FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Friday, May 30, 2008

:: Ibuku seorang pembohong p2 ::

Sambungan ibuku seorang pembohong…

wah seminggu nih baru kuar sambungan, konsep weekly la gamaknye. Huehahaha. Kira halallah erk.. ader gak dri trus pospon2 kan!! ATLEAST.. dri xder langsung. Cam ader satu ‘laman’ tuh… naek semak & bersawang doh… tunggu anak ular, emak kala jer membiak generasi kat situ…*sapa xtau!!!

Berikut merupakan 4 lagi insiden pembohongan yang dilakukan oleh ibu pencerita. Iyer or tidak. Atau Sekadar menyedapkan suasana,untuk member keinsafan, itu aku xtau.. kekadang, orang2 melayu kita nih. bab menambah perisa rasa memang hebat. Yang renyai leh jadi lebat. Yang suam leh jadi fanas & meletops. Kok yer pon!!!

*************************************

setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepassaya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :

"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."

- PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

** wah kan men lagik hah!! Xperlukn chenta katanyer… VERY DA.. xderlah orang dah lama kesunyian. Then ader lak orang masuk ‘menanya’. Bulat2 ditolak.. kan men lagik erk jual mahal. Igt ape??! Amisha PATEL. Manisha koilara(ejaan betul or tidak. Aku xkesah!!!) jual mahal konon.. huahaha.

Erm.. ker nak payung emas kt syurga nanti*drama cik kiah,mek kiah* temanya nyer DIA FADILLA. Aku masih setia ngan orang mati. Boley!! Tuh pon kok benaran suaminya mati. Buatnya ditinggalkan.. xker terkial2 sorang2 membongkok cari sesuap rezeki. Uhuk!! Kesimpulannya, jual mahal dlm kes nih tidak diperlukan sama skali. Sbb kaw bukan ratu chantek atau mantan miss universe. Kuikuikui

Sebagai manusia. Pompuan lak tuh. amarah itu pasti ader. Set2 wanita. Kuat nafsunyer. Macam2 segala jenis nafsu ader. Yang paling jelasnya is, tang amarah tuh. xleh nk elobrate pepanjang, kang ader terhingga anak lesung kt kaplaaaaaaaaa.. huehahahah

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :

"Jangan susah-susah, ibu ada duit."

- PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

** nih paling xlogik.. xdernye orang kt dunia nih… xmoh kat duit. Event kalo ko ader bungalow yang 30billion pon, tetap nk duit.. materealistic(ejaan!!!) katenya. Bohong k!! anak dah bagi duit. Tolak2 lak… mulut sedap jer kata xyah. Dalam hati

“.. anak aku nih, betul ker idak dia nak amik balik nih. aku nk tgok jew.. kang buat nyer dia amik balik. Aku nak makan ape.. xkan siput bab* jew..”

“…balik2 masuk BERSAMAmu… famous murahanlah aku nanti…”

Tang, ala2 nk uji anak tuh. xyah laa… dah ank bagi. Amik jew lah! Nk tolak2 tapi MAHU. Buat aper! Buatnye anak tuh mmg tengah sengkek. Bagi pon ala2 konsep terpaksa. Makan hatilah gamaknyer… padan!!!

Dulu masa budak tuh xkerja… memasing luah perasaan…

“… bila lah boleh merasa duit anak sendiri. Asyik kita jer bagi dia duit. Duit dia ntah bila dapat dirasa, kan ayahnyaaaaaaaa…????”

Dah orang beri… kata ader duit. So wat per, bagi duit kt orang yang berduit. Buat tambah dosa jew. Bek bagi kt orang yg sgt2 memerlukan.. fakir miskin bnyk lagi bersepah2 kt msia(kalo kt msia lah!!)

So, dah orang beri tuh(anak lagik!!) ambillah.. jangan dok kecilkan hati anak. Punya dia bekerja tuk bagi makayah dia rasa duit titik peluh. Tapi parent lak xmoh.. asyik2 makayah jew kecik hati. Anak2 nih xder hati ke??!!

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau

hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;

"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

- PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

** aloooooooooooooo makcik!! Dok luar Negara awak xmoh ker??! bile layie nk eksen ngan tetangga… heret bagasi gabak2. Ala2 M*M*R*N*.. tapi bukan tersingkir dri AF lah kan. but merantau ke negara orang untuk belaja peradaban dan budaya masyarakat baru.. baru la warga emas berjiwa luas. Ader pendedahan!! Bukanlah feeling katak bawah tumpurung… anak balik dri oversee je nnti. Itu xkena ini xkena. Dah dia xmoh tgok camne budya kat sana.. nk blaming anak lak… huahahha

Huraian… bagus laa dah anak offer ‘berhijrah’ ketempat baru.. bak kate orang2 seangkatan ngan mak apak kita(orang2 tua) jauh perjalanan, luas pemandangan dan pemikiran. Xderlah kolot dan ortodok… umah bawah pokok pisang. Celah batu gua…*ops!! Xder sesiapa erk.. sekadar imaginasi sajork.. dia(anak) bawak kita tuk tahu, aper sebenarnya yang belum kita tahu untuk kita tahu.. baik anak camtuh… ape2 perkembangan, leh pantau.. bukanlah dok pasang spy, intip sana intip sini. Hat anak tuk dok wat pa!!!

Dah ngan anak sendiri pon xcaya.. camne jadi makbapak camni nih??! orang ajak sesame tinggal xmo.. then men serkap2 jarang lak.. huhuhu. Bila lagik anak tuh nk balas jasa mak ayah. Walaaaupon xterbayar.. paling2 pon, dia masih ade effort tuk mengenangi pemberian makayah dia…

Bab pantau memantau tuh lak.. xder la anak tuh(terkawal pergerakannya) nanti ‘menonggeng’ sana. ‘Terlentang’ cnie… dok berEROTIK feeling2 angelina JOLIE ker. jessicaALBA ker. sape ker… maklumlah, kt Negara luar nih. marketing tinggi… sehari leh cecah puluhan ribu hengget.. alaaamak, terlebeh sudah!!!

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :

"Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

-PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

** insiden akhir nih.. amatlah kena ngan aku tika nih… aper2 pon, nk stop sat.. nak solat erk.. kang lagik 30min.. aku sambung…

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Khembali, pas semayang g makan sat, then nih nk sambung balik insiden terakhir, kes pembohongan seorang ibu yang punyai anak. Xkan lah cakap bohong kt laki lak kan. kalo bohong kt laki(suami) nama tajuknya, sah2 la berbunyi “biniku seorang pendusta” miehahaha-selingan nak amik mood-

Sapa yang tak nannes tgok mak dia sakit.. yang xnangis tuh sebab tgok ibu roti diuli, dihenyak2 xhengat dunia. Xpon dia tgok ibu lesung dihentak2 ngan anak biadap. Hikz hikz hikz. Wuteva!! Siyes to say, aku mmg xleh kalo bab tgok mak2 sakit nih.. xkira ko tuh mak sapa. Kalo sakit(tenat & uzur) mmg anak2 WAJIB ada disamping.. xboleh tidak, mesti disisinya..

Jika, yang sakit ala2 pening ngan kerenah anak tuh. or ‘sakit jiwa’ katenya, tuh xyah dilayan sangat. Dah nama pon anak2. Mesti memeningkan kepala. Xdernya nk bagi rehat(akal) tuk memikirkan yg terbaik untuk anak. Huhuhu. If patjam nk anak2 ONTOK2 jer, payah laaa. Xyah la tuhan bagi akai tuk piker cara didik dan layan anak.. kan ibu2 kan??!

Berbalik soal sakit tadik… sakit camne pon mak kita, dia tetap kata xsakit. Sebab dia tahu, kalo dia xde. Anak2 dia lagik sakit… sakit nk cari makan minum sendiri. Then menyakit hati orang lain(menagih simpati kaum kerabat, sanak sedara).. paling2 hina sekali, yang dirasa oelh seorang ibu adalah, pabila anak2 yang lahir dri rahim dia. Meminta2 kat orang ramai, yang tiada tali persaudaraan(darah daging) dengannya.. maluuuuuuuu cheeeeeee’..

Sebagai anak, kita tetap kena rasai kesakitan ibu itu. Jangan bagi dia tanggung sorang2.. pelbagai terapi yang boleh untuk menghilangkan sakit tenat makayah kita. Antaranya, riuh rendahkanlah rumah itu seperti kita meriuh rendahkan bilik darjah.. bagi mereka, berhilai tawa dengan kita. Bait2 perasaan gumbira itu mampu membunuh kesakitan. Walau hanya sedikit, tapi ia amat bermakna untuk menatap ibu2 kita bagi saat2 akhir(betul2 nk ‘pergi’lah)

Janganlah pulak salah anggap, aku bukan suh dok melalak2 bagai dalam karaoke jamban tuh.. maksudnya, wujudkan suasana kegumbiraan. Walaaaupon tengah sedih… bagi dia lihat, bahawa.. orang2 keliling nya boleh tersenyum…. Walaupon!!!

Nih bukan gumbira sebab dia nk pergi k… kang ader plak, kat aku ajar tuk beria sakan menghadap mak2 yang sakit. Mentang2 lah orang tua tuh, ader berbidang2 tanah. Berlot2 banglo segala. Senyum2 jer lah tepi mak tuh kan!! xbaik tau… pastikan anda(aku jua!!) bukan jenis yang camtuh… kita anak soleh.. doa untuk semua anak2… anak2 ikan, anak2 ayam gakz. huahahah

--ape yang kena ngan aku pon aku xtau... point xbanyak yang keluar, sebab aku xmampu nk tulis... nanti sebak. meleleh lak kt atas keyboard nih... keyboard xleh gune, ader korunk belikan yang baru??! huahahahha--

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,

'Ibu,saya sayangkan ibu.'

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.

--petikan daripada mastika--

No comments: