ok. Aper2 je laaaa. Aku da bagitaw. Terpulanglah kat korunk kan… jangan nanti kate nyesal xbuat plan emergency cengginih. Nasik da jadi bubur xkan menjadi beras. Cempadak jugak xmungkin akan jadi nangka. Atau bermungkinan besar kalo kaw tuh sendiri memang TAK TAHU ape beze itu cempedak, ape itu nangka.
1 comment:
salam, point awak ni ada betulnya, cumanya akak kurang faham sebab awak tak elaborate sgt.cuba bg penerangan yang lebih jelas serta langkah-langkah cadangan supaya pendapat awak dapat difahami dengan lebih jelas..jazakillah salam
Post a Comment