FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Saturday, May 17, 2008

:: sebenar sazah ::

Calon ustazah buru tiket ke Grand Final

BIARPUN barisan pelajar yang membarisi skuad Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini bakal bergelar ustazah, namun situasi itu tidak menghalang hasrat mereka untuk meneruskan perjuangan dalam usaha memburu tiket ke Grand Final, Karnival Futsal i-Metro menerusi saingan Zon Tengah, pada hujung minggu depan.

Kejohanan yang akan berlangsung di HTO de Futsal pada 24-25 Mei adalah percubaan kedua mereka selepas skuad wanita USIM A dan B itu kandas seawal peringkat kumpulan ketika bersaing di Zon Timur, bulan lalu.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak sedikitpun melunturkan semangat mereka, malah bagi ketua pasukannya, Amalina Arshad, kekalahan pada percubaan pertama sebenarnya membakar semangat untuk memperbaiki kelemahan.

“Kami akan cuba sedaya upaya. Kekalahan sebenarnya memberikan kami banyak pengajaran. Kami akan terus berusaha untuk membuktikan tiada halangan dalam bersukan.

“Selepas tewas ketika di Terengganu, cara permainan kami sudah banyak meningkat. Kami sedar dengan hanya menyertai pertandingan besar seperti i-Metro, kami dapat belajar daripada kesilapan,” katanya.

Masih mendapat bimbingan jurulatih, Asrul Kamarulzaman serta sokongan Pegawai Sukan USIM, Nurikmal Bukhary, skuad wanita itu menjalani latihan tiga kali seminggu bagi memantapkan lagi serangan dan pertahanan.

Katanya, skuad ini sekali lagi mensasarkan untuk melayakkan diri ke Grand Final dan jika berjaya direalisasikan ia adalah kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh wanita dalam lingkungan umur 20-22 tahun itu.

“Kami sudah sedia menyahut cabaran dan kami tidak gentar biarpun tewas sekali lagi dalam pertandingan ini. Apa yang penting adalah kami terus mencuba memperbaiki semua kelemahan,” katanya.

--harian metro. 17 mei 2008(ARENA)—

***************************komenan***************************

Tertarik & menarik lak ngan artikel yang tertulis kali ini. Utamanya sudah pasti aku hendak dedikasikan bahan ini buat set2 sazah yang berada disini. Baik, sazah wanna to be. @ yang sejak azali dah memang dilahirkan as sazah2 kelas ‘atasan’ yang enggan untuk mencemar duli ‘turun’ ke bumi. Takut ternoda dengan nista dunia. Waaaaaaaaaalaaupun!!.

Siapa pun anda, dimana pon anda. Tiada apa2 halangan untuk terus mempamerkan kebolehan yang ada. Tapi sayangnya, elemen itu tidak ade dibumi ini(irbid). Jika dah dikatakan primitive mahupun ortodoksi ituh. Sampai kesudahlah ia akan terus ngan kelekehan. Lekeh memperkasakan diri kearah sesuatu yang besar.

Bukan main lagi. Bila ditanya soalan harapan dan impian. Masing2 xmoh kalah ngan statement. mahu menghidup. Menjulang. Mendukung. & segala perkara yang direlatekan dengan AGAMA ISLAM terchenta. But! Rompong2 tersedia ada dalam kotak pemikiran. Tetap dibiarkan.. rugilah camtuh. Islam xmahu yang pasif. Dan islam itu sendiri bukan agama yang pasif. Ia memerlukan aktivis2 yang aktif dan berdaya saing. Bukanlah bersaing tuk lihat sape kain tudung lagik labuh dan meleret2..wah. terlebeh sudah..!! sedang nilai xdak. Aper nama nye tuh kan..

bertudung labuh ala2 langsir tuh. adalah baguz. saye juga amat suka. yang xsukanya, mostly yang berimejkan sebegitu, adalah set2 yang buat kerja terkial-kial. terhegeh2. lembik. penakut(xberani nak cube mende baru). dan yang paling sinonim ngan depa is perkataan "TAKBOLEH"... aiyoooooh, serba serbi xboleh. do u tried it??! sikit2 xboleh. sikit2 xboleh. huh!! naik pitam aku cmnih...

Bila kita bukak kes mende2 camnih. Rata2 kata, kita msih lagi xsudah2 ngan memperkecilkan golongan2 agama. Yes I do!!. Saye mmg memperkecilkan mereka. Mereka yang xboleh tuk buka minda dan pemikiran kearah yang out of box. Golongan itu yang saye amat2 perkecilkan. Nih dah name pon khidmat tenet xder kat umah. Juz bersandarkan edaran kertas2 tuk dpt info. Cukupkah??! Atleast talian internet mampu membawa diri ke dimensi baru. Meneroka perkembangan dunia luar..**kua topik jup**

Hal2 sebegini, mmg benar2 berlaku. Dikalangan bakal2 sazah timur tengah. Terutamanya, sebilangan yang masih berpendapat bahawa. Kemudahan2 masa kini sumthing yang LAGHA(si-sia. Sial, sial.) isu MINOR kan??! setakat isu xmoh pasang tenet, dah jadi bahan tuk mengata orang<-respon orang... tapi aku melihat ia suatu yang besar. dan aku jua, sangat particular. dat y aku still mahu melihat ia satu permasalahan!!! kuncinya, ia adalah VIRUS dlm minda...

see. Zaman modern cenggini, masih ader lagi pemikiran kolot + jumud camtuh. Xbenarkah kata2 yang pernah dilontarkan sesuatu ketika dulu??! If dat term xbenar atau salah. Buktikan ngan perlakuan dan tindakan. Jangan tau2 nk melenting lentik xtentu hala…

Sebaiknya, tuk melahirkan golongan yang terpelajar dalam lapangan agama nih. kita mesti tahu ape aim kita. Siapa sasaran kita. Dan dari mane kita datang. Lahir dipadang pasir. Cara padang pasirlah kita bawa. Lahir di hutan. Suasana hutanlah kita kena capture. Mana boleh hendak dipangkah silangkan persekitaran yang nyata sekali berbeda. Dan, andai kita datang dari biah(persekitaran) maju. Pemikiran. Tindakan. Cara kerja maju lah yang kita mahukan. Xkira, siapa pun anda. Jangan sempitkan diri dengan sebarang ‘title’ yang ader. Dan title tuh pon belum tentu anda perolehi..

Ok la… xder ape dah kot. Banyak tulis pon, kalo still TUGHIK buat per kan. nak kan tambahan. Kita tggu lain kali.sekian~~

p/s:: sampai2 kanlah kt sesapa yang pasif. Yang hanya tahu menyidai kain, mengelap meja. Mengemop lantai. Yang xder tenet. Ala2 dalam gua tuh… saye hanya mahu share pendapat. Kita xmahu lagi orang2 yang pasif nih. dan kita jugak mahu sesuatu yang fresh dan new. Bukan tipikal yang xder beri ape2 keuntungan buat semua.


3 comments:

madt said said...

very well said.. to certain extend, i strongly agree with u..

anyway, i believe that xsemua ustazah2 kite kat sini begitu.. ade yang proaktif, tp xkurang jugak yang 'lambat' dan 'lampi'.. pesimis sebelum mencube, mengalah sebelum diduge.. camne nak jadi daie?

pasal internet tu, meybe dorang ade reason tersendiri.. mungkin masalah kewangan, tp kalu xpasang intenet semate2 sbb xnak melagho hmm then i wonder.. (i mean, once da pasang intenet tu pandai2la gune di jalan kebaikan.. jgnla sbb mudharat (yg mane kite bole elak dgn mendisiplinkan diri) kite tros tolak manfaat internet itu..)

sekadar pandangan.. wallahua3lam

fred said...

erm..
yerps..ape2 pon,everything balik pd disiplin diri..

mmg xsemua...tapi sayangnya yg MINOR tuh. mengatasi segalanya.. dah tu camno??! huahaha..

agaknye, yg xder tuh beh suka mengamalkan konsep lawatan,ziarah menziarahi rakan2 kot(umh yang ader tenet) maybe tuh kot cara depa nk saling kuat2kan ukhwah each other... siapa tahu kan.. tul x??!

dat y depa YANG ADO tenet tuh... menguatkan ukhwah dikala tiada talian tenet dirumah...(satu perspektif baru menjalinkan persaudaraan dlm islam)waah!! gittuh kan.. heheheh

anyhow, thanx.. coz sudi agree wif me..
gudluck in final beb... all dabesh
taraaaaaaaaa~

Anonymous said...

hehe2, menarikk, aku suke, biar terbuka sket sazah2 kite ni, bakal isteri2 kite gak kan? ahaks :) jangan meng'gua' je di rumah... tyme kelas je kot kuar pun, tak pun, tyme abeyh beras.. bakal ibu katekan.. ececeh..

yg lelaki plak, jgn la meng'gua' sama. Even tenet ade, tapi tetap meng'gua'.. at least,ziarah2 la aku ke sape2 ke, kan? tak pun 5 kali sehari pegi la masjid, untuk yg dekat2 le. yg jauh2 tu macam aku ni, cube2 gagahkan diri. cam ne nak proaktif, kalau malas ke masjid, at least.. then, kuarla mencari pengalaman.. kebebasan lebih meluas untok kaum adam katenye. Sape yang kate? Entah.. 'nye' la.. hahaha

Bagi yang bukan lelaki atau perempuan. hehe, kena pegi dunia atau bumi yg lain. :P