FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Monday, June 08, 2009

:: mati & wasiat ::

Salam semua

الله يبسط الرزق لمن يشاء و يقدر

Setiap yang berjalan dibumi ini telah tertulis rezeki & bahagian masing2 di atas sana. Banyak sedikit, besar kecil, itu rahmat yang tidak terhingga. Siapa kita mahu mempersoalkan bahagian orang itu lebih, bahagian orang ini kurang. Membanding2kan kurniaan ALLAH TAALA boleh mendorong kepada riak & takabbur. Selain dari kufur & tidak tahu apa itu erti syukur.

Terpanggil aku kali ini menulis post selepas subuh. Meluahkan rasa hati, kunci katanya adalah REZEKI & part masing2… aku yakin, kerna aku orang islam. Ade 5 perkara sebagai asas utama(rukun islam), 6 perkara kearah kesempurnaan i3tiqad(rukun iman). Lain orang lain cara dia peroleh atau merasa nikmat dari langit ilahi. Mungkin sahabat kita, tengok gitu jer kehidupan seharian. Gembira tidak seberapa Nampak, sedih tidak begitu jelas. Yang sedang2 saja.

Seorang lagi teman, sangat mewah, melimpah ruah. Apa dikatakan mahu, sekelip mata terpampang depan mata. Sekali pandang, wah!!! Bahagia sangat, dua kali jeling.. oooo camni gayanya…(bisik dlm hati). Pada aku, rezeki itu masing2.. kita dapat cash berjuta hari ni, mungkin boleh habis dalam masa sekerdipan kelopak mata. kita sabar menanti duit masuk. Lambat ia ‘bertapak’ di account bisa juga dihabiskan dalam kurang dari berapa minit. Cepat lambat, sama sahaja… semua orang akan dapat..

Itu dari segi material & ain nikmat itu sendiri. Dapat dirasa, dapat disentuh.. camne lak ngan pemberian tuhan didalam bentuk maknawi(subjektif)??! Kita beriyalah kate orang itu maksum. Coz dia da berapa kali menunaikan umrah haji segala. Benarkah tanggapan camtu?! Atau terlampau tidak mahu berburuk sangka sesame manusia. Kita sewenang2nya memaksumkan manusia. Yang Belum tentu lagik dia kencing duduk setiap kali masuk ke tandas. Ironinya, kekerapan menunaikan ibadah ditanah suci juga adalah rezeki. Dosa pahala itu juga urusan allah swt. Terlampau obsess dgn ibadah(hingga memaksumkan) juga boleh merosakan aqidah.

Ada satu rase aku ingin kongsikan bersama. Bestnya la kan if kita semua nih SYAHID dijalanNYA. Dah ler syahid, tuhan redha lak tuh… kompem 100% tanah jannatul a3la milik kita. selamanya didalam. Xkan mahu keluar2. So, aku sekarang nih terpikir, adalah syahid itu adalah penghabisan tuk aku?? atau ia hanya angan2 semata kerana aku xde effort into it… orang kate, nak seribu daya bukan sejuta dalih. Aku mesti melakukan sumthing untuknya, demi menjamin aku disana. Hanya berharap tanpa usaha, itu bukan keperibadian mukmin disisi maha pencipta. Sekali pon tuhan itu maha pemurah lagi maha pemberi. Tidakkah kita malu dengan apa yang telah diturunkan kepada kita selama ini??!

Pernah suatu ketika dulu, aku pesan kat allahyarhamah mama, mungkin abah pon tahu(pernah dengar)dari mama. Aku katakan, sekiranya aku HABIS bukan diMALAYSIA, jauh dari MAMA. Maka, xyah susah2 nak bawak pulang ke tanah tumpah darah aku. aku berpegang pada, dari tanah kita diciptakan, ke tanah juga kita berhak dikembalikan. No time waste, no money waste. Kat mane hembusan nafaz terakhir merasa lena panjang, disitu jugalah ditanam.

Skeptikalnya orang kita nih… meninggalkan kat tanah suci mekah madinah. Berebut-rebut say “…TAK XYAH bawak balik laaa…”. Lain pulak ceriteranya jika izrail menjemput di tanah TAK BERAPA nak suci. Cth, Toronto, Canada ke. Prague, czech rep ke. Dan2 tuh suh bawak balik. Private jet pon xkesah.. asal tanam kat dinegara sendiri. Konon2nya senang nk ziarah lawat pusara… KATANYE!!! Orang kita masih tebal minda khufaratnyer… sudah rezeki masing2. Mati tempat sekian, pada masa sekian… xyahlah ibarat menafikan ketentuan itu… DIA maha mengetahui, mengapa tempat itu jatuh tumbangnya hambaNYA. Kita yang hidup ni pulak yokyok an nape?! Ko pesal kan!!! tebiat kah??! Ahakz

Cukup sekadar itu, rezeki masing2.. hidup da cukup menyusahkan orang… xkan sampai mati pon perlu menyusahkan orang… even bukan kehendak simati itu yang mahu jasadnya diterbangkan kehulu kehilir. Sementara masih hidup nih. Berpesanlah… berwasiatlah… supaya mati kita akan datang ini, adalah perkara yang memudahkan semua orang. Orang melayu kita pon bagus jugak, dari aspek memegang kata2 atau wasiat ni.. once sumbody kate gini, gituh before dia mati. Maka, kata2 itu akan ditunaikan oleh waris mahupon pendengarnya. Itu antara aku bangga ngan orang kita nih. Ibarat kalo melanggar kata2 itu, rasa serba salah lah seumur hidup… dan pastu mulalah episode kurafat xhengat dunia.. sering dihantui lah, sering dibayangilah. Xtau dia sendiri memang HANTU yang xpernah nk kota kata2.. ahakz!!!

Sekian..da~ selamat subuh..

No comments: