FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, December 28, 2009

:: khawarijnya kita ::

Salam semua

Bismillah… adoiiii!! Kenapa lah sejak kebelakangan nih aku malas naw nk g kelas… walhal ade beberapa hari je lagi kelas nk abis. Menanti minggu study tuk final. Tuh pun aku masih ade jiwa keMALASan. Mmg xder semangat menuntut ilmu langsung aku nih kan!!! tuh sampi org kate kite xILMIAH ( be among of yg tidak ilmiah). Kelas ilmu pon malas nk dtg. Ahakx. Nih yang kelas berbayar ( YURAN ). Apetah lagi la kelas FREE fisabillah tuh kan… betapa ghamainya yang tidak menghadirkan diri. Huhuhu. itulah reality kita.

Well ape pun jua reality yang berlaku. Tidaklah bermakna itu semua ( skip dri kelas2 ) sumthing yg tidak ilmiah. ( hadddddddddddddddddddddooooi!! Ape isu ilmiah je ni ?? xde isu lain kah??! ) ahahaha. Mmg aku sukaa term nih. nak buwek camno kan!! hehe. Cz aku mahu bebas dri belenggu tohmahan & tuduhan tidak ilmiah itu. Kuikuikuikui

Biar lebih cakap dlm soal mencari ilmu ini. Jangan terlebih cakap atau ungkit coz mahu cari pasal. Melepas batok ditangga pun satu juga. Huh!!! Camne lah perkongsian ilmu itu bisa berkembang seluasnya, andai tiada ruang & peluang tuk berdiskusi. Yang adenya, hanya HUKUM semata2.. tup tap tup tap. HUKUM telah termaktub… uhukx!!! Inilah dia penangan bila kita dikelilingi oleh para ‘ulamak2 muktabar setempat’.

Terbuka hati nak berbicara soal ini, adalah kerana… teringat perbincangan ilmi serta bertukar2 pendapat dikalangan aku dan teman2. Berkaitan isu semasa. Yang tidak mungkin akan aku lupa setelah aku tamat ijzah disini. Dan ini juga akan aku jadikan sebagai bahan diskusi dimana sahaja peluang tuk bertukar fikrah itu ada.

Masih segar & bugar. Pasal KAFARAH dosa. Huh~ mungkin buat ‘orang baru’ yg tahu adanya blog nih. terpingga2 n tertanya2. Kafarah ape lak nih??! bagi aku senangnye, kita xyah nk beriya naw tahu ape isi kandungannye, tapi cukuplah sebagai berkata, kita ambil pengajaran & ibrah dri kisah hingga wujudnya istinbat hokum KAFARAH dosa itu. JANGAN MUDAH menghukum. Itu sahaja.

Begitu juga dalam tarbiyah quraniah… mana2 kisah yang ada dalam quran. Bukanlah menjadi satu kepentingan tuk kita ketahui SIAPA org terbabit, dimana lokasi berlaku. Atau sebagainya. Sebagai contoh, kisah nabi musa yang bertemu jodoh & berkahwin dengan anak perempuan seorang soleh di kota madyan setelah beliau keluar dari bumi mesir.

Tidak pon dalam ayat 22-28 surah al qasas itu meletakkan nama anak siapa perempuan itu, melainkan sekadar { وأبونا شيخ كبير } maksudnya, “… bapa kami ( perempuan 2 orang ) seorang yang tua ( lanjut usianya )…” boleh jadi yg dimaksudkan adalah nabi syuaib A.S sendiri atau kebetulan seorang alim soleh yang sama nama dengan beliau. Wallahua3lam..

Pokoknya nk cerita kat sini. dalam islam. Bukan mudah nak menghukum orang. Melainkan ade nas sorih ( jelas lagi terang ) mengenai salah laku atau kebejatan perbuatan yang dilakukan. Jelas dari segi perbuatan mahupon ikrar ( pengakuan ). Itu je.. ni semena2 senang jer nak jatuhkan hokum. Payah laaaa.. dan jangan lupa, antara aliran pemikiran yang mudah jatuhkan hokum keatas ummat kala ini adalah puak khawarij… bila virus (ancaman pemikiran) ini makin menular. Maka, tidak mustahil ada satu masa nanti, dikalangan kita ( ahli PERMAI khususnya ) akan ‘kafir’kan each other…

:: Mengalu2kan sebarang perbincangan ilmi ::

Aku bukan pandai. Tuh sebab nk blaja. Menuju kepandaian…

Sekian wallahua3lam bissawab

No comments: