FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Saturday, March 15, 2008

:: tetap masuk dalam BLOG ::

Salam Semua..

Tak pandai berdiplomasi, itu aku… hanya banyak bercakap, itulah aku. mengomen orang, itulah aku. tak ader apa lagi yang perlu perkatakan. Semuanya aku. walaubagaimana pun, tiket sebagai ‘manusia tidak sempurna’ itu aku tidak akan aku gunapakai kerana semua orang tahu(yang dia juga adalah manusia) bahawa. Manusia itu datang dari tuhan maha PENCIPTA. Ciptaan ada kekurangan nya. Keterbatasan dan terhad.

Susah nya hidup hanya bermakanminumkan pujian. Kenyang dik kata melambung-lambung. Diangkat menggunung tinggi. Sekali di keji, jatuh air muka. Hilang pertimbangan, habis semua dituba(cerita sana sini, yang dia di kondem).

Elok lagi menjadi bahan kritikan dari terus dijamu pujian. Manusia memang cepat lupa dan leka. Manusia itu ada kekurangan tapi masih tak mahu memperbetulkan.

Baiklah, terus pada apa yang nak aku kongsi untuk kali ini. Semalam asal ceritanya. Tapi oleh kerna tidak berkesempatan. Lantas aku menunda post pada hari ini. Pertama kalinya, aku nak beri tahu. Ini bukan satu kenyataan mempertahankan diri mahupun membidas apa yang telah di’bincangkan’ semalam. Tetapi ini adalah satu peringatan untuk semua. Bahawa, orang islam bukanlah umat yang mengulangi kesalahan yang sama.

Sebelum itu. Sukalah aku nak membawa kepada satu statement nih. dia kata

“… yang dah abis hari ini(malam tadi), cukuplah pada waktu itu sahaja. Tak perlu lah nk memasuk kan dalam blog atau mane2 saluran. Gunakanlah internet itu ngan cara yang betul…”

Sangatlah aku berminat untuk mengomen statement itu atas pandangan aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kerana ada sebelum ini. Aku dikatakan membuat kenyataan didalam blog adalah setelah membuka isu perbincangan dengan ‘orang2’ tertentu yang tiada kena mengena dengan ‘keadaan’(orang luar persatuan).. Satu pembetulan yang nak dibuat disini. Apa yang ada dalam blog ini. Adalah dari aku bukan orang lain.FULLSTOP!!!

...Cukuplah hanya habis disini sahaja…

cukup untuk kali itu sahaja. Itu betul. Tapi jika nk dikatakan sebagai cukup secara menyeluruh tanpa dibangkitkan semula untuk acara akan datang. Itu salah sama sekali. Kenapa cukup??! Takut diketahui ada ‘kekurangan hebat’ yang berlaku didalamnya? Atau hendak menjaga imej bahawa orang-orang terpelajar dengan ilmu agama itu adalah sempurna? Niat aku pada dasarnya bukan hendak pekung sesiapa. Tapi hanya hendak menjadi orang berpijak dibumi yang nyata.

Janganlah takut ngan kritikan… kalau takut dengan kritikan, sampai mati pun xberubah apa-apa. Senang dan bahagianyalah hidup selalu bermandikan pujian. Sekali ditegur, mula menjadi cacing kepanasan. Tak senang duduk. Ibarat ada sembelit dilubang dubur. Bukanlah dinamakan manusia, kalau dikritik hanya buat bodoh sahaja, tanpa sebarang tindakan. yang Kita mahukan adalah perubahan. bukan pujian.

Maksud aku macam nih, selama ini. Semua acara mahupun program yang aku sertai. Aku tetap memberikan komentar dan juga komen. Elok kita cakap elok. Buruk tetap buruk. Kenapa nk sorok-sorok lak??! tuh namanya hipokrit!!

Bila orang tanya macam mana perjalanan program?? Macam mana kerjasama ahlijawatan kuasa… memasing terhegeh-hegeh ‘thumb-up’… eiy!!! Buta n tuli nya kau… memang sangat menjiwa watak sebagai penipu besar jalanan, makin labuh 'langsir' makin pandai menipu kan!!!(sori to say). Aku mengenakan ini untuk semua. Bukan orang-orang terpilih. Baik yang sudah menjalani, mahupun bakal menghadapi. Kita semua adalah sama. Kerja dan bidang tugas tiada beza. Yang jadi beza bila PERSONAL dimasukkan dalam KERJA… WTF!!!

Yerlah… orang pandang yang bersarung kain meliputi ala2 langsir nih kan... tinggi. Kalau dikata ada yang tak kena. Mana nak diletakkan muka. Malulah kan… ini bukan serangan peribadi. Tapi adalah kenyataan dari mereka2 yang pernah mengalami. Terpaksa berkata YA, walhal ‘berserabut’ didalam. Nanti hilanglah pengaruh untuk meraih ’kemenangan’ dimata pemilih.

Seterusnya. Jangan dimasukkan dalam blog, dan guna saluran internet dengan betul.

Erm… blog adalah medan mencari dan berkongsi pendapat. Lagipun, sesetengah orang memang xtahu bagaimana hendak berdiplomasi(macam aku nih) so aku cari diplomat disini.... xpandai nak menjaga hati(cam aku nih).. tahu2 nak menembak orang jer. Tahu-tahu nak memalukan orang itu, orang ini. Tak patut kan??! aku seorang yang penuh ngan KETIDAKPATUTAN… itu la kata orang.

Awak takut nama awak dipublish. Dat y kenapa awak mengeluarkan kenyataan itu. Kalo nk ikutkan hatilah!!!. Blog aku adalah hak aku. suka hati aku nk letak apa pun. Baik +ve baik –ve. Tapi ingatlah!! Aku masih lagi tahu untuk menghargai hasil kerja dan juga hati orang. pernahkah dalam mana-mana entry aku yang menyebut nama pihak yang diBOM oleh aku??! kalo ada. Sila buktikan… nak buat(letak nama individu yang aku BOM) boleh jer. Tapi…… tak perlu rasa nya nk diteruskan….

Tujuan utama adalah, aku nak sesapa sahaja yang terlibat dalam sebarang acara akan datang, tidak mengulangi kesalahan yang sama. Tak malu kah buat(mengulangi) kesalahan yang sering diperkatakan dalam mesyuarat post mortem…

jika betul pun muka tuh cantik xmalu dik mengulang kesalahan yang sama. Orang yang tak cantik tuh macam mana lak??! paling kecewa nya, set2 perasan cantik nih. lagak seperti merak, terbang ke udara, haram nak dilihat!!!

“…nak senang cerita, kita xpayah ambil nadzeem untuk menyertai AJK pelaksana dalam apa2 jua majlis, program mahupun acara. Kang nanti mulalah dia meletakkan semuanya dalam blog dia…” Kenyataan tulus ikhlas dengan penuh harapan dari seseorang kepada seseorang.

aku menerima itu sebagai cabaran untuk dia(yang berkata)… untuk melaksanakan apa jua jenis aktiviti tanpa merujuk laporan @ orang lama…. Anda buatlah seakan-akan acara itu adalah pertama kali diadakan… coz hanya aktiviti baru sahaja yang tak perlu dirujuk. So, kalo buat sebarang kesalahan pun tak kan ader yang BLAMING… btul tak???

Dan aku menterjemahkan dialog diatas seperti berikut :-

--jika kita serap/ambil nadzeem sebagai AJK pelaksana, habis semua yang berlaku. Baik dalam meeting pertama hingga akhir. Dia akan keluarkan didalam blog dia. Jadi kita akan malu-

Benar ataupun tidak tafsiran maksud aku tuh, aku xtahu… apa yang boleh aku terjemahkan, hanya itu.

Bersambung…

No comments: