FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Tuesday, April 28, 2009

:: mengira detik ::

Salam semua

Pejam celik pejam celik. Kurang dari 48 jan sahaja lagi temasya gilang gemilang acara sukan tahunan pelajar-pelajar Malaysia Jordan akan membuka tirai. Pelbagai perancangan, bermacam strategi dirangka demi melaksanakan penganjuran berprestij tiada tolok tandingnya berbanding episod tahun lalu. Bertungkus lumus kehulu kehilir, bersengkang mata bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dari setinggi-tinggi kedudukan dalam organisasi, hinggalah secikai-cikai jawatan dalam struktur kepimpinan, masing-masing tergalas komitmen tersendiri.

Sekali lagi diulang, tuan rumah betanggungjawab tahun ini adalah terletak pada satu zon kawasan yang dinamakan sebagai MU’TAH. Pekan ( bukan Bandar ) kecil dibawah seliaan majlis perbandaran KARAK, Jordan – kerajaan hashimi. Umumnya berpendapat, mampukah pekan kecil yang disebut juga sebagai PEKAN KOBOI itu mampu menyediakan kemudahan & keselesaan terbaik untuk para atlit & pegawai pegawai pengiring?? Sudah tentulah sebagai manusia, khalifah jua. Kita beriman dengan Allah taala dan baki 5 perkara lain, hendaklah yakin seyakin-yakinnya dengan ayat :-

" لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ " ( البقرة : 286 )

Selain itu, sebagai muslim hakiki juga ( katenya!!! ) kita disaran sangat agar berbaik sangka terhadap teman. Sabda nabi katanya apa..

إياكم والظن؛ فإن الظن أكذب الحديث، ولا تحسسوا، ولا تجسسوا، ولا تنافسوا، ولا تحاسدوا، ولا تباغضوا، ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخواناً

Husnu zon sahajalah yang terbaik. Jika mereka tidak mampu, mengapa mereka berani mengambil risiko sebagai tuan rumah. itu sudah membuktikan, mereka MAMPU sangat mempersembahkan sesuatu yang hebat, besar & menerujakan sebagai ‘sajian’ untuk bakal tetamu yang akan menjangkau seramai 300 orang lebih. Itu pun, tidak termasuk penyokong. Atlit dan pegawai pengiring semata.

Tema atau motto baru yang MUNGKIN boleh digunapakai disana

“…SUKAN di PEKAN, LAWAN itu KAWAN…” Saya datang kerana ukhuwah

Jangan sesekali mudah melatah, cepat melenting. Yang dimaksudkan dengan motto tersebut adalah, Lawan kita di atas gelanggang adalah kawan kita dunia akhirat. Itulah sebenarnya. Apa erti ukhwah yang dilaungkan, andai kesucian kalimah itu dikotori dengan insiden-insiden pencemaran nilai murni yang terkandung dalam kalimah UKHWAH itu.

Eloklah kiranya, kita ganti maksud UKHWAH itu, dengan perkataan biasa. Bukan dari kalimah arab ( bahasa quran al kareem ). Maka, tiadalah malu atau segannya kita bagi menjaja perkataan sekiranya ditukarkan kepada PEKAN, LAWAN & KAWAN. Penggunaan aspek bahasa yang betul juga merupakan elemen terpenting dalam penyampaian sesuatu maksud. Apa faedah, jika mahu menggunakan istilah BOMBASTIK tahap dewata raya, tetapi konsep yang dibawa tidak bertepatan

Di pekan, lawan itu kawan = pelawat ke suatu tempat ( datang bertandang ) mengenali & mengunjungi ahli kawasan ( pekan ). Pada asalnya tidak mengenali antara satu sama lain ( lawan ) membina ikatan persaudaraan disebutkan sebagai UKHWAH ( kawan ).

Memetik kata-kata seorang teman seperjuangan. Sesungguhnya, EMAS ITU TIDAK JAUH DARI KITA ( kontinjen irbid ). Hendak seribu daya, bukan sejuta dalih. Sudah sekian lama kita berlatih, berkorban, bersentap-sentapan, inilah masa kita untuk membuktikan, bahawa apa yang kita lakukan selama ini adalah sesuatu yang berbaloi ( kamdar, MMG BERBALOI~). Walaupun, banyak perkara pada kali ini tidak menyebelahi kita, kita terima & akur atas segalanya. Yang pasti, persembahan bermutu itu yang kita janjikan. Tiada lagi istilah JUARA KAMPUNG, atau PERMAINAN KAMPUNG.

Sekiranya, rezeki masih tidak lagi menyebelahi kita. Anggaplah ia sebagai KAFARAH DOSA atas segala perbuatan kita sebelum berhempas pulas digelanggang sebenar. Boleh jadi kerana berlakunya IKHTILAT antara GENDER. Carut mencaruti satu sama lain. Cakap belakang-belakang ibarat tak ada TESTIS. Tahap Komitmen, kerjasama & disiplin yang rendah. Wujudnya permainan EMOSI yang tidak kena tempat, masa & keadaan. Akhir sekali, kerna fitnah besar memecah belahkan ummat Muhammad SAW. Inilah perkara-perkara yang akan menjadi hijab antara kejayaan dan kegagalan kita. Namun, atas ilmu yakin. Kita merancang, ALLAH juga telah lama merancang. Sesungguhnya, sebaik-baik ketentuan itu dariNYA jua.

ومكروا ومكرالله والله خير الماكرين (ال عمران : 54)

Sekian untuk kali ini. Berpegang pada janji, memikul amanah membawa pulang kejayaan. Mengharumkan nama kontinjen, tugas & tanggungjawab kita semua. Bersama-samalah kita mendoakan skuad atlit kita ke MU’TAH. Ensyallah, tak lari gunung dikejar, tak dalam EMAS digali. Amin ~

KAMI datang BUKAN sekadar TETAMU

Wasalam~

No comments: