FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, May 03, 2009

:: muhasabah sepintas lalu ::

Salam semua

Setelah kita pergi, selesai sudah perjuangan di medan gelanggang. Lembaran baru pula akan dibuka. Karisma09 telah melabuhkan tirainya. 30 april – 2 mei 2009, menjadi saksi, Betapa enaknya UKHUWAH yang dicanang selama berbulan-bulan di bumi JORDAN ini. Episode suka duka sememang asam garam. Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi pon perkara lazim. Inilah dia antara medium muhasabah. Akal & minda yang sehat sahaja bisa menerima. Xley nak terima xpe. Xkesah je. Ini pon muhasabah namanya. Mungkin take time ckit tuk menerima. Biasalah, taufiq & hidayah nih dari tuhan. Siapalah kita nak paksa-paksa hati orang bagi menerima sesuatu kan.

إنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أحْبَبْتَ وَلَكِنَّ الله يَهْدي مَنْ يشاء وَهُوَ أعْلَمُ بالمُهْتَدينَ (القصص:56 )

وإنك لتهدي إلى صراط مستقيم

(الشورى : 52 )

Aku suka dengan cerita pahat & penukul nih. Coz kita boleh dilihat ape yang lebih apa yang kureng itu sebab kenapa perlu adanya MUHASABAH. Keseluruhannya, aku mengatakan karisma09, mu’tah. BELUM BEGITU bersedia menganjurkan temasya bercorak kesukanan sebegini. Untuk ilmiah, ia mungkin BAGUS dan sesuai. Atas factor suasana & keadaan. Setiap sesuatu pasti ade pro & cons nyer. Ape2 pon, berbalik pada diri sendiri. Camana nk membuat penilaian. Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan.

Percubaan yang baik. CREDIT tuk mu’tah… pasti, tamat jer kalimah

“…kite jumpa lagi ditahun hadapan…” oleh pengerusi majlis. Rata-rata AJK pelaksana menarik nafaz dalam & panjang. Mengatakan

“…huh! Habis (tamat ) gak KARISMA kali nih…”

Mana-mana pergi pon la… orang yang tertungkus lumus dalam ape jua bentuk majlis, akan set dalam minda.

“…cepatlaaa abis program nih…”

Lagi banyak masa digunakan, makin akan ader banyak masalah yang timbul. Lelagik buat set2 yang MMG XRETI nk buat backup plan. Boleh jadi kucar-kacir dibuatnya. Berserabut kepala nak cover itu, nak backup ini. Ingat senang ke nak manage satu temasya berkapasiti besar (segi penyediaan tempat )… waaaaalaupon!! *propah sgt *

Perkara pertama yang nak disebut selaku pemerhati & peserta. Ececece. Poyoz lak. Uhukz!! Mestila sebut. Buat pe cakap belakang-belakang. Kun rujulan r beb!!! Nak menegatifkan atau mempositifkan perkara yang disebut, itu terpulang. Yang penting kita bersuara untuk mashlahah semua. Hari ini, & untuk akan datang juga.

Vanue perlawanan. 5 bintang, aku bagi 2.5 jer… alangkah baiknya, sebelum mana-mana perlawanan bermula, kita menyelia gelanggang supaya dalam keadaan baik untuk peserta @ atlit. Ini jua sebahagian mencerminkan imej tuan rumah. gelanggang bola tampar contohnya, xubah seperti gudang tinggalan 10 tahun. Berharap, tuk next penganjuran. AJK berkenaan dengan vanue dan lokasi, dapat membuat persiapan 1st class tuk pengunjung.

Tempat tinggal xusah sebut. Kira Alhamdulillah. Selesa + layanan baik. Keep dis bond ( ukhuwah ) sampei ke akhir masa kita bersama… aku tolak tepi isu peribadi, coz aku datang kerana tanggungjawab. Aku menggalas amanah selaku ketua kumpulan. Atas sokongan kawan-kawan jua, aku Berjaya membawa anak-anak buah ke peringkat terbaik. Buat apalah nk bikin kecoh. Pokok utama karisma09 is UKHUWAH, ape guna as khalifah dibumi ALLAH kalo nk menjahannamkan hubungan orang lain.

Kedua. Soal masa. Huh! Xyah kata kat mu’tah la.. kat irbid pon sama gakz. Da katanya TEBIAT. Mmg xley nk ubah. Awk jadual terang awal-awal diedarkan. Boleh lagik terhegeh-hegeh. Terkial-kial ibarat xde ape berlaku. Ingat kita ke sana ( mu’tah ) nih makan angin ke. Suka buang masa. Majlis atas kertas start kul 7 pagi. Kul 630 kumpul. Dia kul 615 xbangun2 lagik. Haih! Subuh xsubuh tuh xyah cakaplah. Husnu zon sajork sudeh. Buat malu jer. sian kat tuan rumah. nak hebohkan kaw sorang. ( yang lambat2 ni ) :: khas tuk warga irbid ::

Kekadang, kita da plan baik punya. Tapi disebabkan dik mahu menunggu orang-orang tertentu, ajk-ajk terbabit mula gelisah, tengok lengan, belek jam. Dalam kepala bermain

“…bila nk start nih… org da lama tunggu nih…”

