sambungan....
Dunia hanya akan berubah apabila ada kritikan. Sejarah telah membuktikan. Bahawa, teguran-teguran terhadap sesuatu perkara mampu membawa kepada satu gerakan(perubahan). samada ia hanya setapak(sedikit), mahupun drastic(mendadak). Ia tetap dinamakan sebagai perubahan. itu teguran yang diterima dan dimanipulasikan. Persoalannya sekarang, langsung xmahu membuka ruang untuk menerima kritik.. Apa semua itu…WTH!!!
Awal-awal lagi telah diberikan amaran. Jangan buka isu ini. Jangan buka isu itu?? Kenapa?? Takut berbicarakah? Atau terlalu berhati-hati sehingga peluang orang-orang yang mampu bersuara terus diGAM… dan serba serbi ditidakbolehkan. Mana pergi sahutan cabaran mahasiswa alaf baru?? Atau terma itu tidak sampai maksud dan hala tuju nya?? Sekadar gah pada title. Tapi impaknya langsung tiada.
Kritikan terbahagi kepada 2. Membunuh dan membina. Jika diajukan apakah kritikan membunuh. Aku percaya ramai yang akan mengeluarkan perkataan, CELUPAR. LASER. KURANG AJAR. PEDAS dan sebagainya. Perkataan ini begituu sinonim ngan kritikan membunuh. Sangat jarang untuk mendengar kritikan membunuh diertikan sebagai SEMANGAT. SEDIA BERUBAH. BAIK dan MENGHARGAI.. malahan ia adalah terma sering digunakan untuk kritikan membina… bagi aku, mind set ini tidak betul dan sangat merbahaya, dan boleh menjadi virus yang sukar diubati. Apabila sampai masanya..
Kritikan membunuh...
Kritikan membunuh bukanlah tiket untuk merendah2kan martabat. Atau menjatuhkan kredibiliti seseorang. Aku rasa semua orang tahu. Lelagilah mereka2 yang berada dalam biah SOLEHAH ini. Bumi barakah katanya. Tiap2 hari mendengar alunan ayat2 suci. Memperdengarkan kalam tuhan. Usrah sana sini. Liqa’ siang malam. Ceramah itu ini. Tapi tetap tak mendalami maksud ayat 02:216
“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…”
Ayat diatas, menceritakan suruhan perang. Perang dimedan peperangan menentang kaum kafir musyrikin... Dan sini apa yang aku nk HIGHLIGHT kan adalah. adalah konsep dan maksud ayat dalam perspektif kedua...Benci terhadap sesuatu. Tapi ia adalah baik untuk kita. Begitu jua sebalik nya… adakah dengan patjam disuap pujian itu mampu membentuk diri kita sesempurna mungkin?? Ingatlah, pujian(dunia) itu adalah benih kearah menduakan ALLAH… dari pujian, lahirnya RIAK. Wallahua3lam. Cukup untuk membicarakan soal agama. Aku bukan pandai sangat dalam bab nih. walaubagaimanapun, aku tetap cuba untuk memberi pendapat berdasarkan apa yang aku fahami. Dan pelajari.....
Kritikan membina.
Ia merupakan satu bonus setelah Berjaya melaksanakan sesuatu perkara. Bayangkan betapa besarnya hati(bukan DIRI!!) apabila di timang timang dengan lambungan pujian. Bagai melayang2 di awangan, hidung kembang semangkuk. Punggung lebar sepintu. Kehulu hilir jaja kejayaan. Bertekad melakukan yang terbaik untuk akan datang(satu yang +ve. baguzzz. keep it up!!)…
Tidak dilupakan juga. Dalam kita mengkritik, kita juga perlu memberi penyelesaian.(solution). Bukanlah mengKHIZIRBUTA kritik bagai nak rak….
Akhirnya.. memberi rangsangan(kritikan membina. Kritikan membunuh) bukanlah pada sesiapa yang kita kenali. Malah semua orang. Lupakan status, buang rasa malu. Aku menolak konsep TIPIKAL dalam hal ini. Kita perlukan perubahan,kita mahukan personaliti yang dinamik dan fleksibel serta mampu membuat transfomasi. Konservatif ditolak tepi. Dibuang ibarat kain buruk. Xperlu dilihat. Kerana kita ade cotton baru untuk dicorakkan.
--Kadang mengungkapkan kepedulian dan rasa sayang itu tidak semestinya menguntai kata2 indah disulami pujian, tapi juga boleh jua dihadiahkan kritikan yang sesuai dengan posisinya--
No comments:
Post a Comment