FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Thursday, October 16, 2008

:: sama2 kita berdoa ::

Salam semua…

Bismillah, dengan nama ALLAH…

Lama rasenyer x mengepos something here… now aku dalam kesempatan… dengan nada rendah diri dan penuh harapan. Mendoakan agar MAMA ku kembali ke dalam lingkungan kesihatan yang cemerlang. Mampu untuk bekerja n bergerak aktif seumpama insan lain yang tuhan hidupkan dibumi ini.

Tidak sanggup bagiku untuk melihat, mendengar kabaran sedih di sana. YA ALLAH, berikanlah puan NOOR ‘AISHAH ku ini kekuatan. Agar apa yang beliau lalui selama ini adalah terbaik dariMU untuk hamba2 MU yang terpilih. Tetapkanlah hatinya yang menanggung, dan hati kami yang mendoakan. Supaya sentiasa dijalanMU ya ALLAH.



Berikanlah kami petunjuk, hindarkanlah kami dari FITNAH dunia ya ALLAH. Jauhkan kami dari malapetaka, jauhkanlah kami dari HASAD DENGKI…ENGKAU bantulah ibuku. Kuatkan dirinya dengan rahmat dan inayahMU ya ALLAH..

Bagi yang bergembira tatkala insan lain berduka sengsara. Moga tuhan mengampuni segalanya. Ameen ya RABBAL AL AMIN

Sama2lah kita mendoakan mama.. jazakallahu khaira.. pada yg sudi membuat solat hajat dan bacaan yassin. Barakallahu feekum!! Hanya DIA yang tahu membalas ganjaran buat kalian…

****************nota***************

Saya ingin meminta maaf bagi pihak MAMA saye… jika ader berasa tidak senang ngan MAMA saye, kita boleh bawa bincang dengan hati yang terbuka… yang kurang boleh ditambah elok kan. yang lebih boleh dimolekkan…

Buat kawan2 or teman2 yang saye xreply mesej via YM. MSN. SMS mahupun email. Dengan rasa rendah diri. Saye memohon kemaafan. Maaf, saye sedang SERABUT dan xtau ape yg nak n dari mana saye nk mulakan sumthin baru… maaf banyak2!!!, maaf banyak2!!! terima kasih juga buat yg mberi saye ruang untuk ‘berjalan’

Akhirnya, bukan smua yang berlaku boleh dimengerti dan difahami… aku cube mengharungi liku2 jalan yang sama di lalui oleh MAMA… susah senang kita bersama. Itu janji aku buat MAMA… biar org xkenal. Tapi aku kenal & sayang my MAMA… be strong MA!! Luv so much…