FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Tuesday, May 05, 2009

:: kita IRBIDIAN ::

salam semua

ini adalah post khas untuk WARGA PERMAI yang telah berusahah gigih. Demi memastikan kejuaraan KARISMA09 adalah milik kita. Seperti sedia maklum, jalan ke karisma09 bukanlah satu yang mudah. Kita hadapi pelbagai cabaran, tohmahan & salah faham, sehingga ada antara kita yang berketat-ketat muka. Itulah rencah, warna-warna meghadapi hari-hari insani. Semalam kita di atas, hari ini tidak mustahil kita di bawah. Esok lusa tiada siapa tahu.

Semalam nk meletakkan post ini. Tapi xsempat la pulak. Dok sibuk ke AMMAN ada urusan rasmi. Heeee! Geram tul dok Negara yang banyak birokrasi ni, cengkadak sana sini. hengat kita nih, masa untuk dia je ke. Belambak-lambak lagi kerja lain. Dia leh lak nk suh hebohkan dia 24jam. Haiyooooh!! Mati r camni. Study lagik, ibadat lagik ( TETAP!! ), bersosial lagik. Huh… mengganggu jadual harian betul la. Ehekz!!!

Kita dapat ( hasil ) ape yang kita usahakan selama ini. Itulah dia bayaran yang tertebus. Mula dari berlabuhnya tirai KARISMA08 ( kali pertama di IRBID ), hinggalah detik KARISMA09, kita telah berusaha habis-habisan, bagi memastikan kita adalah sebenar juara. Bukan lagi TOWN MAID atau TOWN BOY. Kita main ade style, kita layan game ada cara. Itu style siapa, kalo bukan style kita. Welldone guyz. Gudjob!!!

Bukan ape, tercabar ngan tohmahan tahun lalu. Kita ( irbid ) dilabelkan as main cara KAMPUNG. Huh!! Ok. Kita terima. Dan kali ini, kita bawa satu dimensi baru, kami bukan lagi seperti yang mereka katakan. Kita xperlu nk melenting, kita xperlu nak hangin. Kerna ia merupakan titik tolak pemangkin sebagai, bagi membuktikan tiada makna permainan cara kampong dalam atlit kita. Akhirnya, kita Berjaya membuka mata-mata mereka yang terbabit. Alhamdulillah.

Once tahun lalu, kena jer panahan cenggituh. Terus kami pasangkan iltizam & tekad. Kita bukan pemain kampong ( cara ). Kami ikut rules, kami study games, kami dalami ape itu SUKAN. Akhirnya, kata-kata pembakar itu membuat kami di MERCU pada tahun ini. Terima kasih kerna menyedarkan kekampungan dalam permainan kami.

Ketua & ketuah kontijen

2009, merupakan tahun paling bermakna untuk 2 orang yang bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan sukan irbid dpersada KARISMA, penganjuran sukan tertinggi bagi pelajar-pelajar Malaysia Jordan. Kemana pergi sahaja, pasti meniti dibibir pelajar-pelajar kita, hendak beraksi di medan KARISMA. Ibarat karisma ni OLIMPIK ( YANG HADO!!! ) la.. tengok standard JORDAN la kan. Boleh laaaa, dari xde langsung program yang bisa menyatukan umat, ini pon jadilaaaa. WALAUPON!!! *xmoh cakap* ___________________________ fill da blank.

Hampir sebulan lebih mereka ( ketua & ketuah ) ini memikul amanah. Pelbagai cabaran & dugaan yang depa hadapi. Sekecil-kecil isu, hingga sesentap-sentap perkara. Itu semua bagi mereka BIASE JERRR. Redah sudah. Layan jer. kerenah manusia pelbagai. Hati manusia juga sukar untuk dijangkan. Banyaknya mereka telah menjaga hati-hati yang xmahu mereka lukakan. Lantas konsep utamanya adalah. Sami3na. wa a tho’na.

Khairul jafni & kak sumaiyah ( name glame nak kew??! ). Satu penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah diberikan buat kalian. Komitmen & usahasama korunk memang 1st class. Setakat nih xjumpa lagik orang dalam PERMAI ni yang beriya-iya tuk memastikan anak-anak buah ( dalam sukan sebegini ) benar-benar bersedia, mental, fizikal dan emosi. Untuk tahun depan, masih boleh dilobikan lagi nih. Ahakz! Xkesah lah last year atau ape. Yang penting pembahagian masa.*matila aku*

Terharu dengan pengorbanan. 24 jam ‘menghambakan’ diri dengan tanggungjawab. Kehulu kebaruk, xtentu hala dibuatnya oleh dak2 nih. Pening kepala. Memikirkan yang terbaik. Ape yang perlu diputuskan, ape yang perlu dilakukan, itu semua aku ada bersama. Aku sendiri yang tengok betapa bersusah payahnya ketua kontijen, siang malam pagi petang subuh senja. Duk berusah keras demi anak-anak buah dia.

Seawal pagi da keluar ke BALAD, malam sanggup diredah. Masa tido xyah cakap. Bersengkang mata dok menjahit logo. Makan minum xteratur. Ade orang lain KESAH??! Siapa yang dekat ngan keadaan itu, maka dia lebih merasai. Huhuh. Kagum aku. Bangga aku ngan ketua kontijen tahun ini. Tak senang nak senang, tak susah nak susah. Kita buat, dia bukan dia buat kita.

Presiden PZ

Semarak karisma bukan hanya tertumpu pada atlit semata, malah semangat UKHUWAH dalam sukan ini jua dikongsi oleh presiden PERMAI kita, ahmad faiz a.k.a BAHA. Belum ada lagik dalam sejarah PERMAI ( sepanjang keberadaan aku ). Punyai pemimpin tertinggi cam BAHA. Yerlaaa, mungkin orang kata,

“…dulu-dulu mana de KARISMA. Terimaaaa je laaaa, so ko ( aku ) xley buat penilaian camtuh…”

Hellllooo. Ini pandangan aku. Yang kamo tetibe cam nk defence past president pesai apa. Haih!! Kan da mula nk bebel nih. Ahakz! Kalo xder karisma pon. Berapa banyak sangat program luar ( bukan ilmiah ) yang presiden2 dulu join. Habaq mai. Hamboooooi. Miehahahha. Better stop kt cnie. Done~

“…Xdpt apa-apa( EMAS ), aku balik ( awal )…” Kata mula-mula BAHA kt atlit

Alih2, kuasa tuhan. Tiada siapa tahu. Emas pertama melalui badminton perempuan. Da satu emas da. Emas kedua, acara pingpong perempuan. Dan emas ketiga ( unofficial announced ) from volleyball lelaki. Dari awal, memang menjangkakan volleyball akan menang ( prestasi last year ngan dis year totally jauh berbeza ). Dapat je 3 emas nih.

“…aku xjadi balik. Coz ni ada harapan cerah tuk menang banyak lagi ni…”

Maka, bersamalah baha dengan atlit irbid berkampung semalam lagik dimu’tah. Padan muka. Xley balik. Kena ikut gak perkembangan semasa anak-anak buat beraksi dipadang & gelanggang. Sebelum tuh. Emas terakhir hari pertama. Acara pingpong lelaki. Laki perempuan sapu bersih acara pingpong. Tabik spring!!!

Permainan & pemain

Generally, peningkatan yang memberansangkan untuk semua acara permainan. Tak perlu pon lihat pada pingat dibawa pulang. Cukuplah dengan gaya tersendiri bila menghadapi lawan. Jika tak ada gaya, masakan pingat bisa berada dalam genggaman? Dari kilauan emas, ke perak & gangsa. Itu semua usaha. Kita hargai diri kita as pemain dengan usaha & daya yang curahkan di atas gelanggang & padang. As simple as dat.

Pemain-pemain kita semua berKARISMA, sejajar nama penganjuran. Kita tepati tema, kita patuhi etika & kejayaan itulah milik kita. Tidak dinafikan, emosi tetap menjadi elemen terpenting ketika kita menghadapi cabaran, namun ia hanyalah sebahagian kecil yang tidak menjadi kudis pon. As long daya tahan yang ampuh, segalanya mampu & sudah kita atasi. Siapa lagi jika bukan kita yang JUARA.

Clean games, itu yang dititikberatkan. Dulu kita heboh pukul canang, main ala kadar, tapi tidak pada kali ini. Rata-rata faham dengan permainan, rata pandai kawal situasi. Tak sia-sia keringat, masa & tenaga dok mendownlod tip-tip dan skill game tertentu. Effort rewarded!! Wut u give u’ll get back. Keadilan tuhan itu PASTI kerana ALLAH tidak zalim.

Lembaran baru akan dibuka untuk temasya akan datang. Kita lihat bagaimana cara & politiknya mereka menganjurkan ( termasuk irbid jika as tuan rumah ). Pastinya, semangat mempertahankan piala, nama & gelaran antara yang menjadi keutamaan. Ingat senang ke nak beri kemenangan??? menang biar bermaruah, kecundang jua atas nama maruah yang tinggi.

Sekian~

No comments: