Salam semua
Selamat pagi dan salam sejahtera. Berada kita di hari baru, udara pagi yang segar ( katenya! ) mood & suasana berbeza dari semalam. Yang lepas biarkan ia berlalu, memadai jika ia diambil sebagai panduan ke arah memantapkan lagi hari-hari kita di masa akan datang. Ke mana pon kita berlari, masa itu tetap bersama. Redha atau tidak. Itulah sunnatullah dari azali. Demi masa,
والعصر إن الإنسان لفي خسر إلاالذين ءامنوا وعملواالصالحات وتوا صوا بالحق وتواصوا بالصبر ( العصر)
Times keep running, kita tiada hak memutarkan masa ( kembali ) bahkan, kita ada hak merancang masa. Perancangan yang baik bakal membuahkan impak yang baik. Gagal dalam perancangan bukan beerti gagal merancang. ( twist ckit ). Bahasa itu indah, kita bermain dengannya. Tak de guna mengesatkan bahasa, menyalak sesuka hati. Andai enteng minda, jangan dicetekkan lagi pemikiran.
Focus aku hari ini is about masa, kerana sekarang kita berada dalam bulan MAY. Yaaa! Bulan kelima dalam kalender masihi. Aku sayang & suka bulan ini kerana ia merupakan antara bulan yang menemukan aku dengan seseorang, bulan yang telah ( akan juga ) menghimpunkan hati-hati manusia yang ingin bersaudara dalam AQIDAH & ALIRAN PEMIKIRAN. Mahapentingnya mei adalah bulan kelahiran aku. (^_^)Y
Dalam family, 3 orang lahir pada mei. 3hb ( FATIN NAJWA ) 15hb ( FAIDHI AQHARI ) 26hb ( FRED ). Setiap tarikh-tarikh ni, ada cerita & kesah tersendiri. Aku lalui & aku dengari dari abah & allahyarhamah MAMA. Kite mula dengan 3hb. NURFATIN NAJWA. Adik perempuan yang susah nak predict emosi dia. But, emosi dia tak de sampai tahap EMOSIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII ibarat orang hilang pedoman hidup. Dia EMO dalam kala & ruang yang ada pada dia.
Tahun kelahiran 91. Masa tu aku & angah diasuh oleh nenek ( passed away 2007 ). Laman asuhan kami sangat ekskulsif. Indah, permai & saujana mata memandang. Sejuk je hati tatkala berada bersama nenek ( aku panggil nenek aku WAN ). Mahu idak nya, kita dibesarkan di dalam suasana KAMPUNG tuh. Lahir KUALA LUMPUR, tengah-tengah Bandar. Tapi dididik dengan cara kampong. Bapak best… nama tempat tuh KAMPUNG MELAYU SUBANG ( Airport lama )
Dijagalah aku & angah oleh wan, nenek perkasa & hebat sepanjang zaman. In da same tym, mama mengandung ( fatin ). Selalunya mama balik kerja aroung 530 -6 ptang. But hari tuh lain sikit. Asyiklah aku Tanya kat wan ( naik berbuih mulut orang tua tuh aku rase )
“ wan MAMA mane ? Xbalik lagi pun ”
“…tunggu yolaa, kojap layie tuh sampei laaa, wek apo ditanyo banyak kali, ado yo omak kaw tu…”
Dah, aku diam. Da respon wan aku camtuh. Malas nk Tanya banyak. Of coz dia tau cucu dia nih mmg banyak cakap. Ahakz! Jam makin lama makin berjalan, rase cam pantas je… kul 7 xbalik lagik. Kul 8 xbalik2 lagik. Aku nih dah la kuek bonar comeh ey… kuhulu kebaghek aku kek umah. Wan aku pulak yang naik pening tengok aku. Angah aku xyah katelah. Dia ngan kerja dia, aku pon xsure time tuh dia wat ape. Pastinya, aku dok kat anjung umah, ke kiri ke kanan tunggu MAMA.
“… wan, MAMA kena langgar nih…”
“… ado lak camtu didoakan MAMA, apo yo bonar la anak batuah camni…!!!...” Sentapppppppppppppppp!!
Mulalah aku nih, nak MAMA… nak MAMA… ( merengek ). Siap kena sound lagik ngan assistant WAN aku ( adik WAN a.k.a nenek saudara ).
“… budak nih xsediam nih, apo kono sampuk ko? Memokak yo… oghang banyak kojo kek dapur ni. Bunyi diyo yo yang dongar…” sentap for da 2nd time. L
Jam kt dinding da kul 9 lebih. Kelibat mama pon aku xnampak. Selalunya time cengginih, kereta mazda coklat aku da naik, siap baring2 tido kt seat belakang. Kali nih tidak. Huh!! MAMA… MAMA… MAMA…
Dik penat naw merengek2, peningkan kepala WAN aku, aku tertidur. Hehehe. Terjaga kul 1120 ( yeah aku ingat lagik ). ABAH sampei umah wan, bawak balik BABY ( adik baru ). Aku tanyalah,
“… MAMA mane???”
“…mama kt ospital laaa, xkan kt pasar kot…tuh pon nak Tanya lagik” hari sentap aku 3 kali.. sampei kesudah aku ingat hari 3hb mei 1991.
************Nota kaki************
:: aku boleh bercerita, coz aku mmg igt perkara yang terkesan kat hati aku. Soal jam, masa. Mmg aku igt. Coz mama pernah pesan, ape2 yang berlaku, jangan lupa masa.
:: dididik & diasuh dikampung merupakan kekuatan aku sebagai anak Bandar. Aku bangga coz aku ader 2 perkara, modern & traditional elements.
:: kenapa FATIN lebih manja dengan ABAH, coz dia CIUM bau ABAH terlebih dahulu ( lebih banyak ) dari bau MAMA. Mama kt hospital, ATIN abah bawak balik. Atin pon xmasuk minum susu badan. Hehehe
:: dialek kami dialek n9, belah2 kampung ceruk pendalaman, mane2 xfaham tuh, pepandai la erk.
Baby boy on 15th may 2001
Aku sampai sekarang gelarkan adik aku sorang nih as BUDAK TAFSIR HADITH. Kerana!!! Aku dapat berita MAMA bersalin ( lahirkan FAIDHI ) tym aku jawab kertas tafsir hadith peperiksaan pertengahan tahun di sungai selisik. Khabar gembira ni, disampaikan sendiri oleh GPK HEP time tuh, ustaz azhari asmaon.
“… zeem, tadi ada panggilan, bagitahu kat awak. MAMA awak sudah selamat melahirkan adik lelaki…”
“…owh yeker?...” terus pinjam telepon opis mama, Tanya ma aunty cerita/kaba sebenar.
Ya sure, aku dapat adik lelaki.. xder name pon lagi. Abah suh balik minggu tu. Sesaje nak g tengok MAMA kat wad HAT, Bandar kinrara. Dan selepas tuh, bermulalah episode pencarian nama tuk adik aku sorang nih. Habis semua rujukan diresearchkan. Ahakz. Juga Tak dilupakan, kepada ustaz KAMAL NASSER, pengetua sek rendah aku. Dialah orang yang akan dirujuk oleh MAMA, MESTI!! Start from nama HAZMI FAIZ. Sampailah ke FAIDHI AQHARI. Antara orang pentingnya adalah ustaz aku sendiri.
Pencari-pencari nama terdiri dari aku, MAMA & abah. Mama nak jugak pangkal ‘F’. uhukz! Aku je yang lain. Name dekat ngan ABAH. Rest of us totally started by ‘F’ letter. Aku special case. Ahahaha. Xmain lah tergolong dalam kelompok kebanyakan. Kita ade KELAS kite tersendiri. Ahakz!! AHAkz.!! Ahakz!
Bila da dapat nama, barulah kitorang refer kt ustaz. Dari segi baiknya makna, sesuai ke idak… yer laaa, ulama mesti selalu kita dampingkan dalam kehidupan, mane ley pisahkan ulama’ dari hidup seharian. Betul x. pendapat dri mereka seharusnya tidak boleh diketepikan. Xsalah pon nk mendengar pendapat, apa2 pon, semua bergantung pada diri sendiri juga. Pendapat2 luar tuh sebagai guide line sajork. Wallahua3lam.
Maka, ternamalah adik aku MUHAMMAD FAIDHI AQHARI. Araaaaaaaaaaaaaaabb sangat! Yang faidhi tuh aku yang pilih, tang murakkab AQHARI tuh, antara MAMA & abah. Nama paling panjang dalam adik beradik. N orang yang paling panjang akal gakz among us. Nak lawan abang dia yang sorang nih. Ahakz!!! Banyak cakap gakz. Sumhow, kite ley terkedu ngan respon dia. Huh! Budak bertuah nih.
“… adi (gelaran dia ), nape asyik bercakap jer, ley diam x??...”
Mama : “…dun complain bout him such much words to say, but look at his brother…”
“… alaaa, dia kecik2 lagik da pandai mjawab, abang mane der dulu cam tuh…” defence diri sendiri
“… abang tau ke abang xbanyak cakap dulu…?”
Malas nk argue. Xbek lawan cakap MAK, so diam la terbaik. Ahakz!!
26th may dude in our family… next time citer lain. Ahakz
Sekian.. da~
No comments:
Post a Comment