memetik dri sumber bacaan.. IKRAM
kalau kita lihat para sahabat Rasulullah saw, mereka boleh sahaja menetap dan wafat di Madinah atau terus menerus tinggal dan melazimi diri mereka di Masjidil Haram yang nilainya seratus ribu atau di Masjid Nabawi yang pahalanya seribu kali.
Tapi mengapa makam para sahabat tidak banyak berada di Baqi’ atau di Maa’la malah makam mereka banyak bertebaran jauh beribu-ribu batu dari negeri mereka.
Sesungguhnya mereka mengutamakan usaha MEMBERI MAKNA kepada diri mereka dan umat manusia sekelilingnya sebagai memenuhi seruan Allah swt dalam firmannya :
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia.” (QS Ali Imran : 110).
Umat yang terbaik bukan untuk disembunyikan tetapi untuk ditampilkan kepada seluruh umat manusia.
Inilah sesuatu yang sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Kita semua beramal tetapi tidak larut dalam kesendirian.
Jangan ada pendakwah yang mengatakan, saya jadi begini kerana lingkungan.
Mengapa kita tidak berkata sebaliknya, Oh! oleh kerana lingkungan seperti itulah, saya mesti mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya.
>der sedikit pengolahan...
>hnye ingin bkongsi~
No comments:
Post a Comment