FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, May 25, 2009

:: risk taker ::

Salam semua

Selamat pagi… tuk yang rajin naw melangut kt blog nih. Aku menghargai mana2 pihak yg sudi menjengah ke blog aku. walaupon ade yg berpendapat ini adalah blog GOSSIP. Huh!! Tidak same skali. Aku bukanlah spesis mereka yang bercerita mengenai gossip around da corner. Not ma style!!! Buang masa sajork. Banyak lagi perkara boleh dikongsikan bersama dari gosip2 tidak berasas ntah dari mana datangnya. It’s all about ma life ( tema cam tjuk blog paie lewis ). Puas hati??!

Semua orang ada perasaan kan?! semua orang jua ada jiwa. Apakah cara lain org itu mengekpresikan kecintaan atau kesukaannya terhadap sesuatu atau perkara?! Aku ade beberapa cerita tuk dikongsi bersama. Ape yang aku telah alami, apa yang sedang aku lalui. Ini soal hati, keikhlasan & kejujuran. Jauh sekali ingin mengambil kesempatan tuk melempiaskan kepuasan diri. Aku menghargai orang, kerana orang pernah menghargai aku, meskipon bukan dia memberi penghargaan itu. Namun aku perlu adil melayan manusia sekeliling aku. Kapan lagi agaknya bisa ku temui manusia sebaik hati seperti dia. ( mengimbau kenangan )

Zaman-zaman sekolah menengah merupakan tahun betapa besarnya harapan & peluang terbuka. Bagi aku??! xde maknenya… awal f1 lagi da dilanda FITNAH besar… Sekalipun tika itu aku ibarat hidup segan mati tak mahu ( boleh la dikatakan begitu ). Gara -gara peristiwa gelap tuh . Aku terus hilang kepercayaan pada orang, even kawan sendiri.

Aku bercerita pada allahyarhamah mama, perlu ke semua nih terjadi kat abang. Sedangkan abang ikhlas kawan ngan semua orang. Tapi inikah balasan diorang kat abang. Adil kah??! Masa tuh least mengetahui konsep BALA & musibah. ‘Silibus pembelajaran’ subjek KEHIDUPAN & CABARAN tidak sampai tajuk lagi. Ibarat baru masuk BAB, APA ITU KEHIDUPAN. Ustat ustazah, cikgu cikgi banyak xmasuk kelas. Meeting manjang, itu yang lambat masuk bab tuh. Ahakz!! Subjek teras & elektif sedia ada xkan mampu menandingi subj nih nyer lah ( kalo wujud secara reality )

Beberapa sebab mengapa aku melakukan perubahan. Berubah kearah dimensi lain dari siapa aku sebenarnya. Aku nih jenis risk taker. Peduli ape ngan kata-kata. Coz KAW yang nk tengok camne aku hidup dalam dunia, bukan tempat aku dilahirkan. Barulah TAK SAKIT perut kaw bila tengok cam tuh??! Kan!!( hanya sebahagian kisah berkait )… senang cerite, camni antara ringkasan transformasi yang pernah aku alami dan berada bersama :-

Dari membenci perempuan aku sayang & suke perempuan. Coz ibu aku adalah wanita. Nih adalah apa yang mama jelaskan kat aku. tikamana kami pernah berkonversasi agak lama di satu lokasi makan-makan. Tuk bertukar-tukar pendapat. Ma ma is ma guider, my ma also ma best fren forever ( BFF ). Antara yang paling aku tersentap ( terasa ). Dia kata camnie,

“…then. How u look at me?! As a man or woman??...”

“…Abang… cukuplah dgn dendam2 tuh. Kat dunia je semua tuh..abg muda lagi… u still have a long journey to go further… plz dun do think like dis…”

Yezzza!!! Aku nih seorang pendendam di kaca mata MAMA. Sebab ape?! Coz dia tahu ape yang aku rasai & simpan selama ni. Dat’s y kenapa aku belajar AGAMA. Kenapa aku MINAT SCIENCE & kenapa also aku nak jadi LAWYER. Aku ada HARGAI perlu dibayar. Dasar 3 perkara ini, merupakan nilai cabaran aku selama 20 tahun. Aku pegang sampai aku mati pon!!! Anak2 aku juga akan mewarisi sifat ni, supaya zuriat aku boleh membuktikan pada ‘mereka’ yg menjadi punca wujudnya dendam aku ni. Korunk adalah RUBBISH!!!

Sekali kaw mengusik hati aku. jangan harap aku memaafkan, sekali pon kalo merafak sembah mohon maaf. Aku xsuke orang da terhantuk baru terngadah. Kaw yang pilih jalan kaw. Aku hanya memberi laluan tuk kaw selesa yang jalan kaw. Such a simple deal kan??! tuh yang maksudnya, WUT U GIV, U GET BACK. Xusah nak susah payah menyekat jalan selesa orang. Malah kita digalakkan sangat untuk memberi DORONGAN agar luncai itu sentiasa bersama labunya. Semua ini adalah ape yang korunk ( masyarakat luar sana ) telah diajarkan pada aku. aku hanya mengaplikasikan saja didikan yang telah korunk curahkan kat aku. kita bukan mengambil material pembelajaran. Tapi menyerap apa itu MAKNA PEMBELAJARAN. Aku xperlukan buku, aku xperlukan juga pena. Aku hanya mengambil nilai dalaman & makna tersirat. Dat’s all…

“…Anak kaw, sekolah cina. Dia terbawak2 perangai cina…” kata-kata seorang melayu DUNGU lagi BANGGANG

Well jawapan pada kata-kata nih aku telah berikan setelah beberapa tahun graduate dari sekolah rendah JENIS kebangsaan CINA… statement yang dilontarkan, tidak semestinya perlu dibalas pada waktu itu jugak. bukan kerna aku masih kecil atau xberani bersuara… siapa kata??!! Aku layan semua orang pada kelas yang sama. Xde kaw tuh hanak DEWA, aku persembahkan kaw lebih dari apa yang ada. Sebab kaw anak RATU, orang lain sengsara aku abaikan ibarat kucing kehilangan ibu. Itu bukan cara aku!!!

Yang berkata tuh adalah set2 mak2 atau kaum2 ibu yang TAK BEKERJAYA, suri rumah jaga anak orang ( walaupon xder sijil kelulusan, SRP pon belum tentu habis!! ), nope skadar jaga anak orang, menjagakan kain rumah tangga orang pon termasuk skali… tak habis kain diampaian sendiri nak dihendahkan, jemuran orang diampaian sebelah pon nk dijengah2kan. itulah dia reality aku alami. Kenapa aku bertransformasi.

Berikut adalah jawapan aku pada makcik xberpelajaran tinggi tapi feeling dia doctor falsafah anthropology… ( jawapan ini aku ingat lagi, coz aku mmg simpan jwapan menjawab kritikan, kerana ini adalah SOAL HATI & MARUAH ). Lelagi yang kena attack time is mama. Berani kaw menuding jari seperti mengatakan mama aku xpandai beri didikan kat darah daging dia??!!! Disini aku menjawab!!! ( aku tingkatan 3 kalo xsilap, coz ia berkaitan ngan pesaing2 PMR )

“…cik ( shortform bgi makcik )… walaupon melayu nih makan lembu & kambing yang halal. Tapi tetaplah cari sumber haram. Cina yang makan chee-york ( tym tuh xberani ckp babi, nanti kena marah ) nih lebih elok tebiatnya dari anak makcik yang sekolah cina tuh mencuri motor orang. Masuk lokap. Buat malu keluarga jer. dahla suspek matganja….

Kalo makcik nk tau…Inilah kesan pendidikan dari mak2 yang xde ape2 sijil tauliah… nak didik sangat anak orang. Sampei anak sendiri masuk lokap. Acik sendiri xubah macam mak kera kat hutan. Anak sendiri dalam tahanan… saye bukan nk tunjuk pandai, oleh kerana tebiat anak cina yang saye terbawak2 tuh la.. yg jadikan saye manusia yang kenal asal usul. Tak lupa pada daratan… jangan hengat makcik da tua saye gentar nak bersuara…orang cina xpernah ngajar saye kate belakang atau melekeh2kan orang… baik saye berterus terang dengan makcik sebelum ramai lagi budak2 bawah asuhan makcik xde sijil nih rosak & binasa…”

Respon orang tua lahanat tu. it’s so rude & immature

“…kaw ni siapa nk ajar2 aku?! mak ayah kaw memang ajar anak dia kurang hajar camni ke?! Panggil mak kaw sini… biar makcik cakap ckit ngan mak kaw. Umur setahun jagung, ada hati nak mengajar orang…”

E’eley… orang tua nih ( dlm hati ). Xpe. Aku professional. Jangan melenting2. Ingat diri farid. Jaga nama baik mak abah ( pesan dalam diri )

“…nak panggil mak ke?! Sebelum tuh saye nk cakap, ini bukan soal mak abah saya. Ini berkaitan dengan kata2 makcik. Betula tuh saye kurang hajar. Coz masa sekolah cina, kami x di ajar sangat pendidikan islam secara focus. Ader subjek pon pendidikan moral道德 ( dao de ). PAI seminggu sekali, setiap hari rabu selama sejam sengah… xsalahlah jika makcik kata saye kurang ajar. Saya memang kurang belajar agama kt sekolah cina. Tpi saye sekolah petang ( agama ). Kat ctu saye blaja banyak pasal agama. Anak makcik xsekolah petang kan??! patutlah masuk lokap, mencuri motor, sbb xblaja hokum hakam…”

Ntah kenapa ntah time tuh, orang tua pada asalnya beriya nak jumpa MAMA, dia masuk rumah terus xnak keluar2. Aik… ko nak suh ma aku masuk umah ko ke…? Aku malas layan.. aku jalan2 pergi beli kueh… puas hati aku!!! nak sangat tengok perangai cina kan. meh cnie. Aku beri ape yang aku dapat dari set2 makan chee-york tuh.

K la.. nnt aku sambung lagi… nk study lak nih.. transformasi demi transformasi diri akan aku kongsikan bersama…

2 comments:

Rafi Samian said...

walau x bape nk paham..tp laser seyh..mati lah klo aku ckp mcm tuh...huhuhu..dlm hati jer

fred said...

laser pekejadahnya..
btul wut..
kebenaran mmg pahit tuk diterima ( certain time )
ade aku kesah!! ahakz