Salam n selamat sumer
Juz simple post. Nk ucapkan selamat myambut perayaan DEEPAVALI a.k.a DIWALI celebration tuk semua kaum india yg beragama hindu. 8hb nov 2007... Xkire dmana anda berada. As Malaysian, same2 la kite merasai betapa nikmatnyer sambutan perayaan tatkala berada didalam satu Negara yg bernama MALAYSIA. Sini? Nan ado!! Muehahaha**haruz laa xder kan**
Dengan sambutan bersama2 ini la, mampu mengeratkan serta mengukuhkan agik perpaduan diantara kita didalam satu Negara yg multiraces. Untukmu Malaysia. Gemilang. Cemerlang n terbilang!! **patriotic sgt kan**
sedkit info bout DIWALI...
--dari wikipedia click SINI tuk more info--
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
--nih name dia arrangement of DIYAS. click HERE for more info--
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
--kena ngan maksud DIWALI. warna warni simbahan cahaya. menghangatkan lagik festival sambutan. gambr dri WIKIPEDIA--
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
--owh ini bukan la term menyucikan dri erk. ini adalah term menghias diri di hari perayaan. gambar dri WIKIPEDIA--
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
yg kt bawh nih lak makanan2 lazim tym DIWALI. ader byk, nih la sebahagian yg popular. n penah aku dengar. rase pon penah gak, tapi xder sumer yg ader kt bwh nih kan... heheheh
No comments:
Post a Comment