FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, April 13, 2009

:: setahun sudah ::

Salam semua

Genaplah setahun hari ini ( 13hb april ), gurauan terakhir allayarhamah MAMA melalui sms. Gurauan yang sangat mendalam maksudnya. Begitu menyentuh hati. Pada sesiapa yang kenal atau rapat ngan keluarga aku. Pastinya tahu gimana kami ( kita ) bergurau sesame. Maklumlaaa, orang n9 & Melaka la katakana. Tapi hat nih. Bukan gurauan maki hamun. Malahan panahan ke dasar hati. Makan dalam bak kata orang. Aku pon terkesan gak pabila dapat sms tuh.

Suatu tengahari ( waktu Jordan ), sekitar jam 2-230 cenggituh ler. Waktu Malaysia dalam maghrib lebiuh kureng. Aku dapat sms dari mama.

“ … pada hari ini, selamatlah MD NADZRI IBRAHIM diijabkabulkan bersama wanita yang dicintainya. Sesamalah kita berdoa agar, cinta mereka berkekalan ke akhir hayat… amin..”

Hamik kaw!! Xberderau darah bila mama korunk bgi sms camtuh.. jauh skali aku naik hangin atau marah2 meroyan xmemasal. Aku cube tenangkan diri. Dan aku Berjaya, mempositifkan fikiran, relaxkan jiwa. Jangan mudah melatah.. itu pesan mama kat aku. Dalam ape jua keadaan yang kita hadapi.

“… ape nih ma?! Baba nikah ngan sape? Asl abg baru tau arinih?...” tenangnya aku mereply.

“…apo buleh buwek, da itu yg dio pilih, nak wek camnor…?” konsep loyar buruk. Eiyy! Geram senarnya!

“…ma, jgn la cm nih. Gtau la ape yg da blaku kt no 8…?” no 8 is no umah yer kawan2.

“…comeh!! Hari ni adalah ulang tahun pernikahan ma & abah. Kuek bona comeh eiy…”

Lepas nafas panjangggggggggggggggggg.. “.. ma ni kan! Mende camnih pon nk main2. Seb baik la nih mama. Kalo orang len, da kena hamun da. :-) …”

“…den nk dihamun an??! Apo la naseb den kek anak2 nih…”

“…ha3. Ma mmg suke camtu. Xder modal lain da. Ape2 pon epi anniversary. Smoga tabah n bahagia ngan anak2 mama yg pelbagai renah n ragam ni yer…”

Camtuh la gamaknya, sms yang masih ader lagik dalam hp ni. Cume ejaan je aku clearkan supya tidak berlaku salah faham. Sense of humor family kami mmg gituh. Ahahah! Belom la himpun ghamai2. Mmg xmenang telinga ngan suara nk layan sorang demi sorang. Glosari. Comeh = cemas, wek=buat, kek=kat/pada. Sorry, sms kami in dialek n9. Hehe. WALAOPON kita anak jati KL.. huhuh

Masih la hingga ke saat ini. Aku merindui akan gurauan2 mama. Banyak gurauan yang mengajar aku tentang erti kehidupan. Bukan semata gurauan, malah kata2 mama. Sememangnya bersifat SARKASTIK dalam kelas tersendiri. Orang dengar lain. Maksudnya lain. Orang kata lain, ertinya jauh mendalam. Aras KBKK pon xcamtuh. Ahakz…

Akhirnya… kasih ibu bawa kesyurga, kasih ayah sampei kemati.. sayang anak mendoakan kebahagiaan ibubapa. Ya allah. Jauhikanlah kami dari fitnah & mehnah dunia. Kuatkanlah hati abah agar bisa meneruskan kehidupan bersama anak2 beliau ya ALLAH. Engkau tempatkanlah mama dikalangan mereka yang Berjaya dunia dan akhirat. Ampunilah dosa mereka. Limpahkanlah rahmatMU keatas kedua ibubapa kami ya ALLAH.

sekian.. wallahu3alam.

No comments: