FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, December 23, 2009

:: malaysia day 09 ::

Salam semua

1st of all… nk ucapkan tahniah kt committees Malaysia day 2009 diatas kejayaan mereka melaksanakan program mempromosikan Negara Malaysia di bumi arab nih. melihat betapa bekerja kerasnya AJK pelaksana selama sebulan lebih ( mula gerak kerja ) mereka mmg bersungguh2 mahukan yang terbaik tuk memastikan Malaysia kenali & dihormati oleh dunia luar. Tahniah sekali lagi diucapkan…

Dalam pada masa yang sama. Aku pon nk ucapkan jutaan kemaafan ats beberapa perkara kat AJK pelaksana tertentu kerna GAGAL menjalankan tugasan yg telah diberikan. Maaf banyak2 ( betapa mudahnye melafazkan kemaafan ). Itu jer aku mampu lakukan setakat ini. Aku pon malas nk cakap banyak. Kenapa aku gagal menjalankan tanggungjwab sepertimana yang diharapkan. Senang cerita. Tuk program kali nih. mmg aku TAK BOLEH harap langsung. Inilah perkara terburuk dalam rekod kerja aku selama aku kt sini. xder kerjasama. Xde tanggungjawab. Xder rasa setiakawan. Aku ngaku semua nih… sepuluh jari disusun mohon maaf. Halalkan masa & tenaga yang telah diberikan kt aku sebelum & semasa program berlangsung.

Selain tuh, pada point kemaafan nih gakz. Aku xde hal la ngan ‘orang2’ yang MENARIK muka ngan aku. xde kesan atau menjadi kudis sikit pon kat aku. coz aku tahu aku yang salah. Aku deserve tuk semua tuh. Meletakkan aku dalam senarai TIADA KEMAAFAN BAGIMU pun aku xamik port. Padanlah ngan muka aku ats kesilapan yang aku lakukan sendiri.

Korang ( pihak telibat ) tiada silapnya. Aku je yang xmampu jalankan tugasan, u guys really did a gud job. Aku akui semua tuh. Betapa ‘maksum’nye gerak kerja korunk. Semoga itu semua bakal mendapat keredhaan tuhan yang maha memberi rahmat & berkat. Doa aku tuk semua. Sudah 2 kali aku gagal menjalankan amanah dalam tugasan yang diberikan. Mana silapnye pon, aku xtahu ( ye ker xtahu ). Xper laaaaa, bak kate orang tua2. Sendiri makan sendiri simpan. Hanya Yang empunya lidah sahaja tahu apa rasanya makan yang dirasa.

Buat kawan ( teman ) atau dlm istilah hormatnye.. SAHABAT aku.. Halim… terima kasih kerna sudi bgi aku pluang tuk belajar sumthing new. N juga percaya kat aku tuk ‘menurunkan’ tangan pada hasil sentuhan beliau… kita ni bukanlah pandai naw dlm bab dekorasi2 nih. tapi atas tunjuk ajau n pndangan dia. Aku boleh la sikit2. Tangan kasar la katakan.. mampu ke aku nk buat sentuhan2 halus nih??!!!!! pegang mende ckit KOYAK, RABAK. PATAH segala.. ahahahaha. Berapa banyak pin n jarum yang PATAH ( bukan bengkok ek. Tapi PATAH ) dikerjakan dik aku kelmarin. Tuh belom masuk set2 yang tercabut lagi… ahahaa. Sori la ek… aku ni mmg kasar dalam serba serbi perkara. Kalau gali KUBUR aku mampu. Best ckit… hehehe. ( nanti aku mati, siapalah agaknya nak gali kubur tuk aku ek??! )

Setakat nih, aku mengambil keputusan tuk tidak terlibat dalam mana2 aktiviti DALAM DEWAN lagi. Xpe lah.. baik sebalik tabir mahupun depan tabir. Xmo rosakkan majlis orang. Baik pada mereka. Baiklah pada aku. kerna mereka lebih FORMAL & arif berbanding aku. kalo bagi acara dalam dewan yang melibatkan konsept atau tema PARTY. Aku boleh ‘turun padang’ kalo camnih… baik aku diam diri. Tengok je ngan mata kepala sendiri ( tanpa sebarang bicara dari MULUT )

Dalam kesibukan semalam. Ade gakz yang perasan aku cam ‘lost’. Dengan nada & cara baik dia slow talk ngan aku. Tanya itu ini. Aku pun xtau nk respon camne coz aku tahu memang aku salah. I cant make it. Swear!!! Dalam kepala aku nih ade mende lain je… last2, dia cadangkan supaya jangan masukkan hal peribadi dalam kerja. Thanx BRO!!! aku hargai… arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. god. Berikanlah aku kekuatan tuk semua nih…

2 comments:

Nissa Azmir said...

apa kebendanya yang kamu xmampu lakukan tu yeh??

fred said...

adalaaaa.. ahakx..
menda da lepas..
pasni. klo der task. kena perbaiki.
hehehhe