FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Thursday, April 21, 2011

:: puak2 lebai ::

Salam semua

Setuju atau tidak. Kita boleh mengacah pisau ketengkuk orang tuk sebaris dengan kita. Kerna dlm diri dan jiwa mnusia itu berbeza-beza penilaian. Dalam dunia nih. Tiada yang salah-bagi pandangan aku kerna betul atau tidak ia kerna kegagalan menelaah sesuatu situasi itu. Bila kita kata gagal. Bermakna ada atas bawah yang tidak kena. Mungkin terlepas pandang atau ia terlalu besar untuk kita sendiri ambil sebagai isu yang mampo kita carry.

Siapa sahaja dimana sahaja. Semua orang hendak dirinya diangkat tinggi. Setinggi langit. Berada pada kedudukan yang utuh, seutuh arash tuhan. Tidak mahu sedikit pun jatuh atau ‘menjatuhkan’ diri pada kedudukan rendah bagi merasakan warna warni kehidupan walaupon hanya seketika. Bangga dan gembira dijulang melambung-lambung. SUM3AH katenye!! Haruzzz leeeeh d jaga. Walaaaaupooooon*

Dalam kehangatan minggu pilihan raya persatuan ini. Aku nak bawa rakan yang berpersatuan sekelian untuk menilai beberapa prestasi. Memandang beberapa potensi & berani membuat eksplorasi beberapa aspek yang sebenarnya, telah lama ada dalam persatuan. Tetapi semuanya, ibarat ditangan jinjing jatuh, berciciran pulak yang dikendong dik badan.

Suatu yang lumrah dalam struktur organisasi mana-mana pon. Board manager, atau pelaksana sesuatu gerak kerja. Mesti diambil dari orang-orang yang sendiri kita kenal, rapat & ‘taat’… sesiapa yang ade EK skit. KOMPem ditolak tepi. Atau yang lebih2 banyak cengkadak. Sah2, terus diPERSETANkan sampai kesudah… itu mmg habit semula jadi seorang pemimpin. Dia akan bersama orang2 yang boleh di eksploitasi… mana-mana pihak yang solid.. haramlah nak diterima pakai. Biarpon dia sendiri tahu, yang dia tolak itu merupakan asset berharga untuk dia.

Hal ini tidak jauh berbeza dengan pola politik di PERMAI ini. Penuh dan saratlah aktiviti program & acara tiap2 minggu. Ilmiah tak ilmiah nyer… ko-KO xko-KO nye ( kegiatan luar dri konsep liqa & talaqi )… program cukup bersepah.. ibarat ulat sampah….kalo dalam bahasa pasarnya. Cam ulat taik… tapi mane letaknya relevan nye kalo setiap yang dilaksanakan ini adalah dari corak dan pattern yang sama serta sepesyen jer laaa. Xde warna dan rencah langsung.

Bagi mereka(pendapat saya)… orang2 akademik hanya untuk orang akademik. Orang aji2, lebai2 nih hanya untuk puak lebai2 serban2 sahaja. Jika kita bukan pattern yang serupa dengan mereka. Jangan mimpi la kita ini akan ditarik tuk menyertai betapa manisnya gerak kerja bersama.

Boleh jadi bergerak sesame. Tetapi!!! Bila seorang demi seorang jadi ANJING… da tersepit. Baru la terhegeh2 nyalak, terlolong2… gagau sana, gagau sini cari orang bantu. Akhirnya, yang di BUTUHkan itu sendir merupakan dari set buangan n set ludahan mereka pada awal pelaksanaan sesuatu acara.

Wednesday, April 20, 2011

::Kenapa bowling dalam diri aku::

Salam semua

Kerap kali orang luar berkata.

Apalah sangat main boling tuh. Bukan keluar peluh pon. Xde stamina dan tenaga langsung. Main la bola ke, futsal ke ape ke… baru lah lelaki… eleh!! Stakat boling ape barang bro!!!

Well, xde barang ape2 pon boling nih…sbb aku bukan bermain atas penggunaan stamina atau tenaga, tapi aq bermain dlm bagaimana nak kawal minda n emosi… dalam keadaan yang tertutup (sudah tentu tenpin boling dalam kwasan tertutup kan) kawasan yang punyai limitasi kecil dan Radius yang tidak sebegituh luas. Ia sebenarnya merupakan factor penambahan tekanan terhadap emosi n mental…

Memandangkan aku punyai permasalahan dalam perkara ini. Maka, sukan yang cocok bagi aku adalah boling. Kerna aku xperlukan ruang yang terbuka untuk showoff didepan puluhan umat, malahan ratusan manusia yang aku ni sebenarnya raja gelanggang, sedangkan tiada apa pon yang boleh dipertontonkan.

Biarpon aq sebagai lelaki. Yang bermain sukan yang katanye tidak berapa nak kearah kelakian. Tetapi aku tidak malu dengan kebanggaan diri yang kononnye bias beraksi didepan khalayak yang pengakhirannya merupakan satu kekecewaan. Bukan sahaja empunya diri milik keegoan. Malah hadirin2 yang bersemangat waja melihat persembahan. Secara tidak langsung seolah-olah dipebodohkan dengan gaya lagak sang kucing yang memtertawakan ayam jantan ( kaki yang atas stoking, bawah tidak apa2 alas) sedangkang dia yang ‘kucing’ lupa sebenarnya dia adalah makhluk yang tidak perasan punyai 2 telor yang terjojol dibelakangnya. I

Itulah symbol pemain bola dalam kasus ini yang acapkali memperlekehkan sukan lain. Kerna hanya yang menceburi sukan lain itu bukan jantan, dengan mempamerkan kejantanan(telor) itu tadi. Maka, ia sebenarnya lelaki(kah?!!)

Kawan-kawan yang bersukan

Saya punyai alasan motivasi yang kuat kenapa sukan boling ini saya amik sebagai makan minum pagi petang saya. Pendorong yang dekat dengan kita semua. Saya berikan contohnya disini.( irbid, Jordan )

Sejarah sukan boling dijordan. Bermula pada musim sejuk 2008. Sekitar bulan februari. Idea mengadakan kejohanan boling ini digagaskan oleh saya sendiri dan dibantu oleh beberapa orang yang kebetulan juga meminati sukan ‘tidak berapa lelaki’ ini. Hanya dengan cetusan idea yang kurang dalam 3jam. Terus kami merangka satu tournament yang melibatkan semua pelajar Malaysia di IRBID. PERMAI lah kan!! Xkan persatuan2 lain kot. Mampu ke nak ajak dan jemput mereka bersama kita… sukan ini wajah kita. Bukan wajah depa.*sigh*

Ada sahaja idea untuk menjemput peserta luar irbid untuk bertanding. Tetapi kami tidak punyai kos tambahan untuk menampungg segala perbelanjaan mereka. Kerana setiap yang kami lakukan dalam boling 100% dari poket sendiri. Mula dari tambang bas hinggalah ke bayaran boling itu sendiri.. makan minum tidak perlu dikatalah. Almaklum sahajalah… temanya, sendiri mau hidup.. Jgn nk nyusahkan orang lain dan datangkan kesusahan pada orang…

Bermula dari kejohanan musim sejuk itu hinggalah beberapa siri kejohanan yang menyusul, kami lakukan diMUKHTAR MALL amman( adik2 baru mungkin tidak familiar tempat2 gini kot) yang dikenali dan sering jadi kunjungan adalah city & mecca mall jer kan. Tambahan pulak, zaman kini masing2 punyai belanjawan yang melebihi had yang mampoo.. tidak hairanlah. Mall2 kecik ini tidak dikenali. Huhuhu

Berbalik pada boling tadi.. format permainan kami sudah tentu 10 pin tab. ( sepuluh pin ). Kejohanan sulung kami main 6games. 6 sepasukan. Bermakna. Dalam pasukan itu punyai 2 regu trio dan 3 regu duo. Setiap acara duo. Trio & kumpulan peserta bermain sebanyak 2 games. Manakala untuk acara individu pula, hanya 10 peserta terbaik akan bermain dalam merebut title perseorangan. Main sebanyak 2 games juga…

Bermakna. Bagi mereka yang lepas hingga ke top 10. Mereka akan bermain sebanyak 8 games.

Format2 perlawanan setiap siri kejohanan adalah berbeza2. Dan mengikut bilangan peserta & penglibatan( komitmen). Dan semua kejohanan yang dibuat diamman punyai juara yang berbeza2.. dan bermula dari sini lah. Cerita kenapa saya hidup dengan boling akan dinukilkan~

1st tournament.. juara sulung kita yang semestinya saya segani.. saudara matnor. Pelajar pergigian tahun 4 skrg… kemenangan beliau menyapu semua pingat emas. Menyebabkan saya ‘berdendam’ hingga kini.kerna ketika itu, saya hanya mampu raih pingat gangsa sahaja…

Kenapa dia boleh dapat semua kemenangan sedangkan saya tidak boleh. Sedangkan kita ini semua sama jer.(manusia) itu yang saya letakkan dalam diri hingga ke hari ini. Jika dia boleh, kenapa tidak kita?!!! Itu persoalannya.

Bagi berlaku adil dengan emosi sendiri. Saya merangka kejohanan seterusnya. Kali ini, reputasi pemenang sulung sudah tidak berapa nak menyerlah, datang muka2 baru dalam senarai pemenang pingat. Saudara rahmat. & amirul amin.. sekali lagi saya, tidak dalam pingat EMAS dlm acara individu. Saye agak terkilan sedangkan ianya sesuatu yang sangat hampir bagi saya. Cuma saya sendiri yang tidak bijak gunakan kekuatan mental. Betapa ruginya saya ketika itu…

Selain acara individu, saya raih pingat emas. Alhamdulillah.. tapi itu bukan matlamat saya, kerna dalam acara berpasukan. Atau lebih dri kita seorang. Menang emas bagaimana pon. Itu bukan mutlak(dalam game) milik kita. Kerna factor kesungguhan teman2 sepasukan merupakan antara elemen pendorong kearah kejayaan. Tidak adil jika usaha mereka yang bersama kita itu kita nafikan…

Dan, ape yang janjikan pada rakan sepasukan saya seperti biasa,

“…jika korang team dengan aku, aku janji boleh bagi pingat kat korang sebagai balas jasa baik korang yang sudi bersama dengan aku,. Spent time n tenaga…”

Ini adalah kesan didikan yang dulu saya perolehi di sek rendah dulu ( sekolah cina, bukan kebangsaan). Moral nya : sebagai manusia kita Melihat dan menghargai setiap potensi diri yang ada…

Setelah tewas & gagal peroleh pingat emas pasa 2 kali kejohanan… saya tidak berputus asa.. saya yakin., usaha tangga kejayaan. Usaha punya usaha. Dalam next tournament. Saya Berjaya menempatkan diri dalam top bowlers. Bukan kedua atau ketiga. Tapi ranking teratas. Bermula dari musim panas 2009. kejohanan bersama BKASJ Selangor Jordan… badan kebajikan anak negeri Melaka. Majlis perpisahan kak rini & abg shah ( pegawai kedutaan) dan sebagainya. Saya terus dan masih berada di top list pemain boling irbid ( Jordan )

Begitulah sedikit sebanyak, kenapa saya hidup dengan boling. Semua nya bertitik tolak dari DENDAM yang saya tanamkan dalam diri… yang saya mahukan, sebelum saya pulang ke Malaysia. Saya mahu lakukan permainan revenge dengan pemenang sulung kejohanan boling pertama dalam PERMAI. Lawan saudara matnor… coz on dat time. Saye terpikir. Kenapa dia hebat sangat?!! Kenapa saya tidak boleh dapat satu pingat emas pon… apakan daya. Tuhan mahu saya berusaha dari bawah tuk rasa betapa manisnya kejayaan hari ini…

>setiap sukan ade seni & gaya nya… cubalah berlaku adil…

>belajar untuk menghargai orang yang bersukan ibarat menghargai betapa besarnya rahmat tuhan yang memberikan bakat kepadanya…

Sekian. Wallahua3lam