FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Tuesday, July 20, 2010

:: doaku ::

Salam semua

Bismillah…

Lately, aku selalu mimpi yang bukan2. Lain dari keperihalan aku. mende yang aku suke. Tapi aku xmo. Huh! Camne tu ek?! Kita suke, tapi kita xmo. Hehe. Weird jer bunyinye kan!! itulah kesah aku nk letak kt cnie. kali ini…

Semggu dua nih, aku dapat mimpi aku pegang( dukung ) babylah. Orang mengandunglah, ape la.. huh! Walhal, aku nih mmg xsuke bab2 kawin nih. tapi aku nak ade anak. Teringin nak belai n dukung zuriat sendiri. Pompuan xmo!!! Ahakx. Well, aku nih pelik. Jangan banyak bunyi. Ko xtau ape yang aku alami apa yang aku rasai. Phobia & dibayangi semua ade sebabnye..

Berbalik soal citer mimpi tdi tu… aku nih mmg percaya pada perkara ghaib. Dat’s y I’m a muslim. 6 perkara ghaib menjadi asas keimanan. Menolak, atau menafikan perkara ghaib. ‘Mengusik’ sedikit sebanyak perkara keimanan yang menjadi asas pegangan akidah…

Tuhan maha kaya, Dia beri segala macam bentuk nikmat, ilmu, peringatan & seantero dengannye dlm pelbagai cara & gaya… secara langsung, kita sedar atau tidak langsung yang kita tidak sedar.. sebaliknye, mempersendakan sesuatu yang ingin tuhan berikan… mempersendakan atau meragui petunjuk2 yg datang dari sumber2nya. Akan menyebabkan tercalar iman kita.

Aku katakan, tercalarnye iman. Bukan bermaksud tuk mempercayai bulat2. Sekali pon orang kate ia mainan tidur atau imaginasi. Tapi kita masih punya ‘tali’ yang menghubungkan kita dengan maha berkehendak - solat.

Tatkala diberi petanda baik buruk, 1st thing yang perlu kita cengkam. Adalah solat. Solat hajat tuk tahu itu baik baik tuk kita tau idak. Kendian solat istikharah. Menerima ia atau idak… bukan dengan senang & semena2. Menolak.”…arghhhh, mainan tidur je tuh. Xde ape laa…”.. lets say tuhan nak beri rahmatNYA, kita respon sedemikian, tidakkah kita rugi. Malah boleh dikatakan, kita telah kufur atas pemberian nikmat yang ingin diberikan..

Atau “…mustahillah… gurauan syaitan jer…”. syaitan itu makhluk ghaib. Camne kita tahu itu syaitan, sedangkan ilmu keghaiban itu ditangan ALLAH taala yang maha mengetahui??! Dan, perkara mustahil. Adalah tidak lekat pada sifat * zat ALLAH taala… tiada yang mustahil disisi ALLAH. Dia maha menjadikan, Dia juga akan memusnahkan…

Kawan2, aku perlukan ‘sokongan’. Aku tidak seperti yang dilihat… aku punyai gangguan emosi. Aku xmo lagi sebab emosi ini, menjejaskan pembelajaran aku. buat pertama kali & eksklusifnye, aku buat pengakuan jujur dipost ini.. aku xamik summer sem, sebab aku xmampu nk seimbangkan emosi kehilangan & semangat meneruskan harapan dan impian. Aku sering dibayangi & diganggu oleh perkara2 yang boleh kita katakan, sebagai MISTERI…

Xtau mane silap & lompongnya… kenapa aku & family2 aku yang ‘dia’ nak cari. Kesian kat makcik2 aku, sepupu sepapat aku. semua di ‘usik’ olehnya…

Tak cukup lagi ke… betapa ramainye sanak sedara aku. yang mati. Meninggal kerana ‘dihitamkan’?! atau akan puas hati jika semua dikalangan kami mati disihirkan. Apa silapnya kami?! Keluarga cicit ALAM.?!! Ajal maut ditangan tuhan!!! Semua orang beriman memperakuinya… tapi sihir juga boleh menjadi asbab kematian!!!

Ya Rabb. Aku sememang redha dengan ujian yang melanda keluarga kami. Aku sabar, aku sedikit pun tidak menyimpan dendam. Cuma Engkau bukakanlah hati2 kami ini. untuk sama2 muhasabah, dimana kurangnya. Agar, fitnah dunia ini tidak terus diwarisi oleh anak2 cicit family ALAM. Aku tidak mahu melihat anak2 generasi family alam terus dimakan ‘sumpahan’. Engkau berikanlah kami petunjuk, agar bisa kami selesaikan ‘hutang terdahulu’ dengan sesapa pon…

Mungkin salah dulu2, menyebabkan kami yang menanggung. Doaku Ya Allah, ringankanlah cubaanMU. Kerna, kami sendiri tidak tahu mana hujung pangkalnya. Kami dizalimi. Kami dianiaya. Engkau angkatlah doa ini Ya Allah. Limpahilah keampunanMU. Luaskanlah Ar RahimMU. Bentangkanlah Ar RahmanMU..

Amen, ya rabbal al amen~

No comments: