FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Thursday, July 09, 2009

:: excited ::

Salam semua

Masa terus berlalu.. detik demi detik kite lewati… aku mengira hari pulang ke Malaysia. Walaupon masih berbaki tempoh disini dalam kurang dari 10 hari. Jiwaku ibarat sudah lama bertapak di sekitar bukit bintang dan golden triangle… argh!!! LOT-10. starHill gallery ( butik LV ) & pavilion… miss them so much… belum lagi beberapa ‘premis’ lepak2 yang ada di sekitar jalan changkat bukit bintang & jalan p ramlee. Perkara camni, rasenye xperlu kowt terlalu detail tuk dihuraikan. Cukuplah hanya pada mereka yang sudah biasa & masak mendengar nama2 jalan tersebut…



Ulang alik ulang alik. Pi mai pi mai… nanti aku pula yang akan pergi ( terbang pulang ). Entahlaaah, dah memang jadi TEBIAT kowt… saban tahun before terbang pulang. Sehari dua sebelum. Memang kerja aku menghantar( wida’) mengambil orang kat airport. Mungkin orang kata ambil mood @ feel bau2 ckit sebelum betul2 kite menjejakkan kaki ke dalam cabin penerbangan. Ahakz!! Siyes… memang camtuh la kejadiannya… mggu nak balik Malaysia jer. itu jam lah aku ulang alik ke airport. Apelah kebetulan cengginih kan…

Best nyer tengok orang pergi & pulang… kite pon terasa nak camtuh gakz. Apakan daya, masanya belum tibe. Coz bila tibe masanya aku nanti. HAMBIK KAW!!! Choooti memang lama. Matila orang ramai makan hati ngan tempoh percutian aku… kaw mampu??!! ADO!!! Setaka chooti 2-3 weeks. Ape barang beb. Paling lama pon sebulan+beberapa hari… 40 hari pon susah nak sampai. Ahakz!!! Bak kate orang tua2 nak mati… punggung pon xpanas lagi… dah kena balik Jordan balik. Huh!!! Bapak bohsan…



Ops!!! lupa, rata2 budak kat cnie memang penghuni setia bumi kinanah ini. Now wonder lah ader yang datang pulang kunjung kembali… ingin menginsafi & memdalami roh perjuangan katanya… ok!!! Ensyallah. Akan dipermudahkanlah erk… aku??! peratusan untuk kembali setelah pulang ke Malaysia ke mari adalah amat rendah & tipis. Senipis kulit bawang. Biarlah seadanya aku yang pernah berada di sini menjadi satu kenangan. Terpahat di sanubari. Datang Menapak semula menagih ilmu. Mungkin tidak…

Bagi aku, masih banyak lagik lokasi yang perlu aku dan terokai, selain dari terus melekat di bumi yang sama. Tidak inginkan keKLISEan. Aku nak cube sumthin new mencabar. Jordan biarlah dengan jordan. Luncai pasti setia ngan labunya. Pepatah mengatakan. TUNTUTLAH ILMU WALAUPON HINGGA KE NEGARA CHINA. Negara arab dah, why not explorasi Negara NON-arab lak… barulah fleksibel… xdelah nanti mentality berdebu pasir. Skeptical & berhabuk tebal 8 inchi…



Antara perkara yang aku sayang & rindu kt cnie adalah pengalaman bersama manusia… soal pelajaran aku memang tolak tepi… coz aku xmoh cemerlang atas kertas, tapi aku ‘gagal’ dalam masyarakat. Hebat mumtaz disijil. Bila keluar dari kuliah ( university ) anda fail as mahasiswa berdaya saing. Aku takut ia bakal terjadi kat aku… xmoh. Xmoh. Xmoh!!! Aku datang kerna mahu mengutip sebanyak mana pengalaman yang boleh… pelajaran itu soal kedua. Atau ia sewajarnya tidak perlu diletak dalam list IMPIAN. Sah2lah kita datang kemari atas dasar perutusan ilmu. Dat’s all. Malas nk komen banyak2… ahakz!!!

<<<<<---balik lain, pulang lain--->>>>>

Nih tadi baru je menjemput orang dari airport.. hehe. Selamat pulang ke irbid diucapkan… xdapat hantar pulang. Balik kemari dapat gakz aku menjemput… belajar rerajin. Awak da semggu miss classes. Gudluck in ur summer sem. Aku xamik summer sem.. balik lewat kerna ade impian & cita2… bukan itu sahaja, mungkin jua kerna aku mahu meraikan… saban tahun, xdapat meraikan. Demi sesungguhnya, apelah ertinya masa ini jika tidak dikongsi bersama walaupon ia hanya sekali. Xnak mengkempunankan empunya diri. Apatahlagi berasa terkilan… tahun ini, ensyallah.. akan kita raikan(sambut) sesame… - atas izin & kehendak DIA jua… kita merancang, perangangan ALLAH taala jua telah lama. Namun sebaik2 perancangan, adalah dariNYA…

Sekian dari aku… persiapan akhir tuk beberapa perkara. Ini adalah menyusun mengikut awlawiyatnya :-

>>>> Mengatur strategi bersama teman debat. Berbincang & berusaha hingga ke bait2 hujah terakhir…

>>>> Mempromo diri sebagai calon pilihan ramai. Pilihanraya PERMAI kali ke-6. 2009. Xperlaaa, biar orang kate kita gila kuasa. Aku memang gila nak kan perubahan. Ini amanah & janji aku… pekakkan diri tuk sementara sebelum kita sendiri merasa betapa manisnya ke beri kepercayaan mencorak perubahan.

>>>> Kemas2 bilik & barang… hantar ape2 yang patut ke DRY clean segala. Malas nk basuh sendiri.

No comments: