FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Friday, May 15, 2009

:: selamat ulang tahun ::

Salam semua

Entry kali ini adalah dedikasi khas buat mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 15th may ( harini ler ). Bermula dari ahli keluarga ( kaum kerabat aula ), hinggalah ke teman-teman seperjuangan sekalian. Dalam apa jua keadaan & kondisi, mengutamakan keluarga itu lebih berharga & mulia. Konsep bersedekah @ amal kebaikan, dimulakan dari usrah ( keluarga ), aqrabiin, barulah ke stage orang luar. Xgituh??! Tetiba lak kali ni FAMILY FIRST kan!! pernah lak sebelum nih cenggini??! Ahakz

Pelbagai bentuk dalam lafaz, kata-kata, mahupun perbuatan bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Ada setengah orang, mamadai dengan ucapan SELAMAT. Ada setengah orang pulak DEMAND lebih, nak kan per’buatan. Such as KIZZ, HUG & so on… huh!! Ngengada sangat! ( aku pon camtuh gakz ).. xberapa nak layan wish2 ni… I need more. Miehahaha. However, pemikiran & zaman itu . sudah berlalu. Orang wish pon da kira baik & really make me happy sampai syurga ( FAIZAL TAHIR )

Muhammad faidhi aqhari, perihal about him pernah aku letakkan pada previous post. Ingat lagik x??! gelaran diberi pada dia as BUDAK HADITH. Selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 8. I guess. Coz dia darjah dua, generally standard 2 berumur 8 tahun, dan lahir pada tahun biasa ( bukan tahun lompat )

生日快乐

Bagi aku pulak, ini adalah tahun pertama dak kecik cili api sorang nih menyambut besday tanpa beloved MUM. Aku tahu, if before ni.. dia macam2 la nk demanding. Coz MAMA dok melayan & fulfill wish dia. Tahun nih. Siapa jadi mangsa??! Ahakz. Paling KOMAN pon, PIZZA HUT mesti!!! Lum lagi toys kejedah haram yang merepek2 tuh… ( aku xberapa minat nk bagi dak2 kecik permainan sebenarnya ). Tapi kenapa orang zaman sekarang ( kebanyakan ) memanjakan anak-anak yang otak baru nak menjadi dengan anak patunglah, belon hidrogenlah, keta kecik2 tuhlah. Huh. TAK MEMBAWA ke arah pembangunan otak sehat & cerdas langsung. Haih..

Berilah sumthing yang bisa menjana kemahiran & into mind development. Tak hairanlah mengapa ramai anak-anak era modenisasi ini tidak berapa mahu BERJALAN otak & pemikirannya. Rupa-rupanya, MAK APAK punca asbab. Sebagai contoh, berapa ramai sangat parents ada kesedaran soal mende nih?? Seawal usia setahun pon bukan alasan. Kita boleh hadiahkan baju, katil, atau mende yang lebih mendekatkan lagi between ibubapa & anak-anak. Dengan memberikan permainan. Sedikit sebanyak, hubungan serta interaksi ( sentuhan ) mak ayah terganggu & terhad. Bila anak degil @ tidak dengar kata, jangan salah mereka, tepuk dada tanyalah diri sendiri ( ader pulak ko nak tepuk dada orang )

Parenting skills basic membentuk kesejahteraan & keharmonian kekeluargaan. Ajarlah anak-anak dengan ilmu ( buku, puzzles, jadual bergambar ). Say no to toys, candies, chocs, dolls & segalanya tak mendatang kesan jangka panjang kepada darah daging kita. Hebat mereka, kerna hebatnya kita mendidik, binasa mereka, kesan dari kelalaian kita jua. 1st education, starting from home. Kata-kata hikmah yang sering kita dengar & tahu.. seek knowledge from the cradle to the grave atau in arabixnya

اطلب العلم من المهد الى اللحد

Tidak dilupakan juga buat, MARWAN HADIID NAZARUDDIN. I know he’s not really feel pleased when his name have be mentioned in ma BLOG. Sorry for dat reason, juz wanna wish.. a happy besday. Selamat berjuang dalam menempuh hari-hari mendatang. Jodoh xsampai-sampai lagi. Usia pulak da kunjung tiba. Get higher & higher. Ahakz!! Bukan ape, nama diakan hanya bisa tersiar pada blog2 mereka yang berstatus MALAIKAT sajork. Siapa la kita nih kan. AKU TAK KESAH!! Selama nih dia dok CLAIM soal nih. Dan hari ini. Aku paparkan ur name here. Nak peduli ape??! Ahakz. Kamo jer yang TAK PERNAH mention ma name on ur post. PUAS HATI??! Ahahaha. Blog aku hanya untuk orang tertentu sahaja. KATENYA.!!!! Dakwaan itu PALSU sama sekali. Ehehehe. ( matila meleret2 da nih )

身体健康

Ok… ok.. di hari bahagia kamo ni MAWAN ( aku panggil mawan jer ) gudluck k. nice to know u. since kt KLANG lagi. Thanx also kerna masih sudi nk berbicara ngan aku. Walaupon!!! ( sendiri tau kan ). Aku mendoakan agar dikau sentiasa dibawah rahmat & kasih ilahi. Fi amaanillah. Ensyallah.. besday boy*ops! Boy katenye!! ( citizen more deserve kot ). Huahaha. Secara adatnya kena buat makan-makan.. xder ke??! Hehe. Lama xrase air tangan suci kaw tuh ( POP BENEDICT sangat kan!! )

万名白岁

Hari ini bukan seorang dua sahaja yang menyambut, malah ade lagi… ( pandai mak ayah rancang ). Dia xtahu nih. Antara lima perkara ( ghaib ) yang ALLAH tidak berikan ilmu mengenainya kepada manusia adalah tarikh kelahiran & kematian. Seingat aku :-

##Masa turunnya rahmat dari langit ( HUJAN )

##Jantina anak dalam kandungan

##Kelahiran & kematian

##Rezeki

##Hari qiamat

ويسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلا (الإسراء :85 )

Rakan seusia mawan, atiq marzuki jua menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini. Selamat ulangtahun atiq. Dah nak sampai pon jodoh kamo. Alhamdulilla & ensyallah segalanya akan dipermudahkan hendaknya. Jadilah suami & ketua keluarga yang cemerlang, gemilang & terbilang.

كلكم راع مسئول عن رعيته فألإمام راع وهو المسئول عن رعيته والرجل في أهله راع وهو مسئول عن رعيته والمرآة في بيت زوجها راعيته وهي مسئوله عن رعيتها والخادم في مال سيده راع وهو مسئول عن رعيته والرجل في مال أبيه راع وهو مسئول عن رعيته وكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

Bermula dengan ucapan semuda-muda orang ke seusia-usia orang. Sorang lagi tidak dilupakan. SYAHMI YAHYA. Muhammad atau ahmad syahmi aku x berapa nk sure. Microsoft excel aku buat hal pulak. Ahakz!! X dapat nak check nama mane betul (fullname ).. maaf ek kalo salah. Ehehe. Semoga dengan peningkatan usia ini. Seiring jualah dengan meningkatnya graf amalan menuju ke akhirat ( bekalan disana ) amiin.. tak untuk orang lain pon. Untuk diri sendiri pon jadilah ek. Hehehe. Lakukanlah pekerjaan atas niat ikhlas lillah ta’ala. Sesungguhnya DIA maha mengetahui & maha bijaksana menilai hasil kerja kita. All da best SYAHMI. Selamat berfinal XM.

生活平安,学业进步

Sekian dari aku~


Wednesday, May 13, 2009

:: ma MAMA ::

salam semua

peringatan awal : n3 kali ini lebih menjurus kepada luahan perasaan lain dari biasa. Aku hanya mahu meluahkan secara jujur, apa yang aku rasa & alami tika ini. Dah nama pun personal blog kan. so pelawat-pelawat hat selalu melangut kat sini, korunk pepandailah nak hidup atau camne. Dan korunk jua ada hak untuk menerus atau berhenti membaca apa yang seterusnya.

Kelmarin, 10th may. Merupakan sambutan hari ibu bagi Negara-negara tertentu ( kebanyakan tidak mengalami ekuinok musim bunga, 21st march ). Xperlu ulang kot fakta geografi nih. Dulu-dulu da belajar kan. aku percaya dan yakin, fakta berkenaan dengannya TERSEMAT padu dalam ingatan kalian. Ilmu tuh.. ape lah guna kalo hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri… tul x??! geografi adalah antara bidang ( subj ) paling mudah tuk score dan ingat, coz it’s all bout our environment. Pagi petang, siang malam. Perubahan bentuk bulan. Semua terkandung dalam geografi+ science. Kalo geografi dalam BAHASA INGGERIS pon aku sokong. Mempelbagaikan ilmu ( bahasa ) kekdahnya..

Lain orang, lain cara sambutannya ( hari ibu ). Bagi kami, anak-anak allahyarhamah noor’aishah alam. Ada gaya tersendiri. Dulu masa masih sehat walafiat ( sakit sikit-sikit pun ). Yang paling beriya celebrate a.k.a mastermind. NURFATINI ATIQAH. Dia mesti ade mende nak buat. Bagi atau hadiahkan. If xder, boleh jadi bahan nangis ( sama cam FAIZ ).. cewek! Kuat nangis. Ahakz… muka jer cruel. Tapi hati pink ( hazmi faiz )… miehahaha. Kat umah aku, aku je yang pakej. MUKA SIYES, HATI KERAS ( xmudah mengalah ). Tuh yang dapt macam2 gelaran tuh… berlagak la, kekwat la, sombunk la. Ape la… hey!! Xkenal aku lagi, da cakap macam2 kan.. siot je.. meh sini mendalami aku. Baru kaw tahu!!!


--abah dipusara mama--

So, sambutan hari ibu adik beradik aku tahun ini telah dirancang dengan mengadakan bacaan doa selamat & tahlil. Then g ke kubur menziarah makam mama ( kubur ke, ape ke, same je erti nye ) buka minda, luaskan pengetahuan dalam pelbagai bahasa ok… makam bukan golongan UP je, sama la gakz dengan perkataan G*MP*NG & P*NT*T( sebagai contoh )… hanya mereka yang cetek bahasa sahaja akan mengintepretasikan ia sebagai makna yang ‘pelik’. Sedangkan, ia membawa erti yang sangat basic.

Tiap-tiap tahun kami sambut, tiap-tiap hari juga. Tapi pada 10hb mei sahaja yang LEBIH sikit. Orang lain aku xtahu. Sebab ini berkenaan dengan kami, anak2 n08. 4 lelaki, 2 perempuan. 4 orang cukup tenaga untuk MENGUSUNG KERANDA tatkala menghadapi kematian. 2 orang cukup tenaga untuk menguruskan perihal dalam rumah tatkala ada musibah berlaku. hikmah ramai anak lelaki ( bak kate sorang ilmuan itu ).

Aku xpenah tengok kubur mama sebenarnya ( setelah dibatunesankan ). Aku balik sini seminggu sebelum kerja-kerja pembinaan nisan mama dijalankan. Huhu. Tuh sebab arituh b4 balik, abah suh aku tunggu nisan mama naik. Tapi ape kan daya, memenuhi impian mama kearah perkara lebih aula, aku perlu utamakan ( belajar )… menyambung hasrat mama yang tidak kesampaian keluar Negara (Pennsylvania ) belaja masakan, culinary art… zaman-zaman dulu bak kata mama, rezeki keluarga tak berapa nak ada. Kais pagi makan petang, kain petang makan malam. Apa yang dapat, kena simpan tuk akan datang. No wonderlah waktu makan pon tidak berapa nk teratur. Ade skali tuh, nasik sampei jadi KEROPOK dah. Nak makan camne??! :: ingat lagi cerita mama ::

Sengsara dulu, melakar bahagia sekarang… bahagia sangat kah??! Xde maknenya nak bahagia tika & saat ni. Aku ibarat xde apa nk dibanggakan. Kosong!!! Ma strength serta merta hilang dari genggaman. Yang ada hanya kenangan & memori, tak bisa disentuh, tak bisa belai. Sekadar berlegar ‘bahagia’ dalam kotak bayangan. Hendak Digapai suatu yang mustahil.. aku hendak xnak, mesti REALISTIK. MAMA SUDAH TIADA jasadnya, hanya semangat mama yang mengalir dalam diri.

Sumhow, aku seperti hilang pertimbangan diri. Mahukan mama disisi. Dalam masa yang sama, aku tahu yang mama sudah berpindah alam. Mustahil bagi aku mengikut jejaknya, kerna perginya mama, pergi -seorang yang sangat terhormat dikalangan ahlinya, rakan-rakan, jiran-jiran & teman-teman. Aku??! Stage mana lak?! Nak sama ngan mama. Coz aku adalah darah daging yang keluar dari RAHIM MAMA.

Secara jujurnya. Antara adik beradik. Aku YANG PALING MANJA dan tak boleh berenggang ngan mama. Apa jua yang berlaku, mama FIRST!!! Cerita suka duka, ria riang aku. Berkongsi bersama mama. Jolokan manja, kuat memberontak, itu semua kat aku. Ahakz!!! Xboleh xdapat ape. Mesti MENDAPATnya laa ( buat perangai ). Siapa lagi yang nak fulfill kalo bukan MAMA. Skrang nih xder siapa da. Kesorangan aku dilautan sepi. Menghitung hari, mengatur strategi menjejaki mama ke alam sana. Ensyallah… dimana pon aku ‘jatuh’ disitu jua aku dikembalikan ( pada tanah ).

Sekian. Wallahua3lam..

Tuesday, May 12, 2009

:: siapa dia?? ::

salam semua

orang kata kami serupa tapi kami tidak sama. Bagi aku senang je, lain orang lain warna pandangannya, penilaian masing-masing. Hanya diri yang merasa sahaja mengetahui apa yang dimaksudkan sama, apa yang serupa. Ibarat, beratnya mata memandang bebanan, berat lagi bahu si pemikul menggalas cabaran. Meletakkan seseorang pada tahap tertentu itu sudah menjadi kelaziman. Samada dibawah, atau diatas kite menilai mengikuti perspektif sendiri. Alih-alih diakhirnya nanti. Dia tidak lain tidak bukan, hanyalah SERUPA sahaja, tiada apa bezanya.. :: BIASA JEEEE ::

ada 2 maksud pada post ini… dan aku lebih nak menghuraikan satu sahaja daripadanya. Masih menggunakan konsep DOUBLE MEANING. Tak reti nak menghuraikan dengan ayat penyataan secara langsung. Malah ia memerlukan KBKK aras 4-5… terpulanglah anda dapat atau idak jawapannye, itu tergantung harap pada betapa KRITIKALnya pemikiran kamo terhadap sesuatu isu atau permasalahan. Ahak..! tidak menjadi masalah pun, jika mahu membuat sebarang keputusan –ve. Perlu diingat

ياأيّها الَّذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظَّن إنّ بعْض الظنّ إثم

(الحجرات : 12)

Di akhir ayat ini, disebut

إنّ الله توّاب رّحيم….”

Prasangka bole berprasangka, tapi ia pada hadnya. Sebab tu kenapa kita selalu dengar husnuzon حسن الظن dan syukzon سؤالظن( betul ke ejaan arabnya nih?? ) aku xberapa nak tahu sangat. Kalo base on pertuturan orang melayu kita. SYUKZON, ade pulak huruf ش kat situ??! ( curious ).. Dalam bahasa arab ( penah aku jumpa ).. perkataan terdekat membawa maksud buruk, antaranya adalah “ سواء” atau شرّ. Wallahua3lam.

Biarlah dari mana seseorang itu datang ( kita jumpa tepi jalan ), seharusnya ( WAJAR ) bagi kita berfikiran +ve. Awal-awal jumpa da mula macam-macam dalam kepala, habislaaaa… relax-relax je dulu, tarik deep breath. Stabilkan emosi, kuatkan diri. Tanya elok-elok.

“ hye… dari mana tuuuuuuuuuuuuuu, pandai pilih jalan yer… da habis jalan ke nak lalu???” kan molek tanya camtuh. Walaupon!!! Uslub kena SESWUAI, barulah KAK NAM!!! Xgitu. Ahakz!!

Entah2 dia baru balik dari ceramah ke. Bagi talk sana, talk sini. siapa dok tau. Sebab pe kaw xtau. Sebab ko TAK PERNAH nak menghadiri majlis ilmu kelolaan dia. Kan!!! katenya… ko hengat malaykat tuh men pilih-pilih penceramah kah?! Bila Si polan nih, malaykat RAHMAT memayungi, tang si polan tuh, maleykat MAUT melebarkan sayap. Cenggituh??! Xder makne nyer.. da nama pun majlis ilmu. Semua sama je. Yang bezanya. PENGISIAN dalam majlis ilmu itu. Dok gossip2 artis kah?! Dok KAPIR2kan orang kah. Itu diri sendiri mau hengat la erk!!

Huh! Da mula aku berceramah. Ahakz! Tak boleh nak bagi mukaddimah. Mesti mau nya la berbicara soal agama. Temanya, BERGELORAKAH LAUT MATI JIKA AKU SENDIRI YANG BERSUARA. Sambil m’pdengarkan surah الزلزلة… :: insop mode ::

Ok… ok… cukup sekadar itu ( ceramah agama konon2nya )… siapalah kita nih kan! berbicara lebih-lebih pulak. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya mengenal siapa kita ( realistic ) bukan verangan MAHAGURU, umpama semua perkara hokum hakam kaw tahu. Walhal, huruf idgham pon xtahu ada berapa.*ops!! ( riak ilmu)… syaitan sangatkan dok nganjing2 orang jahil!! Ahaha. Nanti aku sambung fathul bari ( bab iman ) lak erk… tetap xmoh kalah nih!! Hehehe

Lari da jauh sangat ni dengan topic asal. Aku nak cerita pasal sorang nih jer pon. Tapi masuklah bab tazkirah ( tazkirah keeeew??! ), bab agama lah. Huh! Payah tul aku nih. But korunk kena tau, sebab pe masuk itu masuk ini. Coz kitorang memang BERKAWAN kerana AGAMA, ukhuwah fillah. Itu yang secara tak langsung ade ayat quran segala. Ahakz. Lain lah ade orang tuh, saling berkenalan atas kepentingan peribadi & purpose tertentu. Purpose apa?!! Xmo cakap. DUNIA SANGAT!!! Akhirat?? Lupalah kan.. KATENYE~

Yeah, aku suke citer pasal orang. Orang je xsuka citer pasal aku. Ahakz! Poyo je.. citer hal orang pon, still la ngan gaya tersendiri. Nope KOPIcat… ade nak men kopipes2??! Xder dik nun. Huhuh. Aku memang betullah SAYANG si dia nih. As KAWAN… dan seperti semua tahu, aku mmg sayang kat kawan2 aku. Yang xpenah aku kata dia kawan tuh. Sah2lah aku TAK SAYANG, siapa kaw nk berada di hati aku. Miehahaha… camne erk aku nk describe kawan sorang nih?? Paling aku suka is bout CARING & manjanya dia. Huahaha. Yeah… Buku bertemu ruas… bile si manja berjumpa si manja. Maka dunia ini HAKU YANG PUNYA. ( lupa diri kejap nih!! ). Aku kalah tul la ngan orang meleseh-leseh nih. Huh!! Kamo udah menakluk kerasnya hatiku.uhukz! ayat xley blah!!!

Pada si dia, cyunk kamo sgt. Ahakz! ( ayat common ). Luv u so much. Study smart k. all da best. Semoga Berjaya. Nak citer banyak, takut salah faham. FIQH dak sinie bukanlah tinggi sangat… kang macam2 fatwa keluar. Walhal, illah & asbab musabab xtau apa2… ahakz. Da~

Monday, May 11, 2009

:: kempen bertanding ::

Salam semua

Memula cita arini aku nak kongsi lirik lagu dari Dato’ Siti Nurhaliza. Masa lagu ni dirakamkan, dia lom lagi dititlekan DATO’. Tapi dik kerna lagu dia lagu sepanjang zaman. Xkesahlah. Ahakz! Aku suka lagu nih, aku nyer suka laaa. Kan!! ape kaw peduli. hehehe

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu



Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya


Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi

1st of all, ni bukan bermaksud aku dalam kejatuhcintaan dengan sesapa. Sekadar ingin meraikan kegembiraan aku sejak dua menjak nih ( yer ke??! ). Ada budak nakal dia sms, buat ‘lawak’ bodoh, konon2 maw kacau aku. Dia lupa gamaknya. Si FRED dia nih memang payah tuk diganggu. Ahakz!!

K r, ma dear… rajin n kayanya kamo sms kita. Dalah kamu tuh jenis KEDEKUT & berKIRA xhengat dunia, tetiba semalam kamo sms kita. Terus terasa cam kamo itu dah XDE YANG MELAYAN, tuh sebab kamo BERALIH ARAH sms kita. Tul x?? har3. Kita da kenal kamo lama beb, xde maknanya kamo nak spend duit ( bil ) kamo tu kat orang yang xpernah nk memberi manfaat kat kamo ( aku la tuh ), melainkan kamo benar-benar DESPERATE.

Sian kat kamo kan! wueks!! Sowie kalo kita terlalu terus terang. Dan kamo pon suka str8 tu da point kan. janganlah kamo KESAH ok!!! Tuh yang kamo MAHU. Nah hamiiiiik! Kita nih la jenis xsuke bertalam-talam nih. Maka, sesuai la kita ek. Hueahahaha. Ni bukan nak mempertikaikan kamo k, just meluahkan apa rasa hati uhukz!

Berbalik pada soal hati & perasaan tadi. aku sebenarnya tak sabar nak abiskan sem nih. Nak balik malayisa. Sebelum tuh kalo xde aral melintang, g UMRAH! Ahakz! ( ley caya kah ini??! ) orang ramai ala-ala ragu-ragu je. So, DO I CARE bout it!!! Kita nak g mana pon, ade kaw sponsor?! Ada kaw taja makan minum pakaian aku sepanjang perjalanan. Diam-diam sudah. Masa beribadat, masa main, masa study. Itu semu kita yang buat dia. Bukan dia yang buat kita. ( boleh dirancang!! )

Maw pulang Malaysia. Coz ade sumthing besar menunggu aku. Ehekz!! Ape la tuh kan.. hanya aku & dia je yang tahu ( dan beberapa kenalan terdekat ). Korunk memang best & supportive. But!! Sayang nya, aku xdapat nak merasa sangat betapa indahnya saat tu. kerna, si DIA xder ngan aku. Huh!! Si DIA dalam ini ada pelbagai jenis makna & orang. Pepandailah korunk TEMBAK.

Macam yang dikatakan sebelum nih. Aktiviti wajib balik Malaysia. BERJALAN SAKAN, holiday ke pulau-pulau. Yuuuuuhu!! Lain tahun, dengan lain orang ( JUMLAH ), lain masa lain tempat. Planning da baik nya. Tinggal lagi beberapa minggu je. Xm next week, last paper aku 28 hb. Alhamdulillah, abis awal. Hehe. Ley lepak AMMAN kat umah ……… siapa yang masih xm tuh. Xdapatlah nk ikut skali. Maka, nanti setiap malam chill AMMAN… bapak best. Duit??!! Matilaaaaa da kering nih!! :: Begging ::

Sekali lagi, si DIA xdapat join aku tuh beronggeng2an AMMAN. Susah betullah. Huh! Camne nih??! Bila masa nk menyebelahi. Asyik xdapat je. Ngan orang len xbest. Coz least faham aku. Aku mau orang yang ley MASUK ngan aku. Sekepala, sehangin, sehaluan. Amalan??! Sendiri2 sudah. Dia lagik baik dari aku ( sedar diri ). Baik personality la.. baik lain??! Nope komen. Ahakz!! ADE AKU KESAH!! Miehahahha

Sebenarnya, aku nih merepek ( isi post totally terPESONG ). Macam2 ada dalam kepala nih. N one more thing is. Aku baru je lepas satu BEBAN. Huh! Buat ringkasan ( summary ) buku bout syiah. Mampus aku, nak diolah guna gaya bahasa sendiri. TERER SGT kan bahasa aku, balun je laaa. Naw ngah weng2 nih. Tepu da otak. Nak study ke idak xtau la.. ahahahaha ( alasan xley blah )

Besok last lecture, hureeeeeeeeeeeeeeeeeey!! Boleh layan MALAM ku ngan begitu sesuka hati.. jadual tido ley ubah sikit-sikit. Perjalanan jadual harian pon agak boleh di alter mengikut HATI aku!!! Aku nak gak transformasi. Hengat kaw je!! Huahaha. Antara step aku tuk merealisasikan transformasi nih. Aku nak mula KEMPEN tuk bertanding dalam PERMAI. Xkesahlah apa-apa jawatan pon. Aku MEMANG giler kuasa… puas hati??!

Katenya nih Aku banyak cakap, kurang ( xder ) buat kerja!!! Kan!! now, aku nak buat kerja.. kaw yang dok komen2 aku byk cakap nih… aku mahu satu kerja dari kaw dri trus nak mengata aku byk cakap. Mari sini TOLONG ( kerja kaw ) merealisasikan hasrat aku. Tengok ader berani tak?? Atau kaw sendiri xtahu ape itu erti MENGOTAKAN KATA-KATA. Be gentleman k… ader PUN*I tapi tak tahu nak fungsi. Baik humban sungai tembeling bagi buay jamah, tuh pon kot buaya nk telan. Ahakz

Sekian dari aku.. wallahua3lam. Akan bersambung siri KEMPEN aku dalam meneruskan hasrat bertanding kerusi pada pilihanraya PERMAI 2009. Aku berkorban, aku bersedia, aku boleh buat. Da~

Sunday, May 10, 2009

:: 母亲节快乐 ::

Salam semua

Setiap hari adalah hari yang bermakna bagi setiap insan. Tak kiralah ia diredah dengan suka atau duka, ia tetap kita sebut sebagai suatu detik yang berharga. Jika baik, ia merupakan kemanisan. jika buruk, ia merupakan kepahitan. Semalam berbeza. Hari ini lain, esok lusa tiada siapa tahu. Adakah ia hari kita atau sebaliknya.

Dengan hari-hari yang kita lalui inilah, terbitnya satu masa dimana kita tetapkan padanya HARI IBU. Lain region, lain masa sambutannya. Rakyat Malaysia contohnya, menyambut hari ibu pada ahad kedua bulan mei. Dan dijordan pula menyambut hari ibu pada tanggal 21st march setiap tahun. Kerana pada masa ini berlakunya putaran ekuinok musim bunga ( tempuh siang & malam sama panjang ). Wallahua3alam

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yang penting bagi aku. Tak perlu ditetapkan hari ape untuk ape. Kerna setiap hari adalah hari kita untuk semua. Belum tentu yang akan datang itu untuk diri kita semata. Letaklah apa-apa tarikh pun, xde aku pandang pon. Melainkan BESDAY AKU. Sekali setahun. Hehehe. Tuh lain citer. Aku suke tym besday aku. Xtau nape. Mungkin kerna aku masih mahu bersyukur atas peluang yang tuhan berikan tuk aku, demi mengharungi masa akan datang. :: peace ::

Hari ini adalah HARI IBU pertama yang aku lalui ( ingati ) tanpa ibu di sisi ( hidup ). Mama da kembali pada asal kejadiannya ( tanah ). Ehekz! Xdelah nak sedeh naw, biase jew. But best tengok orang lain ley wish mama derang through MMS,SMS, YM, CALL n macam2 lagi la kemudahan ICT skarang nih. Aku lak??! Meng’wish’ mama via DOA. Hehe. Lagi modern! Aku kena positif. Kaw ado??! YANG HADO! No talian tetap aku tuk MAMA. Nak sms ke, call ke, webcam skype ke. 24434 sambungan 0 ( solat jenazah xde rakaat ). Hhuhuhuh

Ya allah.

Dengan namaMU yang maha agung, tuhan langit dan pentadbir alam semesta. Engkau limpahkanlah rahmat & arrahim mu kepada mama. Redhailah mama sebagaimana engkau meredhai pejuang-pejuang syahid dijalanmu. Angkatlah mama dikalangan hamba-hambamu yang Berjaya di dunia & akhirat.

Ya allah ya rahman,

Aku bermohon padamu, ampunilah dosa ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, kaum kerabat sanak saudara anak pinakku. Dosa guru-guru ku, dosa sekelian umat manusia. Berikanlah mereka hidayah dan taufeq agar mereka ikhlas menuju ke jalanmu.

Ya allah ya Fattah,

Engkau permudahkanlah urusan kami, di dunia dan akhirat. Janganlah engkau sempitkan ruang kami untuk melangkah kehadapan bersama-sama para anbia’, syuhada’, & ulama’. Berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi mehnah2 dunia yang penuh pancaroba.

Sekian dari aku. Xley nk tulis panjang-panjang. Aku windu mama. Selamat hari ibu pada sesapa yang bergelar ibu. Aku yang xder ibu ini. Nak ucapkan selamat hari ibu kat mak sesapa pon ( tumpang kasih ), ader aku kesah??!! Mak aku berada di mana-mana. MAMA tetap dihati, sampei ke MATI.

Ucapan khas dari aku, sempena hari ibu. Jika ada mana-mana salah sila tegur ok… sama-sama kita perbetulkan.

在天上的妈妈,祝您母亲节快乐,妈妈我感谢你赐给了我生命,是您教会了我做人的道理,无论将来怎么样,有人说,世界上没有永恒的爱.我说不对!母亲的爱是永恒的,她是一颗不落的星。那个一颗星就是您了。永远爱你!

并不是只有在母亲节这天才要特别去关心母亲,365天里,每一天都是母亲节。希望母亲能天天快乐,日日幸福

虽然我们过着最平淡的生活,母爱却渗透在生活的一点一滴里。在母亲的节日里,祝福天下所有母亲幸福快乐

Eceli nak wt panjang. Hehehe. Memandangkan masa xberapa nk mengizinkan. Aku buat jela ape yang patut nih. Huhu. 母亲节快乐 ( Mu qing jie kuai le )

Khas untuk UMI ( puan Nur Hanim Binti Ahmad )

Selamat hari ibu nadzeem ucapkan buat umi. Semoga umi Berjaya dalam mendidik anak-anak umi. Nadzeem tak beribu, cukuplah sekadar melepaskan rindu dendam dengan ucapan teristimewa buat umi. Nadzeem hanya mampu menumpang kasih ibu orang lain bagi mengubati kerinduan nadzeem, nadzeem sayang mama, nadzeem juga sayang umi.

Umi jaga diri baik-baik. Mudah-mudahan segala apa yang umi perjuangkan untuk anak-anak umi akan tuhan redha & rahmati.

Doakanlah kami di sini. khas buat anak umi ( AYONG ) & nadzeem juga. Ensyallah, kami akan pulang dengan kejayaan. Amin.~

Saturday, May 09, 2009

:: modeling ::

Salam semua

Currently melayan MAKE ME A SUPERMODEL ( MMAS ). Hehe. ANTM season 12 da nak habis. So aku start mendonlod MMAS, da episode 9 pon. Bagi memastikan xde keboringan berlaku, aku layan je MMAS. Baru season 2, season lepas xsempat nak ikut. Kali nih barulah beriya-iya nak layan. Ahakz!!! Best lak aku tengok modeling field nih. Ada gakz la perkara about imej & style yang aku dapat dari rancangan camtuh. Xbanyak, atleast ade sikit ilmu & pengetahuan. Instead, mengelak dari tuduhan punyai RAMBUT persis penyapu. Dat’s not me either. Kikikiki




Yer laa. Nak jadi model, rupe YANG HADO!! Tinggi apetah lagi kan! setakat ade nih je laa. Syukur tuh sudah memadai. Tak guna jugak, ader personality hebat, tapi bad attitude… imej hot, but doesn’t how to behave diri sendiri. Kan! katenya!!! well. Both elements shud be balanced. Barulah KARISMA & aura itu terpancar. Semata boleh catwalk, tapi gaya hancurs wat pe. Itu kita xsebut catwalk, but DIVA VERANGAN yang KEKWAT & xsedar diri.*ops! Matila carut orang lain..

Fav cast aku??! Siapa ek. Memula suka kat brendon. Sayangnya, dia jenis yang racist ( elergik aku!! ) so, his been rejected. Aku suka n minat ( style ) Gabriel & SHAWN. Pompuan aku suka JORDAN & MONTAHA. Xkesah la ader yang terkeluar ke, aku tetap minat. Cam ANTM gakz. LONDON punya cantik. Kicked out. :-( … satu je aku xberapa nk suka ngan model2 pompuan nih. T*T*K xder. Ntah ape2 ntah. Shape badan lawa, tang itu yang xberapa mantap.*ops!!! Terlebih sudah.

Terkargo

wuarrrrrrrrrGhhhhh, tension nyer haku!! Sunglasses beli kat city mall arituh terkargo balik Malaysia. Terpack dengan tidak sengaja dalam kotak. Siot!!! Da la sekarang nih nak naik panas. Huh. Salai aku gamaknya. It’s not only sunglasses. But it’s PRADA.04fs.. camne nih. Xkan nk beli yang baru kot. Mane de duit da.. duit bnyak lagik nk guna weyh!!! Da la hargai dia lebih kureng ( HAMPIR ) harga sewa umah aku sebulan.

Pakai pon baru 2-3 kali. Hehehe. Tuh pon time kua AMMAN je. Ngan KAWAN. Hehehe. Kat irbid nih xde kawan, kita kawan la ngan dak amman kan*ops!! Siap la aku pas nih*. Itu bukan bermakna aku kerap ke AMMAN semata nk jumpa kawan. Tetapi ader urusan ok. Wueks!! Xcaya ley Tanya ma new PA. PA lama dia da tak moh kerja ngan aku. Aku ni Banyak cengkadak katenya.*matila reka cerita* ifa raziah sangat kan!! payment berbulan-bulan xmasuk.*propah*. Lantas dia tinggalkan aku, carilah aku PA baru. Huahahaha

Peringatan. Sunglasses tuh just PRADA je k. xmampu nk beli DIOR or QUICKSILVER, bapak mahal nak mampus. Ade orang tuh dia beli sunglasses bernilai 240 JOD. Jenama emporio Armani. Smart gakz r. kaler itam. Jeles aku ( byk nyer DUIT dia ). Kalo aku ade byk duit. Nescaya akan aku sedekahkan setiap seorang anak yatim akan sepasang sunglasses dari tajaan BVLGARI. Boley??! Aku anak yatim gakz. Hehe. Tapi aku sendiri mau dari SALVATORE FERRAGAMO. Hahaha

Penemuan baru

Erm.. eceli xder la baru mane pon. Selepas menjalankan eksperimen sendiri, selama beberapa minggu. Aku dapati, ada satu shampoo rambut nih, bagus untuk mereka yang mahukan keyakinan ketika berhadapan dikhalayak. Dari hujung kepangkal rambut, ia terjaga rapi. Produk shampoo yang aku maksudkan adalah CITRE SHINE. Mudah untuk didapati. IRBID aku rase ade kot, coz aku beli yang nih kat AMMAN. Hehehe. Harga mesra pembeli.

Ini adalah bagi sesapa yang sangat mementingkan penampilan… aku hanya berkongsi pendapat & sikit pengalaman. If jenis yang ala-ala selekeh, sakai & xterurus tuh. ADE AKU KESAH. Aku berbicara kepada siapa yang berminat sahaja. Why not kite spend sikit demi memenuhi tuntutan agama.

“kebersihan itu sebahagian daripada iman”

Janganlah kata membazir or wut. Nih untuk diri kita juga. Apa-apa pon kita tetap melihat pada kemampuan diri. Da namanya raja & sultan. Xkan nk samakan dengan stage GUNDIK. Ikut level & stage masing-masing la kan. Namun!!! Setiap manusia itu ada perasaan untuk berubah & mengubah. Let’s go. We make sum transformation. Yeeeeha!!!


Sama kesnya jugak, orang berhabis beribu-ribu beli minyak atar ( perfume islam, katenya !! ) kalo orang KAPIR nyer kita sebut FRAGRANCE. Muslim nyer kita called as ATAR jer sudeh!!! Syubhah kalo namakan as perfume. Cube g kedai bau2an tuh. Ko sebut la nak perfume. HARAM dia nak faham. Paling ade pon UTUR??! Huh.. perfume nye common, itu pon xtau. Ahakz. Bukan ape, stakat kedai kaki lima tuh tak pandanglah sangat. Kita kedai berstatus BUTIK. Perfume pon xtau kah!! DUNGU sangat!

Last but not least, kebersihan itu bukan sahaja pada luaran. Dalaman pun iya jugak!!! dan erti kebersihan itu sangat luas, sejajar dengan kehendak dan ruang dalam islam. Kita bukan dari penganut agama yang menyempitkan ruang pengamalan agama sendiri. Syariat TETAP ada, antara kita je yang nak buat atau tidak. Hamba yang besyukur @ hamba yang kufur.

Friday, May 08, 2009

:: impak individu ::

Salam semua

Siapa dalam hidup kita selama ini telah memberi kesan yang tak mampu untuk kita lupakan??! Setiap individu pasti ada. Baik +ve @ -ve. Itu semua ceritera masing-masing, apa yang cuba aku sampaikan, adalah tidak jauh dari apa kita namakan as perkongsian. Mendalami erti kehidupan & memahami manusia-manusia di sekeliling kita.

Pernah terbaca satu penulisan, mengatakan kesan psikologi manusia terhadap seseorang (manusia) adalah lebih besar impaknya jika dibandingkan dengan kesan semulajadi atau bukan manusia. Contoh, mangsa trauma gempa bumi & trauma diperkosa manusia bernafsukan binatang.

Disini, aku ada beberapa insan yang telah banyak mengajar & mendidik aku mengenai selok belok mengharungi hari-hari yang dinamakan KEHIDUPAN. Kemahiran, kecekapan, kekentalan & kesungguhan merupakan nilai murni Berjaya aku perolehi selama aku bersama mereka. Mereka sudi bersama aku.

Allahyarhamah MAMA

:: sesungguhnya, beliaulah teman terbaik aku selama ni, tak der ape pon yang sembunyikan dari mama, sedalam-dalam perasaan hinggalah xpuas hati, aku luahkan kat mama. Sekali rasa, seperti aku tidak tahu menjaga hati orang tua. Lebih-lebih lagi seorang yang berstatuskan IBU yang melahirkan kita dari rahim ajaibnya.

Well I’ll tell u guyz sumthing. As anak, kenapa dengan ibu sendiri pon kita xmahu berterus terang??! Takut kecilkan hati ibu? Atau kita sendiri yang BACUL??! Berterus teranglah yang sebaiknya. Aku percaya, bahawa xde ibu & mak2 kat dunia nih mahukan kehidupan anak yang dia sendiri lahirkan MUSNAH, HANCURs & tiada masa depan.

Kita ambil satu contoh mudah… soal KAPEL.. berapa ramai antara kita yang menggedik2 sana sini xhengat DOSA. Of coz, ingatkan ibu tuh jauh sekali kan!! dah dok melayan JIWANG ngan anak teruna/dara orang. Muka mak sendiri pon kita boleh lupa. Yang penting ape??! HAPPY!!! Camtuh mengecapi istilah & makna gumbira??! Sanggup ketepikan darah daging sendiri, kerana mahu lempiaskan tuntutan nafsu… maka benarlah, PANAS PERUT IBU MENGANDUNG

Dalam perspektif ini. Aku berpendapat, bahawa xsalah sekiranya kita mahu berpasangan. Fitrah manusia. Saling berkasing sayang. Tapi mengapa sanggup menggadaikan keutamaan ibu??! Cukup sekadar berterus terang, kata.

“… bu.. saye suka kat wanita ini, ape pendapat ibu…?”

ketahuilah, peranan ibu bukan sekadar MENETEKkan kita. Malah lebih dari itu. Ibu juga adalah kawan sejati ni. Banyakkan conversation ngan ibu-ibu2 kita. Mereka pasti akan menolong tuk guide darah daging kearah kebahagiaan, percayalah..

tak mau terus terang yang kita minat & suka kat sumone??! Takut ibu kecil hati?! Marah?! Da tuh yang dok pakat gatal2 tuh kenapa??! MENIPU ibu adalah dosa. Derhaka namanya. LEBIH BAIK tinggalkan, dari terus menerus menipu ibu. Itu jer komen aku.

Sejujurnya, kemana pon aku pergi. Buat & alami, aku bagitahu mama. Then dia akan beri pendapat & pesanan. Yerlaaa, hati mak kan! nak pulak dia tengok anak dia hilang panduan hidup. Xdr maknenya!!

“… ma, abg nk kluar malam ni. CLUBBING…”

“… anak bujang ma nih suka buang duit,jgn balik lewat sangat, jage diri, jangan buat mende bukan-bukan…”

“… da clubbing xkan balik b4 12 kot ma… yer, abg jage diri. Abg kuat, xmudah dipengaruhi… duit abg pon, nak minta ma, kompem xdpt nyer( tuk mende2 camni )…”

“…amiin…”

Allahyarhamah WAN

::panjat pokok, kenal buah, kait buah, bakar arang, lebur timah. Pasang jerat merbah. Kail ikan. Timba perigi, ape lagik yang pernah aku buat??! Cangkul tali air. Tangkap ular. Semua diajar oleh late grandma. Nak kenal jantina burung pon aku diajar… korunk tahu??! Jenis ikan yang korunk Nampak kt kedai @ pasar, aku berani katakan, dari 10 jenis korunk tengok. 1-2 jenis je korunk tahu!! Walaupon kaw tuh budak kampong ASLAN!!! Ape kaw tahu. Aku yang anak kelahiran Bandar nih lagik acknowledge dari budak asli kampong. Tak dinafikan!! Sebab pe jadi camtuh. Coz dak2 kampung nih, too much TAKE IT FOR GRANTED.

Abang WAN ( ikhwan )

:: abang yang paling aku sayang. Thanx 4 everything. Dia yg support aku time aku down. Sokong aku. Mendorong aku kearah kesabaran. Peristiwa hitam itu akan terus membelenggu aku, jika xde orang cam dia datang membantu. Hanya tuhan yang akan membalas jasa baik abg wan. Aku sangat berharap. Dia dapat kawin ngan kak ……… 2-2 sama padan, sama hot. Kalo orang lend pat abg wan, aku xmoh datang majlis tuh. Ahakz! ( boleh xcamtuh?? )

9teenstars

:: dari kecik till now, xde ape yg bisa memutuskan bond kamirang. Hampir 20 tahun lebih kitorang berkwan, suka duka, ria lara, semua sesama. Ape yg aku ader, depa pon ader. Ape yg depa rasa, aku jua merasa. Paling xsuke kalo bukak citer2 lama. Aku mencik mende nih! Ahakz! Coz dalam ramai2. Aku yang paling byk cerita pelik2 n teruk. Aku xmoooooh kenang tebiat lama aku. Sangat nakal, macam2 sangat lagi laaa. Siapa yang xpenah aku bertumbuk. Sape xpenah aku baling batu batu. Makcik pakcik, akak abang. Atuk nenek. Semua aku balun. Ader aku kesah!!

Dengan kawan-kawan nih la aku kongsi kehidupan. Nakal licik & smartnya aku. Atas pergaulan dengan derang. Hehehe. Aku seorang yang cepat belajar. So aku nakal pon, absorb dari diorang gakz. Aku manipulate ape yg derang ade. Huh! Miz u guys. BOY, AZAM, FALAI, CAPIT, SHIRO, JIMM, AMIE, ALFUN, APIZ, KIKI & fyra

Cikgu Cheah ( 谢老师 )

:: cikgu yang memahami aku ( selalu backup aku ). Kat sekolah dulu aku selalu kena ugut tuk dihantar pulang. Kerana BECOK dalam kelas. Komen itu, komen ini. Tulis xcantik kt papan hitam pon. Aku komen, naik tensi sesetengah cikgu tuh. Bagi aku, tulis cina aku lagik lawan & cantik dari depa nya tulisan. Tuh yang aku berani bersuara. Paling aku bangga, diorang xde nak BAN & HANGIN xtentu hala. Orang cina more better than malay. Orang melayu. Tegur ckit. Da melenting. Tengok sendiri jela kat sek kebangsaan, berapa ramai cikgu melayu kuat & cepat merajuk.

Maka, tidak hairanlah, kenapa anak-anak melayu ( yg sek keb ). Ramai yang FAIL dlm kehidupan. Sikap –ve yang dipamerkan oleh guru-guru ni lah antara punca asbabnya. Motif nk merajuk, xmoh enter klas kerana anak murid tegur. Baguz sangat ke kaw sambil xleh nk kena tegor. Mende nih penah aku sendiri lepaskan kat sorang ustzah time sek men dulu. Puas hati aku!!

Memula dia ala-ala ketat jer ngan aku, akhirnya. Alhamdulillah. Sampei ke hari ini. Kami lebih rapat dari biasa. Tolonglah cikgu2 melayu. Jauhkan emosi dalam kerjaya anda sebagai pendidik. Aku tulis nih, sebab cikgu2 aku pon bace blog aku. So, aku lantang!! Cikgu2 pon xde derang nk kesah. Kalo xkena batang idung sendiri. Cikgu2 aku semua sporting. Lainlah cam cikgu DIORANG tuh. Xprofessional langsung. Itu bukan cikgu. Itu HANTU!!

Berbalik ngan xie lao shi aku nih. Dia ajar aku dari darjah 1 till darjah 6. Cume darjah 2 je aku xjumpa dia. 1st subject aku kenal dia, subject pendidikan seni, tym tuh da nak dekat2 raya cina. Dia suh buat tanglong guna angpaw. Hasil kerja aku impressive sangat ( dia yang berkata ok!! ). Dak2 cina lain, semua sentap ngan aku. Sejak dari tuh, aku rapat ngan dia. Hehehe.

Selain tuh, dia merupakan orang kuat( mahaSIFU ) aku dalam mempelajari bihua( seni kaligrafi cina ) using a brushes, black ink & red special papers. Selalu kita Nampak terpampang kat dinding umah orang cina. Tulisan dia kebawah. Xpenah ader pilih kasih, aku anak melayu dia orang cina. Sanggup dia meluangkan masa dia berikan intensif khas kat aku. Aku sampei skarang masih belaja menulis mau bi ( mau = bulu ,bi = pena @ pensil )

Alhamdulillah, dalam pertandingan, masih ade tempat tuk aku. Xjadi juara pon, naib johan sudah cukup menggembirakan dia & aku ( apetah lagik ). Dalam dewan pertandingan tu, ader 60 contestants. Hanya aku sorang je NON CHINESE. Ape lagi yang boleh aku banggakan. 1 dalam 60. Thanx jua kt MAMA kerana memberi peluang kat aku belajar budaya & adat luar.

谢谢谢老师,你的太大了.到后我永远不会忘这您.真的.

Hanif md nor & tarmizi said

:: hanif & mijie. Both BFF aku. Aku kenal depa time sek men lagik. Mijie dari f1 till now ( same2 idup kt irbid nih ). Hanif kenal dia kat rawang, since f4 till now. Bukan bermaksud yang xsebut namanya tuh xde ape2 bagi aku. Kalo camtuh. Masaklah aku nk sebut sorang2. Ini base on keTERKESANAN mereka terhadap diriku. Huh!! Kenapa aku xsebut HALIM ??! bukan kate halim xbagus. Halim MMG baguz n hebat. Kan!! kena mention gakz nih, nnt ade pulak orang xpuas hati, persoal itu, persoal ini. Kan halim kan?! tul x?

Bagi Halim xde ape pon ( bagi aku laa ), yang ader tuh set2 mulut hangsuang. Mempertikaikan kenapa xkata halim masuk carta.

“…Walhal ko ngah halim selalu bersama ( katenye!!). sepantutnya ko masukan lah name dia, coz dia ngan ko selalu…”

So, mende nih biar halim yang jwab. Senang citer. Halim ada pada stage dia tersendiri. Motip kaw nk samakan ZIANA ZAIN ngan celine dion ?!! Harap jangan nk memporakperandakan kami. Kalo nk cube pecah belahkan kami. Sila kan!! nak merasa perang NUCLEAR, mari test!.

Da puas da dia sebut nama aku, aku sebut nama dia. So yang kaw xpuas hati kenapa lak kan!! hilang pedoman kah??! Halim still one of ma best fren… Huh!

:: terapi aku terapi minda ::

Salam semua

Simple post, before I’m start my midnight revision for final middle of dis month, just left less than 2 weeks go through to da final. Huarghhhhhhhhhh, pening2..

Tilam baru aku ( yang tebal lagik berat nak mati ) togel itu telah dibungkus rapi ngan cadar baru. Beli khas kat AMMAN, MECCA MALL. Huh! Tempat xmoh kalah kan. tadi da alang2 kluar temankan orang, aku singgah jup kat HOME concept. Cari cadar & pillow case ( dengan niat ). Xmoh la tilam lawa-lawa, skali dua pakai da berkeladak. Ahakz!

Jumpa ( yang ade ) hanyalah cadar. Dia xjual skali. Jual asing-asing. Lagipon mmg aku nk cari kaler yang betul2 contrast ngan warna sedia ade. Pasnih cat bilik lak ( ensyallah ). Hitam tetap menjadi pilihan. Itu tema dinding utama ( feature wall ). White is second fav, kita tengok la nanti camne hasilnya. KERAHAN tenaga kena ada nih. Da dpt kesan siapa orang berkenaan, bersiap sedialah ek. Huhuhu



Bilik bujang je, simple & selesa. Xmoh messy2 sangat. Seb baik ader yang da hantar balik Malaysia last month. Baki yang semak-semak nih, xtau nk kargo time bile lak. Huh. Banyak naw barang nyer. Gabak-gabak besar lak tuh. Siapa nk jawab nih dik nun oi~

Lagik satu, pasnih kalo der DUIT lebih. Aku nk try pakai katil & tilam queen saize. Best sikit nk guling-guling. Lagi banyak lah bantal aku. Yang sedia ade pon da 6 bijik. Apatah lagik tilam yang spacenya lebih besar & luas. ADE AKU KESAH. Hehehe

Menjelang musim study nih. Ader beberapa mende yang bakal WAJIB menemani aku. Antaranya, LILIN aroma terapi, bauan vanilla & orange menjadi pilihan utama. Coklat Cadbury dairy milk. Air epal + mineral water GHADER 2 litre & last but no least,chilli & garlic sauce. Konsepnya, mengunyah-ngunyah sambil study. Ahakz!



Nak kan ORANG datang teman aku!!! YANG HADO!! Kiamat dua kali not sure yet laaa, I insurance u.. huahaha. Makanan sebagai teman kala kesorangan tuh, orait laaa… even ia xley berkata-kata. Redha jerlah. Xkan nk bercakap ngan mende xbernyawa ( xde perasaan ). Gilos ke!! Huhuhu

Si DIA pon nk study. Wish u luck . hehe. Siapa xtau! Rahsia laaa. Mane ley gtau.

k. nantuk nih. Nk rest, makan malam ( motip makan lewat!! ) then study lite-lite. Weekend enjoy a little bit. Weekday, banyak lagi preparations for it. Silibus pon ala-ala rushing je DR nak kejar. Sah2lah, kepala kena set kelajuan cahaya ( buraq ). Uhukz!

Thursday, May 07, 2009

:: budak HADITH ::

Salam semua

Selamat pagi dan salam sejahtera. Berada kita di hari baru, udara pagi yang segar ( katenya! ) mood & suasana berbeza dari semalam. Yang lepas biarkan ia berlalu, memadai jika ia diambil sebagai panduan ke arah memantapkan lagi hari-hari kita di masa akan datang. Ke mana pon kita berlari, masa itu tetap bersama. Redha atau tidak. Itulah sunnatullah dari azali. Demi masa,

والعصر إن الإنسان لفي خسر إلاالذين ءامنوا وعملواالصالحات وتوا صوا بالحق وتواصوا بالصبر ( العصر)

Times keep running, kita tiada hak memutarkan masa ( kembali ) bahkan, kita ada hak merancang masa. Perancangan yang baik bakal membuahkan impak yang baik. Gagal dalam perancangan bukan beerti gagal merancang. ( twist ckit ). Bahasa itu indah, kita bermain dengannya. Tak de guna mengesatkan bahasa, menyalak sesuka hati. Andai enteng minda, jangan dicetekkan lagi pemikiran.

Focus aku hari ini is about masa, kerana sekarang kita berada dalam bulan MAY. Yaaa! Bulan kelima dalam kalender masihi. Aku sayang & suka bulan ini kerana ia merupakan antara bulan yang menemukan aku dengan seseorang, bulan yang telah ( akan juga ) menghimpunkan hati-hati manusia yang ingin bersaudara dalam AQIDAH & ALIRAN PEMIKIRAN. Mahapentingnya mei adalah bulan kelahiran aku. (^_^)Y

Dalam family, 3 orang lahir pada mei. 3hb ( FATIN NAJWA ) 15hb ( FAIDHI AQHARI ) 26hb ( FRED ). Setiap tarikh-tarikh ni, ada cerita & kesah tersendiri. Aku lalui & aku dengari dari abah & allahyarhamah MAMA. Kite mula dengan 3hb. NURFATIN NAJWA. Adik perempuan yang susah nak predict emosi dia. But, emosi dia tak de sampai tahap EMOSIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII ibarat orang hilang pedoman hidup. Dia EMO dalam kala & ruang yang ada pada dia.

Tahun kelahiran 91. Masa tu aku & angah diasuh oleh nenek ( passed away 2007 ). Laman asuhan kami sangat ekskulsif. Indah, permai & saujana mata memandang. Sejuk je hati tatkala berada bersama nenek ( aku panggil nenek aku WAN ). Mahu idak nya, kita dibesarkan di dalam suasana KAMPUNG tuh. Lahir KUALA LUMPUR, tengah-tengah Bandar. Tapi dididik dengan cara kampong. Bapak best… nama tempat tuh KAMPUNG MELAYU SUBANG ( Airport lama )

Dijagalah aku & angah oleh wan, nenek perkasa & hebat sepanjang zaman. In da same tym, mama mengandung ( fatin ). Selalunya mama balik kerja aroung 530 -6 ptang. But hari tuh lain sikit. Asyiklah aku Tanya kat wan ( naik berbuih mulut orang tua tuh aku rase )

“ wan MAMA mane ? Xbalik lagi pun ”

“…tunggu yolaa, kojap layie tuh sampei laaa, wek apo ditanyo banyak kali, ado yo omak kaw tu…”

Dah, aku diam. Da respon wan aku camtuh. Malas nk Tanya banyak. Of coz dia tau cucu dia nih mmg banyak cakap. Ahakz! Jam makin lama makin berjalan, rase cam pantas je… kul 7 xbalik lagik. Kul 8 xbalik2 lagik. Aku nih dah la kuek bonar comeh ey… kuhulu kebaghek aku kek umah. Wan aku pulak yang naik pening tengok aku. Angah aku xyah katelah. Dia ngan kerja dia, aku pon xsure time tuh dia wat ape. Pastinya, aku dok kat anjung umah, ke kiri ke kanan tunggu MAMA.

“… wan, MAMA kena langgar nih…”

“… ado lak camtu didoakan MAMA, apo yo bonar la anak batuah camni…!!!...” Sentapppppppppppppppp!!

Mulalah aku nih, nak MAMA… nak MAMA… ( merengek ). Siap kena sound lagik ngan assistant WAN aku ( adik WAN a.k.a nenek saudara ).

“… budak nih xsediam nih, apo kono sampuk ko? Memokak yo… oghang banyak kojo kek dapur ni. Bunyi diyo yo yang dongar…” sentap for da 2nd time. L

Jam kt dinding da kul 9 lebih. Kelibat mama pon aku xnampak. Selalunya time cengginih, kereta mazda coklat aku da naik, siap baring2 tido kt seat belakang. Kali nih tidak. Huh!! MAMA… MAMA… MAMA…

Dik penat naw merengek2, peningkan kepala WAN aku, aku tertidur. Hehehe. Terjaga kul 1120 ( yeah aku ingat lagik ). ABAH sampei umah wan, bawak balik BABY ( adik baru ). Aku tanyalah,

“… MAMA mane???”

“…mama kt ospital laaa, xkan kt pasar kot…tuh pon nak Tanya lagik” hari sentap aku 3 kali.. sampei kesudah aku ingat hari 3hb mei 1991.

************Nota kaki************

:: aku boleh bercerita, coz aku mmg igt perkara yang terkesan kat hati aku. Soal jam, masa. Mmg aku igt. Coz mama pernah pesan, ape2 yang berlaku, jangan lupa masa.

:: dididik & diasuh dikampung merupakan kekuatan aku sebagai anak Bandar. Aku bangga coz aku ader 2 perkara, modern & traditional elements.

:: kenapa FATIN lebih manja dengan ABAH, coz dia CIUM bau ABAH terlebih dahulu ( lebih banyak ) dari bau MAMA. Mama kt hospital, ATIN abah bawak balik. Atin pon xmasuk minum susu badan. Hehehe

:: dialek kami dialek n9, belah2 kampung ceruk pendalaman, mane2 xfaham tuh, pepandai la erk.

Baby boy on 15th may 2001

Aku sampai sekarang gelarkan adik aku sorang nih as BUDAK TAFSIR HADITH. Kerana!!! Aku dapat berita MAMA bersalin ( lahirkan FAIDHI ) tym aku jawab kertas tafsir hadith peperiksaan pertengahan tahun di sungai selisik. Khabar gembira ni, disampaikan sendiri oleh GPK HEP time tuh, ustaz azhari asmaon.

“… zeem, tadi ada panggilan, bagitahu kat awak. MAMA awak sudah selamat melahirkan adik lelaki…”

“…owh yeker?...” terus pinjam telepon opis mama, Tanya ma aunty cerita/kaba sebenar.

Ya sure, aku dapat adik lelaki.. xder name pon lagi. Abah suh balik minggu tu. Sesaje nak g tengok MAMA kat wad HAT, Bandar kinrara. Dan selepas tuh, bermulalah episode pencarian nama tuk adik aku sorang nih. Habis semua rujukan diresearchkan. Ahakz. Juga Tak dilupakan, kepada ustaz KAMAL NASSER, pengetua sek rendah aku. Dialah orang yang akan dirujuk oleh MAMA, MESTI!! Start from nama HAZMI FAIZ. Sampailah ke FAIDHI AQHARI. Antara orang pentingnya adalah ustaz aku sendiri.

Pencari-pencari nama terdiri dari aku, MAMA & abah. Mama nak jugak pangkal ‘F’. uhukz! Aku je yang lain. Name dekat ngan ABAH. Rest of us totally started by ‘F’ letter. Aku special case. Ahahaha. Xmain lah tergolong dalam kelompok kebanyakan. Kita ade KELAS kite tersendiri. Ahakz!! AHAkz.!! Ahakz!

Bila da dapat nama, barulah kitorang refer kt ustaz. Dari segi baiknya makna, sesuai ke idak… yer laaa, ulama mesti selalu kita dampingkan dalam kehidupan, mane ley pisahkan ulama’ dari hidup seharian. Betul x. pendapat dri mereka seharusnya tidak boleh diketepikan. Xsalah pon nk mendengar pendapat, apa2 pon, semua bergantung pada diri sendiri juga. Pendapat2 luar tuh sebagai guide line sajork. Wallahua3lam.

Maka, ternamalah adik aku MUHAMMAD FAIDHI AQHARI. Araaaaaaaaaaaaaaabb sangat! Yang faidhi tuh aku yang pilih, tang murakkab AQHARI tuh, antara MAMA & abah. Nama paling panjang dalam adik beradik. N orang yang paling panjang akal gakz among us. Nak lawan abang dia yang sorang nih. Ahakz!!! Banyak cakap gakz. Sumhow, kite ley terkedu ngan respon dia. Huh! Budak bertuah nih.

“… adi (gelaran dia ), nape asyik bercakap jer, ley diam x??...”

Mama : “…dun complain bout him such much words to say, but look at his brother…”

“… alaaa, dia kecik2 lagik da pandai mjawab, abang mane der dulu cam tuh…” defence diri sendiri

“… abang tau ke abang xbanyak cakap dulu…?”

Malas nk argue. Xbek lawan cakap MAK, so diam la terbaik. Ahakz!!

26th may dude in our family… next time citer lain. Ahakz

Sekian.. da~