FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, May 10, 2009

:: 母亲节快乐 ::

Salam semua

Setiap hari adalah hari yang bermakna bagi setiap insan. Tak kiralah ia diredah dengan suka atau duka, ia tetap kita sebut sebagai suatu detik yang berharga. Jika baik, ia merupakan kemanisan. jika buruk, ia merupakan kepahitan. Semalam berbeza. Hari ini lain, esok lusa tiada siapa tahu. Adakah ia hari kita atau sebaliknya.

Dengan hari-hari yang kita lalui inilah, terbitnya satu masa dimana kita tetapkan padanya HARI IBU. Lain region, lain masa sambutannya. Rakyat Malaysia contohnya, menyambut hari ibu pada ahad kedua bulan mei. Dan dijordan pula menyambut hari ibu pada tanggal 21st march setiap tahun. Kerana pada masa ini berlakunya putaran ekuinok musim bunga ( tempuh siang & malam sama panjang ). Wallahua3alam

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yang penting bagi aku. Tak perlu ditetapkan hari ape untuk ape. Kerna setiap hari adalah hari kita untuk semua. Belum tentu yang akan datang itu untuk diri kita semata. Letaklah apa-apa tarikh pun, xde aku pandang pon. Melainkan BESDAY AKU. Sekali setahun. Hehehe. Tuh lain citer. Aku suke tym besday aku. Xtau nape. Mungkin kerna aku masih mahu bersyukur atas peluang yang tuhan berikan tuk aku, demi mengharungi masa akan datang. :: peace ::

Hari ini adalah HARI IBU pertama yang aku lalui ( ingati ) tanpa ibu di sisi ( hidup ). Mama da kembali pada asal kejadiannya ( tanah ). Ehekz! Xdelah nak sedeh naw, biase jew. But best tengok orang lain ley wish mama derang through MMS,SMS, YM, CALL n macam2 lagi la kemudahan ICT skarang nih. Aku lak??! Meng’wish’ mama via DOA. Hehe. Lagi modern! Aku kena positif. Kaw ado??! YANG HADO! No talian tetap aku tuk MAMA. Nak sms ke, call ke, webcam skype ke. 24434 sambungan 0 ( solat jenazah xde rakaat ). Hhuhuhuh

Ya allah.

Dengan namaMU yang maha agung, tuhan langit dan pentadbir alam semesta. Engkau limpahkanlah rahmat & arrahim mu kepada mama. Redhailah mama sebagaimana engkau meredhai pejuang-pejuang syahid dijalanmu. Angkatlah mama dikalangan hamba-hambamu yang Berjaya di dunia & akhirat.

Ya allah ya rahman,

Aku bermohon padamu, ampunilah dosa ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, kaum kerabat sanak saudara anak pinakku. Dosa guru-guru ku, dosa sekelian umat manusia. Berikanlah mereka hidayah dan taufeq agar mereka ikhlas menuju ke jalanmu.

Ya allah ya Fattah,

Engkau permudahkanlah urusan kami, di dunia dan akhirat. Janganlah engkau sempitkan ruang kami untuk melangkah kehadapan bersama-sama para anbia’, syuhada’, & ulama’. Berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi mehnah2 dunia yang penuh pancaroba.

Sekian dari aku. Xley nk tulis panjang-panjang. Aku windu mama. Selamat hari ibu pada sesapa yang bergelar ibu. Aku yang xder ibu ini. Nak ucapkan selamat hari ibu kat mak sesapa pon ( tumpang kasih ), ader aku kesah??!! Mak aku berada di mana-mana. MAMA tetap dihati, sampei ke MATI.

Ucapan khas dari aku, sempena hari ibu. Jika ada mana-mana salah sila tegur ok… sama-sama kita perbetulkan.

在天上的妈妈,祝您母亲节快乐,妈妈我感谢你赐给了我生命,是您教会了我做人的道理,无论将来怎么样,有人说,世界上没有永恒的爱.我说不对!母亲的爱是永恒的,她是一颗不落的星。那个一颗星就是您了。永远爱你!

并不是只有在母亲节这天才要特别去关心母亲,365天里,每一天都是母亲节。希望母亲能天天快乐,日日幸福

虽然我们过着最平淡的生活,母爱却渗透在生活的一点一滴里。在母亲的节日里,祝福天下所有母亲幸福快乐

Eceli nak wt panjang. Hehehe. Memandangkan masa xberapa nk mengizinkan. Aku buat jela ape yang patut nih. Huhu. 母亲节快乐 ( Mu qing jie kuai le )

Khas untuk UMI ( puan Nur Hanim Binti Ahmad )

Selamat hari ibu nadzeem ucapkan buat umi. Semoga umi Berjaya dalam mendidik anak-anak umi. Nadzeem tak beribu, cukuplah sekadar melepaskan rindu dendam dengan ucapan teristimewa buat umi. Nadzeem hanya mampu menumpang kasih ibu orang lain bagi mengubati kerinduan nadzeem, nadzeem sayang mama, nadzeem juga sayang umi.

Umi jaga diri baik-baik. Mudah-mudahan segala apa yang umi perjuangkan untuk anak-anak umi akan tuhan redha & rahmati.

Doakanlah kami di sini. khas buat anak umi ( AYONG ) & nadzeem juga. Ensyallah, kami akan pulang dengan kejayaan. Amin.~

No comments: