..SALAM SEMUA..
Memperkenalkan sesuatu yang baru bukanlah kerja mahupun tugasan yang mudah. Rintangan mehnah dan juga cabaran semestinya banyak di laluan. Begitu juga dalam pembentukan ‘institusi’ dlm sesebuah negeri. Pada dasarnya, negeri yang aman sentosa dan makmur dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya. Agama apatah lagi...
Sebagai pemerhati yang juga merangkap suara kerdil, daku ingin jua mengutarakan beberapa pandangan dari sudut mata seorang rakyat jelata. Jika selalu dibenarkan ‘kuasa’ besar bertitah mandat. Maka itu bukanlah satu lagi kemakmuran dalam sistem demokrasi...
Peneraju datang dri suara rakyat, yang berkehendakkan nafas serta corak kewibawaan yang segar bugar. Bukan lagi suam-suam kuku yang selama ini pernah kita hidup bersama. Gerakan agresif. Menolak perjalanan pasif... sesapa yang tampak dan sedia pasif itu. Kita benarkanlah dia berehat sambil santai mantai bersama keluarga tercinta...
Dulu kita pernah mendengar slogan reformasi atas tuntutan keadilan. Pelbagai pungutan dan rungutan yang menerpa. masih lagi ditakuk lama. Jika pungutan dan rungutan itu tidak diambil kira... buang masa dan tenaga akan kedengaran... suara sumbang akan terus melalak menuntut penebusan...
Situasi semasa memaksa beberapa ideologi masuk membantu, sejauh mane keberkesanannya belum dapat dinilai. Kerana terdapat sangsi berprasangka dalam ‘institusi’ berparlimen. Sikap tak mahu saling menolong menjadi antara punca utama. Bagai akar di dalam denai, Melepaskan pucuk masing-masing.
Masuk campur serta penglibatan ‘beberapa pihak' jua memainkan peranan dalam menyumbang kekeruhan yang kian menjadi-jadi. Dimainnya api, disimbah pula minyak. Ditiup bara, dikipasnya sekam. Belum lagi dikira gunting dalam lipatan yang sentiasa menunggu masa. Sampai bila ketuanan ini mampu bertahan. Hanya masa yang mampu menentukannya.
Amat sayang sekali sekiranya masih belum jelas tampuk kepimpinan. Kami hanya suara kerdil tapi berharapan tinggi ingin melihat arus reformasi yang selama ini sibuk diperjuangkan. Hanya tahu menabur, tanpa disemai baja. Akan rosak juga benih yang diimpi... peluang hanya datang sekali. Kesediaan membantu adalah tanggungjawab kita bersama. Suara kerdil akan terus memperjuangkan tuntutan yang mesti dilangsaikan dalam beberapa tahun ini...
No comments:
Post a Comment