FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, March 21, 2010

:: masalah owh masalah ::

Tidak melihat sesuatu perkara itu sebagai masalah tetapi sebagai satu kenyataan.

“…masalahnye, dia tu degil…”

“…masalahnye, kita tidak pernah buat…”

“…masalahnya, ini jordan. Bukan cam Malaysia…”

“…masalahnya, banyak kena baca…”

“…masalahnya, aku xrapat ngan dia…”

“…masalahnye, dia bukan suka kat aku…”

“…masalahnya, aku nak tolong dia…”

“…masalahnya, dia da amik subjek tu…”

“…masalahnya, kite tidak sepakat…”

“…masalahnya, kita masih membeza2kan…”

Sampai kapan pon, ia tidak akan selesai mahupun pulih. Kerna sibuk dengan terma PERMASALAHAN. Reality hari ini tidak menuntut memperbanyakan kosa kata MASALAH, tetapi lebih pada tindakan menghadapi masalah dalam dunia nyata. Bukan fantasi, bukan mimpi. Malah ia benar2 ada dihadapan kita.

“…Masalahnya dia xfaham…” apa yang menjadi masalahnya??! Tidak perlu di quote kan balik masalah itu, juz trus kearah penyelesaian ( tindak tanduk ). Bila sorang cakap pasal masalah or kekangan. Mulalah yang lain sibuk mengungkap perkara yang sama… jika begini. Kita tidak akan merdeka. Kita akan terus dijajah dengan permasalahan.

Action lebih baik dari terus mencabuli semangat ( dgn kata2 ). Ungkapan, statement masalah itu masalah ini. Sebagai contoh, kita nak buat satu lauk. Tapi sayangnya garam xde. Apa yang akan kita buat?! Orang kate. Lauk tanpa garam, maka ia tidak bermakna.

Sebagus manapun bau lauk tuh. Kalo rasa xda. Ia tidak berguna. Nak nmpak jelas. Dalam filem seniman agung kita. TAN SRI P.RAMLEE. (ahmad albab). Hadiah ulang tahun kelahiran seorang bapa mertua yang kayaraya hanya diberi kopi tidak bergula, kari tidak bergaram. Masalah tak??! YA!! Masalah bukan pada perasa ( orang akan menjamah. Tapi pada sajian or menu itu sendiri )

Samalah juga dalam kehidupan seharian kita. banyak berita gempar, gempak & mengejutkan. Masalah siapa terjadinya kegempakkan ni? Dari siapa menjadi gempar nye khabaran ini?! Smua datang dari kita. dari aku yang menulis ini juga.

Kita sering Nampak masalah atau kekusutan berlaku pada entity selain kita. diri kita?! ada kita pandang. Ada kita muhasabah?! Aku juga bertanya pada diri sendiri. Kerana ketidakMAKSUMAN itulah kita sering mengatakan masalah. Masalah yang memecah belahkan ummah!!!

Saturday, March 20, 2010

:: masa kita ::

Salam semua

Erm.. 1st of all. Bismillah awal kalam… esok da start 1st xm for dis sem ( 2nd sem 2009/2010 ). Alhamdulillah, done satu kerja. Mean study materials tuk esok nye subj. manaahij mufassirin. 22nd march ade agy paper. ahkam muamalat. Huh! Baru nak start buat ulang kaji tuk muamalat. Xtau r sempat ke idak nih. ensyallah sempat kot. Bukan banyak pon. Yang jadi Nampak banyak, sebab kite sendiri yang tak nak bahagi2kan 24jam yang ALLAH berikan kt kita. kite semua same je. Xde yang kurang masa sehari dia. Xder jugak yang lebih tempoh jam dalam sehari dia. Doesn’t say yang aku nih bijak or hebat dalam mengatur masa. Tidak lain atau lebih, ingin aku sampaikan. Kita sendiri yang mengatur & merencanakan amanah masa yang telah diberikan.

Yang tidak masuk akal, bile ade yg kate xcukup masa. Adoooooi~ WTH r u talking about… maksudnye, tuhan tu tidak pandai lah ek? Xreti nak bagi masa kt makhluk2 nye?! Atau tuhan itu tidak membuat kajian terperinci dlm pembahagian waktu tuk hambanya.. huh~

Aku lebih suka, mengambil satu reality alam… masa mengawan bagi haiwan dikawasan beriklim meditrenean adalah pada sekitar akhir febuary( awal musim bunga) hingga mulanya musim panas - pertengahan Mei-. Itu bagi haiwan. Yang xde akal, yang ngak bisa berfikir. Manusia pulak, dalam takrifan mantik nye. Kite sebut sebagai (الحيوان الناطق), kehidupan yang boleh bercakap. Itu maksud haiwan. Jangan katekan haiwan itu hnya makna BINATANG semata2… biar kita buka kontek pengertian pada skop yang lebih besar. agar, penilaian & kapasiti pemikiran itu tidak menjadi terlalu domestic atau bersikap setempat. Mean bile jer ade sumthin yang rare dari kebiasaan, kita da mula nak melentik melenting. Wut for?! Aku juz mahu bukak ruang tuk aku dan kita2 nih ( berstatuskan MAHASISWA ) berfikir.

Jauh skali dari diri ini tuk menunjuk2kan kepandaian apatah lagi kehebatan. Apa yang ade sikit ini. Kite berkongsi bersama. Saling tampung menampung, saling tolong menolong. Xcukup yang ini, kita tambah yang ini. Terlebih yang itu, kita kongsi lebihan itu. Such a Simple deal aite??!! Say no to individualistic. Sekarang bukan lagi masa kau adalah kau. Aku hanya untuk aku. bila masa tuk ISU Palestine pandai lak nk ajak orang comes with u?! ape nih? ape jnis n bentuk dakwah yang cenggini?! Poor thing…

Kembali pada topic mase tadi tuh… binatang, mereka telah ada satu tetapan ( setting ) tuk mengawan, bunting & melahirkan generasi mereka. Dan mereka menggunakan setting tuh dengan baik. Tiada bertanggung, tiada menunda… sebab mereka tahu ( ilham dri tuhan ). Andai mereka tak guna tempoh yang diberikan. Maka mereka akan rugi. Xdapat kembangkan spesis atau generasi baru.

Rungutan demi rungutan pasal masa ni. Buatkan aku banyak berfikir dan renung. Apakah yang dipegang selama ini hanyalah ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Atau memang sudah lumrah & fitrah ( ye kee kite kategorikan as FITRAH* ) manusia tidak pernah merasakan cukup & puas?!

Persoalannya.

{والعصر ، إن الإنسان لفي خسر . إلا الذين آمنوا ، وعملوا الصالحات ، وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر}

Aku pulak lebih suke meletakkan potongan ayat nih { إلا الذين آمنوا ، وعملوا الصالحات }dengan hadith abu hurairah RA. Riwayat imam tirmizi berstatus hadith hasan

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعـنيه

Banyak je lagi kolerasi hadith or ayat. Tapi aku amik nih sebagai salah satu contoh dekat & senang. Perkara mudah, kita tinggalkan perkara yang kurang memberi manfaat or faedah tuk dijadikan as amal baik (الصالحات). Bahagi masa dengan baik. Buat perancangan, ader backup plan. Ader jadual fleksibel ( tuk diri sendiri, kawan2, masyarakat & agama ). Itu bukan perkara baik ke??!

Ini datang jer musim peperiksaan. Masing2 menyendiri. Dok dalam bilik berhibernasi. Bile sedar nota xde, slide xcukup. Baru terhegeh2 gagau kawan2. Mane keadilan kita??! hanya ingat or sedar keberadaan kawan bila der perkara2 emergency. Huh~ bukan amal soleh itu hanya dilihat pada kerajinan ( tak pernah miss ) g mesjid solat jemaah. Malah ade byk lagi perkara. ( asal la isu solat jemaah kan.?! hurmmmmmmmmmmmmmmm…)

Xpe2.. ini bukan serangan peribadi. Cumanye, aku jadi sakit telinga r, bile orang ramai bersungut sal xde masa, xcukup masa. Common la kawan ( walaupon de yg xnak ngaku aku kawan diorg, it’s ok ). Aku nak ajak kita sesame amik intipati ape itu masa. Apa itu amalan kearah menghormati masa. Pengurusan masa adalah satu daripada cabang ilmu ALLAH. Dimanakah kita andai kita gagal menguasai masa dengan baik??! Wallahua3lam..

Selamat menduduki peperiksaan awl ( 1st xm ). Kite ade banyak lagi program dan acara. Selagi pengurusan diri ( mind set ) bout mase nih tidak terurus, sampai bila pon. Kita akan terus menyalah ALLAH kerna xbagi masa yang baik tuk kita. wajarkah seorang yang hanya bersifat MUMKIN. Tuk mempertikaikan sifat & dzat yang sememangnya WAJIB.

*fitrah bagi aku adalah semua perkara yang baik & murni

Friday, March 19, 2010

:: smggu nyer kesah ::

Salam semua

Sari berita seminggu, matila malas nak update kekdahnya. Ahakx!! Busy ler ngan xm n STUDY,kateeeeeeeeeeeeeeenyer! Konon2 nye xde maselah kan. walaupon!! Nampak sangat aku byk alasan kan. fesbok ley lak 24/7 dihadap! Komen sne sni, bagai nak rak, siap ade yang majuk la.*ops!! sape xtau. Blum usik bab YM n msn agy, siap der yang piat2 telinga aku katenye!!! Walaupong~ walalala. Persoalannya, mampu ken k buat itu semua kat aq nih?! stakat cakap, airliur mmg free sayang oi~. Wahahahahaha.

Ok2. Fred! jangan melalut2, jgn ngarut2. Kamu tuh pantang dapat mic, mulalah nak conquer satu stage. Waaaaaaah~ berangan xhengat dunia nih. nak conquer stage katenye! Stage mana xtau! Huhuhu. anyway. Minggu nih ade beberapa la perkara yang best, terharu & tacing… biasalah, rencah2 dalam warna kehidupan. Xde mende2 gitu. Bukan makhluk yang dilabelkan as khalifah la kan!! * da mula da ngan term islamix dia* tgguuuuuuuuuuuu.. aku nak ‘bebel ikhlas’. Wakaka.

Buat hadik2 baru tahun satu, yang xberapa nak tau ape itu BEBEL2an ikhlas nih, boleh refer kt yahoo group erk. Cari ape sebenarnye kita maksudkan. Hebat xhebatlah orang2 irbid nih. memfrasakan perkara & perbuatan yg lain kontekz nye kedalam makna yang BAIK! Mesti tertanya2, ape la yang si FRED mengarut nih.

BEBEL tuh satu perbuatan yang NEGATIVE( secara umumnya ). Soal… kaw suke ke kena bebel?! Or nak ke dibebel. Or sanggup dengar org membebel?! Jelas! Jangan terhegeh2 nak kate bebel nih ade 2. Baik n xbaik nya. Aku awal2 da statkt sini. NEGATIVE secara umum!! Harap kaw faham! Melainkan, kaw tu beriya claim mlayu, tapi xberapa nak cepat tangkap bahasa melayu . dok bangga naw ngan bahasa serani kaw tu*matila*

Word ikhlas lak… kita katakan, ikhlas itu perkara yang baik. Salah satu dari Nilai murnilah katekan… then, kesimpulan antara kedua nye. Kesimpulan yang lite2, n senang faham. Masuk akal ke lau kite nak letak perkara baik ngan perkara xbaik sekali. Maksud hadith,

“…yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Antara keduanya syubhah…”

Ni nak memulakan istidlal nih. dari dalil. Well, aku bukan ahli yang bijaksana dalam bidang nih, yang boleh kasi ceramah menggunakan kitab( buku ) bagai. Aku juz ala2 biasa je. Guna kitab ( buku ) yang berjilid2 tu pon xreti. Apetah lagi dalam perkara yang lebih besar kan!

Tengok hadith yang aku bgi ni pun da tau. Matan ( nas/text ) pon amik skadar makna je. Xmampu la aku nk letak matan penuh! Ape tah lagi sanad2 perawi ( orang2 yang meriwatkan ) hadith… ecece, cam kelas hadith la pulak! Wakakak. Merepek jer aku nih. xsampai martabat ley bagi talk kat khalayak, mulalah aku nk ceramah secara modern ni kan ( cyber, blog & maya ).

Bak kate orang, lain padang lain belalang. Lain orang lain ragam… lau der kat suatu tempat, nak ceramah or talk, kena der permit, lessen n tauliah bagai. Kat cnie pon JUGAK!! ‘kecik2’agy da mula amalkan cara gini, xtaulah nanti da besar tua camne. Cam2 syarat & terma pulak diletakkan. Wallahua3lam… nih buleh gak r aku klasifikasikan as bertaqliq. Orang buat dia pon nak buat jugak. nas dalil xde. Mende Nampak baik, sempurna, n berkelayakan lah katekannnnnnnnnnnnn… hat lain tu, xmampu nak ganggu gugat kedudukan dia. Haih~ camne islam nak bergerak, selagi usaha baik n murni disekat. Paling xtahan isi islam itu hnya boleh dibawa oleh set2 tertentu jer. yang patjam g mesjid, yang patjam berkepiah. Yang niqab xlekang dik muka. Yang bercalit2an minyak attar, perfumes burberry & Gucci mmg harapanlah! Walaupun sebenarnye, hanya itu jelah yang dia mampu pakai( burberry ) tuk kemasjid.

Mende yang baik ngan xbaik xleh diletak pada satu taraf yang sama. Len kali nk cakap bebel. Katelah nak bebel geram. Bebel xpuas hati. Bebel marah. Jgn sesuka je nak diformkan dengan kalimah kudus lagi mulus! Kaw giler ke?!! Kena panah petir sat nih taw la… ikhlas is ikhlas la. Yang yakin naw nak letak ngan bebel2 nih nape?! Tebiat!*wahhh start emo nih *

Dalam reality pon, dok la kita dengaq orang membebel, ape yang kita Nampak n tengok kt dia?! Emo, perkataan, gaya & sebagainya. Mende2 tuh baik ke?! Ikhlas ke?! Ngan terjegil2 mata nye, membuntang2kan biji kornea nye. Ikhlas sangat la kan!! tuh blum dinilai kat tiap patah perkataan. From alphabet A-Z semua perkataan ade. Lancar & jelas lak tu patah perkataan yang dibebelkan. Aduhhhh! Naik sawan aku camni. BEBEL IKHLAS konon! Xde maknenye… yang tang P word tu yang paling lancau ( essence Melaka ) sekali! ahakx

Wokey! Mane ntah laporan semnggu aku nih! wakaka.. back to track… citer pertama :-

Lawak islamix

Memula aku dengar mende nih, nak gelak terbahak2 pon ade, tapi ape kan daya. Tebahak2 nih dri setan kan. so xjadi la bahak2kan orang. Huuuuuuu~

Statement nye :

“…Nnti kalo xde da dia ni ( seseorng memaksudkan aku ). Korang( yang mendengar ) xdapat nye dengar LAWAK ISLAMIX…”

Perkara pertama yg bermain kt kepala benak aku.

“… aku nih amik major pe?! Lawak ke akademix?...” sengeh sorang2. Yeah! Aku giler.. lawak x. akademix pon idak! Aku giler. Sbb sengeh sorg2. :-)

Ape mende la budak2 nih… ade je mende nak ditopikkan… xde nye lawak islamix. Aku bukan pandai melawak. I’m serious r. xde masenye lah nk melawok. Kite seorang yang tegas. Garang ( kan zati kan?! ) awk kan suka word garang ni kat saye. Wahahaha. Saye mmg garang pon. Tapi camne la diorg ni ley kate saye lawak?! Barangkali diorg xkenal saye kowt. Tul x cik zati oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ atau awak yang xkenai saye?! :-p

TCHE TCHE mode

Buwek yang ala2 dok coghok ghantau yang xponah donga atau tawu apo mondo alah nih. poyie bukak kamus, tgok n donga camno nak nyobot ey! Kalo kito2 yang banda nih, da biaso guno & donga perkataan2 camni. Maklumlaaa. Kek banda yo ado! Kampong xya ckap lah. Paling koman akan ado pon. Warung kak piah. Goghai mak timah. Selain tu?! xdapek nak cakap dowh! Antagho sobab eiy. Den nie jarang dok kg. xtau la kalo skaghang da do kek kampong restaurant miss qistina. Atau warung kak tasya ( waaaaah namo eiy! Nak sodap yo aaan ). Lau ado pon, mungkeen kek kg baru or kg ara kowt. Wahahaha.

Yo!! Oghang2 lua banda yang poghak ngan namo2 polik nih. TCHE TCHE ni ala2 tompek makan yang semi eksklusive la. Yang mampu yo ley jojak an kaki. Yang stakat koteh potostate seholai dua nak claim2 n canang semalaya kito xbayar layie tu. bek dok makan kek tompek yang kono ngan selegho kodokot n berkigho kaw tuh! Tompek sesuwai yang den Nampak, goghai bawah2 pokok bosar yang tumbang topi jalan!

Letey r pulak nk menaip. Nnt aku sambung r. hehe

:: TCHE TCHE ::

aktiviti mlm tdi... kesah selanjutnya akan menyusul. laporan semggu..


--nie jer tempat yang mampu pergi... kaw mampu??!--


--bijik2 pepper yg xberapa nk dikisar. cam bijik pe je aku tengok*ops!--


--mende nih buat smua orang gile...arghhhhh! damn!--


--brownie xya cakap la.. yang kering kontang pon akan jadi berlendir bila makan.*matilaaa*--


--feels like home katenye!! Like hell pon ley gak kan!!--

Saturday, March 13, 2010

:: teguran mama ::

Salam semua

Malam tadi aku kena marah ( tegur ) ngan allahyarhamah MAMA. Arghhhhhhh! Sedihnye. Naik xder suara aku membalas setiap teguran mama. Biasalah kan, aku ni memang kuat suka menjawab. Pantang orang cakap sikit jer. aku mulalah nak beri respon balas. Wakakak. Tu sebab budak sini yang ‘seronok’ naw nak dengar komenan aku bout sesuatu issue. Ape pun, ikutlah. Citerase masing2 kan. da orang Tanya, aku jawablah. Nak trima atau idak itu terpulang. Coz asalnya, ko yang terhegeh2 nak kan STATEMENT dri aku. dan so far, aku telah berikan ape yang termampu aku boleh bagi. J

Berbalik cerita pasal mama. FYI, mama yang aku maksudkan adalah my beloved MUM. Da meninggal da pun. Alhamdulillah, aku boleh ‘berjumpa’ dengan dia. Thanx god for dis opportunity, bukan di alam nyata, tapi ia cukup tuk dekat kan aku ngan sum1 yang paling aku sayang. Even masa dia ada pon. Tiada yang lain aku boleh masuk damping, melainkan mama. Orang lain??! bertuahlah aku nk berkongsi @ bukak mulut bout sesuatu. Bukan tak percaya, tapi atas rasa penerimaan. Hanya mama yang boleh terima & respon dengan ape yang aku alami & rasa.

Mungkinlah kalo dalam sudut perubatannya, aku mengalami permasalahan mental. Coz konon2nya boleh berhubungan dengan orang yang tiada. Aku sedar, aku bukan kearah gilorrrr. Erm, for those yang kate aku makin GILA, it’s ok.. thanx atas doa2 itu. Andai kata itu dimakbulkan tuhan. Aku terima dengan redha. Sebabnya, korunk jugak yang nak aku jadi giler. Kurang2 nanti disana, aku antara golongan yang ringan hisabnya. Ensyallah…

Note : jadi yang kena tegur nih. sebab aku der buat sumthing yang xelok. Wakakaka… kalo idak, xderlah aku kena marah ngan mama. ;-(

Owh my dearest friends, aku teringin sangat nak ikut mama. Tapi sebelum aku boleh ikut mama, aku nak semua orang yang kenal & tahu aku. anda2 semua redha dengan siapanya aku. REDHA, hujung rambut hinggalah ker ujung kaki. Aku sedar, nk puaskan hati semua orang bkan perkara yang mudah. Bila sampai masa si empunya badan nih da xde. M’harapkan Korunk REDHA jer ngan aku. mendoakan atau idak, itu bkan pinta n cita2 aku. ku hanya perlukan redha kawan2 yang pernah mengenali & bersama dgn aku. tidak lebih dari itu..

Stakat nih dulu… adanya kita didunia ini atas kasihnya DIA. Perginya kita semua nanti juga atas kuasanya DIA. Yang memberi peluang tuk kite merasa ape itu nikmat sementara demi mengecapi bahagia di syurga.

Wallahua3alam.. aku bukan sufi mahupon alkasyaf. Yang berlaku itu hanya kebetulan. Yang berkuasa hanyalah Tuhan yang esa. Maaf kalo aku der tersalah komen or respon pasal persoalan yang berkait. Atas ‘nikmat’ yang tuhan pinjamkan kat aku nih. aku cube tuk ‘beri’ yang mampu. Lebih dari itu. Kita berserah…

Sekali lagi… itu hanyalah KEBETULAN. KEBETULAN. KEBETULAN!!!!