Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah: ape buktinya?
cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.
soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?
Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?

cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.
ayah Naim melihat soalan kedua:
Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?
sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957.
Ayah Naim sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: maaf, saya tak tahu

Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!
No comments:
Post a Comment