FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, February 25, 2008

:: Juz TuK sHarE2 ::

..SALAM SEMUA..

Rasa2 nyer. Untuk kali ini. Aku hendak menulis/menaip dalam keadaan bahasa melayu yang agak proper. Nak mencuba balik skill menulis dalam bahasa formal tanpa sebarang ejaan ‘ker’, ‘jew’, ‘lew’, dan sebagainya… ini adalah satu usaha untuk memperkasakan bahasa melayu aku yang sekian lama makin longgar dan terus longgar.. pada ejaan yang senang pon boley jadi tidak tahu dan tidak reti…sengal betul kan??!!

Tapi pada term bahasa inggeris yang ada terselit-selit itu, kira halalan toiyiba sahajalah. Nak menggunakan perkataan BM yang exactly, payah bebenor nk mencarinya. Udah itu bagaimana?? Terpaksalah menggunakan sedikit2 term dalam BI…

Kali ini, ingin daku menceritakan berkenaan apakah dia yang diambil oleh anak-anak bujang kota irbid nih tatkala seorang demi seorang bermalas-malasan untuk masak di ruang dapur yang lantainya sejuk berdentum, dingin membeku… bukan untuk menilai keseluruhannya, tapi sebahagian besar daripada kami. Ini adalah sekadar pengalaman untuk diceritakan tanpa rasa bersalah mahupon berselindung. ada terkena, ia hanyalah kebetulan. ada tu, kena juga diri sendiri...

Melihat cuaca diluar yang tidak menentu, sebentar hujan, sebentar panas melahar… timbul dalam hati kecil perasaan malas untuk ‘turun’ ke dapur kediaman masing-masing. Telah disemat dalam fikiran, bahawa fastFOOD @ restaurant ada. Maka, tidak perlu menggigihkan diri, bersabung nyawa di laman dapur…

Kalo ditanyakan aku secara peribadi. Tidak dinafikan, bahawa mana-mana individu pada musim sejuk ini. Rata-rata akan membuat satu stok bekalan makanan sendiri di dalam ‘sarang’ sendiri. Bukan hendak mengiyakan sikap individualistic. Tapi itulah dia hakikat yang berlaku dikalangan kami.siswa... siswi pon sama juga hendaknya.. tidak usahlah nk menafikannya yer...

Apa yang laki buat, wanita pun melakukannya. Cuma yang berbeda adalah atas bawah, depan belakang sahaja. Miahahaha. Faham2 sendiri sudah. Perlukah untuk dihurai panjang lebar mengenai frasa berkenaan?? Aku merasakan, cukup setakat itu sahaja…

Bukan apa, lihat sahaja pada zaman-zaman kita sekolah berasrama dulu(bagi yang pernah tinggal di asrama). Putera dalam dorm tidak berbaju(berkain & seluar).. puteri pun sama juga gayanya.. Cuma berbaju besar, tapi tidak berbaju kecil... Putera mengenakan seluar pendek @ boxer (walaupon sek aga), mereka(puteri) pun sama jugak. Berseluar pendek… di dunia ini, tidak ada yang mustahil. Lagi-lagilah jika dikaitkan dengan sikap & perangai manusia yang sudah sedia maklum dengan ragam resamnya..

Berbalik pada kisah bekalan musim sejuk sebentar tadi. Makan hati ibubapa kita dimalaysia mengetahui perlakuan anak-anak bujang mereka. Pakcik makcik, mak ayah. Umi abi. Ibu abah... apa-apa pun yang kami lakukan disini. Bukanlah melambangkan diri kami yang kalian kenali sebagai anak-anak dirumah. Kami juga mengikut peredaran zaman & masa. Sikap ini(simpan-simpan bekalan) hanya jelas pada musim sejuk SAHAJA. Janganlah merisaui akan perbuatan itu.

Sekarang ini, aku sudah keliru. Nk cerita pasal apa pun sudah tidak tahu. fastFOOD @ bekalan?? Banyak sangat perkara yang ada ini. Sampai tidak keruan dibuatnya. Aku ini bukanlah seorang yang arif dalam menyusun isi-isi dalam karangan. Yang aku tahu hanyalah melayangkan segala apa yang ada dalam benak fikiran, kemudian dihinggapkan pada tempat yang dinamakan kertas dengan menggunakan sejenis cecair yang diberi nama sebagai dakwat melalui sebatang alat yang kenali sebagai pen mahupon pencil(karbon sebagai dakwatnya)

Untuk menyenangkan cerita, aku terus sahaja masuk kepada focus utama dalam post kali ini. Tak payah nak fikir itu ini. Str8 pada point sudah!!! Payah jugak yer nk menulis dalam keadaan proper ni. Macam2 mende kena belajar. Kalo silap gaya. Mmg tak kena. Silap-silap, orang lain pun boleh salah tafsiran. bahaya tu…

Sebenarnya, aku hendak kata yang kami ni kalo memang dah sampai tahap mendewa malasnya. Maka makan fastFOOD sahajalah yang menjadi pilihan utama. Dah tiada bende lain dah. Antara McD, KFC(terbaru), HARDEES(terbaru), POPEYES mahupon BURGERKING. Ini antara yang popular dikalangan kami(SISWA) lebih-lebih lagi dikalangan pelajar tajaan SENDIRI & separa tajaan sendiri… siapalah orangnya itu kan?? patjam hanyalah fastfood sahaja. Bayangkanlah~

Walaupon hanya itu sahaja restaurant fastFOOD yang terkenal disini. Masih ada lagi tempat kunjungan yang tidak boleh dilupakan. PIZZA HUT sebagai contoh. Tetap idaman kalbu sanubari. DONUT2 pon tidak ketinggalan mengambil tempat. Segala jenis café berdonut jadi PUJAAN. Baik DONUThouse nya. GLORIAdonutnya mahupun donutTIME nya… yang paling jadi kegemaran aku adalah DONUTTIME… sebab DONUT dia sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap… hehe

sekian,
nadzeemydeal

No comments: