FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, July 08, 2009

:: MEKAR ::

salam semua

selamat pagi… terus menerus dari aku tuk kalian semua… mulanya aku tidak berapa berminat untuk mengetahui ape yang sedang berlaku di bumi Jordan ini sebaik saja pulang dari kota suci - Mekah & madinah. Kerana pada fikiran aku, itu semua dunia semata. Jika difikirkan, mungkin ia boleh jadi terlebih atau kita sendiri akan hilang focus pada sumthin yang lebih berat amanahnya, iaitulah mengabdikan diri pada yang maha esa.

Namun, kita tahu di dunia ni, kite perlu tuk mengetahui (ambil tahu juga) macam2 perkara… nak kan dunia perlukan ilmu ( dengan ilmu ), nak kan akhirat jua begitu… nak kan kedua-dua. Apatah lagi… so, dari perasaan xmoh amik tahu. Aku bertukar fikiran, aku PERLU mengetahui, bagi menambah pengetahuan aku mengenai keadaan semasa. Bukan aku nih BB ( busy body ). Tapi aku adalah mahasiswa CAKNA yang mahukan satu dimensi dalam dunia kemahasiswaan.

Ape yang aku perlu tahu??! Apa yang aku nak tahu?! Tidak lain tidak bukan… ‘kehangatan’ yang tidak seberapa nak panas mengenai mesyuarat agung tahunan MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN atau ringkasnya MPPM. Apalah yang ada pada MPPM nih. kita sebut juga ia sebagai perwakilan.. perwakilan dari aspek ape?! Ape perjuangan mereka dlm menyuarakan kehendak @ tuntutan pelajar/mahasiswa yang mereka sendiri perwakilkan?! Banyak sangat kan persoalan… tahu2 sudah diambang peralihan portfolio kepimpinan.

Aku mengandaikan kepimpinan perwakilan tahun 2008/2009 sebagai gerakan kerja underground. Mereka bekerja secara senyap, teliti ( terlalu licik + berhati2 ), diam2 ubi berisi ( kerna beberapa kepentingan)… which baguz bagi diorang… ‘baguz’ jugak bagi orang kerdil bawah naungan diorang. Apalah katanya jika menyamakan rajawali terbang tingga dengan merpati bukit hanya bersarang di celahan batu wadi mujib…

Habis part tuh… xperlu komen banyak soal kepimpinan. Cukup dengan persoalan.. coz akan ader nanti (pastinya!!!) di persidangan persoalan2 ini akan dibangkitkan bagi mengetahui status penjelasan yang sebenarnya… aku xde masalah ngan semua tuh. Coz kita sendiri juga akan menghadiri persidangan tahunan hujung minggu ini. Ensyallah… saban tahun, rata2 orang akan berkata soal kehangatan mensyuarat agung tahunan. So, tahun nih… kita tengok jer la nanti camni. Ape kesudahannya, atau tetap ngan konsep. Rumah dah siap. Paluan pahat masih terus mengamit suasana.

Soal satu dua terkilan dengan cara perwakilan menangani sesuatu isu. Itu sudah pon aku MAAFkan. Yerlaaa, memasing memegang tiket terlaris masa kini… MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA, semua melakukan salah… ok, fine… tiket panas all time… kalah jualan tiket @ pass masuk ke upacara pengkembumia raja pop dunia MJ. Lagi satu, status pemilikan tiket ini is MAMPU MILIK oleh semua orang… itulah resam & rencah kesalahan dalam kehidupan. Tersasar sikit, seluk poket. Keluarkan tiket, lambang diri sendiri terIMMUNE dengan kesalahan itu. Alasan & pengampunan yang cukup mudah. Semudah menghalau lalat yang hinggap di hujung hidung <---- ia ( lalat ) akan terus datang jua… then how?!!

Juzuk dari kehangatan mesyuarat agung tahunan ini adalah elemen2 kecil yang diselitkan. Huh!! Betapa desperatenyer laaaa dalam memancing kouta warga dewan.*ops!! sowie… ini pendapat aku… DO I CARE. Aku memahami ‘muslihat’ kerana apa AGM ini diselitkan bersama kompenan2 HAMA sebegini… tersedia maklum… persidangan tahunan tahun ini ditengah2 kesibukan kelas. Musim panas lak tuh… ada tuh yang dah start xm… kesimpulan mudah, antara pelajaran & berpesatuan.. mana lagi aula?! Tiada dua, ia hanya satu… tidak bermakna jua ambil satu tolak satu. Kita mempersoalkan ke AULAwiannya sahaja. Priority antara dua dua perkara ini. Faham??!!

HAMA?! Owh… ia merujuk kepada bentuk pertandingan yang aku anggap(aku bersikap PERSIMIS) nanti ia tidak ubah seperti persembahan kanak2 sekolah rendah. Lepasan darjah 6. Sekolah kebangsaan. Aku memBezakan antara pertandingan & persembahan… sebut jer pertandingan itu pertandingan ini tapi gaya persembahannya, SAMPAH. Less kesungguhan, paling penting xde nilai tambah. Sekadar masuk cukup korum, SUKA SUKA katenya. Huh!!! Nilai pertandingan?! tidak dipandang… yerlaaaa, lupa… orang2 timur tengah kan… kalah menang itu xde harganya. Yang penting UKHWAH katenya… so wuteva…

Maksud aku, kebanyakan dak2 cnie.. menyertai ape pon lah jenis pertandingan. diorang tak faham ape itu konsep & kod etika dalam suasana pertandingan… rata2 buat nak tak jer. naik stage, setelah MC jemput.. huha huha segala… then turun stage dengan muka xberperasaan. Walaupun di atas stage tadi tuh. A lot of kesalahan dah kaw buat!!! Owh lupa… manusia buat silap… ahakz.

Pertandingan adalah medan mempetaruhkan maruah. Kualiti kita dinilai oleh orang2 tertentu. Itu pertandingan. statement suke2 sewajar tidak ada!!! Suka sangatlah kalo menang bukan sebab kualiti pon??!!! Gembira sangatlah jika kalah kerna kita xde XFACTOR?! Gituh… mindset perlu yer dalam ape2 jua keadaan & kondusi… hentam2 kromo. Atau sekadar melepas batok ditangga, Seharuznya tak de lagik dalam kamus MAHASISWA.

Persembahan… aku pon boleh buat persembahan. Coz aku mempersembahkan diri aku. mungkin didepan individu. Atau tinggi sikit. Naik stage buat tatapan umum. Dalam persembahan.. boleh & tidak berdosa besar pon kalo kita nk pertontonkan persembahan SAMPAH. Itu pon kalo xde kemaluan pada diri… dalam persembahan. Kita mahukan sesuatu yang memorable. All time performance. & kita dipandang sebagai performer yang baik & disegani. Bukan di caci, di gelak tawa. Gile ke nak orang mentertawakan kita. air muka xder??!!

MEKAR itulah singkatan nyer.. ahakz!!! Aku mendoakan team debat irbid bakal membawa pulang satu lagik gelaran baru… pastikan usaha kalian bersungguh2… jika kita hebat, dimana pon kita akan hebat. Utara selatan timur barat. Bandar pekan kampong desa… rakan2 tuk persembahan nasyid lak.. semoga Berjaya la erk… mudah2an latihan saban hari itu membuahkan hasil… kite dapat ape yang kita semai. Kita siram apa yang kita baja. Kita tuai ape yang tanam. Kita kongsi apa yang usahakan… pertahankan kualiti kita… kita mahasiswa matang, kita mahasiswa berintergrity… kite bukan mahasiswa yang mendahulukan emosi. Memaki, menghamun… kita mahasiswa berakal…

Sekian..~

No comments: