FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

:: Menolak tidak bererti membenci ::

Menolak tidak bererti membenci

Salam semua

Kita sering rasa menyampah bila ada orang yang tidak boleh lebih kurang. Serba serbi nak sempurna & perfect. Salah sikit reject, ralat sikit buang. Aku percaya ramai diantara kita tidak selesa bila berdampingan ngan set2 gini. Xder tolak ansur langsung. Nak dia jer. orang lain xmo!!! Boleh dikatakan. der satu ketika tuh, masak nasik nak guna piyuk sendiri. Walaupon masa tuh bukan masak kt umah dia. Xboleh guna piyuk orang lain… ( cth yang ada tempias2 ckit laaa ). Nak cth lebih specific, tggu sat lagi kat bawah nih.

Kajian menunjukkan, ramai yang tidak boleh menerima jika dia ditolak. Dan kurang yang redha & boleh menerima. Bahawasanya dia tidak diterima. Ditolak dalam pelbagai aspek,bidang & peluang. Bila perkara ketidakterimaan ini berlaku. Maka akan tercetus persoalan tidak puas hati, kata2 belakang dan sebagai. Aku yang menulis ni pun tidak terkecuali. Tapi dimanakah aku dalam perkara ini?! jujurnya, aku lebih kepada tidak puas hati dalam banyak perkara. Kurang merasa diri tertolak, tapi merasa apa perasaan mereka yang ditolak & digugurkan.

Asalnya, aku simpan perkara ini ( isu tolak menolak ) selama 3 tahun. Since 2008. Hinggalah tahun ini. aku tidak membuka mulut. Aku diam. coz buat ape kita nak citer soal peribadi secara public. Sebab bukan semua orang bfikiran terbuka. Tempat ini, orang nyer gituh. Tempat itu, masyarakatnye gini. Budaya selatan, tak sama budaya utara. Barat timur apatah lagi. Sememangnye pahit rentetan kisah tolak menolak ini. aku redha & pasrah. Kita tahu, ALLAH taala lebih mengetahui perkara disebaliknya ( smasa ia berlaku & akan datang )

Mulanya hangat2 KARISMA setiap tahun. Or der program2 berbentuk kesukanan ( sukanekan or seangkatan dengannya ). Aku menahan rasa terkilan & sebak. Dik kerana sukan inilah. Aku hilang seorang kawan. Hilang orang slama ini boleh bergurau santai, gelak ria, suka sakan. Orang kate, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Malah berat lagi kenyataan reality yang aku terima ini. dah la kita ni jenis yang tak boleh jumpa dengan PERPISAHAN, dapat pulak berpunca bukan salah sendiri secara majoritinye. Memang betul2 sedih la… but its ok.. mended a berlaku kan. nak reverse memang terbaikkkk laaa…

Peristiwa seribu erti itu mengajar aku banyak perkara.. antaranya, kita boleh dibenci, dicaci, dimaki serta merta. Walaupon keputusan sesuatu perkara itu bukan dari kite. Kita hanya menyampaikan. Kalo orang melayu kata. Kambing hitam. Or ape2 jenis binatang berkaler hitam la..( yer ke??! ) ahakx!!

Sejak itu, aku terfikiri… inilah dia 1st time. Bersama orang2 hebat diluar Negara. Aku betul2 TERASA. Sebab pe? Sebab isu hubungan persahabatan itu masuk sekali. Slama nih, orang nak kata ape, buat ape, aku mmg xkesah… peduli ape aku. ko nak cakap aku camne pon. Tapi kali ini, perkaranya berbeza… tiada cakap apa2. Jmpa bertemu pon idak… selalu kita dengar kata2 dari lidah itu berbisa & lebih tajam dari mata pedang. Ini, tak bertegor sapa, cakap sepatah pon idak ( without any word ) lagi penuh ketajaman & kebisaan!! Percayalah!!!

Aku bagi contoh, u as a leader. Bagi arahan kat anak buah. Dengan kekdah yang bossy, xde lebih kurang. Nak kita jer yang correct, orang len xde hak tuk bersuara or lakukan apa2. Mereka buat sesuatu task itu kerna tidak tahan ngan bebelan n tebiat leader yang diorg dengar tuh. Dalam erti lain terpaksa buat kerja. Adalah lebih baik dari tidak buat ape2. Mean camne lah kita as boss nak jalankan sum projek kalo anak buah sendiri pon xmahu pandang & communicate ngan kita… xde 2 way interactions bererti, kita gagal tuk laksana sesuatu gerakerja bersama & bersifat kumpulan…

Inilah dia kenangan & pengalaman yang paling berharga sepanjangan aku kat cni ( da nak balik da pun ). Orang ban, orang boikot. Orang sisih. Aku xpernah nak peduli. Tapi bila menyentuh soal persahabatan, aku lebih sensetif & terasa hati. Dari satu perkara ini, aku belajar tuk mengambil sikap tuk lebih fleksible dan sentiasa bersedia tuk memanipulasikan keadaan yang berlaku. Andai itu tidak cukup, aku akan gunakan kekdah PR lain. ahakx!!!

Sekian.wallahua3alam

Monday, March 22, 2010

:: minda atasi upaya ::



salam semua

bila datang acara tahunan ni. Mulalah orang akan memandang aku ( perasan sgt kan! ). Xya kate aku perasan, mmg habitat & tebiat rata2 budak Jordan ni secara semulajadinye gituh. So, aku nak cakap pe?? ( mmg aku sedang bersuaralah ni ).

Pukul rata pada semua acara & program. Itu aku. sekali pon program atau acara itu aku yang empunya diri ini sebagai AJK pelaksana. Aku tetap akan bersuara. Walaupon yg dikritik itu diri aku sendiri. Adakalanya, pekung didada perlu dibuka tuk lihat bagaimana luka didalamnya. Supaya kita boleh rawat, supaya kita boleh perbaiki apa yg kurang, perkemas apa yang lebih.

“…Mana usang diperbarui
Mana lapuk dikajangi
Mana elok dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjangan cantik manis
Mintak dikerat...”

Acara tahunan yang Hot ( yer ke hot?! Ahakx ) hot n sensasi sebab aku kot *perasan lagi*. Bertuah la organizer dpt org cam aku nih.yang MAMPU mempublicitykan acara cenggini. Publisti sehot gini! Ahakx!!!

Orang kate, yang lepas itu lepas lah. Yang baik nye lihat peluang & ruang akan datang. Ok. Aku trima. & aku tolak. Kalo xde yang lama, masakan boleh wujud yang baru hari ini ( akan datang juga ). Yang lepas itu sebagai petunjuk tuk aku melihat, n tahu siapa yang ada disekeliling aku. wiciz good for me. Thanx guys, coz bgi aku tahu siapa yang suka naw barking around*ops!!

Tahun ni. Karisma kembali. Bara2 hangat da terasa. Tapi xdelah sepanas mana. Mungkin factor masa menjadi punca. Xpe2. Selagi der perancangan & strategi. Ensyallah usaha & titik peluh akan terbayar dengan sendiri. Aku percaya itu.. itu akidah aku. ade hasil, kalo ade usaha. Ckit pon usaha, pasti ader hasil…


dlm kenangan...

Tema tahun nih, MINDA ATASI UPAYA. Walaupon ade beberapa pertikaian( aspek bahasa, subjek & predikat) kat tema seRINGKAS ini. aku xmo usik la… cumanye aku nk menolong kawan2 smua. Tuk faham ape yg dimaksudkan dengan tema 3 perkataan ni. MINDA.ATASI.UPAYA… soalan, kaw MAMPU!!! terpikir nak buat tema cenggini??!!! Well, inilah keputusan ijtihadiah tuk tema kali ini.*applause, clap3x*

Dia kata, SAYA DATANG KERANA UKHWAH. Tuh dulu… ape UKHWAH yang diKERANAkan dengan keDATANGan tu ku xpasti. criter kurang setahun lalu. Tapi xpe, factor geografi, iklim & setempat menjadi pendorong. Makanya, keralatan itu diterima. Lantas tuk memulihkan serba sedikit. Kita katakan, KAMI DATANG BAWA UKHWAH. Sinergi (KERANA+BAWA) terjayalah KARISMA09… yeah yeah yeah!!! Puas hati??! Atau masih xley trima ngan pemBAWAan itu?! Nak gak perpaksikan KERANA?! Ok.. wuteva~

Ape itu minda?! Minda adalah akal fikiran yang diluar bidang kawalan anggota badan. Kaki xley kawal minda. Minda yang kawal kaki( pergerakan ). Kaki yang suka terajang orang, kaki yang suka pada bola ( sepak ) & kaki yang xreti menjaga hak!! Kaki yang menyepak bola tampar. Ini bermakna minda dia cacat & rosak. Xtau nak mengawal & menentukan HAK pada sesuatu perkara.

Dalam tema ini, Minda lebih menjurus kepada makna RÉSÉPTIF. mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru, cadangan, pendapat & so wuteva). Ini pendapat optimis aku la kan.. xtau la pulak kalo masih ade yang mewarisi genetic katak dalam perigi. Puru bawah tempurung. Memikirkan air telaga cukup banyak, belum lihat sungai diluar melimpah ruah. Siap boleh jadi banjir lagi.

ATASI… terbitan ATAS mean, pada posisi yang tinggi.. ATASI pada kontek ini mbawa kepada mendahului, menguasai, dan menakluki. Dalam kontek karisma pulak, ia berbeza. ATASI merujuk kepada sanggup melawan/ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan). Kemenangan & kejayaan disini tidak termasuk dalam erti

“…menang sorak menyalak kampung tergadai…” bukan yer!!

Upaya pulak, usaha untuk mencapai sesuatu maksud. Aku kira jelaslah pendefinisian aku mengenai tema karisma2010. Jelas dari aspek bahasa. Sebab aku guna bahasa melayu. Yang boleh jadi xjelas sebab aku xguna bahasa persuratan( formal ). Wakakak. Such a poor thing la aku nih. bahasa formal lidah sendiri pon xtau!!! Setidak2nya, aku cuba *pujuk diri sendiri*

Kesimpulan nya. Ini adalah permulaan promosi KARISMA2010. Kite cerita soal makna n maksud tema sebelum mendalami apa pengisian yang ada dalam karisma2010 tahun ini. xpayah la nak create sumthing new. Konon2nya!!! Kalo setahun dua lepas nyer kelemahan masih tidak mampu diperbaiki. Nanti terlalu obsess ngan kelainan yang NAK SGT ditonjolkan. Makin bertambah mewah kelemahan terserlah… yang lemah lama2 tuh, kita baiki. Ensyallah..

Kelemahan yang aku maksudkan bukan semata2 dalam perencanaan program. Tapi kelemahan diri kita sendiri selaku orang yang akan menerima tetamu ( tuan rumah ) & bertandang ketempat orang( tetamu ). Bersikap terbuka, baik sangka, & positif. Erti hidup pada yang memberi…

Aku yang bertanggungjwab dlm menulis perkara ini, kite boleh diskusi lau ade yg tidak puas hati. Stakat mencarut2, maki2 xsenonoh. Perlu ke ada dalam menolong kawan2 kita yang bersusah payah tuk kita semua… mengkritik adalah tuk mencari yang terbaik…

sekian. Wallahua3lam..