Salam semua
Tipolah kalo bersukan + menyokong tidak memerlukan sorakan. Dan sorakan selalu nye berbentuk provokasi. Dat’s common… Cuma yang menjadi kayu ukur provokasi itu adalah kewarasan & kestabilan emosi mereka2 yang terlibat. Masih dalam terkawal @ diluarkawalan… out of mind, atau masih boleh ditaklifkan tuk melaksanakan ibadah2 khusus… jika tidak, kita akan menunggu sehingga akal kewarasan itu kembali, sebelum meneruskan rutin as muslim… if tahu ape itu rules of muslim r…
Kita nak bangkitkan semangat teman2, & rakan2 dimedan juang. Mesti dengan sepenuh jiwa & rasa. Barulah orang dpt feel. Ni kalo ala2. Dalam ghumah mayat je. Diam. baik beruzlah dalam gua. Cari kedamaian diri sendiri… name pun kat padang @ gelanggang. Raikanlah suasana. Mungkin pada mereka yang terlalu baik, naïve & noob. Tak boleh menerima pembawakan provokasi. Sedih!! Xnak provokasi. Dok dalam mesjid, dgr khutbah2. Or ceramah2 agama. Pasti seronok!!!
Provokasi, memainkan peranan penting dalam arena… menekan & membangkitkan… mase tuh la kite ley tahu, yang diprovoke tuh MANUSIA asal dari tanah atau asal penciptaan dari API… tekanan demi tekanan yang diterima mampu membakar. Yang suka terbakar, andai dia mampu mengawal diri, perihal kebakaran masih boleh dikawal. Andai diri sendiri xpernah nak beriman dengan maha PELINDUNG. Makanye, senanglah ia membakar diri sendiri+ciptaan dri api…
Orang yang hebat, adalah orang mampu menahan dirinya dari amarah… mengatasi kemarahan bukan dengan meluap2kan keadaan. Menangani kemarahan & ketidakstabilan emosi adalah dengan keseimbangan mental. Setakat xboleh nak kawal diri. Baru diprovoke da down or temper, baik dok muhasabah diri. Banyakkan berfikir. Dari mana datangnye kita… nak marah2.. buat ape!!! Marah hakiki adalah dari murkanye ALLAH…
Awak nak marah orang. N orang marah awk. Itu hanya sekelumit perkara yang perlu ditangani dengan kebijaksanaan. Bijak dalam keadaan, bijak pada masa, bijak kepada siapa yang perlu kita hadapi…
Rata2 yang kuat emosi & terbawa2 gilanye ni, adalah dari golongan agama. Mana aplikasi dari pembelajaran quran & sunnah pon xtahu… kt bilik xyah cakap, bersusun2 buku… dari sahih ke sunannya. Lengkap segala… sayangnye, berkat ilmu dari buku xmampu nak menenangkan diri si ‘pembawa api’…
Tidak menafikan mane2 pihak yang menjadi juara. Cuma yang kami mahukan adalah bagaimana system penjurian & kehakiman itu berjalan. Kerna kita sendiri mahu melaksanakan postmortem… kami bukanlah jenis yang habis satu perkara, terus melupakan ia berlalu pergi. tidak!!! Kami adalah jenis mahasiswa yang melihat kedepan tuk masa akan datang. Nak kata “…mende yang lepas, let it be…” memang xdapat lah… kajian & penilaian semula sangat2 perlu tuk meningkatkan prestasi…
Aku terutamanye, selalu mengingatkan anak2 buah( sesiapa dibawah kelolaan aku ). Dalam ape jua keadaan & situasi, kita kena adil & berlapang dada. Biarlah orang buat ape pon… kita as 1st class mahasiswa yang ade standard & system. Kita buat ikut cara kita… mereka nak kluar dari standard, or tak mahu mengikut system. Mmg kena & sesuai pon dengan keadaan geografi mereka. Hanya jauhari yang mengenal manikam…
Kalah kita, tewas kita adalah yang bermaruah… ada yang kita menang, pon dengan penuh maruah. Sehinggakan terdiam terbisu tak mampu nk kata ape2… sebab kita tahu. Xperlu menang sorak kampong tergadai. @ yang paling hampir nak sebut telor sebijik riuh sekampung.
Sekali lagi, tak minta banyak pon… hanya memerlukan laporan dari aspek penghakiman & penjurian… mengikut flow sebelum & selepas temasya.. xyah nak masukkan dalam laporan ni, masalah kewangan lah. Masa lah. Penginapanlah. Ape lah.. tak perlu.. yang kami perlukan ialah laporan khas dari jawatan kuasa kehakiman & penjurian. Harap jelas… tak logiklah jika mintak laporan kiraan mata, dibagi semua masalah2 yang dihadapi… xmohhh… bukan alasan yang kami cari. Malah penjelasan terperinci…
Sejenak bersama factor ketewasan kita dalam beberapa acara besar… ini adalah sebagai tambahan & more detail dari pemerhatian aku dan beberapa orang yang aku dengar. Kami sentiasa bermuhasabah diri. Dan tidak pernah menafikan kemenangan sesiapa. Kerana kami tahu, kalah kami, adalah kalah yang ada maruah!!!
Perkara yang menjadi asbab terbesar kita gagal mengekalkan kejuaraan adalah FAKTOR PENGURUSAN MASA n SUMBER … system down, abis semua… lingkup… roboh jiwa & raga.. sekali lagi diingatkan, kita nih jenis pelajar yang duduk & hidup dengan tatacara yang tersusun & berjadual. Kerja harian kite. Mengikut flow yang telah ditetapkan… sekali msuk cacamerba, asal boleh, tangkap muat… mmg kita akan gagal… coz. Kita semua ada target & aim yang sudah menjadi sasaran…
Sebagai contoh… seawal hari pertama… belum ape2 lagi system dah down… kesannye kena kat atlit kita yang sememang da program & set dalam kepala tuk beraksi dalam acara trek dan balapan. Alih2, kerana masalah kecil yang tiada kaitan ngan masa & pengurusan. Ditunda kehari berikutnye, hari kedua temasya…
Kenapa jadi camni?? Sebab xder backup plan… menggunakan hujan sebagai alasan. Kenapa bola sepak boleh masih boleh diteruskan??! Sedangkan padang msa itu juga basah & lembab… main bola xperlu larian ke?! Hujan awal pagi, start kul 10 hujan mmg da berenti trek still releven tuk digunapakai tanpa sebarang masalah… tapi tidak!! Masa dibuang begitu sahaja!!!
Rasional atas apa yang aku katakan. Kita bukan tak pernah buat acara trek masa trek basah. SUKAN SELANGOR contoh terdekat yang ada… masih dijalankan… walaupon pada awal hujan mencurah2 menimpa balapan… compare to hujan yang datang pada temasya karisma. Hanyalah renyai2… lebat tak xyah cakap. Mmg xlebat pon… melihat betapa MAHA BESARnye BOLA SEPAK. Sampai acara lain dianaktirikan!!! Keadilan dalam sukan. Masih berada pada tahap yang amat menyedihkan…
Perihal kedua yang berkaitan, jadual ditukar sewenang2nye. Bagi acara badminton & pingpong… ni pun same gakx… atlit kite gagal kerana program & setting asal mereka telah ditukar… bile diswitch. Delay or wut ever, moral & spirit atlit akan terganggu. Apetah lagi emosi…
kita da letakan sasaran, sekian waktu sekian tempat, aku datang nk main game yang telah dijadualkan… alih2, pucuk yang dicita, ulam mendatang… indahnye kaba dari ruper… adooiiii~ masak kita camni… diperkotakkatikan begitu sahaja… kenapa ini berlaku, sebab xde backup plan…dalam ape2 jua keadaan, plan sampingan perlu ade… menggunakan konsep selamat & bermain pada comfortzone. Memang membunuh!! Percayalah… mungkin satu perkara yang terlepas pandang menjurus kepada penangguhan permaian selama 1jam setengah itu adalah tidak mendapatkan hitam putih dari pihak MSD tuk dijadikan bahan bukti mengcounter balik tuntutan lisan yang punyai 1001 alasan dari orang arab berkenaan.
Mungkin boleh jadi, andai kita punyai hitam putih ( surat persetujuan ) dri MSD yg diberikan pada pihak yang menjaga dewan. Kita tidak akan menangguhkan perlawanan hingga lewat pagi… rata2 pemain dah lemau…
Pagi asal ader game ( balapan & trek ) ditunda. Xde, buat ape. Nk menunggu malam lak. Alih2 malam pon ditangguhkan ke lewat pagi.. mau xmati camtuh!!! Robot kalo dikerah 24jam pon pasti akan rosak… sebab robot pon ader system!!!
Beginilah nasebnye pelajar2 nerd, system oriented, & well organized. Rosak hanya di ‘cuit’ dengan perkara yang tak der aturan, serabut, & mengikut suka suki hati… kelemahan ini perlu kita amik kira tuk tidak lagi terperangkap dalam dilemma yang mungkin boleh dikatakan, sebagai sengaja dirancang…(prejudis nyer aq!! ) wakakaka. Tidak bermaksud, kita perlu mengikut rentak set2 yang suka kan carca merba ini. cumanye, kita perlu ada persediaan & cara bagaimana nk tangani, andai ia berlaku dimasa akan datang, semoga kita tidak terjebak dlm drama yang mereka sendiri yang menulis skripnye…
Last but not least!!! Well done mafraq… kerna Berjaya gak menamatkan KARISMA 2010 di tempat kesayangan anda… aku xde byk nak komplen pasal perkara lain. hnya seperti perkara diatas je. Makanan, penginapan. Lokasi. Mmg xde masalah. Itu pon yang korunk punya dan ada… tahniah, coz korunk dah memaksimakan penggunaan facilities yang ada. Credit tuk mende2 gituh… aspek pengurusan je kena touch up balik here n there… mane2 rumah da siap, tukul akan tetap berbunyi…
Agak2 tidak boleh menerima teguran & saranan yang aku bagi. Itu terserah anda. Peranan aku adalah tuk memberi sedikit ape yang ade, sebagai pengalaman yang berhak dikongsi bersama. Tak mo berlapang dada. Hak masing2… factor geografi & latar belakang pendidikan juga memainkan peranan penting dalam menerima & menDIGEST sumbang saran pihak lain… aku berpegang pada kata2 ini
“…The critic is one who knows the price of everything and the value of nothing…”
Tewas kita masih ada maruah terjaga, menang mereka kerana sistem mata yang diguna
Sekian, wallahua3alam~
No comments:
Post a Comment