FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, April 29, 2009

:: kami sedia menjadi JUARA ::

Salam semua

Wah!! Sempat lagi nih nak menghupdate. Walhal bace FIRAQ tak habis lagi. Ader la dalam 30 muka belek pon lagik. Huh! Masak aku!! Xtau ape naseb aku ngan 2nd paper فرق esok. Mudah2an dipermudahkan la ek ( xbace habis, nk permudah ape!! ) ini lah dia manusia, usaha xsebanyak mane, hasil nak lebih* sambal lebih!! Huahaha. Teknik carut diri sendri. Heeee~ ini adalah personal BLOG, ade aku KESAH??!!


Wahai, teman seperjuangan yang bakal bertolak ke bumi mu’tah esok hari. Marilah kita sahut cabaran KARISMA09, Mu’tah. Bawalah azam yang tinggi, iltizam yang kuat, supaya mehnah2 dunia di gelanggang mu’tah, mampu kita tangkis dan atasi. Bukan senang nk senang, tak susah juga nk susah. Semua bergantung pada PEMBAWAKAN diri kita as hamba yang BERAKAL waras, rasional & bijak. Jauh sekali didahului oleh emosi, amarah melampau-lampau.

Aku tak gentar, kami tak takut. Kami akan gempur dengan segala apa yang kami telah sediakan sejak sekian lama. Berbulan-bulan tempoh masa, berhari-hari waktu di guna, demi menuai benih emas di bumi asing. Tidak mudah menyerah, bukan senang mengalah. Irbid juara menunggu, TURUN padang beri saingan. Walaupon banyak lubuk kita sudah ditimbus, itu BUKAN ALASAN untuk tunduk.

“…Keajaiban tidak mustahil berlaku, kerana IRBID mmg HEBAT…”

Untuk semua atlit karisama09 IRBID, berjanjilah pada setiap ahli PERMAI. Kita bisa mengutip pingat terbanyak pada tahun ini. Sekalipun hanya 8 emas dipertaruhkan. Itu semua bakal menjadi milik kita. Milik mutlak kita. Menang BERMARUAH, kalah jua bermaruah.

Berbaloikah, jika sekian lama berkorban masa, tenaga, jiwa & raga. Tetapi hasilnya YANG HADO??! Keringat yang jatuh itu bukanlah percuma semata. Ia ada nilai besar yang harus diTUNAIkan.


Sekian dari aku. Bakal bersiaran di bumi mu’tah pula. Doakan kami pemain2 irbid di Karisma09, 30hb april – 2 mei 2009.

KAMI datang BUKAN sekadar TETAMU

KAMI DATANG SEBAGAI JUARA

No comments: