FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, November 09, 2009

:: si manja yang sepi ::

Salam semua

Lately nih memang aku quite xder mood. Hanya menggembirakan hari2 aku ngan cara aku. kelas pon banyak yang aku skip dik kerna ketidakprofessionalnya aku sendiri. Masuk kan emosi dalam urusan kerjaya ( sebagai seorang pelajar ). I do know I’ll ruin out ma bright future. But, who’d know ape aku rasa skarang. Mungkin salahnya dari aku juga. Dok gatal bukak balik khidmat pesanan ringkas ( sms ) lama2 kt hp kot. Hehehe. Nak buat camne, itulah pon ape yang terjadii nearly setahun nih. sunyinyelah hidup akuuuuuuuuu…

Kini, aku da semeriah dulu. Kalau ade ape jer. ader orang boleh aku kongsi bersama. Baik buruk aku dapat, manis pahit aku rasa. Tetap aku lunaskan perasaan tuh. Xpernah nak merasakan ada jurang bagi menerusnerangkan rasa hati, perasaan jiwa. Begitu jujurnya aku. kerna didikan aku selama 21thn. Itulah dia. Biar pahit tuk ditelan terima. tapi kita jujur ngan keadaan..

Tak puas hati cakap, xselesa suarakan. Jika disimpan dalam hati. Once it getting burst, merasalah kaw nanti. Bukan sahaja memakan diri. Mereka yang berada sekeliling turut merasai tempiasnya. So, adilkah kita andainya itu terjadi?? Menganiaya insan xde kena mengena dalam casting kita?! mane kebijaksanaan?! Mana kesaksamaan yang selama nih aku sendiri perjuangkan?!! ( bertanyaan aku pada diri aku sendiri )



Maaflah pada sesiapa yang berkenaan. Aku redha atas perkataan korunk. Aku terima apa sahaja keperihatinan u guys dalam memerhatikan siapa aku… sungguh detail penjagaan hati & mata korunk kat aku. itulah aku, mulut mungkin bisa menyembunyikan. Tapi bukan pada riak muka aku… xpandai sungguh aku merahsiakan perasaan hati pada bahasa muka. Siapa boleh ajar aku tuk mendalami ilmu topengan sejati??! Aku mahukan ia walaupon sekelumit. Aku mahu belajar cara penipuan perasaan!! Supaya orang lain tidak tahu. Supaya orang lain xperasan.

Setiap manusia itu punyai kelemahan, punyai juga punca kekuatan. Aku jugak punya keduanya. Lemah aku mungkin pada akal. Muda lagi kot tuk bezakan mana awlawiyat dlm rencana harian. Kuat aku??! ( xper laaaa, xyah la dok mention mende2 nih ) sendiri makan sendiri simpan. Tak semua orang boleh menerima apa yang kita tulis. Sedangkan, dia tahu kita sendiri merasakannya ( perasaan, pengalaman n etc ). Tak semena2. POYO, BUDGET, HEK ELEY n seangkatannya terpacul dari mulut masing2. Xper… ADE AKU KESAH! Demokrasi kan… xde hal la… kita pon masih ade ruang tuk diri sendiri. Ader ruang gakz tuk orang lain. hanya mengharapkan peluang sahaja… peluang untuk membuktikan, bahawa kita juga manusia seperti mereka.



Makin hari, makin hampir… seminit mendatang semakin kuat sebak aku. lelagi bile dengar bacaan surah Yaasin, asma ul husna & zikir2 munajat. Sama jugalah bila aku dengar lagu pelangi petang & my all ( Mariah carey ). Lihat.. betapa syubhah nyer kehidupan harian aku.. mempercampur adukkan hiburan dalam tentative harian aku. orang kata, nak zikir, zikirlah. Nak quran, quranlah. Buat per campur ngan unsur2 hiburan. Mariah carey segala. Kan tak molek cenggituh!!! Ok fine… itu orang kata. Tak semesti ia betul. Orang yang makan durian xsama ngan orang bau durian. Xyah citerlah pasal berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Coz perkara tuh xder langsung pada si pelontar pendapat or pandangan. Hanya berkata tanpa mengenalpasti ape ‘rase’ sebenarnya ia. Maka, tidak mengapa. Anda dimaafkan. Mungkin satu ketika nanti. Maksud ini akan anda fahami.


:: setelah pernah mama sambut aku, ditanah inilah aku hantar mama pulang ::

Baiklah, aku jelaskanlah, ape sebenarnya . agar xder salah faham or buruk sangka sesame kita. maknanya, empunya diri juga dengan rela hatinya mahu mengexplain ape keadaan diatas, cuba aku maksudkan. 1st of all, ini bukan satu cara atau cubaan tuk raih simpati. Coz ini blog aku. aku hanya mahu berkongsi. Itu jer. mintax lebih pon. Dan ape yang tulis ni pun, bukan semestinya betul ( pada kesesuaian ) cara hidup korunk. Sah2lah korunk lagi mewah, selesa & bersenang lenang dibumi tuhan ini berbanding wujudnya aku. kita sama manusia. Rezeki meNikmati kehidupan itu sedikit membezakan. Its ok. Langit pun, bkan selalunya cerah. J

Dah nak dekat setahun( lagi 9 hari ). Ulangtahun pemergian mama. Huarggggghhh!!, setahun rupanya hidup aku nih kosong. Yer!! Memang kosong pon. Teman bicara setia aku. sudah tiada didepan mata. apatah lagi tuk aku merasai baikmanja nya belaian seorang bergelar IBU. Yang aku haruz percaya demi menyedapkan hati sendiri. Aku katakan pada diri aku…

“… mama bukan xde. Cuma kita xnampak dia…”.

Mama ade je nih. dengar ape aku kata. Lihat ape aku buat. Mama ade dihati aku. yer!! Mama ade ngan aku. mama xpernah jauh.


:: pusara mama ::

Erm… paling aku terasa bila aku dengar asma ul husna. Kat mana2 jelah. Utube ke, mp3 player ke, ape ker. Mesti ingat mama. Sebab alunan asmaullah itulah menjadi fav lagu mama. Jangan sekali cuba tukar siaran ( kalo kat tv astro oasis terutamanya). Pasti mama bersuara. Ok fine, aku xtukar siaran. Itulah antara perkara aku mengalah ngan mama. Kenangan oh kenangan.

K la.. xley dah nk teruskan. Juz nak share je. Sekurang2nya aku cuba melepaskan sedikit perasaan disini. Terima kerna sudi membaca. Wallahua3lam…


No comments: