FORTITUDE GOLD

FORTITUDE GOLD

Sunday, January 04, 2009

:: Kjaya mode ::

Salam semua…

Bowink naw lepak2 kt area shah alam.. malam tadik kitorg g lepak kt KELANA JAYA.. kunun2 nyer explore tempat baru la konsepnya… walhal BASIC sajork… kalo x, sek 7, sek 8, sek 9.. paling2 cikai pon uptown shah alam sek 24 sumtimes like hell… ahakz!! Bohsan sioooot… aku da la xsuke nak dok tempat yang same jer… mesti nak ader explorasi.. bak kate org2 lama. Jauh perjalanan luas la gamaknya pengalaman… walaupon!!!



Gengz2 yang enjoy semalam. Patah tumbuh ilang berganti. Amie baru jer pulang ke negeri ke’amanan’nya… maklumlaaa, negeri islam… serba serbi dilindungi… amieen!! Negeri len nih xjagai oleh rahmatNYA… lagik2 tang city sentil… mahunya most of ahli city is ahli NURRAKA… huh… allahu sahhal aa3laina. Amin ya rabbal a3lamin… mane pon kita… aku xkesah… utara timur selatan barat. ALLAH sentiasa bersama… kan~



Life must go on.. itulah temanya… kita berjalan mencari pengalaman. Tuh kua malam2 tuh.. siang2 xberapa nak tenang… hahahaha. Crowded n also merimaskan.. malam2 sonok ckit… tenang jiwa n raga. Tuh yang antara kami less masalah jiwa… menggunakan konsep berjalan malam.. menerokai dunia… kekdahnya… kakakakak




K la… da cukup la nih aku mengarut… membebel2… nnt orang xsuke… yang xbebel nih pon orang sah2 da xGOMAR.. apetah lagik tatkala ku membuka PUAKA mulut ini.. ambik kata2 azwanALI… mulut puaka. Asal hati xpuaka ( mulia ) NAK JUGAK!!!! ....paling2 masih lagik ada keperimanusiaan.. TETAP xnak kalah.. amboi.. amboi.. amboi.. aku tetap no1… kuikuikui



p/s :: ader sesape nk layan MOS… gtau aku erk.. kakaka.. nk lepak2 chill sana before aku balik… xpon. Kalo ader yang DARING.. kita lepak area2 KL… name tempat xyah cakap la kan… sendiri tahu sudeh… tema. “…Socialize ur life =) …”

Saturday, January 03, 2009

:: Rahsia Personalti Huruf Pangkal Nama ::

salam semua...

kali nih lain pulak kerahsiaan yang aku nk try kongsi bersama.. nk pon dapt kt page sape pon aku da lupa... juz wanna say thanx kt mane aku dpt mklumat tambahan ini... sperti biasa... nak percya terpulang anda... xmoh percaya ia satu bidang kajian dalam ilmu kemanusiaan... mana2 pon aku xkesah... coz aku ader pegangan sendiri... bukan ayah pin mahupon abg kahar gombak.. ops!!!
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A

Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Nama aku??!

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri ( kureng kot perkara tersebut, xSESWUAI!! ). A Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati ( cekal… katenyeh!! ) dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Kebetulan atau ianya satu yang benar??! Aku sendiri tau..ahakz!! 92% kena kat aku… huh…

:: perlembagaan sosial ::

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?

Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"

Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..

Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah..

Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"

Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Ader mata guna, ada muka jaga. Ada Kepala.. Lu pikierla sendiri…

:: pelita sek 9 ::

Chill kat PELITA seksyen 9..shah alam..


-- my jimmy --


-- aleep @ shiro --


-- fyra with her BF... kewwwwww~ --


-- boy masuk air --


-- dangerous TRIO --


-- hot guy --


-- BF wif GF --


-- nasik ayam --

:: chill Beb ::

Salam semua…

27 dec 2008 ( dataran 2 shah alam )

Nih memandangkan aku da xder keja nk buat da depan laptop nih. Aku menguploap la gambr2 kami n da gang chill sana sinie… byk naw pic2… juz yang termampu jer la ku upload kt cni erk.. yg xder tuh.. jgn nk t2cing2… belasah kang tau r… ahakz!!


-- Si jim yang sengal2 badan... kesan jahitan masih fresh... huuuuuisssh --

Arinih… xdr ape aku buat.. melainkan menghadap laptop usang ini… sambiel2 membelek perkembangan GAZAku terkini. Bak kate org KULLUNA GAZA. Kita sumer ader adalah gaza.. walaaaupon!! Kan!!. Tetap nk ader semangat tuh.. boley… xmampu ( terdaya ) melontar mortar… atau membidik peluru.. via penulisan pon ok gakz… sekurang2 nyer kita masih ader perimanusia itu…


-- SHIROnova( aku tambah nova sesuka ati aku )... MERSINGian currently --

Hnya mampu berdoa, merafak sembah kehadrat YANG MAHA ESA… semoga saudara/I kita seAQIDAH katenya. Mampu mencapai kemenangan. Dunia & akhirat… kan~~ xtumbuh xmelata.. xsungguh xkata.. doa itu senjata orang mu’min… terendah2 rendah usaha adalah dengan LIDAH… wallahua3lam.. tapi lidah itu jualah yang amat TAJAM penciptaannya..


--edwardo. sang teman berkerjaya tinggi --

Owh… nak buat entry panjang2 pasal tuh xpndai la plak kan.. aper yg pandai xtau laa. Ahakz! Kita nih bukan yang panda ink berkata2… just hny tahu berbicara jer.. kuikuikui.. nk tny lebey2 maybe len tny mista Edward.. dia under kementerian penerangan.. dia mungkin tahu lebey byk lagik.. ape guna under KPM kalo xder any info or bahan dalam benak,, kan!!! Ahahahaha


-- KIKI in da house --


-- mista( SIR ) azmie...now he's single... siyes tgh promote dia nih.. (*_*) --

Saturday, December 20, 2008

:: KAMI p1 ::

Salam semua…

Antara kami ader sesuatu yang orang laen xde. Dlm hubungan kawan laen… hanya kami yang ader mende nih. Alhamdulillah… sesungguhnya DIA yang memberi rahmat tuk kami berkenalan hamper 2 dekad… semuanya atas izin yang maha kuasa… itulah dia persahabatan kami 9 sekawan… jimmy, azam, boy, aleep, falai, apiz, amie, capit, ayed ( aku )…

Tertulis nya post nih, sebab aku teringat betapa best n indah nyer saat2 belasan tahun lepas. Suka duka yang berlaku mematangkan kami semua… xder masa lepas, maka xkan atas kami seperti hari ini. Mereka adalah orang yang hebat dlm hidup masing2. N antara manusia terpilih yang HEBAT untuk dijadikan kawan, dan berkawan dengan deparang ( depa + orang )..

Orang lain xdapat semua( utuhnya ikatan) nih… rata2 yang aku jumpa, baru sekadar 2-3 tahun kawan. Da kwan makan kawan… tikam dri belakang n so on… rugi nyer la persahabatan yang camtuh. Senang lenang bersama, duka durja sendri punya… huh!! Sedey sangat kalo hal seumpama itu berlaku… da berlaku dap on sebenarnya – awal2 perkenalan kami 9 orang…

Tuh dulu nyer kisah… Alhamdulillah. Kami xder sampei putus sahabat… semuanya atas akal yang memandu… professional n matang… bukan ikut darah hangat anak muda. Kalo kami ikut perkara2 yang –ve tuh. Xkan ader lah quote ‘we have been together since 1989’… maka, dalam kesempatan yang xseberapa nih, aku sengaja nk letak n sebut beberapa ‘komen’ n pandangan aku. Selama aku kenal derang lapan orang… hehehe. Jangan marah na~~

Jimmy,

Orang yang paling lama aku kenal.. sebab dulu sek rendah skali… paling lama aku bersama, g mana sini sana… rumah kami xder la dekat mana if nk dibandingkan ngan 7 yang laen.

*smart

*quite berahsia( dengan aku )... bab2 rahsia n feeling2 nih, dia bih ngan azam n capit. Aku YANG ADO!!

*dah berpunya… so yang kt luaq tuh… gigit jari jew la erk.. ahakz!!

*open n caring…

* daring also.. uhukz!!

*determination yang tinggi.

*brilliant, otak best… respect knowledge dia..

Azam,

*matured… sembang2 orang tua. Bagi la kat dia…ahakz!! :: peace ::

*suara ley tahan!!! Talented beb!!!

*berkerjaya tetap.

* paling ramai GF n ex2 nyer… hot la kan.. tang mana xtau!!! Huahahah

*pengurusan kwangan kureng ckit… keta dia nye pasal la nih..

*bawak keta cam haram!! Tapi selamat laaa. SO FAR..

Boy,

*belakang umah jew pon.

* ramai scandal awekz xda…( dia yang declare sendiri )

*brilliant n smart

*shuffler…

*ambitious, ader tujuan sendiri..

*xsuke susah kan orang. Berdikari..

*tang buat muka bermasalah mmg Nampak sgt!! Ahauahahha

*great guy.. nice person.

Aleep

*best fren ever…

*very kind n sgt2 cool.

*tempat aku share sumthing.

*scandal aku. Ahakz!! :: kidding ::

*awek nak yang jauh2 jer..

*aku suke naik keta ngan dia… tenang n relax..

*innocent… in his own world.

Falai,

*ensome boy..

* nice voice..

*temper, cam aku gakz ( little bit )

*not available. Is already taken..

*anime hard fan.

*religious banget ( insop mode )

*awek dia chanteq… jgn kaco dikaco!!!

Apiz,

*kayo!!

*style n smart dress

*cool. Sporting banget

*paling xberkira..

*kelakau, spontaneous

*most ‘sikah’ among us..

*confident level tinggi..

*break dance, like shuffle… kawan baik boy

Amie,

*pilot to be…

* smart thinker, acknowledgeable.

*hotz!! Huhu

*kind. Kawan baik capit… kawan gaduh n musuh..hahuahaha

*aku segan ngan dia… xtau naper. Coz ‘baru’ kenal kot…

*memahami. Open minded.

*scandal ramai. Kan kan kan

Capit,

*nak kenal dia juz with one word :: EMO ::

*suke mintak pedapat. Love discussion. Buat keputusan ramai.

*too humble..

*very understanding..

*temper. Ikut angin…

*playboy… sama cam azam!! Ahuahaha :: jangan mara weyh ::

*kawan baik amie. Kawan sebantal.

Erm… itulah sikit sebanyak pasal depa2 suma… nk detailize kan lagik.. payah r… kena kelan depa baru ley tau sape n camner depa… nnt lebey2 kt cnie kang… orang kate indah kaba dari ruper lak… dah xmanis… so, inilah dunia aku. Dunia aku dengan kawan2 aku sehidup semati… thanx god coz perkenalkan aku ngan mereka2 yang berjiwa manusia ini…

Antara perkara yang paling penting yang menjadi asas utama kami still berkawan sampei hari ini adalah… TAK PERNAH NAK BERKIRA… motto nyer “ xkanlah kerna soploh hengget tuh putus sahabat kan” aku mana2 pon tetap membawa persahabtan kami sebagai contoh terbaik… bukan nk bangga diri, tapi ini adalah rezeki yang tuhan beri pada kami…. Orang2 yang tahu menghargai orang lain… xkesah ape pon jenis rupa, pangkat n harta…

Bersambung….

:: kucheeng jantan ::

salam semua...
ini adalah sekada bacaan tambahan... tuk menambah infomasi yang sedia kureng itu... kenyataan yang terkandung dalam artikel ini ada yang benar ada yang tidak... semuanya adalah satu ironi n metaphore...