Well, itulah dia cabarannya jika ia melibatkan sesuatu yang besar. Nak buat camne kan. Siapalah kita dimata mereka. Hanya menurut perintah. Akur dengan kehendak. Slack jer… kena, walhal bukan punca dari kita. Sabar je la kan. Huh~

Ketiga, perkara kecil tapi ia bisa menjadi satu impak yang besar. Kita kata KARISMA09 satu program yang mahaBESAR kekdahnya kan, agak kecewa dengan banner & kain rentang dalam dewan semasa perasmian. Menggunakan tulisan tangan - tidak seragam, cakar ayam, & paling yang hendak dititikberatkan adalah kesan langsung PPSMI. Ahakz!! EJAAN salah… sponsored (ditaja oleh ) dieja SPONSERED. Nih bukan hendak menunjuk pandai atau apa ok. Just menegur secara ilmiah. Kebarangkalian melakukan kesalahan ketika menulis dengan tangan adalah tinggi berbanding computer printed.

“… kita buat dia, bukan dia buat kita…”

Kehakiman… ada mantiqah yang hanya membariskan pemain yang skadar tangkap muat. Xtau ape2 rules. Xtau peraturan, xtau etika. Main sebat jer. problem akan terjadi bila kita menarik mereka-mereka yang HANYA tahu main, tapi TAK TAHU peraturan sebagai juri @ hakim. Kan awal-awal da cakap, setiap kontinjen hendaklah menghantar 2 orang sebagai hakim bagi setiap permainan. If da tahu awak as hakim yang dipilih. U suppose to study about da rules. Ape salahnya, spend a bit time tuk bukak laman rasmi game berkenaan. As simple as that. Jadi xfaham. When u sendiri tak master on dat game ( peraturan ). Nak main je tahu.. tapi, prinsip2 dalam permainan xmoh ikut.

Ibarat solat lah sebagai contoh. Wah, kan main la 24jam sehari semalam tonggang tonggek menyembah ALLAH yang satu. But, principals in solah such toma’ninah xjaga. So, ia boleh merosakkan kesempurnaan solat. Da xsempurna, hilang rukun minal arkan. Solat tidak sah. Just menyampaikan pesanan. Dat’s all. Kamo buat begitu, kamo mengganggu permainan orang. Kesal~

Makanan… hahahahha :: guling- guling :: awal-awal lagik. Da kena warning jangan letak dalam blog. So, aku nk letak gakz. Ahakz! Kate nk nilaitimbang ( muhasabah ) balik. So inilah fungsinya dibuka ruang MELUAHKAN PERASAAN. Hehehe. Nasik xberapa masak ( agak mentah ).. teringat lagu bangau owh bangau. Ala-ala tepi sawah padi. Hujan lebat menimpa kayu api, basah tak dapat nk membakar, lantas proses memasak pon agak terbantut. ( kanak-kanak sangat ).

Atau, xader air kot.( cube nk berseloroh +ve ) So nasik xley nk welldone, almaklum jer laaa. Bumi Jordan nih kan. Air ibarat EMAS, intan berlian. Guna sikit takut hilang banyak. Ibarat kata orang-orang lama.

“…kita guna jelaaa, ape yang ader…”konsep, asal boleh. Dari xde makanan langsung.

Aku xley cakap banyak pasal makan nih. Coz aku juz makan 2kali je, sepanjang aku kat mu’tah. Mmg da set xmoh makan banyak ( kerap ) pon. Biarlah aku sendiri yang tahu kenapa. Malam sampai pon aku xmakan. Breakfast kt umah DIMASHQ ( senkiu a lot ). Korunk masak nasik goreng best. Pagi- pagi da berdentang dentum dapur. Cam ade perang je. Periuk belangga kuali semua berlaga. Rasa cam kat asrama lak. Pagi-pagi da bising dengar lagan dari dewan makan. Aku suka air kopi yang derang buat. Ader kick.

Makanan lewat sampei?? Ntah laa. Aku xamik port soal makan-makan ni kan. So. ADE AKU KESAH. Aku nih jenis yang redha jer. ade. Ade. Xder nak wat camne. Terimas jer laaa. Xder la dik kerana 3JOD tuh, kaw nak makan ibarat CINNABON ROLLS kan. Ingat hape!!! Xdapat makan sedap pon, anggaplah yuran 3JOD itu a part of sedekah jariah. Penat lelah ajk masak2. Sian kat diorang. Masak banyak piker senang ker. Naik longgar pinggang dibuatnya. Hehehe. Semoga dengan sedekah kecil itu, kita boleh didorong ke SYURGA ALLAH taala. Ensyallah.

Last but not least. Seimbas lalu… rating atucara secara kolektif, dari 5 bintang:-

perasmian pembukaan : 2.5

Kelancaran majlis ( masa & tentative ) : 3

Makanan : 3.5

Keadaan Tempat perlawanan : 2.5

Vanue acara : 4, kerana ada effort camne nk mempromosikan mu’tah ( karak ) secara lebih luas. Kalo kita buat tertumpu pun xberapa nk best. Pelawat mesti nk explore sumthing new nyer. Disamping datang bermain. Jauh-jauh pun, ia bagus dalam promotion & marketing.

Penginapan : 4

Perasmian penutup : 2.5

Sekian. Wassalam~

No comments: