FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Wednesday, May 06, 2009

:: new stuff ::

Salam semua

Transformasi menjelang final xm. Tema aku, berkorban, selasa & Berjaya. Yeah.. yeah.. yeah.. akhirnya aku dapat gak beli tilam idaman aku. Tilam spring. Lantas terus melakukan perubahan kecil dalam bilik aku. Alih meja, almari & kedudukan tilam.

Berkorban… aku mesti berkorban kalo aku xmoh terkorban sem ini. Janji & ikrar kt diri sendiri nih. Kena berpuasa dri duk hadap laptop. Layan reality tv & surf tenet. Kalo dulu sejam hadap tenet, kali nih rubu3 jam sajork.*poyoz!*. but I’ll try camne nanti. But ikut pengalaman lepas, ensyallah xde masalah tuk ‘poser2’ nih. Ahakz!



Laptop jauh dri tilam. Buku-buku tuk study pon department lain. Ensyallah segala berjalan lancar. Aku mampu! Aku boleh. Sekejap je pon nk menahan diri nih. After 2nd june, buat la ape kamo suka. Nak Berjaya kena ada usaha kearah keberjayaan, mahu seribu daya, xmoh sejuta dalih.

Start final 20th may 2009. Wuarrrrgh!! Revision xbuat lagi. Assignment ( summary ) xkemaskan lagi. Masaklah aku pasni. Camne la gamaknya result aku sem nih. Huh! Orang lain gempaq ( result ) beb. Aku??! Xpe2.. lain orang lain pendekatan nyer. Segalanya boleh terjadi dalam dewan xm nnt. Aku yakin. Aku boleh. Heheh. Konfiden je kan! kang xdapat ape2 karang. Frust n tension xhengat. Miehahaha

Selesa… dengan transformasi bilik ini. Aku selesa & tenteram dengan BUKU yang bakal ditelaah tuk final xm nnt. Abaikan dunia cyber for a while. Kita ada keawlawiyatan. Utamakan impian, dari keperluan. Eheks!! Ayat xley blah.

Jauh laptop dari tilam, dan kedudukan meja belajar mesra buku, ia menjadi Formula wujudnye MOOD study yang berkesan selain dari kesedaran untuk Berjaya. Bagi Setengah orang, susunan bilik merupakan elemen penting untuk dia menyerap kuasa sebagai pemangkin keaktifan ( study terutamanya ), setengah orang, dok la dalam keadaan ( suasana ) camne pon, ader dia KESAH??! Xde kesah der. Ahakz



Bile suasana selesa, tenteram & PERMAI. Barulah jiwa nak melayan buku tuh ade, TERAPI MINDA namenya. Huhu. Aku ader satu mende lagi yang tak siap lagi kat bilik. Tona warna. Bila la nk mengecat bilik putih ini. Huh! Plan punya la da lama nk cat kaler itum kaler ini. Bile nk start pon xtau r. rase2nya before final nih kot. make all of it done. Aku nk environment baru, fresh & layannn.

Cabut & tanggalkan semua banners, posters, pics & reminders yg tertampal kt dinding. Ganti softboard ngan design baru. Infoboard aku nih da 4 tahun da. Huh! Xtukar pon. Sayang lak nk ganti. Heheh. Walaupon!!! Basic je…

Nak try konsep BLACK & white. Base hitam, touchup putih. Nih just plan awal. Xtau la tetibe nk bertukar lain ke ape kan. heheh. Kepala gile2 nih, mmg susah nak ramal. Kan!! katenya..



Aku kan, bukan ape. Nak hirelah beberapa orang tuk berAMAL JARIAH ngan aku. Siapa nk tolong aq cat bilik. Nanti aku masak best2 tuk korunk. Ahakz! Tempat & tawaran terhad. Xmoh ramai-ramai. Hikz. Siapa yang sudi membantu. Ley r menurunkan persetujuan ek. Kt cnie ( tagBOARD ), ym @ sms. Hehe. Matila bilik sendiri pon orang len nk kena buatkan. Hehehe

Berbaloikah berjauhan dengan laptop. Dekatkan meja study. & bertransformasi??! Hanya masa yang akan menentukan, redha & rahmat tuhan itu aku harapkan. Niat kena betul beb. LILLAH TAALA. Tetap kan!! ALLAH DIHATI walau dimana kita berada. Barulah xmalu claim a3bid sejati & mukhlisinalahuddin.

Sekian tuk kali nih. Selamat berXM final for dis sem. Duit rakyat tuh amanah. TAPI amanah dengan tuhan janganlah kita abaikan lak. Dok sebuk nk berjaga amanah manusia. PENCIPTA sendiri kaw lupa kan!! elok nye diKAKIkan ajer. Jadilah hamba yang bersyukur. Konsepnya.

وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد

ابراهيم :7

Wallahu taa3la a3lam.

Tuesday, May 05, 2009

Salam semua

1st of all. Mintak maaf banyak-banyak kat ma adik. FATIN. Lupa nk wish birthday dia. Hehehe. Patutlah cam ade yang xkena je, ghuper2nya. Ade mende aku xbuat ( wish besday ). Pas tengok2 pic family, baru aku teringat. Huh! Ape daaaa! Besday orang lain ley ingat, adik sendiri sudah lupa daaaaa. Sengal gilos! Ahakz.

Name diberi, NUR FATIN NAJWA. Berapa ramai daaaa nama FATIN yang aku kenal nih. Bersepah-sepah. Kemana pergi pon, FATIN ader je. Komersial sangat namanya kan! Ahakz!!! Wutever.. selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 18. Pada 3hb mei lalu. Wuarrrrrrrrrrrrrghh!! Aku xley terima yang aku lupa. Besday adik aku. Huh!!

Atas kelupaan aku, dia nak mansuhkan pembayaran bil tepon bulan lepas ( april ). Owh no.. da pakai bil, xreti nk bayar. Sesuka hati je kan. aku ganti adiah mansuhkan bil tuh dengan ZARA 2009 summer collections. Bil tetap kena bayar, hadiah lain cerita, bil lain kesah. Huhuh. Aku xsuka kalo no kena block nih. So, better ganti je aku nye kesalahan, ngan baju. Hehehe. Nama aku xblack list… kuikuikui

Balik msia bulan 6 nih. Abang beli baju. Deal??! Ko kena bayar gak bil, no ngelat-ngelat. Dulu mama ada, ko ley ngelat-ngelat. Ngan abang xder. Ahakz!!! Pandai guna, pandai bayau. Huhu. Kalo x, abang yang tarik balik phone n no tuh. Coz 2-2 atas nama abang. Hehehe

Sekali lagi, happy belated besday to u. sorry, coz abang terlupa sangat2. Semoga Berjaya menjadi anak perempuan yang setabah mama. Sekuat puan nooraishah. Jaga diri leklok, jaga abah. Jaga nama baik family. Sweet 18.


--kiri : NURFATINI ATIQAH, kanan : NUR FATINI NAJWA--

Entry 2 in 1, dalam kesempatan yang ada ini juga, aku nk ucapkan tahniah ( dok sibuk ngan tahniahkan orang je ) family sendiri xder kan!! aper cerita. Ahakz! Buat ma little gurl, NUR FATINI ATIQAH. Congratz coz dapat wakil mssd dalam acara VOLLEYBALL. Nih da melawan tokey da nih. Main sampai MSSD. Huh! Mane aci… sukan, sukan gakz. Study n pelajaran jangan sekali lupa. Once pelajaran terganggu, abang sendiri yang akan mohon pengguguran nama sebagai atlit sekolah atau pon wakil MSSD.

Nak main, biar main betul-betul.. nak belajar biar belajar betul betul… bak pesan mama, nak setengah2 xder. BOOOO LAYAN!!!

Xsangke pon yang dak kecik sorang nih dapat wakil MSSD. Terer sangat ke adik aku sorang nih. Tengok lembik jer ( layu jer ). But who’s know kan. pasif dimata kita, aktif di khalayak ramai. Jangan jadi cam aku. Apa-apa peringkat pertandingan pon la, skali ader MAMA datang bagi moral support. Sah…! Sah…! Aku terkedu seribu bahasa, terkaku sejuta gaya. Memang xley buat ape… memang itu tebiat nyer.

Syarahan peringat negeri darjah 4. Mama datang. Aku sepatah haram xdapat lafazkan, walhal text dah hafal lancar. Sebab pe?? Mama depan stage. Betul-betul depan aku. Ishhh, xley aku!!! Peluang kali ke-2 tetap ade, aku dpt naik stage lagi. Tapi kali nih, mama tunggu kt luar. Alhamdulillah. Aku Berjaya. Hehehe.

Cth kat sek menengah lak, time hari sukan. Masuk 4x400m. xboleh lari, kaki cam da kena pasak. Coz mama dok tepi padang tengok anak bujang dia nak berlari. Sebaik ader cikgu yang sememang nyer rapat ngan aku n kenal mama. Dia ajak mama g kantin sekolah. Habis acara 4x400m. aku bawak silver medal. Kenangan & aura mama membuatkan aku jadi AIS, xtau la nape… setiap manusia ada kekuatan, ade kelemahan. Wallahua3lam.

Buat TINI ( NUR FATINI ATIQAH ). Abang doakan tini Berjaya dalam pertandingan akan datang. Semoga cita-cita menjadi pemain bola tampar handalan tercapai. Abang akan selalu support tini.ensyallah..

:: kita IRBIDIAN ::

salam semua

ini adalah post khas untuk WARGA PERMAI yang telah berusahah gigih. Demi memastikan kejuaraan KARISMA09 adalah milik kita. Seperti sedia maklum, jalan ke karisma09 bukanlah satu yang mudah. Kita hadapi pelbagai cabaran, tohmahan & salah faham, sehingga ada antara kita yang berketat-ketat muka. Itulah rencah, warna-warna meghadapi hari-hari insani. Semalam kita di atas, hari ini tidak mustahil kita di bawah. Esok lusa tiada siapa tahu.

Semalam nk meletakkan post ini. Tapi xsempat la pulak. Dok sibuk ke AMMAN ada urusan rasmi. Heeee! Geram tul dok Negara yang banyak birokrasi ni, cengkadak sana sini. hengat kita nih, masa untuk dia je ke. Belambak-lambak lagi kerja lain. Dia leh lak nk suh hebohkan dia 24jam. Haiyooooh!! Mati r camni. Study lagik, ibadat lagik ( TETAP!! ), bersosial lagik. Huh… mengganggu jadual harian betul la. Ehekz!!!

Kita dapat ( hasil ) ape yang kita usahakan selama ini. Itulah dia bayaran yang tertebus. Mula dari berlabuhnya tirai KARISMA08 ( kali pertama di IRBID ), hinggalah detik KARISMA09, kita telah berusaha habis-habisan, bagi memastikan kita adalah sebenar juara. Bukan lagi TOWN MAID atau TOWN BOY. Kita main ade style, kita layan game ada cara. Itu style siapa, kalo bukan style kita. Welldone guyz. Gudjob!!!

Bukan ape, tercabar ngan tohmahan tahun lalu. Kita ( irbid ) dilabelkan as main cara KAMPUNG. Huh!! Ok. Kita terima. Dan kali ini, kita bawa satu dimensi baru, kami bukan lagi seperti yang mereka katakan. Kita xperlu nk melenting, kita xperlu nak hangin. Kerna ia merupakan titik tolak pemangkin sebagai, bagi membuktikan tiada makna permainan cara kampong dalam atlit kita. Akhirnya, kita Berjaya membuka mata-mata mereka yang terbabit. Alhamdulillah.

Once tahun lalu, kena jer panahan cenggituh. Terus kami pasangkan iltizam & tekad. Kita bukan pemain kampong ( cara ). Kami ikut rules, kami study games, kami dalami ape itu SUKAN. Akhirnya, kata-kata pembakar itu membuat kami di MERCU pada tahun ini. Terima kasih kerna menyedarkan kekampungan dalam permainan kami.

Ketua & ketuah kontijen

2009, merupakan tahun paling bermakna untuk 2 orang yang bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan sukan irbid dpersada KARISMA, penganjuran sukan tertinggi bagi pelajar-pelajar Malaysia Jordan. Kemana pergi sahaja, pasti meniti dibibir pelajar-pelajar kita, hendak beraksi di medan KARISMA. Ibarat karisma ni OLIMPIK ( YANG HADO!!! ) la.. tengok standard JORDAN la kan. Boleh laaaa, dari xde langsung program yang bisa menyatukan umat, ini pon jadilaaaa. WALAUPON!!! *xmoh cakap* ___________________________ fill da blank.

Hampir sebulan lebih mereka ( ketua & ketuah ) ini memikul amanah. Pelbagai cabaran & dugaan yang depa hadapi. Sekecil-kecil isu, hingga sesentap-sentap perkara. Itu semua bagi mereka BIASE JERRR. Redah sudah. Layan jer. kerenah manusia pelbagai. Hati manusia juga sukar untuk dijangkan. Banyaknya mereka telah menjaga hati-hati yang xmahu mereka lukakan. Lantas konsep utamanya adalah. Sami3na. wa a tho’na.

Khairul jafni & kak sumaiyah ( name glame nak kew??! ). Satu penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah diberikan buat kalian. Komitmen & usahasama korunk memang 1st class. Setakat nih xjumpa lagik orang dalam PERMAI ni yang beriya-iya tuk memastikan anak-anak buah ( dalam sukan sebegini ) benar-benar bersedia, mental, fizikal dan emosi. Untuk tahun depan, masih boleh dilobikan lagi nih. Ahakz! Xkesah lah last year atau ape. Yang penting pembahagian masa.*matila aku*

Terharu dengan pengorbanan. 24 jam ‘menghambakan’ diri dengan tanggungjawab. Kehulu kebaruk, xtentu hala dibuatnya oleh dak2 nih. Pening kepala. Memikirkan yang terbaik. Ape yang perlu diputuskan, ape yang perlu dilakukan, itu semua aku ada bersama. Aku sendiri yang tengok betapa bersusah payahnya ketua kontijen, siang malam pagi petang subuh senja. Duk berusah keras demi anak-anak buah dia.

Seawal pagi da keluar ke BALAD, malam sanggup diredah. Masa tido xyah cakap. Bersengkang mata dok menjahit logo. Makan minum xteratur. Ade orang lain KESAH??! Siapa yang dekat ngan keadaan itu, maka dia lebih merasai. Huhuh. Kagum aku. Bangga aku ngan ketua kontijen tahun ini. Tak senang nak senang, tak susah nak susah. Kita buat, dia bukan dia buat kita.

Presiden PZ

Semarak karisma bukan hanya tertumpu pada atlit semata, malah semangat UKHUWAH dalam sukan ini jua dikongsi oleh presiden PERMAI kita, ahmad faiz a.k.a BAHA. Belum ada lagik dalam sejarah PERMAI ( sepanjang keberadaan aku ). Punyai pemimpin tertinggi cam BAHA. Yerlaaa, mungkin orang kata,

“…dulu-dulu mana de KARISMA. Terimaaaa je laaaa, so ko ( aku ) xley buat penilaian camtuh…”

Hellllooo. Ini pandangan aku. Yang kamo tetibe cam nk defence past president pesai apa. Haih!! Kan da mula nk bebel nih. Ahakz! Kalo xder karisma pon. Berapa banyak sangat program luar ( bukan ilmiah ) yang presiden2 dulu join. Habaq mai. Hamboooooi. Miehahahha. Better stop kt cnie. Done~

“…Xdpt apa-apa( EMAS ), aku balik ( awal )…” Kata mula-mula BAHA kt atlit

Alih2, kuasa tuhan. Tiada siapa tahu. Emas pertama melalui badminton perempuan. Da satu emas da. Emas kedua, acara pingpong perempuan. Dan emas ketiga ( unofficial announced ) from volleyball lelaki. Dari awal, memang menjangkakan volleyball akan menang ( prestasi last year ngan dis year totally jauh berbeza ). Dapat je 3 emas nih.

“…aku xjadi balik. Coz ni ada harapan cerah tuk menang banyak lagi ni…”

Maka, bersamalah baha dengan atlit irbid berkampung semalam lagik dimu’tah. Padan muka. Xley balik. Kena ikut gak perkembangan semasa anak-anak buat beraksi dipadang & gelanggang. Sebelum tuh. Emas terakhir hari pertama. Acara pingpong lelaki. Laki perempuan sapu bersih acara pingpong. Tabik spring!!!

Permainan & pemain

Generally, peningkatan yang memberansangkan untuk semua acara permainan. Tak perlu pon lihat pada pingat dibawa pulang. Cukuplah dengan gaya tersendiri bila menghadapi lawan. Jika tak ada gaya, masakan pingat bisa berada dalam genggaman? Dari kilauan emas, ke perak & gangsa. Itu semua usaha. Kita hargai diri kita as pemain dengan usaha & daya yang curahkan di atas gelanggang & padang. As simple as dat.

Pemain-pemain kita semua berKARISMA, sejajar nama penganjuran. Kita tepati tema, kita patuhi etika & kejayaan itulah milik kita. Tidak dinafikan, emosi tetap menjadi elemen terpenting ketika kita menghadapi cabaran, namun ia hanyalah sebahagian kecil yang tidak menjadi kudis pon. As long daya tahan yang ampuh, segalanya mampu & sudah kita atasi. Siapa lagi jika bukan kita yang JUARA.

Clean games, itu yang dititikberatkan. Dulu kita heboh pukul canang, main ala kadar, tapi tidak pada kali ini. Rata-rata faham dengan permainan, rata pandai kawal situasi. Tak sia-sia keringat, masa & tenaga dok mendownlod tip-tip dan skill game tertentu. Effort rewarded!! Wut u give u’ll get back. Keadilan tuhan itu PASTI kerana ALLAH tidak zalim.

Lembaran baru akan dibuka untuk temasya akan datang. Kita lihat bagaimana cara & politiknya mereka menganjurkan ( termasuk irbid jika as tuan rumah ). Pastinya, semangat mempertahankan piala, nama & gelaran antara yang menjadi keutamaan. Ingat senang ke nak beri kemenangan??? menang biar bermaruah, kecundang jua atas nama maruah yang tinggi.

Sekian~

Sunday, May 03, 2009

:: muhasabah sepintas lalu ::

Salam semua

Setelah kita pergi, selesai sudah perjuangan di medan gelanggang. Lembaran baru pula akan dibuka. Karisma09 telah melabuhkan tirainya. 30 april – 2 mei 2009, menjadi saksi, Betapa enaknya UKHUWAH yang dicanang selama berbulan-bulan di bumi JORDAN ini. Episode suka duka sememang asam garam. Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi pon perkara lazim. Inilah dia antara medium muhasabah. Akal & minda yang sehat sahaja bisa menerima. Xley nak terima xpe. Xkesah je. Ini pon muhasabah namanya. Mungkin take time ckit tuk menerima. Biasalah, taufiq & hidayah nih dari tuhan. Siapalah kita nak paksa-paksa hati orang bagi menerima sesuatu kan.

إنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أحْبَبْتَ وَلَكِنَّ الله يَهْدي مَنْ يشاء وَهُوَ أعْلَمُ بالمُهْتَدينَ (القصص:56 )

وإنك لتهدي إلى صراط مستقيم

(الشورى : 52 )

Aku suka dengan cerita pahat & penukul nih. Coz kita boleh dilihat ape yang lebih apa yang kureng itu sebab kenapa perlu adanya MUHASABAH. Keseluruhannya, aku mengatakan karisma09, mu’tah. BELUM BEGITU bersedia menganjurkan temasya bercorak kesukanan sebegini. Untuk ilmiah, ia mungkin BAGUS dan sesuai. Atas factor suasana & keadaan. Setiap sesuatu pasti ade pro & cons nyer. Ape2 pon, berbalik pada diri sendiri. Camana nk membuat penilaian. Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan.

Percubaan yang baik. CREDIT tuk mu’tah… pasti, tamat jer kalimah

“…kite jumpa lagi ditahun hadapan…” oleh pengerusi majlis. Rata-rata AJK pelaksana menarik nafaz dalam & panjang. Mengatakan

“…huh! Habis (tamat ) gak KARISMA kali nih…”

Mana-mana pergi pon la… orang yang tertungkus lumus dalam ape jua bentuk majlis, akan set dalam minda.

“…cepatlaaa abis program nih…”

Lagi banyak masa digunakan, makin akan ader banyak masalah yang timbul. Lelagik buat set2 yang MMG XRETI nk buat backup plan. Boleh jadi kucar-kacir dibuatnya. Berserabut kepala nak cover itu, nak backup ini. Ingat senang ke nak manage satu temasya berkapasiti besar (segi penyediaan tempat )… waaaaalaupon!! *propah sgt *

Perkara pertama yang nak disebut selaku pemerhati & peserta. Ececece. Poyoz lak. Uhukz!! Mestila sebut. Buat pe cakap belakang-belakang. Kun rujulan r beb!!! Nak menegatifkan atau mempositifkan perkara yang disebut, itu terpulang. Yang penting kita bersuara untuk mashlahah semua. Hari ini, & untuk akan datang juga.

Vanue perlawanan. 5 bintang, aku bagi 2.5 jer… alangkah baiknya, sebelum mana-mana perlawanan bermula, kita menyelia gelanggang supaya dalam keadaan baik untuk peserta @ atlit. Ini jua sebahagian mencerminkan imej tuan rumah. gelanggang bola tampar contohnya, xubah seperti gudang tinggalan 10 tahun. Berharap, tuk next penganjuran. AJK berkenaan dengan vanue dan lokasi, dapat membuat persiapan 1st class tuk pengunjung.

Tempat tinggal xusah sebut. Kira Alhamdulillah. Selesa + layanan baik. Keep dis bond ( ukhuwah ) sampei ke akhir masa kita bersama… aku tolak tepi isu peribadi, coz aku datang kerana tanggungjawab. Aku menggalas amanah selaku ketua kumpulan. Atas sokongan kawan-kawan jua, aku Berjaya membawa anak-anak buah ke peringkat terbaik. Buat apalah nk bikin kecoh. Pokok utama karisma09 is UKHUWAH, ape guna as khalifah dibumi ALLAH kalo nk menjahannamkan hubungan orang lain.

Kedua. Soal masa. Huh! Xyah kata kat mu’tah la.. kat irbid pon sama gakz. Da katanya TEBIAT. Mmg xley nk ubah. Awk jadual terang awal-awal diedarkan. Boleh lagik terhegeh-hegeh. Terkial-kial ibarat xde ape berlaku. Ingat kita ke sana ( mu’tah ) nih makan angin ke. Suka buang masa. Majlis atas kertas start kul 7 pagi. Kul 630 kumpul. Dia kul 615 xbangun2 lagik. Haih! Subuh xsubuh tuh xyah cakaplah. Husnu zon sajork sudeh. Buat malu jer. sian kat tuan rumah. nak hebohkan kaw sorang. ( yang lambat2 ni ) :: khas tuk warga irbid ::

Kekadang, kita da plan baik punya. Tapi disebabkan dik mahu menunggu orang-orang tertentu, ajk-ajk terbabit mula gelisah, tengok lengan, belek jam. Dalam kepala bermain

“…bila nk start nih… org da lama tunggu nih…”

Well, itulah dia cabarannya jika ia melibatkan sesuatu yang besar. Nak buat camne kan. Siapalah kita dimata mereka. Hanya menurut perintah. Akur dengan kehendak. Slack jer… kena, walhal bukan punca dari kita. Sabar je la kan. Huh~

Ketiga, perkara kecil tapi ia bisa menjadi satu impak yang besar. Kita kata KARISMA09 satu program yang mahaBESAR kekdahnya kan, agak kecewa dengan banner & kain rentang dalam dewan semasa perasmian. Menggunakan tulisan tangan - tidak seragam, cakar ayam, & paling yang hendak dititikberatkan adalah kesan langsung PPSMI. Ahakz!! EJAAN salah… sponsored (ditaja oleh ) dieja SPONSERED. Nih bukan hendak menunjuk pandai atau apa ok. Just menegur secara ilmiah. Kebarangkalian melakukan kesalahan ketika menulis dengan tangan adalah tinggi berbanding computer printed.

“… kita buat dia, bukan dia buat kita…”

Kehakiman… ada mantiqah yang hanya membariskan pemain yang skadar tangkap muat. Xtau ape2 rules. Xtau peraturan, xtau etika. Main sebat jer. problem akan terjadi bila kita menarik mereka-mereka yang HANYA tahu main, tapi TAK TAHU peraturan sebagai juri @ hakim. Kan awal-awal da cakap, setiap kontinjen hendaklah menghantar 2 orang sebagai hakim bagi setiap permainan. If da tahu awak as hakim yang dipilih. U suppose to study about da rules. Ape salahnya, spend a bit time tuk bukak laman rasmi game berkenaan. As simple as that. Jadi xfaham. When u sendiri tak master on dat game ( peraturan ). Nak main je tahu.. tapi, prinsip2 dalam permainan xmoh ikut.

Ibarat solat lah sebagai contoh. Wah, kan main la 24jam sehari semalam tonggang tonggek menyembah ALLAH yang satu. But, principals in solah such toma’ninah xjaga. So, ia boleh merosakkan kesempurnaan solat. Da xsempurna, hilang rukun minal arkan. Solat tidak sah. Just menyampaikan pesanan. Dat’s all. Kamo buat begitu, kamo mengganggu permainan orang. Kesal~

Makanan… hahahahha :: guling- guling :: awal-awal lagik. Da kena warning jangan letak dalam blog. So, aku nk letak gakz. Ahakz! Kate nk nilaitimbang ( muhasabah ) balik. So inilah fungsinya dibuka ruang MELUAHKAN PERASAAN. Hehehe. Nasik xberapa masak ( agak mentah ).. teringat lagu bangau owh bangau. Ala-ala tepi sawah padi. Hujan lebat menimpa kayu api, basah tak dapat nk membakar, lantas proses memasak pon agak terbantut. ( kanak-kanak sangat ).

Atau, xader air kot.( cube nk berseloroh +ve ) So nasik xley nk welldone, almaklum jer laaa. Bumi Jordan nih kan. Air ibarat EMAS, intan berlian. Guna sikit takut hilang banyak. Ibarat kata orang-orang lama.

“…kita guna jelaaa, ape yang ader…”konsep, asal boleh. Dari xde makanan langsung.

Aku xley cakap banyak pasal makan nih. Coz aku juz makan 2kali je, sepanjang aku kat mu’tah. Mmg da set xmoh makan banyak ( kerap ) pon. Biarlah aku sendiri yang tahu kenapa. Malam sampai pon aku xmakan. Breakfast kt umah DIMASHQ ( senkiu a lot ). Korunk masak nasik goreng best. Pagi- pagi da berdentang dentum dapur. Cam ade perang je. Periuk belangga kuali semua berlaga. Rasa cam kat asrama lak. Pagi-pagi da bising dengar lagan dari dewan makan. Aku suka air kopi yang derang buat. Ader kick.

Makanan lewat sampei?? Ntah laa. Aku xamik port soal makan-makan ni kan. So. ADE AKU KESAH. Aku nih jenis yang redha jer. ade. Ade. Xder nak wat camne. Terimas jer laaa. Xder la dik kerana 3JOD tuh, kaw nak makan ibarat CINNABON ROLLS kan. Ingat hape!!! Xdapat makan sedap pon, anggaplah yuran 3JOD itu a part of sedekah jariah. Penat lelah ajk masak2. Sian kat diorang. Masak banyak piker senang ker. Naik longgar pinggang dibuatnya. Hehehe. Semoga dengan sedekah kecil itu, kita boleh didorong ke SYURGA ALLAH taala. Ensyallah.

Last but not least. Seimbas lalu… rating atucara secara kolektif, dari 5 bintang:-

perasmian pembukaan : 2.5

Kelancaran majlis ( masa & tentative ) : 3

Makanan : 3.5

Keadaan Tempat perlawanan : 2.5

Vanue acara : 4, kerana ada effort camne nk mempromosikan mu’tah ( karak ) secara lebih luas. Kalo kita buat tertumpu pun xberapa nk best. Pelawat mesti nk explore sumthing new nyer. Disamping datang bermain. Jauh-jauh pun, ia bagus dalam promotion & marketing.

Penginapan : 4

Perasmian penutup : 2.5

Sekian. Wassalam~

Saturday, May 02, 2009

:: terkini & semasa KARISMA09, Mu'tah ::

Salam

Terkini dari gelanggang karisma09, mu’tah

( updated : 1510 )

Mantiqah / pingat

E

P

G

Jumlah

AMMAN

0

0

0

0

IRBID

5

3

4

12

MAFRAQ

0

0

3

3

MU’TAH

3

5

0

8

Muktamad… jelas & terang. KITA JUARA sekali lagi. Karisma09 mu’tah kita JUARA ditempat orang. Yeah… Alhamdulillah. 2 tahun berturut-turut. Tiada apa yang layak dia ucapkan melainkan lafaza syukur yang tidak terhingga.

Kesudahannya, Badminton lelaki tewas pada kekuatan tuan rumah. namun!! Perlu di ingat. Walaupon tewas skuad badminton lelaki kita. Tetapi CREDIT BESAR harus diberikan pada mereka atas usahasama & kerjasama dalam memastikan pingat emas tidak lari ke mantiqah lain bagi kategori perempuan. Terima kasih kerna ada yang sanggup turun gelanggang, memberi tunjuk ajar kepada pelajar puteri mengenai selok belok cara ‘memegang’ raket. Usah dikata ia sebagai KAFARAH dosa. Kerana ia berlaku dalam keadaan yang terkawal & aman fitnah.

Karisma 2009. Mu’tah. THE BLUE pulang dengan kegembiraan, balik dengan kepuasan. 5 gelaran dalam tangan. 5 butir emas Berjaya di gali ditempat orang. Semestinya, kita JUARA dikalangan loser2 yang ada. Heheh. Adat permainan. Ada menang ader kecundang. Ada Berjaya ada yang tewas. Ambillah ia sebagai satu motivasi untuk kita sama-sama muhasabah diri.

5 emas kita. Pingpong lelaki perempuan. Bola tampr lelaki. Badminton perempuan & bola jaring. 3 perak, badminton lelaki, bola sepak & bola tampar perempuan. 4 gangsa, bola tampar lelaki perempuan, bola sepak & bola jaring.

Kagum & bangga dengan skuad PINGPONG. Sayangnya, korunk xde seragam dalam pakaian. Kalo buat arituh. Mmg smart. Tapi xpe.. itu bukanlah masalah besar pon. Meriah baju. Tapi main cam HARAM wat pe. Tul x??!

Ade satu perkara yang ingin aku kongsi bersama. Ini lebih secara peribadi la kan. Hehehe. Mengenai pingat-pingat yang Berjaya kita perolehi dalam acara-acara yang dipertandingkan. Ini juga merupakan satu pembuktian menjadi realitinya ungkapan

“…TIDAK JAUH PUN EMAS ITU DARI KITA…”

Pingat & piala pingpong tajaan BKPJJ ( piala sri TEBRAU ). Orang kita, irbid yang membelinya. Kita sudah dapat rasa, kita sudah pegang piala itu. Maka ia seolah-olah RASI dengan IRBID.

Pingat & piala bola tampar tajaan MPKJ ( piala KENARI ). Juga orang irbid juga yang pegang dan rasa dulu. Hehehe. Matilah kurafat sangat kan. Uhukz!!!

Sekian. Untuk kali ini. Pasni cerita lain pulak. Tengah collect photos karisma09, mu’tah… wassalam.

( updated : 1445 )

Kita hampir menjadi juara keseluruhan. Mendekati jangkaan dan ramalan. Jumlah Kutipan pingat semalam sahaja sudah selesa untuk THE BLUE menjulang kejuaraan karisma09 kali kedua, MU’TAH… dengan kejuaraan kali ini. Kita juga mengulangi prestasi cemerlang tahun lalu. Di tempat sendiri. Dimana pon kita berada. Title juara & johan itu xpernah jauh. Dekat dihati, sepertimana dekatnya PERMAI dihati. Hehehe.

Aku disini, dok memikirkan cukupkah ruang ( space ) dalam bas pulang nanti. Yerlaaa, piala iringan da berapa. Besar2 lak tuh… huh! Susah gakz jadi juara nih erk. Piala banyak naw. ahakz!!! BAHA kena sewa satu keta khas bagi membawa pulang trofi2 kejayaan di mu’tah. Semua acara yang disertai tidak pulang dengan tangan kosong. Kita ada tempat, ada medal ade kenangan yang tak dapat dilupakan. Itula ia penangang karisma09.

Hanya beberapa minit sahaja lagi akan berlangsung majlis penutup. Perarakan masuk setiap kontinjen. Disini juga ada penilaian. Penilaian dari aspek kerjasama, disiplin & komitmen anggota kontinjen yang bertanding. Beberapa kateria pemarkahan lain turut telah digarispandukan semasa perarakan masuk kontinjen nanti. Antaranya, kekemasan, pengaplikasian warna & persembahan.

Berusahalah untuk menjadi yang terbaik di kalangan SEMUA. Sahut Gelaran lain selain pingat yang dipertaruhkan. Gelaran perarakan masuk KONTINJEN TERBAIK. Kita mampu menggapainya. Kita ada sahsiah, kita penuh dengan disiplin. Kita amalkan professionalism, dan kita penuh dengan kesabaran. Maka tidak mustahil itu juga menjadi asset utama bagi kita mengungguli setiap acara yang dipertandingkan. Amiin.

Kita masih mengharapkan MAGIK di gelanggang badminton~

( updated : 1420 )

Carta Kedudukan pingat

Mantiqah / pingat

E

P

G

Jumlah

AMMAN

0

0

0

0

IRBID

5

2

4

11

MAFRAQ

0

0

3

3

MU’TAH

2

5

0

7

“…Xdapat gangsa, EMAS pon jadilah…”. Sama2lah kita berdoa untuk atlit badminton lelaki kita. Tebus kekecewaan lalu dengan senyuman kepuasan. Kita datang bukan sekadar tetamu, malah kita adalah JUARA yang dicari. Biar pon sudah terlepas 2 emas hari ini. Bola tampar perempuan & bola sepak. Namun ini adalah satu bukti menunjukan. Setiap yang berusaha bersungguh-sungguh. Pasti ada hasilnya. Hukum alam tidak zalim…

All da best untuk atlit badminton IRBID lelaki. Kami mendoakan untuk kalian…

( updated : 1315 )

Mantiqah / pingat

E

P

G

Jumlah

AMMAN

0

0

0

0

IRBID

5

2

4

11

MAFRAQ

0

0

3

3

MU’TAH

2

5

0

7

( updated : 1245 )

Netball berjaya merampas pingat dari juara tahun lepas. perbaiki kedudukan juga. 1 emas & 1 gangsa.

bola sepak berjaya mengekalkan prestasi 2tahun lepas, PERAK dan dapat perbaiki kedudukan baru raih gangsa. tahnia tuk dak bola...

badminton & bola tampar sedang sengit berlangsung...

( updated : 0950 )

Bola sepak raih gangsa pada penentuan 3-4. Dan masih menanti harap EMAS ( penentuan 1-2 ) perlawanan masih terikat 0-0 pada separuh masa pertama. IRBID Vs MU’TAH.

Bola tampar B dan bola jaring B perempuan masuk ke FINAL sambil menanti semi final kumpulan A bagi kedua-dua acara. Bola jaring, bola tampar A B perempuan masuk semi final vs MU’TAH. Sekarang sedang berlangsung, bola tampar perempuan IRBID A vs MU’TAH B. bola jaring IRBID A vs MU’TAH B

Badminton mendahului mafraq 1-0 menerusi regu pertama.

:: siaran tak berapa nak langsung ::

Salam semua

Pagi tadi gelanggang karisma09 dengan rasminya telah dibuka. Simbolik melepaskan merpati persis persidangan Negara-negara berKECUALI ( NAM ). Berkecuali sangat kan! Ahakz. Komitmen & kerjasama antara atlit ( IRBID ) amat membanggakan. Kami datang bukan sekadar tetamu. Kami datang sebagai JUARA…Yeah!! Motto KITA yang TEPAT pada temasya kali ini. Kita juga datang sebagai contoh akhlak terbaik. Tiada dendam, tiada hasad dihati. Itu dia DUTA kecil IRBID di mu’tah.

Pencapaian atlit kita di pekan mu’tah amat membanggakan. Sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja. Kontinjen BIRU telah menyapu 4 dari 8 emas yang dipertaruhkan. Alhamdulillah. Acara yang sudah berada dalam tangan ( EMAS ) :-

Pingpong LELAKI PEREMPUAN

Badminton PEREMPUAN

Bola tampar LELAKI

- Tepati ramalan ASAL click link ini ( previous post )

Walaupun aku menghupdate post ini bukan dari mu’tah ( baru balik setengah jam lalu dari mu’tah ekceli ). Ader kekangan masa & urusan yang perlu dilunaskan di sini. wuarrrrrrrrgh! Sedey sangat xdapat ikut majlis perasmian penutup karisma09, mu’tah. Aku suka menggunakan nama penuh penganjuran kali ini ( karisma09, mu’tah ), kerana ia lambang kita HORMAT dan HARGAI penganjurannya. Adakah itu satu KESALAHAN atau yang dianggap sebagai ingin MENGANJENG-NGANJENG pelaksanaan KARISMA09 bertempat di mu’tah??!

" افلا تتفكرون "

Esok ( sabtu 2hb mei 2009 ) akan berlangsung acara FINAL bagi acara BOLA SEPAK, BOLA JARING & BOLA TAMPAR perempuan. Semua ini ada melibatkan ATLIT IRBID. Begitu jua BADMINTON LELAKI akan membuka gelanggang esok. Pencapaian & peningkatan skuad bola sepak sudah menunjukkan kearah pertukaran warna pingat 2 tahun lepas ( bahan kebanggaan cerita AGUNG bola sepak sepanjang zaman ). Ensyallah, kali ini adalah masanya, kita buat satu CERITA & catatan baru dalam pencapaian skuad bola sepak. Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana IRBID memang HEBAT.

Penuhlah nanti rumah presiden PERMAI kita kali ini. Penuh dengan PIALA-PIALA IRINGAN dari acara keJUARAan. Setakat ni jer da ader 4 piala iringan. Esok lagi 4. Siapa tahu. Main game ( dlm gelanggang ) NO MERCY… bak kate HILAL ( laksamana langit ). Kita main, main betul-betul. Kita tentang ( dalam game ) tentang betul-betul. Itu sunnah dalam pertandingan. Tiada siapa mahu akan kekalahan.

Sekian dari aku. Update kendian pulak akan menyusul. Penat gilos nih, baru balik dari mu’tah. Singgah amman ( CITY MALL ) makan kat TGi Friday. Yeah yeah.. tercapai jua hasrat aku nk makan kt TGi, sejak balik sini 21st feb 2009. Sama je mende nye makan kat outback steak house BANGSAR & jalan sultan ismain ( opposite plaza LOWYATT ). Yang bestnya is LAYAN… ahakz! Matila pas nih duit makan da abis dalam masa satu jam je ( makan ). Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Kata-kata semangat seperti …. Tidak jauh emas dari kita…. Tak dapat gangsa, EMAS pon jadilah. Masalahnya sekarang. 2-2 kita dapat. Da tuh CAMNO??! Ahakz. Kita datang sebagai juara. Sememangnya punyai nilai & semangat yang mahaBESAR ertinya dalam diri atlit kita tahun ini. Sedikit sebanyak, ia menjadi suntikan untuk kita memperbaiki PRESTASI & POTENSI diri.

Ingat!! Ada 4 lagi baki emas yang MESTI kita kaut bawa balik irbid. Xbanyak pon 4 tu. Ader usaha, ada keyakinan, ader semangat. Kita boleh realisasikan 8 emas tuk karisma09 mu’tah dengan mudah tanpa di ganggu gugat oleh kontinjen zon lain. Kalah kita, menang kita biar bermaruah. Bukan dik kerna DRAMA TELENOVELA AKASIA. Atau didahulukan dengan EMOSI.