KUCING JANTAN

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
Sila scroll ke bawah:


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham
ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Jika tak tahu, belajarlah.Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya
amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap
& melepak,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak
sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan
ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang
dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok
sahaja awek lalu..wow..seksi katanya...nakk...hahaha.... Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes Perempuan cun ..body labu sayung.. mereka akan cuba dapat walau macam mana caranya....kalau tak dapat dia akan tag team ngan kawan2 yg lebih berpotensi utk dapatkan juga.....kiranya dia mendekati awek rebutan tadi..dia bagaikan Raja Casanova la..hihihi..mcm biasa jew.... Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar
kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu
dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% llelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

**ambik dri facebook~~

Wednesday, November 19, 2008

:: ALFATIHAH ::

salam semua...

sekadar satu post simple...segalanya berkaitan dengan post sebelum ini...tatkala post dibawah nih terpublish 5 min... aku mendapat panggilan dari PD,n9... mengatakan mama tersayang. puan noor'aishah bt alam telah pulang kerahmatullah jam 2 petang waktu malaysia... baru jer aku mengepos entry bawah nih... xsempat nk buat ape lagik... da dapat kaba sedih... in da same time... aku bru gakz nk panas kan lauk tuk breakfast... semuanya terbantut...lantas aku sendiri xlalu nk makan...




demikianlah kesah sedih aku hari nih... mama tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama2nya... peluang tuk bertemu hanyalah disyurga nanti ensyallah...

23 sept 1962-19 nov 2008
abang sayang mama... thanx coz sudi membesarkan abang selama nih.... ensyallah. doa abang sentiasa bersama ma..

:: erti hidup memberi ::

orang kate, erti hidup memberi… dalam erti kate lain. Kita kena share sumthing yang boleh mendatang pekdah untuk semua.. gituh??! Iyer dak?? Ini adalah perasaan aku yang aku simpan selama nih. Rase xyang nak didescribe camner. Namun, jalan cerita or rase dari jiwa ini, mudah2 han mampu memberi gambaran, betapa apa yang ku rasa.

Ibu berkata pada ayah ( suaminya )

“…awak perasan x, anak awak kalo balik mesti dia dapat melihat(ada).. kat sedara mara, anak pinak. Kaum kerabat yang ‘xder’… nanti kita nih (ibu & ayah) xder… ade ker dia masa di sisi kita??!...”

Kata2 yang terghiang. Kata2 yang merangsang, kata2 yang memberi bahang. Statement dialog diatas adalah terungkap kureng 2bulan yang lalu. Tapi makna nyer cukup mendalam… bukan bermakna kita mahukan musibah. Tapi itulah yang aku maksudkan ngan istilah TERKILAN. Aku xmahu terkilan deik kerna kata2 itu…

Ader yang xkena…

Selama aku menghadiri mana2 episod kesedihan + perpisahan (kematian)… rata2 memang aku xpuas hati ngan cara n gerak kerja skuad yang menguruskan. Lebey2 lagik dri aspek memandi & mengkapankan. Huh!! Berat nyer aku cerita tentang mende nih. Tapi aku kena luahkan, agar kita tahu, bahwa setiap nilai sesaat itu sangatlah berharga… mean peluang kita untuk melakukan yang terbaik masih ader… kalo x, bile lagik kan??!!!

Every ‘kesedihan’ aku tetap mengomen. Coz orang yang mengendalikan itu. Ala2 kada jer. Hish!! Xboleh aku orang camtuh. Buat kerja asal boleh jew… da la berbayau. Amal jariah pon kena bayau!! Demanding lak tuh. Lagik nk buat kerja sambil lewa… menyirap jer rase nyer. Tapi xpe laa. Orang tua kan!! Berpengalaman lebih katenye.. biarlaaaah!!

Menyedapkan hati..

So, aku pon minta la kt my beloved ma. Tuk belikan ‘kain putih’. Supya aku bisa mengajar adik2 aku. Kaum kerabat, n sedara mara aku sedikit sebanyak mengenai tajhiz. Dlm kami 6 orang pon, mmg da cantik sgt. 4 laki 2 pompuan. 4 orang yang mampu mengusung(jika perlu). Angka yang sgt significant. Alhamdulillah…

‘…ma, abg nak ‘kain putih’ coz nk ajar adik2…’

buat ape kita xpuas hati ngan gerak kerja orang len. Kalo kita sendiri yang xbuat… aku xnak ibarat tin kosong, yang gedengang gedengung. Tapi isi. YANG ADO!! In what ever kita kate, kita mesti buktikan… dun make others annoying at u… da kalo orang menyampah ngan kita. Maka sikit sebanyak networking akan terjejas. Dalam kehidupan harian 1st priority is networking -social elements-

Cakap xserupa bikin -bukan aku- indah rupa dari kaba-itu aku- Kaba indah rupa(hasil kerja) hazab-bukan aku- aku mengamalkan professionalism dalam kerja erk. N aku percaya semua orang yang terorganisasi pon cenggituh gakz… kita laksana sumthing penuh ngan adat n tertibnya. Bukan hentam kromo jer…

Ape guna belajar

Dalam huha huha aku mengomel kan..lupa lak nk bagi tau.. yang aku dok mengomen itu ini xkena time pengurusan tuh. Adalah kerana aku pernah belajar cara2 ‘pengendalian’… baik teori, mahupon praktikal… kalo dlm aspek pertandingan lak. Aku n da team 5 tahun berturut2 juara tajhiz jenazah… tuh yang bila cam ader slack, aku ‘melenting’ little bit tuh.. tuh kebaikan gakz…

Antara sebab nya. Bukan nak kate aper laa. Kita nih orang melayu. Islam lak tuh.. tapi kenapa masih ader lagik unsure khurapat n tahyul dalam pengurusan. Yang pemandi Nak kena amik kain mandian si mati laa.. kena ikat kaen kuning segala. Huh! Ape semua nih?! Then ade plak tuh. Siap ikat ‘mende’ kt depan pintu umah… haiyoooo!! Ajaran siam mane lak nih??! Kuning oren segala…

Aku nih, bukan tinggi naw ilmu. Just yang basic n asas jew. Tapi xdela sampei ader element2 khurapat tuh.. mengarut jer!! Bayangkanlah erk, makcik yang da menguruskan jenazah 10-20 tahun KATENYE!! Xtau betul ker idak kan!! Setiap orang yang dia uruskan. Kain batik (kain bekas mandian) mesti dia nak…setahun dia da urus 100 orang(estimated). Darab 10 tahun. Xke cukup wardrobe dia nk simpan kain2 batik orang tuh…

Tuh satu, ader plak tuh… tny kenapa amik… sebab nk bakar. Pas mandikan kita kena bakar…haiiyooooo!! Pakcik… perkataan ‘kena bakar’ tuh yang buat aku hangin satu badan tuh… punyalah kita beli mahal2 kt dubai(tetap dubai kan!!) dia sesuka jew nk bakau… memang kena bambu la ngan aku… aku xkesah, sape pon kaw. Imam ker bilal kew. Apetah lagik siak… say no to TAHYUL n khurapat( kepercayaan & mentality)… xder rasional nyer semuanya tuh. Bile ditanya. Ibaratnya NO KOMEN.. amboi kau!! Selebrity ker???! No no komen segala nih… xsedar diri awk tuh CIRITBRITY..ahakz!!! :: geram mode ::

Tuh belum lagik set2 nk kena ikat2 pengeras depan pintu umah. Pintu bilik air(tempat mandi)…mahu xhangin aku… elok nyer dibuangkan ajer. Orang xsuruh. Tapi aku sendiri yang panjat, amik, n buang… semudah itu… xgune nk menyokong industry khurapat dikalangan masyarakat islam MELAYU nih.yang nak marah pon marah la, aku xpeduli… yang penting marah tuhan itu yang kita kena amik kira… idop da lama, igt makin brilliant ker ape. Rupa2 nyer. Makin dungu!! *ops!! Terlepas

Ok la… cukup dulu stakat nih.

Wasalam

FRED

Tuesday, November 18, 2008

:: miss kawan2 ::

Salam semua..

1st of all. Dengan izin saye ingin menggunakan bahasa ibunda saye( ibunda sangat kan!!! ), tuk meneruskan post ini. Boley kah??!, kalo ader orang haling pon, aku TATAPmeneruskan post ini. Coz aku menggunkan kekdah ADER KO KESAH??! Ahahaha. Juz kidding babe…

Lamo da ghaso eiy den x lotak apo2 kek cnie. Bukan eiy apo… seghabot yang palo den nih ha!! Pina ghaso eiy. Nk study pon xbuleh… bosa n byk boto r halangan n cabaran maso kini. Nak xnak den kono yo hadapi. Xadap. Sapo layie yang nk tulung adap an tuk sey. Kan kan kan. Oghang len pon banyak layie mondo yang nak di hapeik an. Xdoh nk hiboh an den yo… tema poghonggan nih. Idup kono berdikaghi… xley nk suap yo..

Utamo eiy post nih, sey nk ucap an jutaan teghimo kasih yang xterhenggo kek kawan2 yang selamo nih sudi bantu n boghi den semangek..WALAUPON!!! dlam keadaan jiwo sey yang agak xtontogham nieh. Kecamok la bak kato oghang tuwo2… pikier an study layei, piker an xm layei. Piker an adik2 kek ghumah layei. Yang paling xley nk lupo tuk dipikey an. OMAK den… tuhan yo la yang dpt menghubung an antagho ati den ngan peghasaan diyo tiko nih… syukur Alhamdulillah.. masih ado layei ‘connection’ …

Sebulan aku kt sinie..

Erm… ghosa eiy xdo apo sangek kot yang sey buwek slamo yang ado kek cnie… yang ado eiy pon kua g amman yo lah. Daghi 8 hb 10 sampei cnier. Sampei la semalam. Kua amman yo lah… tuh baghu weekday. Bolom layie weekend. Xponah miss layei xpoyie amman. Sakan bona la kato oghang tuwo2… da abih tompek gamak eiy irbid nih. Asyik dok amman yo kojo siey!! Huahaha. Nak buwek apo pon kek irbid nih. Da kalo kito dok tompek oghang, oghang pon meluat nengok. Baik la kito poyie jauh cikit. Kuwang2, xdo la adegan taghik2 muko or muko2 kotek…

Ontah… den nih lobeih seleso kalo kua bawak diri. Sobab, ghaso cam xdo sapo layei da den nk bawak an hai tok berceghito. Yang terapat cbuk ngan urusan masing2. Tuh pn da cukup susah da den kojo an diorang.. xmo la asyik payah an idop n palo diorang pasa den yo. Diorang pon banyak gakz mondo laen kono ughuih an.. thanx buddies coz sudi sedkit sebanyak menemani masa2 ‘sepi’ aku… cayunk korunk semua. ( wah!! Ghamai ko??! )

Dlm sebulan yang ado nih, den ibaghat cam xpandai nk guno an waktu yang ado…siyo2 yo.. sobab??! Sobab den xkona ngan dak2 yang baghu datang… sodey den. Xcam tahun2 lopeh.. 3 aghi yo da konal semua oghang yang ado dlm senarai siswa PORMAI.. siswi xyah cakap la, nnt kalo buek kona2 bahagian siswi tuh. Buleh ilang n jatuh iman.( memotik kato soghang tuh ). So, xdo makno eiy den nk terhegeh2 kona part siswi. Layie pon, laki2 MESIA kek cnie lain ngan laki arab… laki arab tgok or tonuuuung cam no pon xkesah. Yang laki MESIA kalo jalan berselisih pon buleh ikut jalan lain… sanggup nih ikut jalan laein… ahakz!!!

Sebulan kek cnie. Mentality lamo dak2 nih TOTAP pado takuk lamo. Satu yang den nk mintak maaf gakz. Iyolah. Mano2 SISWI yang ado den teradd dalam YM tuh… mintax map la yo… sobab den dapek korunk nyo id secagho pukal… set2 sazah yang alim wara’ ulama3 tuh… yang tidak boleh add laki dalam YM. Harap nyer memaafi saye dlm tertidak sengajaan itu.. DELETE jer my id. Sonang citor. Kang panjang2 an citor xelok lak…

Bukan apo, den nih maleh la nk hujah banyak2… kalo oghang da xsuko tuh. Baik la dia buang yo kito nih. Kang ngan NAMO pon buleh kono santau… duniyo skrang nih macam2 mondo ley jadi… makin modern makin jauh kebelakang lak pemikiran yo!!! Kalo dulu, nk santau2 oghang gune gambar segala. Skrng nih penyantau guna ID YM pon oraita gakz.. huhuh.. sihir modern kato eiy!!. Wallahua3lam..

Gonna miss kawan2…

Kita merancang, tuhan apatah lagik.. merancangan sejak azali lagik… namun, sebaik2 ketontuan adalah diri DIA yang maha kuaso… aku pasrah n redho yo dongan apo yang berlaku kalo n tiko ini. Xguno nk bersungut kalo sendiri xdo sebarang usuho. Kalo usuho pon xbuleh gakz bersungut. Coz sapo kito nk mengoluh nguleh kek duniyo tuhan maha agung nih????! Dari DIA kito datang, pado DIA segalo nyo kita akan kembali… janji2 ALLAH itu pasti…

Lamo xlamo yo ghaso eiy kan??! Kojap xkojap yo… yang dirancang, sah2 la xdapek nk buek, xdapek nk jalan an. Xdapek nk ghaso samo2 apo yang da di plan sojak lamo. ( owh!! Lamo ko??! ) terdotik ghaso terkilan kek ati nih hah… nk buek camno layie… den siyesli memang da buntu da nih… xdapek nk piker apo2 layie.. huhuh

Daghi terkilan kek perkara yang ‘sehat’ den kono ghaso lobeh terkilan kalo kato2 n kohondak den kek msia dulu tuh menjadi kenyataan.( mintak2 dijauhkan dahulu ). Memanang an( memandangkan) dlm keadaan kritikal camnih. Awlawiyat nyer is MY MUM… :: ya allah, KAU tabahkanlah hati kami2 ini ::

Kawan2, saye rindu kt anda semua… anggaplah pertemuan kita yang sesingkat itu ( sebulan itu ) adalah satu peluang untuk kita Berjaya dimasa akan datang. Berjaya bersama2, gemilang bersama… ko xkenal aku. Apetah lagik aku nk kenal korunk. Aku kenal korunk. Korunk kenal aku..WALAUPON!! kenal ala kada… huhuh. Tuh pon still ader lagik yang missing… aku buleh igt fact bout dia. Dia ley lupa pasal aku. Hish hish hish!! :: anugerah daya ingatan ::

Okla, da xder ape kot…( xder la sggggt kan!! ).

Sekian wasalam…

FRED

Wednesday, November 12, 2008

:: dari hati ::

Salam semua…

Hanya satu nota ringkas…

jika kita berasa kurang selasa ngan seseorang.

Peringatkanlah dia.

Mungkin dia terlupa.

Jika kita marah pada seseorang.

Lafazkanlah biar ia mampu meredakan api yang ada didalam jiwa.

Andai kita tidak punya apa2.

Pada DIA sahaja kita meminta…

Aku sangat2 memerlukan osmate… kemasukan disember… segala keperihatinan dri kalian saye ucapkan jutaan terima kasih… tuhan maha kaya. Tuhan sekelian alam… dri DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali… jiwa, raga, zahir dan batin…

Tambahan untuk osmate tuh… juz angkat barang jer. Karpet tersedia sudah… masalah air xder. Ensyallah segalanye dalam keadaan yang baik..

Berat sungguh cabaran n dugaan MU ya Allah… walau ape pon yang bakal mendatang. Berikanlah kami sekeluarga kekuatan, Engkau tabahkanlah jiwa2 yang menatapi wajah2 keperitan, kesengsaraan, dan kesedihan… pahala dosa itu segala ditanganMU. Kami hanya merafak sembah memohon rahmat dari MU

Buat teman2, rakan2, jiran2, kaum kerabat… sesungguhnya kehadiran kalian adalah semangat untk mama( khasnya) dan kami sekeluarga. Kebaikan anda, disana ensyallah terbalas nanti… terima kasih buat yang tak putus2 memberi bantuan. Baik tenaga mahupon masa.

:: malam nih ader bacaan yasin n solat hajat dirumah ini..pas solat isya’.ensyallah ::

Sekian.

FRED