FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, November 22, 2009

:: Debat PYP ::

Salam semua

Program : Debat Piala Yayasan Perak (PYP)

Tempat : Dewan Nadi Mu’tah


Semalam telah berlangsung dengan jayanya pertandingan debat PYP. Pasukan debat irbid telah Berjaya mengekalkan penguasaan dalam acara yang ‘popular’ ini. Alhamdulillah… Cuma lainnya kali ini, adalah bilangan piala & kedudukan yang kita bawa balik ke irbid. Setelah sehari suntuk berada di mu’tah…


-- MEREKA : meja kerajaan --

Kita kali ini memegang gelaran juara & pemenang tempat ke-3. Kerana penganjuran kali ini kita menghantar 2 pasukan tuk menyertai debat PYP.


--KITA : meja pembangkang--

Xmau cerita banyak. Juz tgok je la pic2 yang ade nih. sebagai kenangan, suntikan semangat mahupon inspirasi bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang… kita akan trus berusaha mengekalkan reputasi baik ini, selagi ada usaha terbaik kita lakukan. Hokum alam tak pernah zalim… jika diberikan sesuatu pada kita. maka, itulah yang terbaik… ensyallah..


--permainan konsep jdi taruhan--


--Yakin mengemukakan hujah pwakilan--


--orang kuat pasukan, retorik sbagai mainan, cetus keraguan jadi makanan--


--izin laluan, mohon penjelasan--

Pengorbanan titik peluh teringat & komitmen kurang dari seminggu telah dibayar dengan kemenangan ini. Alhamdulillah…


--kenangan bersama YB DATO--

Walau bagaimanapun, tuk mencapai gelaran juara bukanlah suatu yang mudah. Musuh tradisi kita ( mu’tah ) sentiasa memberi cabaran & saingan. Mereka tak pernah mengenal erti kalah sebelum masanya. Itulah semangat yang perlu dicontohi oleh sesapa pon. Selagi ada masa, disitu adanya harapan. Ucapan tahniah kepada pasukan mutah juga. U guyz mmg best!!!

Percayalah… kat bumi Jordan nih. hanya MU’TAH & IRBID jer yang wujud. Ahahaha *statement berani mati ** tak mu’tah irbid. Tak irbid mu’tah. Then how??!! Perlu ke nak ade konsep perpindahan @ pinjaman ( sewa ) peserta tuk mantiqah lain??*ops!!! sapa mau jawab nih…

Last but not least… ini adalah antara bukti, mengatakan. Kita pelajar Jordan yang sentiasa menjunjung tuntutan pembudayaan ilmu. Dan mengamalkan suasana ILMIAH tanpa ragu2 lagi… atau konteks ilmiah itu hanya berlegar diruang lingkup tafsiran quran & pembahasan hadis sahaja??! Hurmmmm… ntah lah… meraikan pendapat orang itu antara pengamalan ulama’2 muktabar kan!! so. Kita trima lah.. selagi ia tidak terpesong dari aqidah ahli sunnah.


1 comment:

ManJa said...

tahniah Irbid!!!

mafraq n amman xde ke?? nk result pnoh 1 2 3...